Thursday, June 26, 2014

Kuasa Naluri Ibu.

Sebelum mempunyai anak sendiri, aku selalu curiga dengan diri sendiri.

 

Mampu kah aku menjadi seorang ibu yang baik?

Sanggup kah aku berjaga malam menjaga sakit pening anak?

Rela kah aku bergolok gadai, berkorban jiwa raga demi kebajikan dan kesejahteraan anak?

 

Kini, selepas bergelar ibu, dan kalau ditanyakan kepada mana-mana ibu pun dalam dunia ni, semua akan jawab YA. Kami sanggup buat apa saja. Hatta terpaksa menggadai nyawa kami sekalipun.

 

Demi anak.

 

Mungkin kerana kami berkongsi rasa yang sama, digelar sebagai naluri ibu.

 

Sebab itulah, hati kami mudah tersentuh setiap kali terdengar, terbaca, atau terlihat apa-apa berita yang melibatkan anak. Biarpun bukan anak sendiri, aku percaya ramai ibu-ibu di luar sana, kalaupun tidak menitiskan air mata, akan merasa sangat sebak dan hiba. Sakit nya yang kami rasa ni, Tuhan saja yang tahu bagaimana.

 

Rasa yang kami simpan, macam nak pecah dada menahannya.

 

Dan semalam, sebaik terpandang gambar seorang kanak-kanak lelaki yang mendukung adiknya baru berusia 3 bulan selepas ditinggalkan di tepi jalan yang terpampang kat muka depan surat khabar, betul-betul meruntun hati aku. Berlakunya begitu hampir pula dengan rumah tempat teduh kami anak-beranak. Terus merentap secebis naluri ibu yang aku ada. Lantas berjurai-jurai air mata kerana terbayangkan andai itu terjadi kat anak-anak sendiri; Alfiy dan Aisya.

 

Na’uzubillah.

 

Ironinya, di sebelah sana, ada juga golongan ibu yang telah ‘ditarik semula’ nikmat naluri keibuannya. Sampai hatinya, menjadikan anak sebagai ‘banduan’ di rumah sendiri. Dibiarkan anak dikandung sendiri 9 bulan 10 hari tidak terbela, sakit peningnya tidak terjaga, makan minumnya tidak dipeduli, apatah lagi belaian kasih sayang yang sangat didamba seorang anak. Lebih-lebih lagi anak syurga ini. Sejak kelahiran Adik Nani, rasanya kami sekeluarga dah masak benar akan susah-payah untuk menjaga anak OKU. Memang payah. Namun, kepayahan itulah yang Tuhan akan ‘bayar’ kelak dalam rupa yang kita tidak akan tahu.

 

Pertama kali tengok gambar, memang aku sangka tu gambar anak orang Somalia, takpun di Afrika sana. Yang memang kita sedia maklum dengan kisah kesusahan dan kebuluran mereka. Rupanya, siapa sangka, di negara makmur ini, yang rata-rata rakyatnya terkenal dengan sifat ramah dan prihatin, terselit jugak kisah menyayat hati macam ni. Mulanya, aku boleh tahan air mata lagi tapi, sebaik je kawan meyua video (Remaja OKU Dikurung) teresak-esak aku menangis sambil mulut tidak henti-henti menyebut kalimah Allah.

 

Astaghfirullahhh! Astaghfirullahhh! Astaghfirullahhh! Allahuuuuu..

 

Siapalah aku untuk menjatuhkan hukum. Jauh sekali untuk menghakimi kehidupan seorang ibu lain. Aku masih yakin dan percaya dengan kuasa naluri dan kasih sayang seorang ibu. Naluri dan kasih sayang ibu adalah sangat berkuasa untuk tidak membenarkan perkara-perkara seumpama ini berlaku.

 

Melainkan, Tuhan dah tarik balik ‘kuasa’ itu.

 

Jauh di sudut hati, aku mohon sungguh-sungguh, di samping Tuhan panjangkan jodoh aku dengan anak-anak, mohon direzekikan aku dengan ‘naluri ibu’ ini hingga ke akhirnya. Pinjamkan aku rasa ini buat selama-lamanya, biar sampai di hari akhir sana nanti.

 

maternalinstinct

“Jangan Kau tarik balik nikmat yang satu ini, Ya Allah. Nikmat memiliki naluri ibu yang sanggup berbuat apa sahaja demi insan bergelar anak. Rezekikan kami dengan sifat-sifat mulia seorang ibu, kayakan kami dengan kasih sayang dan kesabaran, demi mengasihi dan menjaga amanah Mu ini dengan penuh rasa redha, istiqomah dan tawadhu’, Ya Allah…”

 

 

HER : Moga Tuhan terus pinjamkan kekuatan untuk menjaga bidadari syurga keluarga kami.

4 comments:

  1. assalam xea, 1st time rasa nak komen. sblm ni tertahan2 nak cakap, kali nk bagi opinion sket. betul, kita mohon janganlah Allah tarik nikmat naluri ibu itu. membaca ratusan (ribuan?) komen yg menghentam individu2 tertentu (saya bukan membela individu terbabit), adakah kita yakin nikmat itu tidak akan ditarik sampai bila2? ingatlah bahawa hati kita bukan kita yang pegang. Allah yg pegang. dan Allah yg ,aha kuasa itu mampu membolak balikkan hati kita. kita tidak tahu adakah satu masa nanti kalau Allah uji kita, mampukah hati kita sama seperti hari ini? Nauzubillah, jangan sampai apa yg kita komen pasal org lain (sama ada org itu salah atau tidak) makan diri kita balik kelak. Hindarkan lah dari terusan melontar kata2 nista pada individu terbabit. Dia diuji, kita juga diuji. Beringatlah. Doakan yang baik2 insyaAllah kebaikan untuk semua orang. Kalau kita hina dia teruk2 pun, natijahnya bukan hanya apda individu itu, tapi juga pada kita... malah insan yg kita simpati itu pun tak dapat apa2 faedah. Nampak tak kerugian untuk semua pihak kat sini?

    Semoga Allah memberi kita semua hidayah. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spot on. Khilaf kita sebagai manusia, silap orang cepat je kita nampak, tapi tak sedar. Kadang2 Tuhan saja tunjukkan kesilapan orang lain supaya kita sedar, yang perkara2 tu semua pun boleh jadik kat kita jugak.

      Delete
  2. Sedihnya Xeaa, huhu. Betullah seorang Ibu tu sanggup telan apa je untuk anak-anak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sad, kan. Syukur la cepat sikit jumpa budak ni sebelum dia jadi makin teruk :(

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.