Monday, June 2, 2014

Satu Jun Kali ke-30.

IMG-20140602-WA0003

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk jumpa dengan tanggal Satu Jun buat kali ke-30.

 

Syukur diberi limpahan kasih sayang dan rezeki, dikelilingi oleh orang yang dikasihi, dikurniakan sihat tubuh badan untuk beramal dan berbakti. Sejajar dengan pertambahan usia, ahli keluarga makin berkembang-biak, tanggungjawab makin banyak, namun masa semakin suntuk dan cepat sangat bergerak. Moga Tuhan sudi pinjamkan lebih banyak masa dan usia di dunia.

 

Dah masuk satu fasa peringkat umur baru.

Tapi, masih seperti remaja je, rasanya.

Remaja purba T___T

 

IMG-20140602-WA0005

Macam biasa, sambutan kecil-kecilan antara kami empat beranak je kat Secret Recipe. Kek Black Forest Cheese *sedap sangat please* satu slice tu, sekali hadap kami anak-beranak, tak sampai 5 minit dah licin. Sampai je makanan, terus terkam tak pandang kiri kanan. Lapar betul, gamaknya.

 

IMG-20140602-WA0007

Ok, ini memang betul LAPAR (-_-“)

 

 

HER : Tak sabarnyaaaa tunggu special gift dari cik abang Cfu kite *sexited*

8 comments:

  1. Happy birthday xea......semoga sentiasa sihat.....dapat anak lagi ramai2...hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnnnnnn. Thank you K Ngah!

      Delete
  2. happy birthday kakak senior! hehehe.
    kak.. abang da memanjang dan kurus. suka masa dulu dia bambam.
    geram je tengok. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn. Mama so sad. Meninggi je dia, tak melebar. Siap orang tanya sekolah darjah berapa T___T

      Thanks neway!

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.