Lama betul tak kongsi resipi, kan?
Dah kata Mama berkerjaya, berlaki satu dan beranak dua, sempat tanak nasik lepas balik kerja pukul 7 malam tu pun dah boleh sujud syukur *lagu Alasanmu Exist ke udara*
Nah, memperkenalkan Acah-Acah Lasagna namanya. Dalam bahasa melayu, turut dikenali sebagai Roti Lapis Daging. heh. Macam biasa, aku suka kongsi resipi yang senang-senang je. Kalau yang tahap Masterchef, sampai kucing bertanduk pun belum tentu aku reti nak buat.
Rupanya luarannya memang ala-ala lasagna. Rasa di dalam pun, boleh nak kata macam lasagna. Tapi, versi resipi mesra di perut, juga di poket. Nak buat pun senang dan tak makan banyak masa.
Bahan (Inti)
- 12 keping roti putih (buang kulit)
- 300 g daging kisar / daging burger yang dicincang
- Mix veges / Cendawan dalam tin / Sayur yang digemari (potong dadu)
- 8 keping Cheddar cheese
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 3 biji bawang putih (potong dadu)
- 1 tsp garam
- 1 tsp gula
-
1 tsp serbuk kari
Bahan (Kuah)
- 2 biji telur
- 100 ml susu segar
- 1 tsp serbuk lada hitam
Bahan (Topping)
- Mozarella cheese
- 1 tangkai daun sup (hiris halus)
Cara-cara :
- Siapkan inti dulu. Tumis bawang besar + bawang putih sampai naik bau. Campur daging kisar dan goreng hingga empuk. Tambah air sikit kalau nampak macam kering/berketul-ketul sangat. Perasakan dengan garam + gula + serbuk kari. Dah siap, ketepikan.
- Siapkan kuah pulak. Beat telur + susu segar + serbuk lada hitam sampai sebati. Ketepikan.
- Prepare baking tray (sapu dengan butter).
- Celup kepingan roti dalam adunan kuah dan terus susun dalam baking tray sampai jadik satu lapisan. Lapisan atas roti, letak cheddar cheese pulak. Lepas tu, masukkan adunan inti tadi. Ratakan bagi cantik.
- Ulang langkah 4. Selang-selikan roti + cheddar cheese + inti sampai semua adunan habis.
- Tabur Mozarella cheese kat lapisan roti atas sekali.
- Sedia untuk dibakar dalam oven selama lebih kurang 40 minit pada suhu 180’c.
- Hiaskan dengan hirisan daun sup.
- Sedap dinikmati panas-panas bersama sos Thai. Lelehan cheese tu masa tengah panas memang mengundang betul. Yummmm!
NOTA KAKI :
Bagi yang tak gemar makan daging, boleh jugak gantikan dengan ayam. Tapi aku pernah rasa orang buat dengan tuna. Tak sedap. So, sila jangan.
HER : Nak diet konon, hari-hari ratah cheese macam makan nasik.
wah mcm senang dan sedap..guna roti je erk? nnti nk try ler..10q for sharing the recipe ya sis..
ReplyDeleteMemang senang dan sedap!
DeleteAlahaiiii time puasalah ternampak makanan yang menyelerakan. T_T.
ReplyDeleteAi pun tgh puasa masa buat entri ni T___T
Deletexea...bestnya....nak tiru tau...hehehehehe....jimat duit tak payah makan kat pizza hut..hihihih
ReplyDeleteBest ngahhhh! Pasni ko jgn buang semua roti yang agak2 nak expired tu. Kutip pastu buat resipi ni. Tak membazir. heh.
Deleteee bes nyer.. boleh la buat utk kekanak ni time dah jemu makan nasi..
ReplyDeleteSame goes to my son. Liat nak makan nasik. Sekali-sekala masak camni, dia suka nak makan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete