Thursday, June 26, 2014

Kuasa Naluri Ibu.

Sebelum mempunyai anak sendiri, aku selalu curiga dengan diri sendiri.

 

Mampu kah aku menjadi seorang ibu yang baik?

Sanggup kah aku berjaga malam menjaga sakit pening anak?

Rela kah aku bergolok gadai, berkorban jiwa raga demi kebajikan dan kesejahteraan anak?

 

Kini, selepas bergelar ibu, dan kalau ditanyakan kepada mana-mana ibu pun dalam dunia ni, semua akan jawab YA. Kami sanggup buat apa saja. Hatta terpaksa menggadai nyawa kami sekalipun.

 

Demi anak.

 

Mungkin kerana kami berkongsi rasa yang sama, digelar sebagai naluri ibu.

 

Sebab itulah, hati kami mudah tersentuh setiap kali terdengar, terbaca, atau terlihat apa-apa berita yang melibatkan anak. Biarpun bukan anak sendiri, aku percaya ramai ibu-ibu di luar sana, kalaupun tidak menitiskan air mata, akan merasa sangat sebak dan hiba. Sakit nya yang kami rasa ni, Tuhan saja yang tahu bagaimana.

 

Rasa yang kami simpan, macam nak pecah dada menahannya.

 

Dan semalam, sebaik terpandang gambar seorang kanak-kanak lelaki yang mendukung adiknya baru berusia 3 bulan selepas ditinggalkan di tepi jalan yang terpampang kat muka depan surat khabar, betul-betul meruntun hati aku. Berlakunya begitu hampir pula dengan rumah tempat teduh kami anak-beranak. Terus merentap secebis naluri ibu yang aku ada. Lantas berjurai-jurai air mata kerana terbayangkan andai itu terjadi kat anak-anak sendiri; Alfiy dan Aisya.

 

Na’uzubillah.

 

Ironinya, di sebelah sana, ada juga golongan ibu yang telah ‘ditarik semula’ nikmat naluri keibuannya. Sampai hatinya, menjadikan anak sebagai ‘banduan’ di rumah sendiri. Dibiarkan anak dikandung sendiri 9 bulan 10 hari tidak terbela, sakit peningnya tidak terjaga, makan minumnya tidak dipeduli, apatah lagi belaian kasih sayang yang sangat didamba seorang anak. Lebih-lebih lagi anak syurga ini. Sejak kelahiran Adik Nani, rasanya kami sekeluarga dah masak benar akan susah-payah untuk menjaga anak OKU. Memang payah. Namun, kepayahan itulah yang Tuhan akan ‘bayar’ kelak dalam rupa yang kita tidak akan tahu.

 

Pertama kali tengok gambar, memang aku sangka tu gambar anak orang Somalia, takpun di Afrika sana. Yang memang kita sedia maklum dengan kisah kesusahan dan kebuluran mereka. Rupanya, siapa sangka, di negara makmur ini, yang rata-rata rakyatnya terkenal dengan sifat ramah dan prihatin, terselit jugak kisah menyayat hati macam ni. Mulanya, aku boleh tahan air mata lagi tapi, sebaik je kawan meyua video (Remaja OKU Dikurung) teresak-esak aku menangis sambil mulut tidak henti-henti menyebut kalimah Allah.

 

Astaghfirullahhh! Astaghfirullahhh! Astaghfirullahhh! Allahuuuuu..

 

Siapalah aku untuk menjatuhkan hukum. Jauh sekali untuk menghakimi kehidupan seorang ibu lain. Aku masih yakin dan percaya dengan kuasa naluri dan kasih sayang seorang ibu. Naluri dan kasih sayang ibu adalah sangat berkuasa untuk tidak membenarkan perkara-perkara seumpama ini berlaku.

 

Melainkan, Tuhan dah tarik balik ‘kuasa’ itu.

 

Jauh di sudut hati, aku mohon sungguh-sungguh, di samping Tuhan panjangkan jodoh aku dengan anak-anak, mohon direzekikan aku dengan ‘naluri ibu’ ini hingga ke akhirnya. Pinjamkan aku rasa ini buat selama-lamanya, biar sampai di hari akhir sana nanti.

 

maternalinstinct

“Jangan Kau tarik balik nikmat yang satu ini, Ya Allah. Nikmat memiliki naluri ibu yang sanggup berbuat apa sahaja demi insan bergelar anak. Rezekikan kami dengan sifat-sifat mulia seorang ibu, kayakan kami dengan kasih sayang dan kesabaran, demi mengasihi dan menjaga amanah Mu ini dengan penuh rasa redha, istiqomah dan tawadhu’, Ya Allah…”

 

 

HER : Moga Tuhan terus pinjamkan kekuatan untuk menjaga bidadari syurga keluarga kami.

Monday, June 23, 2014

Gadjet Followers Hilang?!

Tak tahulah aku sorang je ke semua orang pun sama. Hari ni baru perasan yang gadjet blog followers kat bawah nun tiba-tiba lesap. Patut lah rasa macam kosong je blog ni. Bukan apa, aku suka gadjet ni sebab senang nak akses balik ke blog kawan-kawan followers yang lain. Lagi-lagi pulak kalau pembaca baru. Time lapang-lapang ke, teringin jugak aku singgah ke blog diorang.

 

Dah try re-install tapi tak boleh. Hari ni try nak buat lagi, hambek kau terus takde dah gadjet followers. Yang ada cuma gadjet baru namanya Google+ Followers.

 

Apakah ini suatu konspirasi?

T_____T

followers

Boleh view kat Dashboard je. hurmmmmm

 

 

HER : Follow dalam hati je la lepas ni. heh.

Wednesday, June 18, 2014

Review on Bantalkabu.com

Seingat aku, tak pernah pulak bercerita pasal bantal kekabu, tilam kekabu mahupun asal-usul pokok kekabu dalam Xeatopia ni. Entah macam mana, ramai pulak readers yang termasuk dalam blog ni sewaktu mencari info pasal produk kekabu. Siap ada keyword ‘tilam kekabu terbaik tahun ini’ paling tak menahan. heh. Dah namanya pun mak-mak dedikasi, mestilah kita mahukan hanya yang terbaik untuk anak-anak, gitu.

 

Nah, demi mengubat kekecewaan, aku bagi review sikit pasal produk kekabu.

 

20130928_104858

Set tilam kekabu dan sarung bantal dari Bantalkabu.com

 

Sebenarnya, sewaktu buat persiapan untuk menyambut kelahiran Alfiy dulu, aku tak pernah heran dengan produk kekabu ni. I was like, ‘huh? kekabu? ape tu? sooo 80’s ok. Tak main lah anak ai pakai unsur-unsur kekabu ni.’ *lempanggg*

 

Dengan perasan divanya aku pun join the so-called-up-to-date-mommies-bandwagon of 2010, belilah set tilam dan bantal jenama popular ketika itu (mula dengan huruf ‘B’) Masa tu tak sedar yang kami anak-beranak ni kalau pakai suatu barang memang jenis lenjan sampai lunyai. Set tilam tu memang pakai pagi petang siang malam, usung balik kampung pergi bercuti segala, siap kadang-kadang mak bapak bayi tumpang tidur sekaki. Elok je pakai 2-3 bulan, set tilam yang aku bangga-banggakan sebagai paling canggih dan stylo tu habis leper serupa lempeng T______T

 

Jadi, masa mengandungkan Aisya, aku gigih buat research (?) pasal tilam bayi.

 

20130928_110414

Dan, akhirnya akur dengan set kekabu jua akhirnya. Tu laaa, kan Mak dah kata dulu degil taknak dengar. Bagai kacang lupakan kulit. Nah, sekarang baru tahu betapa gebu, empuk, sejuk, dan selesa nya tidur atas tilam kekabu. Yang paling penting, tahan lasak! Dah dekat setahun pakai, rupanya masih sangat elok seperti baru.

 

Memang  banyak set tilam kekabu yang dijual online. Kebanyakannya jenis pre-order. Tapi jenis tak sabar macam aku, nak beli yang ready made je. Malas nak customade bagai yang ambik masa sampai berminggu-minggu.

 

Maka, aku dipertemukan dengan Bantalkabu.com 

 

20130928_104911

Sarung boleh dibuka untuk dibasuh. Jahitan pun sangat kemas. Nak beli satu set sekali tilam bantal bolster semua boleh, nak beli ala carte pun boleh, yang siap ready made pun ada, nak bayar secara ansuran pun boleh. Tapi kena pandai-pandai nego dengan towkey la. Highly recommended!

 

 

HER : Siapa sangka bantal kekabu akan menjadi sangat hip siap boleh beli online.

Thursday, June 12, 2014

#MameeChefDay Out to Melaka

Walaupun jadual hujung minggu biasanya dipenuhi dengan jemputan majlis kahwin, majlis harijadi dan berkhidmat untuk negara, bila sesekali dapat jemputan melawat kilang macam ni, memang rasa rugi pulak aku nak lepaskan. Jakun gila, kot! Zaman sekolah dulu, paling hebat pun, melawat Zoo Negara tengok gajah mandi je (-_-“)

 

P1080366

Pagi-pagi morning dalam pukul 11 dah sampai Kilang Mamee Double Decker kat Melaka Bandaraya Bersejarah nun. Alhamdulillah perjalanan hari tu ambil masa lebih kurang 2 jam je. Itupun delay sikit sebab kebanyakan bloggers sesat barat nak pergi ke meeting point kat Mamee Double Decker Subang, termasuklah aku. Heh.

 

10300771_10152225064288752_4729053470359653057_n

P1080364

Tu diaaaa bloggers seantero Malaya menyerang masuk ke kilang! Termasuk si famous amos Namee Roslan yang aku baru kenal hari tu. Ngeeee *slap face*

 

P1080367

Gaff si ketua rombongan group hijau dan oren sedang menyambut ketibaan kami di Kilang Mamee Chef. Siap ada red carpet, gitu. Feeling retis sangat tau! *libas shawl*

 

P1080377P1080379P1080380

Sebelum dibawa masuk ke kilang pemprosesan, layan tengok demo buat Mi Tarik dulu daripada Sifu Chef yang diterbangkan khas dari China. Sambil-sambil dia uli tu, dalam 5 minit kemudian…

 

P1080385

…pooofff!!! Tiba-tiba doh yang Sifu Chef dok uli tadi tu dah jadik rupa mee jurai-jurai macam ni. Serious kagum, weh. Rasa macam magic pun ada. Dia tarik-tarik je kot. Alih-alih jadik mee. Oh ya, dua dari kanan tu big boss Mamee; Datuk Pang.

 

P1080393

Lepas tu, ada demo memasak pes bagi salah satu perisa kuah Mamee Chef yang popular iaitu Laksa Kari. Bau dia perghhhhh! Menggugat selera betul.

 

P1080387

Sambil-sambil tu, boleh tengok galeri Mamee ala time-travel ni. Kat sini display packaging semua produk Mamee sejak dari tahun penubuhan sampai la sekarang. Macam-macam anugerah Mamee dah dapat dan yang terkini adalah Putra Brand Awards Bronze Recipient 2014 under Food Stuff Category

 

P1080400

Tibalah masa yang dinanti-nantikan; the factory visit! Kami dibawa melawat ke kilang pemprosesan Mamee noodles iaitu segala jenis mee segera yang dikeluarkan oleh Mamee termasuklah snek Mamee kegilaan kite zaman kecik-kecik dulu.

 

P1080402P1080406P1080412

Penghasilan produk Mamee noodles secara umumnya, akan melalui 9 proses iaitu Mixing (Campuran tepung untuk dijadikkan doh) > Rolling (Uli/nipiskan doh) > Slitting (Hiris/cetak doh) > Steaming (Kukus) > Cutting (Hiris doh mengikut saiz) > Seasoning (Bubuh perasa) > Frying (Digoreng pada suhu 165 darjah celcius)> Cooling (Sejukkan sebelum dibungkus)> Packaging (Dibungkus dalam individual pack)

 

P1080416P1080420

Menurut tour guide kami, lebih kurang 600 paket Mamee dihasilkan dalam masa seminit. Dalam sehari, kilang Mamee boleh mengeluarkan sehingga 1 juta paket Mamee! Kantar WorldPanel punya kajian mendapati daripada 5.47 juta isirumah di Malaysia, 4.2 juta adalah pembeli tegar mee segera Mamee *makcik kayoooo*

 

P1080427P1080429

Dah penat melawat kilang, apa lagi? It’s makan timeee! Menu luch hari tu ditaja oleh Mamee Jonker House. Ada Nasi Ayam Kepal, Satay dan Desserts. Sedap hoiii. Dah nama pun makan free, kan. Heh.

 

P1080424

Perut kenyang, suka hati. Sempat posing feeling remaja kat photobooth Mamee Chef dengan Pretty Miss Fiona.

 

P1080446

Mamee Jonker House |No. 45 & 8 , Jalan hang Jebat 75200 Melaka | Tel : 06 – 2867666

Lepas tu kami dibawa ke Mamee Jonker House kat Jonker Walk Melaka. Kali terakhir aku sampai Jonker Walk ni nak dekat 10 tahun dulu, kot. Zaman aku jadi orang Melaka masa praktikal degree dulu. Masa tu Mamee Jonker House ni belum wujud lagi. Banyak berubah dah rupa Jonker Walk ni.

 

P1080451

Ketibaan disambut oleh our childhood hero; The Mamee Monster! * Mhaameee Mhaaameee - annoying soundtrack berkumandang* Harus lah posing seround dua bersama mommy bloggers Ryyhan dan TheMummySha. Kebetulan pulak, kami semua share same birth month, Gemini babies rocks!

 

P1080457P1080515

Sambil-sambil dengar taklimat, mata aku melilau-lilau melawat kawasan. Uniknya Mamee Jonker House ni, bukan semata-mata sebuah restoran. Dalam bangunan yang dah berusia lebih 200 tahun ni, ada Mamee Café, Mamee World, Lil Monter Kitchen, Noodle Doodle dan Merchandise Store.

 

P1080454P1080478P1080477

Mamee Café.

Boleh lah rasa signature dish; Nasi Ayam Kepal. Dijamin HALAL. InsyaAllah.

 

P1080481P1080482

Lil Monster Kitchen.

Agak-agak bosan hujung minggu kat rumah dok layan anak-anak menghadap tablet je, ada bagusnya bawak datang sini. Boleh belajar buat snek jajan Mamee tu sendiri. Dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad, boleh tempah slot pukul 11 pagi, 1.30 tengahari atau 3 petang.

 

P1080480P1080491

Noodle Doodle.

Lepas belajar buat snek Mamee, masuk sini boleh custom-made Mamee Chef perisa dan packaging citarasa sendiri. Memang anak-anak akan suka la buat aktiviti kreatif macam ni. Makpaknya pun boleh join sekali apa. Kiranya, boleh masuk dalam list aktiviti hujung minggu anak-beranak la.

 

P1080490P1080498

Konon-konon nak simpan dalam almari kaca buat kenang-kenangan. Takde maknanya. Baru sempat dua hari, jiwa perut ku ini meronta-ronta mahu. Sedapnyaaaaa hingga menjilat jari. Dah kata resipi sendiri, kan. Kemain over aku letak favorite condiments dalam tu. Patutlah The Ramen Rater mencalonkan Mamee Chef sebagai Top 10 Best Instant Noodles in The World for 2014.

 

P1080462P1080463

Merchandise Store.

Macam-macam barangan ekslusif Mamee boleh beli kat sini. Aku beli jugak sehelai tshirt untuk Alfiy dengan special discount 10%. Harga masuk kategori affordable la.

 

P1080465P1080464

Souvenir wajib bawa pulang dari mana-mana tempat yang dilawati.

 

P1080455P1080460P1080467P1080469

Demo pemprosesan snek Mamee oleh Mamee Monster. Cute sangat pleaseeee.

 

P1080501P1080510

Mommies Mamee day out sudah berakhir. Sobs. Gambar last kopek sebelum kembali ke pangkuan suami dan anak-anak yang dikasehi.

 

P1080519

Meet Alfiy Monster; the new Mamee mascot.

 

Lepas ni, memang konfemmmm terus upgrade to Mamee Chef!

Kenapa nama dia Mamee Chef? Sebab bersempena dengan kolaborasi Antara Mamee dengan Selebriti Chef terkenal tanahair; Dato’ Chef Ismail. Resipi Mamee Chef (prerisa Kari Laksa dan Tom Yam) adalah air tangan Chef Ismail sendiri yang direkacipta khusus mengikut selera rakyat Malaysia.

 

Jutaan terima kasih Nuffnang dan Mamee atas peluang hebat ni.

It was a whole new exciting experience for me.

 

Untuk ketahui lebih banyak perisa Mamee Chef yang sedap-sedap, boleh follow Facebook Mamee Chef

 

 

HER : Puasa tak habis ganti lagi niii  T____T

Monday, June 9, 2014

Resipi #06 : Acah-Acah Lasagna.

Lama betul tak kongsi resipi, kan?

Dah kata Mama berkerjaya, berlaki satu dan beranak dua, sempat tanak nasik lepas balik kerja pukul 7 malam tu pun dah boleh sujud syukur *lagu Alasanmu Exist ke udara*

 

20140606_091241

Nah, memperkenalkan Acah-Acah Lasagna namanya. Dalam bahasa melayu, turut dikenali sebagai Roti Lapis Daging. heh. Macam biasa, aku suka kongsi resipi yang senang-senang je. Kalau yang tahap Masterchef, sampai kucing bertanduk pun belum tentu aku reti nak buat.

 

20140606_092225

Rupanya luarannya memang ala-ala lasagna. Rasa di dalam pun, boleh nak kata macam lasagna. Tapi, versi resipi mesra di perut, juga di poket. Nak buat pun senang dan tak makan banyak masa.

 

Bahan (Inti)

  • 12 keping roti putih (buang kulit)
  • 300 g daging kisar / daging burger yang dicincang
  • Mix veges / Cendawan dalam tin / Sayur yang digemari (potong dadu)
  • 8 keping Cheddar cheese
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 3 biji bawang putih (potong dadu)
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp serbuk kari

Bahan (Kuah)

  • 2 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • 1 tsp serbuk lada hitam

Bahan (Topping)

  • Mozarella cheese
  • 1 tangkai daun sup (hiris halus)

 

Cara-cara :

  1. Siapkan inti dulu. Tumis bawang besar + bawang putih sampai naik bau. Campur daging kisar dan goreng hingga empuk. Tambah air sikit kalau nampak macam kering/berketul-ketul sangat. Perasakan dengan garam + gula + serbuk kari. Dah siap, ketepikan.
  2. Siapkan kuah pulak. Beat telur + susu segar + serbuk lada hitam sampai sebati. Ketepikan.
  3. Prepare baking tray (sapu dengan butter).
  4. Celup kepingan roti dalam adunan kuah dan terus susun dalam baking tray sampai jadik satu lapisan. Lapisan atas roti, letak cheddar cheese pulak. Lepas tu, masukkan adunan inti tadi. Ratakan bagi cantik.
  5. Ulang langkah 4. Selang-selikan roti + cheddar cheese + inti sampai semua adunan habis.
  6. Tabur Mozarella cheese kat lapisan roti atas sekali.
  7. Sedia untuk dibakar dalam oven selama lebih kurang 40 minit pada suhu 180’c.
  8. Hiaskan dengan hirisan daun sup.
  9. Sedap dinikmati panas-panas bersama sos Thai. Lelehan cheese tu masa tengah panas memang mengundang betul. Yummmm!

 

NOTA KAKI :

Bagi yang tak gemar makan daging, boleh jugak gantikan dengan ayam. Tapi aku pernah rasa orang buat dengan tuna. Tak sedap. So, sila jangan.

 

 

HER : Nak diet konon, hari-hari ratah cheese macam makan nasik.