Ingat lagi kat si bongsu rambut kerinting?
(Baca : Si Bongsu Kesayangan Semua)
Hari ni, 29 April 2010.
Ulangtahun kelahiran Adik yang ke 16. Tapi, fizikal dan tingkah laku Adik tak ubah macam budak umur 6 tahun. Pergi tengok wayang pun masih boleh claim tiket sebagai kanak-kanak bawah umur. Gila awet muda :p
Apa yang aku lihat, sejak masuk sekolah menengah, Adik punya social skills dah makin berkembang. Perbendaharaan kata pun makin bertambah. Tak terkecuali jugak vocab yang kurang sopan. haih. Begitu besarnya pengaruh rakan sebaya. Tapi, Adik macam tau kalau dia 'ter'cakap sesuatu yang salah, lepas kami marah, Adik akan balas balik, “oh, dosaaaaa.”
Adik dah boleh sebut makanan kegemaran dia 'nasik goreng kampung' dalam ayat penuh. Dah pandai mogok tiap kali tak dapat apa yang dia mintak. Dah pandai mengelat bila kena buli oleh kakak-kakak dan abang. Selamba cakap 'malas' bila disuruh ambik barang kat tingkat atas atau masa Mak Abah kejut bangun pagi nak ajak pergi teman jogging keliling taman.
Macam-macam lagi lah.
Bagi sesetengah orang, apa sangat lah setakat perkembangan yang macam tu. Tapi tidak bagi kami sekeluarga. Ianya bagai satu rahmat. Adik dapat belajar menguruskan diri sendiri pun dah cukup buat kami rasa bahagia. Inikan pulak bila Adik dah pandai melawan kata :p
Oh, lupa nak cerita.
Adik lah orang pertama yang cakap aku tengah hamil pada hujung tahun lepas. Selamba dia cakap, “Along ada baby eh” sambil tunjuk perut aku. Aku gelak je lah sebab ingatkan Adik kutuk perut aku yang ada sedikit koleksi lemak seksi T__T Hakikatnya, masa tu ‘si bun kecik dalam oven’ dah berusia beberapa minggu tapi aku tak sedar pun sebab belum rasa apa-apa simptom lagi. Elok je beberapa minggu lepas tu, memang betul, aku disahkan hamil.
Macam ajaib, kan?
Dah nama pun golongan istimewa. Mungkin Tuhan kurniakan deria istimewa kat orang-orang macam Adik. Yang tak serupa macam orang biasa. Kami sekeluarga hanya menumpang tuah di sebalik segala keistimewaan yang Adik miliki.
Dan, sempena harijadi Adik, walaupun Adik masih lagi tak pandai nak baca entri ni mahupun yang lepas, tiada apa yang aku harapkan selain daripada kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan buat Adik. Semoga Adik sentiasa dilindungi dan dikasihi oleh-Nya. Selagi hayat di kandung badan, punya kudrat dan kekuatan, kami tetap akan menjaga dan menyayangi Adik sampai bila-bila.
Rindu.
HER : Cepatnya masa berlalu. Rindu nak cium bau Adik lepas mandi masa dia baby dulu.
xeea, kesah adik awk sama mcm kesah anak sedare en wads. kene demam panas time umur 10bulan. tp kami semua sgt syg kt die. sgt keletah. sape buli die kt skolah, mmg org tuh kene buli balik ngan sepupu2 die yg lain. dan antara org feveret die ialah MAKLANG (aka saye la tuh). kalo jumpe saye msti pelok2,gurau2. heheh..rindu kt abang,rase nak balik sp skrg je...:(
ReplyDeleteape2pon, slmt hari lahir utk adik xeea.:)
inilah kasih kita pada seorg adikkan...huhu..aku pun sedang merasa ape yg ko rasa xeea. tapi ko bertuah ko tau adik ko ISTIMEWA dr awl. x mcm aku sekeluarga, kami tahu adik bongsu kami tu ISTIMEWA setelah die berusia 13 tahun..sbb fizikal die semua mcm kanak2 lain. cume yg jd pelik die x dpt belajar mcm kanak2 normal lain. sekarang umur da 14 tahun, tapi perwatakan die masih macam kanak2 6 tahun..huhu..sbb die x dpt berfikir mcm kanak2 normal.
ReplyDeletetapi aku masih pelik, masyarakat kini boleh ckp adik bongsu kami buat2 OKU sbb die kelihatan normal.SubhanAllah sungguh aku kesian kat mak ayah aku...
Subhanallah.. amazing baca time adik ziha leh tau dah ada someone inside.. betol lah tu, kita nampak kekurangan tp hakikatnya Allah Maha Adil..Allah kurniakan keistimewaaan lain yg takde pada kita yg biasa..
ReplyDeleteakak turut doakan keberkatan dan kesejahteraan hidup adik ziha..
comel...mga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik
ReplyDeletecomel je adik awak tau
ReplyDeleteone day, adik akan baca entry ni dan be very grateful sbb dpt kakak mcm xeea :)
ReplyDeletemisha :
ReplyDeleteoh, adik saya kaki buli kat sekolah. sbb akak2 ngan abg dia dah siap2 ajar taekwondo kat rumah. heee
hantu ulam :
parents n family kena byk main peranan dlm hal ni. kena support depan belakang. org keliling mmg tak paham apa. tau mengata je.
semoga kita sama2 tabah utk adik2 kita :)
hana picca :
thnx for the warm wishes.
aminnnn.
aziyana :
thanx kakak! :)
nurul :
tengok lah kakak dia macam mana :p
yatie chomeyl :
ntah bila lah tu ye?
i'll be grateful too :)