Monday, January 14, 2013

Hari Minggu #14 : Ayuh Manjakan Diri!

20130112_110143

Elok sangat lah kan, lepas penat pindah-randah, sakit-sakit belakang semua, ayuh lah kita memanjakan diri yang tak berapa nak dapat layanan mesra dari tuan punya badan sejak dua menjak ni. Dok bergasak buat kerja-kerja berat tak ingat punya.

 

Kali terakhir pergi spa adalah tahun lepas dengan Mama Raisya. Alaa, spa murah-murah dari Groupon je. Jadiklah buat hilangkan sengal-sengal badan. Tiga ploh hengget punya spa, siapa nak bagi, ye tak? Kali ni, buat kat Thai Odyssey; hadiah sempena ulangtahun perkahwinan *tahun lepas punya* dari Cik Abang Cfu kite. hikhikhik gedik. Gift voucher ni valid untuk tiga bulan, tapi dok peram punya lama, dengan aku pi outsation sana sini 3 minggu in a row, dengan sibuk nak pindah rumah nya lagi tup tup dah overdue. Lepas tu menangis lah daku tak berlagu. wuwuwuwuwu.

 

Tanpa kenal erti putus asa, aku try call Thai Odyssey, tanya kot-kot boleh extend ke kan, pung pang pung pang merayu buat suara kasihan mintak belas ehsan, aku berjaya yahooooo! Tapi nak kena buat surat rayuan gitu. Ala, setakat buat surat rasmi bagi orang kerja gomen macam aku ni, kira senang tahap celah gigi je. Punya semangat nak memanjakan diri kan, seminit taip dah siap. Cuba suruh taip laporan unit, sebulan dok bertangguh. heh.

 

20130112_113250  20130112_121502

Shhhhhhh… massage in progress. Bilik sangat cosy, staf begitu mesra sikit-sikit sawadikaaap! sawadikaaapp! Semua tukang urut (masseuse) originally imported from Thailand dan berpengalaman lama dah dalam bidang ni. Tapi semua perempuan lah. Kot kalau ada orang laki nak mengurut kat sini, diorang kena masuk bilik yang see through, boleh nampak ikut cermin.

 

20130112_113417   Aku punya voucher ialah 60 minutes Thai Aromatherapy.

 

Mula-mula bila dengar je Thai massage, macam cuak jugak. Ye lah, aku kan takut sakit. Mana taknya bila google pasal Thai massage, semua tunjuk gambar macam ni;

Thai Massagethai_massage1

Mau tak cuak kau.

 

Tapi staf Thai Odyssey tu convince kan aku yang tu Traditional Thai Massage. Yang aku punya aromatherapy. Takde ‘lipa-lipat’ sangat. Lega sket. Sebelum mula, dia akan mintak kita pilih essential oil. Ada macam-macam jenis with different purposes. Ada untuk energy, relax, soothing dan sebagainya lah. Obviously, I gor for ‘relax’ sebab dah kata nak manjakan diri, kan. Satu lagi sebab bau tu je yang aku suka. Smells fresh dan tak berapa menusuk lobang idong ku. Kang elok-elok nak rehat manjakan diri, tak pasal-pasal mabuk pulak.

 

Mula-mula masseuse akan cuci kan kaki kita dulu dan urut-urut sikit. Lepas tu baru masuk private room untuk sesi massage. Maka bermulalah part ‘kruuupppppp krappppppp prappppppp prakkkkkkkk’ perghh rangup betul bunyiknya. Pastu dia tekan kat poin-poin tertentu ‘prakkkkkkk pputtttttt!’ eh terkentut pulak. Angin banyak dalam badan. heh. Bunyik macam dah patah riuk badan aku, tapi lepas tu rasa macam legaaaaaaaa sangat! Sedap woh rasa.

 

One tips la untuk sesiapa yang nak try Thai massage ni : just relax. Jangan melawan, nanti badan kita jadik ‘keras’ tu yang sakit-sakit bila masseuse kasik ‘lipat’. Kalau badan relax, otot-otot akan rasa lega sangat lepas ‘dilipat’. Badan pun rasa cergas.

 

On top of that, I enjoy my first time here!

Definitely will come again…. kalau ada orang belanja lagi lah. hehehehe

 

 

HER : How I wish to have a private masseuse at home. Anyone? :D

2 comments:

  1. hehe kalau org bdn berisi2, agaknye kurang berisiko utk bunyi krup krap tu ye dak?? xseram sgt aku nk try kot, hehe bestnye,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha depends kat tukang urut tu jugak kot. Dia bukan urut part lemak2 pun weh. Kat poin2 tertentu je. Tapi serius mmg sedap. Try aa sekali.

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.