Showing posts with label Colmar Tropicale. Show all posts
Showing posts with label Colmar Tropicale. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Mendaki Bukit Tinggi.

…..sambungan entri Hari Minggu #15 : Bienvenue!

 

P1060593

Inilah para pendaki yang telah menjalani latihan intensif selama 44 hari. Beberapa minit sebelum tragedi bateri kereta ku kong di kaki Bukit Tinggi T_____T

 P1060596

Ini pulak perkakasan' ‘mendaki’.  Boleh pilih untuk menggunakan kenderaan sendiri ataupun naik shuttle bas yang disediakan oleh Colmar Tropicale.

 

BH_new_location map

So, we skipped Japanese Village sebab dah terkandas lama jugak atas tu, kan. Takpe, boleh save untuk next visit pulak.

 P1060599  P1060602 P1060606  

Animal Park.

RM 3 per pax. Jangan expect banyak animal macam dalam zoo. Yang ada cuma arnab, rusa, guinea pigs, donkeys dan peacocks. Dah cukup untuk buat Alfiy tak menang kaki nak berlari ke sana ke mari. Dan, lebih dari cukup nak buat aku histeria bila Alfiy terlebih berani nak tarik ekor rusa dan hampir terpijak bunnies. gulp!

 

P1060627

Donkey Riding.

For kids only! Kalau orang tua gatai jugak nak naik, mau patah riuk keldai ni.

P1060628

Serius tak sangka Alfiy suka! Mula-mula Cfu saja je bagi dia pegang-pegang dan duduk atas donkey tu. Sekali dia boleh layan pulak. Ambik la satu round RM 6 per ride. Pusing-pusing dalam Animal Park tu je pun. Tapi sekejap sangat lah hai pusing nya. Kesian Alfiy tak puas.

 P1060642

Gigih lah Papa dia memujuk. Taknak turun, okeh. Helmet pun tak bagi bukak (-_-“)

  P1060647   

Berjaya Hills Horse Trails.

Kali ni, Mama Alfiy pulak nak beraksi. RM 25 per lead ride. Rules & regulation dalam ni strict sikit. Bahaya kot, kuda besar-besar dalam tu. Kalau dorang buat rusuhan ke ape, tak ke naya. So ikut je lah apa-apa peraturan yang dah ditetapkan, ye.

 

P1060649P1060659

Koboi Mama Xeea & Koboi Alfiy.

 

eh, mana koboi Papa Cfu?! Cfu tak boleh jadik koboi sebab tak mematuhi piawaian berat badan yang ditetapkan tettttt!!!!! Lagipun, dia nak kena jadik bodyguard kitorang pun kan, so tak payah naik pun takpe *cover line* heh.

 

P1060656P1060657 P1060658

Ini baru betul-betul namanya mendaki!

Ada lah dalam 20 minit horse riding ni. It was a whole new experience for me! Terus rasa macam nak daftar masuk kat Kelab Lumba Kuda Selangor tu. ewah. Padahal selama ni lalu-lalang depan tempat tu tak pernah nak heran pun. Sumpah seranah sebab selalu jammed kat situ ada lah.

 

P1060661

It’s official. We love Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Will definitely come again!

 

 

HER : Mengidam nak bela kuda sekor. bwahahahaha

Wednesday, January 30, 2013

Hari Minggu #15 : Bienvenue!

P1060440
….. to Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang!

Betullah kata orang, lagi dekat kita dengan suatu tempat, lagi payah nak sampai. alaaa, dekat je tu, baik pergi yang jauh-jauh dulu, kan. Maka cuti hujung minggu kali ni, kami upah diri sendiri for a short getaway ke Bukit Tinggi. Dah lama plan nak datang sini, tapi macam biasa lah kan kalau yang kita beriya planning bagai nak rak, biasanya tak menjadi. Sudahnya keluar lah plan tiba-tiba, ini hari cakap, esok terus pergi.


P1060595
IMG_20130119_174717
P1060579
ok, aku memang jatuh cinta lapan ploh juta kali kat tempat ni. Tengok balik gambar-gambar, jatuh cinta lagi. eisshhh, dah tahap angau dah ni.


Such a nice, cosy, relaxing and happy place for me. In fact, Cfu dan Alfiy pun suka! Mungkin sebab masuk kawasan ni terasa macam berada kat alam fairytale. Macam tiba-tiba dah sampai Bandar Colmar Perancis, gituuu. Kamera memang tak lekang dari tangan. Semua port kot aku nak ambik gambar. Kagum dengan ciri-ciri architectural tempat ni. Truly fascinated! Kan ke best kalau suasana kawasan perumahan aku macam ni. Bestnyaaaa bestnyaaa, nak duduk kat Perancis lah macam ni *berangan cecah awan*


P1060588
P1060396P1060401
P1060407
P1060402
P1060556

Macam biasa, tempah hotel melalui Agoda.com.

Mula-mula Cfu nak tempah Sri Malaysia je, murah sikit. Tapi, sebab nak feeling tidur kat Perancis, Colmar Tropicale menjadi pilihan. For weekend rate, bilik Deluxe dapat RM 300++ bila check in, tuah manusia siapa yang tahu, bilik kami di upgrade kepada 1-Bedoom-Suite with mountain view. Bangun pagi, bukak tingkap, angin pagi menerbu masuk. Nyaman sangatttttt. Pemandangan pun sangat cantik menyegarkan, Subhanallah! 


P1060433
P1060428P1060452
P1060488
   
Orang luar boleh je nak jalan-jalan kat kawasan Colmar Tropicale ni walaupun tak menginap kat sini. Cuma kena parking dan jalan jauh sikit lah. Bayaran masuk RM 12/dewasa dan RM 8/kanak-kanak. Kalau bermalam di hotel, boleh redeem tiket masuk ni sewaktu check out.


P1060476
P1060466
P1060495
P1060582
P1060497

Tarikan utama Colmar Tropicale pada rekaan bangunan dan pemandangan tanah tinggi yang indah.


Selebihnya, lebih kepada aktiviti kekeluargaan dan mendekati alam sekitar. Kebanyakan orang yang datang sini memang sekadar nak jalan-jalan ambik angin, rehatkan fikiran sambil menikmati pemandangan. Setakat datang hujung minggu memang sesuai lah. Nak berkampung 3-4 malam, sangap jugak dibuatnya.


As expected, makan kat restoran di tempat peranginan macam ni memang mahal. Sekali-sekala takpe lah kan. Kalau hari-hari, bankrap kot. Souvenirs at reasonable price. Fridge magnet boleh dapat less than RM 10/pc. Boleh custom made souvenir sendiri. Warnakan hiasan seramik yang kita pilih ataupun hands moulding. Buat ramai-ramai satu family, lagi best. 


P1060501
P1060510

Tengok lah si Mamat Keriting ni, apa yang Papa dia buat, semua dia nak ikut buat sekali. Lepas tu pantang nampak booth main ‘tikam-tikam’ macam ni, mesti nak singgah main. Kalau menang takpe jugak, habis duit Mak lebur gituuu je. cisss.


P1060521
P1060532
P1060548

Suasana malam di Colmar Tropicale adalah sangat romantik. Cuaca pun sejukkkk je. Happening dengan live band, stage performance dan anak-anak bebas berlari ke sana sini main bubbles. Ahhhhhh, sorga sangat!


Colmar Tropicale ; highly recommended untuk honeymooners, seisi keluarga, kaki foto serta kamu yang cintakan kehijauan. As for weekend getaway je lah. Takyah lama-lama, kang bosan pulak. Balik hari je pun takpe. Cukup untuk refresh mood, re-energized and revitalised yourself.


Untuk aktiviti lain di Bukit Tinggi, kite sambung kat entri akan datang pulak ye!



HER : I want to live in Colmar Town, France, pleaseeeeee!