Monday, November 12, 2012

Jiran 1 Malaysia.

Setiap kali lepas aku cakap tinggal kat Puchong, biasanya akan diikuti dengan dialog yang agak kurang senang untuk didengari seperti,

 

“owhh.. kawasan Cina”

“Melayu tak ramai dok area sana, kan?..”

“..jammed gila woi!”

 

ok, dialog yang akhir tu tak berapa kena lah dengan kupasan topik hari ni. Dan, respon aku pada dialog-dialog sebegini adalah sekadar senyum tawar; tidak mengiyakan atau menidakkan. Kadang-kala dalam hati ada jugak membentak,

 

“so.. apa masalahnya? salah ke berjiran dengan bukan Melayu?..”

 

Dibesarkan dalam kawasan kejiranan majmuk yang bilangan penduduk Melayu nya boleh dibilang dengan jari bermula sekitar penghujung tahun 80-an, kami adik-beradik diasuh dengan gaya hidup bermasyarakat yang cukup kuat. Tak kiralah dengan Melayu, Cina, India dan sebagainya. Jiran kanan kiri depan belakang semua pun Cina dan India. Melayu adalah beberapa kerat.

 

Kami membesar dengan menyaksikan Tarian Naga/Singa di sekeliling rumah setiap kali tiba Tahun Baru Cina. Setakat tidur malam terganggu dek mercun dentam-dentum bila tiba masa Uncle Eng Kong nak halau hantu pada malam Chap Goh Mei, dah jadik perkara biasa. Takde pun sibuk-sibuk nak pergi buat report polis semua. Paling seronok, Abah akan bawak pusing taman perumahan kami naik motor bila tiba Pesta TangLung. Kami jugak saling berkunjung dan bertukar makanan pada musim perayaan dan hari-hari biasa. Malahan, jiran tetangga di kawasan perumahan kami begitu menjaga sensitiviti dengan mengupah katerer Melayu semata-mata untuk menjamu jiran Melayu pada setiap majlis yang mereka anjurkan.

 

Jiran yang paling rapat dengan keluarga kami adalah Mendiang Uncle Tan. Aku masih ingat lagi main pondok-pondok dan masak-masak setiap petang dengan anak-anak Uncle Tan; Wee Nee dan Wee Peng. Keluarga Uncle Tan sangat baik dan pemurah. Jasa Uncle Tan yang paling besar dan aku kenang sampai bila-bila adalah sewaktu dia bertungkus-lumus membantu kami sekeluarga berpindah ke Kota Tinggi pada tahun 1995 dulu. Dia dengan rela hati menawarkan perkhidmatan lori dan punggah barang tanpa sebarang bayaran pun. Sewaktu rumah jiran sebelah dimasuki pencuri, dia lah orang pertama yang turun dulu, lengkap dengan parang panjang sekali! Sejak Uncle Tan meninggal, anak-anak dia semua berpindah bawak haluan masing-masing. Rumah yang ada sekarang masih kosong tak berpenghuni. Setiap kali lalu depan rumah Uncle Tan, sentiasa teringat senyum ramah dia menegur jiran yang lalu-lalang.

 

Benarlah kata orang, budi baik dikenang sampai mati, kan.

 

Kini, selepas mempunyai keluarga sendiri, aku masih lagi dikelilingi oleh jiran bukan Melayu. Mewarisi ilmu hidup berjiran yang telah diterap sedari kecil, aku cuba mengamalkan tradisi bertukar makanan terutama pada musim perayaan. Mujur, jiran kami semuanya baik sekali. Sewaktu rumah kami dimasuki ular tempoh hari, jiran India sebelah rumah lah yang membantu. Habis anak-beranak dia sekali dikerah untuk tolong tangkap ular tu. Ular tedung, ok. Jangan main-main.

 

Cuma, resmi hidup di kota ni, keluar pagi masih gelap, balik pun lewat petang. Tak sempat nak sembang panjang dengan jiran, sekadar hye hye bye bye lah. Itu bagi yang ringan mulut nak tegur lah, kan. Kot yang jenis suka buat hal sendiri, duduk berkurung dalam rumah sampai jiran dah mati reput kat sebelah rumah pun kau tak peduli, memang tak boleh nak kata apa lah. Baik pindah duduk Planet of The Apes sana.

 

Apapun, point aku di sini, sila buang mind setting yang kita orang Melayu, kena hidup berjiran dengan Melayu je. Bersikap terlalu pesimis dan judgmental terhadap orang lain, tak membawa apa-apa keuntungan pun. Kat mulut bukan main berdegang-degang cakap tak mengamalkan racism, tak pilih bulu, 1 Malaysia konon. puiii. Baru jiran sebelah nyanyi lagu gereja dah menggelabah tuduh diorang nak sebar dakyah Kristian tak tentu hala.  

 

Oleh itu, selagi belum pernah berjiran atau berkawan dengan bukan Bumiputera, jangan buat anggapan yang bukan-bukan. Bersangka baik dan berbaik-baiklah dengan semua lapisan masyarakat. InsyaAllah, walau ke hulu ceruk mana pun kita dicampakkan, kehidupan kita akan dipermudahkan.

 

1_malaysia_concept_2_by_hamzani

 PLEASE, be a TRUE Malaysian.

 

HER : Selamat menyambut Deepavali buat semua sahabat beragama Hindu di Malaysia.

14 comments:

  1. salute kat xeaa.. kas kat sarawak mmg dah terbiasa hidup berbilang kaum. plus kas pun berdarah kacukan cina, iban dan bidayuh (mak ayah convert islam).. mak mertua plak pure chinese, bapak mertua jer melayu. barulah harmoni namanya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhh! U lagi 1 malaysia ni. hehe actually, side family sebelah Cfu pun ramai Cina sbb Tok Ki dia chinese convert Islam. Nasib baik dah biasa, so tak kekok la. Mmg ditakdirkan dah kot. huu

      Delete
  2. hehe..maria pun bejiran dgn melayu,cina and india..1 malaysia..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn. Jangan nak pilih bulu sangat lah. Baru lah 1 Malaysia.

      Delete
  3. Kita memang dari kecik pun duduk taman perumahan yang pelbagai kaum. rumah di hadapan adalah cina. sekarang bila dah kahwin jiran depan rumah ada india. setakat ni tak ada masalah apa2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jenis yang dah biasa macam kita, takpe lah Nurul. Jenis tak kisah. Tapi mmg ada segelintir yg tak berapa selesa nak berjiran dengan bukan Melayu. Take time kot nak sesuaikan diri. Ye lah, masing2 ada budaya sendiri kan.

      Delete
  4. aku duk felda, kureeengg ah skit 1Malaysia tu...

    bab kira ngan jari tu, emmm, bleh ke kira ngan lutut...hehehehhe... gurau sendi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ko jenis peramah 1 Malaysia, kira oklaa. Tade hal punya nak campur orang. huu

      Delete
  5. kadang2 kalau kita terlalu pk ape orang ckp, x hidup kite dibuatnya.. mana ade bende sekelip mata semua kite dapat. orang yang suke bising2 pasal ape yang orang lain buat biasenye org tu x bersyukur ape yang die ade.. sabo je.. dalam hati doakan agar orang tu diberikan hidayah.. kalau kite lawan balik cakap nanti dapat dosa je.. pelik kan manusia ni kadang2.. anggap je dorang xde ape nak cakap.. senyum je walopun dalam hati macam nak lempang laju2 muke dorang..agagagaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, no no. Dont get me wrong.

      I tak marah pun pasal cakap2 orang tu. Just a bit sad with their mentality. Malaysian means, semua kaum. Bukan berkawan atau berjiran dengan sesama kaum sendiri je. Got my point, right? :)

      Delete
  6. suka entri ni..jiran-jiran saya pun 1 Malaysia jugak.diorang semua ok.takde masalah pun.mungkin sebab dah diajar dari kecik.tak kiralah bangsa dan agama apa pun, kena hormat diorang..so duduk mana2 pun, insya'Allah takde masalah..:)

    ReplyDelete
  7. Baik berjiran dgn bangsa lain dari berjiran dgn ramai bangsa melayu......yg selalu ada hasad dengki ,iri hati,busuk hati .......pengalaman sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends kat satu2 kawasan jugak, kan. Mmg certain tempat tu, komuniti nya 'terlebih ambil berat' pulak. Pun jadik tak selesa. ada pulak yang serupa kera sumbang. hurmmmm. Pandai2 lah kita belajar hidup berjiran, kan.

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.