Thursday, November 29, 2012

The UNDO Button.

Sejak bila aku disampuk dek mambang komputer jenis apa entah, dalam kehidupan separa sedar, wujud satu butang ‘undo’ dalam hidup aku.

 

undo

Literally.

Setiap kali berlaku tragedi yang mendatangkan trauma ataupun berlaku sesuatu perkara yang amat aku kesali, secara tidak sengaja aku akan tekan butang ‘undo’ sewaktu dalam tidur. Ya, aku tahu mimpi tu mainan tidur tapi perilaku aku menekan butang ‘undo’ memang terasa macam sedang betul-betul berlaku. Bangun esok paginya, aku akan rasa macam kembali kepada hari semalam. Seperti kejadian yang tidak diingini tu tak pernah berlaku. Aku boleh completely melupakan perkara tersebut. Tapi tak lama lah. Buat seketika, memang terasa macam yang butang ‘undo’ tu betul-betul berfungsi.

 

err.. do you get me? eishh complicated betul.

 

Namun, kejadian baru-baru ni semacam nak menyedarkan aku yang butang ‘undo’ imaginary aku tu tak wujud. Let me rephrase it : tak pernah wujud! Kejadian berlaku di sebuah gimnasium yang menempatkan sebuah alat penimbang digital paling canggih dalam dunia.

 

Naik atas alat penimbang, panel nombor tayang angka 60.

 

Tekan *undo*.

Masih tunjuk 60.

 

Tekan *undo* lagi.

Masih 60, tidak berganjak.

 

*UNDO* *UNDO* *UNDO* *UNDO* *UNDO*

Dalam samar-samar kelihatan;

 

60.

SORRY, SYSTEM OUT OF ORDER.

 

T___________________________T *menangis sebanyak satu kolah*

 

 

HER : Padan muka, siapa suruh terlalu selesa dengan pangkal ‘5’. Hail breastfeeding! *tetiba*

12 comments:

  1. hihihi..
    lari...meroyan gak ngan angka 6! terdesak gak nk kembali ke angka 5!

    ReplyDelete
  2. 6 tu nombor bertuah la. hehehehe. aku dah start masuk 5... lps tu selang sebln, naik sikit, sikit, sikit lagi. hahahahah. skrg sarapan oat, tghari nasi ciput, mlm oat. dah nak jumpa 4 balik dah. ;P

    Good luck mama Alfiy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lucky you! I am still struggling. huuu

      Delete
  3. Samalah..6 juga..huwaaaaaa..jom nangis sesama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *high five*

      Tapi awak tinggi. Tak nampak sangat. Ala-ala rendang macam kite ni? *nangisssss*

      Delete
  4. baru angka 6... aku ni, dah hampir nak 3 digit... huhuhuhu...teeeetttt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko boleh kawan ngan laki aku. Buat Persatuan Berat 3 Digit. tetttttttt!

      Delete
  5. alah beb.. baru 60, yang aku nak menghampiri angka 7 ni apa kes
    mmg menangis lah
    nangis je. tp usaha ciput..geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cross Trainer hari-hari lah beb kite hari2. Pastu memalam kaki cramp nak patah lima! hahahaha

      Delete
  6. kita steady je dgn angka 60 tu. bersungguh nak reduce angka, tp tak berjaya. last2 penyelesaiannya, mengandung jek la. SETEL!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.