Mengucap panjang bekali-kali bila mendapat berita tentang rakan seusia, belajar satu sekolah di Kota Tinggi dulu telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwa’innailaihiraaji’uun. Boleh dikatakan, aku pengikut setia kisah-kisah di blog dia sejak akhir-akhir ni.
Aku kenalkan Arwah sebagai Yuyun.
Entri blog Yuyun yang terkini banyak berkisar cerita tentang anak keduanya yang dilahirkan pramatang. Beberapa kali doktor menyarankan to terminate her pregnancy kerana Yuyun mengalami masalah buah pinggang sewaktu hamil kali kedua ni. Doktor bagi harapan 50-50 sahaja untuk anak itu survive. Namun, naluri hati Yuyun sebagai seorang ibu begitu kuat menyatakan yang anaknya akan selamat dan dia cuba jugak bertahan sehingga usia kandungan mencecah 6 bulan setengah. Sebaik melahirkan anaknya pada usia kandungan 26 minggu, Yuyun berulang-alik melawat anaknya yang ditempatkan dalam inkubator di NICU selama beberapa bulan. Dengan keadaan kesihatan dirinya yang masih tidak menentu, Yuyun gigih mengepam susu badan setiap masa demi memastikan anaknya membesar dan sihat.
Kasih sayang seorang ibu memang tiada tandingan.
Usaha gigih Yuyun membuahkan hasil. Dia berjaya menidakkan ramalan doktor. Anak keduanya yang dinamakan Zikri; kini telah berusia 6 bulan dan membesar dengan sihat. Namun, Tuhan Maha Besar. Diberikan satu nikmat, ditarik nikmat yang lain pula. Setelah sekian lama, aku ternanti-nanti juga update terkini di blog Yuyun. Update terakhir adalah pada bulan Jun yang lalu.
Rupa-rupanya, tahap kesihatan Yuyun makin merudum. Dia sekadar update perkembangan diri melalui laman sosial Facebook, bukan lagi dalam blog. Terkilan jugak aku. Tahu-tahu je, seorang sahabat mengkhabarkan yang Yuyun telah pergi buat selama-lamanya semalam.
Yuyun pergi meninggalkan seorang suami yang tabah dan dua anak kecil.
Ditinggalkan juga penulisan dalam blog nya, Bini Zakaria; di mana dia menyalurkan semangat juang serta kasih sayang seorang ibu yang sanggup bergolok kesihatan diri, bergadai nyawa, demi kesejahteraan anak-anaknya.
Mati itu pasti.
Bila, di mana dan bagaimana ia berlaku, itu menjadi rahsia Allah.
Nurulhuda Abd Ghani (1984-2012), AlFatihah.
HER : Harimau mati meniggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, penulis blog mati meninggalkan entri-entri blog nya yang diharapkan dapat memberi ilmu; baik yang tersurat mahupun tersirat, agar dikongsi secara berhemah oleh para pembacanya.
Innalillah. Sedih tp mati itu pasti kan.
ReplyDeleteIndeed :(
DeleteAl-fatihah..yuyun sahabat sy yg baik..moga arwah bersama2 golongan yg beriman dan bertaqwa..aamiinn....
ReplyDeleteAlfatihah.
Deletealfatihah.innalillah..tersentuh hati..
ReplyDeleteSedih, kan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Deletesedih baca. Allah sayangkan dia
ReplyDeleteYup. He knows best.
Deletesedih. sayu. al-fatihah untuk arwah.
ReplyDeletedan terus rasa, bermanfaatkah blog aku andai suatu hari nanti pemiliknya dah tak bernyawa.
dayuuuuu, jgnlah ckp mcm tu, sedih aku..
DeleteSame goes with me..
DeleteAl-fatihah... sedihnya..
ReplyDeletexeea, ada gambar anak dia yg 6 bulan tu tak? teringin nk tgk..
Takde lah pulak kat blog arwah. Try search kat FB dia.
Deleteyup..Mati itu pasti. Hidup? insyaAllah..
ReplyDeleteAmin. Mudah2an diperkenan Tuhan.
DeleteAl-fatihah. sedih baca blog arwah.
ReplyDeleteTouching sangat. Tp tu lah, entri2 arwah banyak buat kite rasa bersyukur dgn apa yg dinikmati sekarang.
Deleteawak,
ReplyDeletesedih. :'(
semoga awwah tenang disana.
AlFatihah