Thursday, November 24, 2011

My Breastfeeding Story.

Setelah berkali-kali cuba bertahan, aku tewas jua akhirnya.


23112011337

Tanggal 11.11.11.

Secara rasminya, aku dah berhenti mengepam susu untuk Alfiy :(


Inipun bukan disengajakan. Semua gara-gara kecuaian diri sendiri yang tersilap letak breast shields entah kat mana. Ghaib tak dapat dikesan. Mula-mula berhenti mengepam, memang engorged. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu.


Sedih? Of course!

Mak mana yang tak sedih bila tak dapat beri yang terbaik untuk anak.


Bila dikenang kembali, aku pernah beritahu dulu yang aku mahu menyusukan Alfiy secara ekslusif selama 6 bulan, dan kalau dapat buat hingga dia berusia 2 tahun, dianggap sebagai bonus. Jadi, aku andaikan tiada bonus untuk aku kali ni (-_-")


Siapa kata menyusukan anak tu perkara mudah?


Biarpun pada mulanya timbul jugak rasa susah, penat dan putus asa, aku gagahkan jua demi memberikan hanya yang terbaik. Ia memerlukan semangat kental, motivasi tinggi, mentaliti positif dan paling utama adalah galakan daripada orang sekeliling. Setakat kata-kata seperti, ‘tak cukup susu’, ‘anak lapar’, ‘susu badan tak cukup khasiat’, ‘leceh’, ‘anak susu ibu kurus’ dan pelbagai kata-kata bisa yang meracun semangat sudah cukup lali buat aku.


Mula-mula masuk kerja lepas berpantang, terpaksa berdepan dengan masalah nak mengepam di pejabat yang tak mesra breastfeeding. Merasalah mengepam dalam stor, kat celah-celah partition dan sebagainya. Dapat curik-curik mengepam kat surau 3 jam sekali pun dah dikira sangat bertuah. Itu belum cerita tentang kepayahan nak mengepam dan menyusukan bila terpaksa kerja out station. Bukan semua orang faham tentang komitmen seorang ibu yang menyusukan. Kalau kena sekitar Lembah Klang, takde masalah. Aku sanggup berulang-alik. Tapi, kalau kena jauh, nak tak nak, terpaksa tinggal anak, bekalkan dengan hasil susu perahan, kemudian usung lah pam susu ke hulu ke hilir untuk menggantikan stok susu perahan, tanpa kenal erti jemu.


Sewaktu menyusukan secara ekslusif selama 6 bulan, aku perlu bawa pulang sekurang-kurangnya bekalan susu perahan sebanyak 24 oz sehari. Semakin hari, usia Alfiy kian meningkat, kuantiti susu hasil perahan macam tak mencukupi. Faktor single pump pun memainkan peranan. Sekali pam, dalam tempoh 20 minit, dapatlah 5 oz each. Nak cukupkan 24 oz, aku kena pam 4-5 kali sehari. Terkejar-kejar aku dibuatnya. Itu belum masuk stok susu yang perlu disimpan. Perasaan cemas setiap kali tengok susu perahan tidak mencukupi, tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Silap haribulan, boleh menitis air mata!


Lumrah menjadi manusia yang tak tahan dugaan dan susah-payah, hampir setiap hari aku mengeluh. Ada hari, timbul perasaan leceh melampau nak usung beg pam dan segala macam aksesorinya tu. Ditambah dengan rasa penat nak mengepam banyak kali setiap hari. Mujurlah Cfu memahami. Dia seboleh mungkin cuba bantu meringankan ‘bebanan’ yang aku tanggung dengan kata-kata semangat dan tak kurang juga dengan membelikan gadjet penyusuan tercanggih dan terbaik di pasaran, walaupun diri sendiri hampir bankrap :p


Maka, dengan pertolongan Medela FS, aku bangkit kembali. Lepaslah nak dapatkan 20 oz sehari dengan dua kali sesi mengepam dalam masa 20 minit. Praktikal bukan? Stok susu perahan pun kembali meriah. Kalau dah tak dan sangat pun, aku selamba mengepam sambil memandu. Dengan syarat, nak kena duduk lane paling kiri lah.


Tidak keterlaluan kalau aku katakan pam susu yang baik dan sesuai sangat menyumbang terhadap penyusuan yang berjaya. Ikut pengalaman sendiri, penggunaan pam manual dan pam bateri telah menjatuhkan motivasi untuk menyusukan hingga ke tahap 50%! Alasan seperti cepat penat, lambat, tak berapa selesa, suction sakit sampaikan boleh cracked dan berdarah, sakit belakang, tengkuk dan sebagainya berupaya menjadi pembunuh semangat mengepam secara senyap. Bila dah jadik kes macam ni, macam mana nak tingkatkan motivasi untuk terus mengepam dan menyusukan, kan? Memang cepat je rasa putus asa tu datang nak merasuk diri.

Usaha menyusukan dan mengepam ni diteruskan lagi hinggalah sampai ke satu tahap, aku dapat rasakan kuantiti hasil perahan merudum secara tiba-tiba. Rupa-rupanya, ketika itu aku tak sedar sedang hamil kali kedua. Perubahan hormon juga menyebabkan proses menyusukan bertukar menjadi satu pengalaman yang cukup menyakitkan. Sakit belakang pun makin menjadi-jadi. Namun, aku tidak endahkan semua rasa sakit demi Alfiy.


Apabila mengalami keguguran, aturan hormon kembali berubah. Kuantiti susu pun bertambah. Masih ada rezeki Alfiy untuk menyusu badan tanpa bantuan susu formula dengan lebih lama. Walaubagaimanapun, sejak dijangkiti HFMD tempoh hari, Alfiy dah mula menolak minum susu perahan. Dia lebih sukakan yang segar dari ‘ladang’. Berbotol-botol stok susu perahan terbuang macam tu je. Semangat aku pun mula luntur sedikit demi sedikit, sehinggalah berlakunya kejadian pada tarikh keramat 11.11.11 seperti yang aku nyatakan di awal cerita tadi.


Hari ini, usia Alfiy dah mencecah 1 tahun 3 bulan.


Sepanjang berada di nurseri, dia dibekalkan dengan susu formula. Biarpun begitu, seboleh mungkin, aku masih lagi berusaha breastfeed secara terus selepas pulang dari kerja, waktu malam dan hari-hari cuti di mana aku berpeluang untuk sentiasa berada di samping Alfiy. Mudah-mudahan Tuhan masih sudi melimpahkan rezeki-Nya sehinggalah Alfiy berusia 2 tahun nanti.


Tak dinafikan, ada kalanya terasa ingin mengalah, cepat-cepat aku kuatkan semangat. Cuba pujuk diri supaya lebih bersyukur kerana diberi rezeki untuk menyusukan anak sendiri selama mungkin yang diizinkan oleh-Nya kerana masih ramai lagi ibu di luar sana tidak berkesempatan melakukan perkara yang sama.


Buat ibu yang masih gigih mengepam dan menyusukan, tahniah dan teruskan usaha murni kalian. Sesungguhnya, setiap kebaikan memerlukan pengorbanan. Kepada yang sudah mencuba tetapi masih tidak berjaya, jangan putus asa. Berhenti menyalahkan diri. InsyaAllah akan ada rezeki di lain kali. Manakala bagi yang sedang merencana, usaha sehabis baik, takkan berubah nasib seseorang kalau dia sendiri tidak berusaha mahu merubahnya. Kita tahu di mana tahap kemampuan diri kita sendiri, kan? Tolaklah sejauh mana dan julanglah hingga petala langit ketujuh pun, kalau diri kita sendiri dah tentukan “That is it!”, maka di situ lah noktah nya.


Yang penting, nawaitu, ikhtiar dan selebihnya kita berserah.


Dan, kisah ini diceritakan bukan untuk meninggi diri, jauh sekali buat bermegah. Sekadar berkongsi pengalaman sekangkang kera yang ada, agar yang baik dapat dijadikan tauladan serta panduan, yang buruk pula dijadikan sebagai iktibar dan sempadan.


Picture-3-1024x529

My breastfeeding story in 100 words.

:)



HER : Selalu percaya pada peluang kedua.

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #09 : Auwwww!

IMG_5122

Wednesday, November 16, 2011

Hari Minggu #11 : Casa Rachado.

Hujung minggu aku, kalau tak dipenuhi dengan jadual mengajar kursus kepada komuniti, mesti diganti dengan agenda famili. Kenduri kahwin lah, doa selamat, aqiqah potong jambul segala. Tapi, kali ni, macam dua dalam satu punya agenda sekaligus; hal kerja dan hari keluarga.


Datang sini menghadiri mesyuarat.

Jauh gila pergi mesyuarat kan? Dah tahap mak menteri. heh.


Mesyuarat sehari je pun. Selebihnya, masa untuk bersuka-ria lah apa lagi. Kau kerja beriya-iya macam nak mati pun, takde siapa peduli. Bersederhana je lah. Wasatiah, orang kata.


P1030625

Selamat datang ke Casa Rachado.

The exciting tropical life of the Carribean.


Sikit punya jauh aku sesat nak mencarik tempat ni. Salahkan GPS. Tunjuk jalan merepek. Satu lagi sebab tak ada sign board langsung! Dah dekat masuk simpang nak ke resort, baru ada signboard cinonet lah hai kedekut betul. Dekat Maghrib baru tiba di destinasi. Sampai-sampai, parking pulak terhad. Nak kena parking kat roof top. Lepas tu, nak turun lobi, takde lif pulak! Memang resort ni begitu menyokong gaya amalan hidup sihat lah. Tangga je semua. Terpaksa lah heret beg troli, beg laptop dan segala tok nenek beg lain turun naik tangga. Tambah berbakul-bakul lah sumpahan yang keluar dari mulut aku. Biasalah kan, orang tengah penat, lapar pulak tu, mana boleh fikir secara waras.


P1030581

P1030582

Pemandangan dalam lobi begitu ceria dan warna-warni. Dah kata ala Carribean kan. Feeling macam kat Hawaii gitu.


cr3

Aku ditempatkan kat apartment 2 bilik di blok Cuba. Besar gila. Kalah rumah apartment yang aku duduk sekarang ni. Tu yang aku angkut sekali adik-adik, pak mak semua datang sini. Harga boleh tahan mahal, satu malam RM 330 per apartment. Bilik hotel pulak RM 165 per night.


Tapi, malangnya keadaan dalam bilik tak berapa memuaskan lah. Old furnishing satu hal. Hiasan dalaman pun ala vintage 80-an. Aku tak kisah lagi. Redha je. Sekali bila on aircond, gedegung gedegang hah bunyik yang keluar! Malam-malam tidur tak nyenyak, risau aircond tu jatuh takpun meletup ke kan. Serius antik weh bilik kat resort ni. Nak tukar bilik lain, lebih kurang sama je kondisi nya.


P1030627

Aku pun membawa hati yang lara keluar balkoni, dan nampak pemandangan begini. Terus lupa pasal keadaan bilik antik tadi. Bangun pagi, mesti keluar kat balkoni nak hirup udara segar. Dengar desir angin pantai mencium-cium pipi. Sorgaaaaaa!!


P1030655

Nasib baik landscape cantik! Tak apalah bilik huduh pun. Dimaafkan.


cr14cr6

Alfiy dah tentu lagi suka bila dihadapkan dengan kolam renang setiap hari. Manjang berendam tak nak berhenti. Habis berhingus sakan hingga ke hari ni.


cr8

Tiba acara sukaneka, aku lah manusia yang paling gembira. Tengoklah bukan main galak, lupa kejap hal kerja dan dunia.


cr7cr9

Alfiy pun tak ketinggalan main ‘kutip gula-gula’ dan 'bina istana pasir'. Dah tentu Mama yang over, sauk semua gula-gula masuk dalam baju Alfiy. heh. Lepas tu, aku stress sendiri bila masuk part nak basuh baju dan seluar dia yang penuh berpasir.


377625_2240364856330_1464301575_32110429_451170296_n

cr11

Paling best, dah tentu lah hadiah! Tak kisahlah hamper jajan Giant pun, asalkan nama nya hadiah, siapa-siapa pun suka, kan.


387675_2240675664100_1464301575_32110548_1624605031_n

Bot pisang!

Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


cr15

eh, lupa nak beritahu kat mana Casa Rachado ni. Letaknya kat Port Dickson Darul Khusus. Satu lagi, lupa nak beritahu kenapa Cfu tak ada dalam cerita ni. Sebab Cfu memang tak ikut. Dia sibuk kerja 3 hari 3 malam tak balik rumah pun tahu, inikan pulak nak berkelah kat Port Dickson.


Spent quality time together, it is the most important part.


Biarpun tanpa Cfu, kami dua beranak berjaya jugak harungi hari minggu tersebut dengan penuh jaya. Gila berdikari, bawak kereta sendiri kot pergi sana. Aku akui, memang susah sikit lah nak urus anak semua tanpa suami di sisi. Ini baru anak sorang, kalau dah berderet 5-6 orang nanti, macam mana lah agaknya kan.


Sekian kisah minggu ini.



HER : Kagum dengan ibu tunggal yang boleh survive membesarkan anak-anak tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami.

Friday, November 11, 2011

Nak Berubah, Bukan Mudah.

Mungkin ada yang perasan, mungkin ada jugak yang buat-buat tak perasan. Header Xeatopia ni dah berubah sejak awal November yang lalu. Penangan duduk rumah kuarantin HFMD dengan Alfiy, alih-alih tangan macam gatal je nak tukar header baru. Saja nak ubah angin. Header sedia ada tu, dah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka kot *metafora*


xeatopiatape

Since September 2008

Buat dalam masa 30 minit sebab single lagi kan masa ni, takde distraction

Adobe Photoshop 7.0 | Photoscape


cartoon2

Since November 2011

Ambik masa 2 hari jugak, baru buat 2 minit, Alfiy dah sibuk join sekaki

Photoshop CS 4 | Photoscape


Elok je lepas upload header baru, aku pun saja-saja letak poll kat belah hujung atas kanan nun. Memang saja tak diwar-warkan pun. Siapa yang perasan, dan rasa nak buang undi, maka adalah. Tak kuasa aku nak mintak-mintak orang like ke, tolong undi ke. Tiada paksaan dalam Xeatopia. Pada yang ikhlas membuang undi, terima kasih sayang diucapkan. Memang betullah tu peminat Xeatopia sejati. sentiasa peka dengan perubahan dan selok-belok blog cabuk ni.


image

Dan, aku tak sangka pulak undian lebih memihak kat pilihan yang akhir sekali! Ingatkan pilihan kedua dan ketiga yang akan jadik hot.


Nak dijadikkan cerita, antara pengundi pilihan terakhir tu adalah Cfu dan 2 orang adik aku sendiri. Ini diorang yang mengaku sendiri. Dah alang-alang tu, aku mintak la sikit komen kenapa pilih ‘The old one is way better’ sebab aku langsung tak terfikir yang ramai orang lagi suka header yang tu. Aku ingat dah outdated, orang dah naik menyampah tengok.


Sorang cakap, sebab muka kartun aku kat header tu nampak gemuk. Langsung tak menggambarkan kejelitaan sebenar. KAH KAH KAH. Baik, komen ni diterima tanpa sebarang bantahan. Sorang lagi cakap, sebab tulisan HER OTHER 1/2 tu tak lawa. Terlalu skema dan simple sangat. Boring, katanya.


Dan, the ultimate comment dah tentu datangnya dari peminat nombor satu dan pengkritik tetap Xeatopia iaitu suami peliharaan tersayang; Encik Cfu. Sejak hari pertama aku upload header baru lagi, belum sempat 5 minit pun header tu bertenggek kat atas nun, dia dah komplen,


“Tak lawa!”


Aku tanyalah kenapa.


“Menjengkelkan.”


T_______________T


Mengenali Cfu sejak 8 tahun yang lalu, dia memang cukup tidak gemar dengan perubahan. Kalau dah suka makan ayam goreng, ayam goreng je lah yang paling sedap dalam dunia. Kalau dah suka warna putih, warna tu je lah yang dia nampak kat mana-mana. Kalau dah suka Xeea, yang tu je lah dia rasa paling lawa. eh eh :P


Apa-apa pun, aku tengah berkira-kira sama ada nak kekalkan header baru ni dan mengabaikan hasil undian. Ataupun, ikut suara majoriti yang lagi suka aku kekalkan header yang lama. Kalau ikut slogan dunia blogging, ‘Ini blog aku, ikut suka aku lah nak buat apa’, sah-sah lah aku akan syok sendiri. Lepas tu, setiap kali readers kesayangan datang masuk sini, setiap kali tu jugak lah akan rasa annoying dengan header baru yang menjengkelkan tu, sambil berbakul-bakul menyumpah seranah si pemilik blog yang begitu innocent ni.


Kan?

Nak berubah tu, bukannya satu perkara yang mudah.



HER : Ini baru hal sekecil kuman, belum lagi perubahan besar yang melibatkan kehidupan.

Sunday, November 6, 2011

HFMD : Tak Kenal Mangsa.

Hari ni, genap 10 hari Alfiy bebas dari kuarantin selepas dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Namun begitu, aku masih lagi mengambil langkah berhati-hati kerana difahamkan bahawa penyakit ni boleh berulang kembali.


Imbas kembali pada hari pertama Alfiy disahkan positif HFMD.


Minggu sebelum kejadian, tuan punya daycare ada telefon, beritahu yang terdapat beberapa bayi disahkan positif HFMD dan minta aku ambil langkah berjaga-jaga. Aku tetap hantar Alfiy ke daycare seperti biasa selepas diyakinkan yang mereka dah buat thorough cleaning. Tawakkal je lah. Selang dua hari berikutnya sewaktu berada di pejabat, aku terima SMS daripada salah seorang teacher Alfiy beritahu yang Alfiy ada simptom penyakit HFMD iaitu bintik-bintik merah di tangan dan kaki. Sehari sebelum tu, aku perasan yang suhu badan dia naik sikit; kira macam demam ringan lah. Tapi, tak sangka pulak tu tanda-tanda dia dah dijangkiti HFMD.


hfmd

Macam ni lah rupa bintik-bintik merah berair kat tangan dan kaki Alfiy. Rashes jenis ni tak gatal atau bisa tapi makan 10 hari jugaklah nak betul-betul kering.


Mula-mula aku berlagak kool. Sebab dah diberitahu awal pasal HFMD ni. Kawan-kawan blog pun ada berkongsi hal yang sama. Kiranya, macam dah ada sikit-sikit maklumat tentang HFMD. Tapi, lumrah menjadik ibu, bila dikhabarkan anak tak sihat, hati aku tak tenteram di tempat kerja. Aku pun apply kerja half day, telefon Cfu dan terus bawak Alfiy jumpa paediatrician.


Tak cukup dengan tu, aku siap SMS Mama Raisya tanya nak buat apa.

Padahal dah berbuih member tu pung pang pung pang cerita pasal HFMD dan cara-cara nak menjaga anak yang dijangkiti kat blog dia. Panik punya pasal, kan. Apa pun aku tak ingat.


Selepas doktor sahkan Alfiy dijangkiti HFMD, maka arahan kuarantin pun dikeluarkan. Sekurang-kurangnya seminggu, Alfiy tak dibenarkan keluar rumah, nak elak daripada jangkitan berlanjutan dan melarat kat kanak-kanak lain pulak. HFMD biasanyan mudah dijangkiti oleh bayi dan kanak-kanak tapi orang dewasa pun tak mustahil boleh kena.


Sepanjang masa kuarantin, memang terperap dalam rumah je lah. Perkara paling dasyat tentang HFMD ni adalah ulcer dalam mulut yang sangat banyak dan kelihatan menyakitkan! Kita orang tua ni pun, kalau kena ulcer sebijik kat bibir, dah tak selera makan. Inikan pulak bayi umur setahun. Bukan setakat kat bibir je tau, kat lidah, sebelah dalam pipi, lelangit, tekak, semua penuh dengan ulcer. Bayangkanlah sakitnya macam mana. Air liur pun meleleh je sebab sakit kot nak telan.


Tiga hari pertama, memang dia meragam je.


Setiap kali nak makan, meraung. Minum susu pun menangis. Tapi yang bagusnya Alfiy ni, tak sihat mana pun, selera makan tetap tak hilang. Sebijik macam Papa dia. Cuma dia akan menangis setiap kali nak telan makanan. Lepas tu, tak putus asa, tetap nak makan jugak sampai habis, makan sambil menangis lah. Kesian. Tidur malam tak lena, bangun setiap jam sekali. Oral aid nak kena sentiasa stand by. Berbotol-botol Cfu beli. Asal dia bangun je, terus bubuh dalam mulut. Mungkin pedih kot masa tertelan air liur basi, tu yang asyik terjaga je. Aku dengan Cfu memang dah macam zombie, dengan tak cukup tidur, bangun pagi mata bengkak dan lebam serupa panda. Aku tabik spring lah kat Mama Raisya yang boleh harungi situasi macam ni sorang diri tanpa suami di sisi.


Masuk hari ke-4, dah nampak perubahan sikit. Mungkin ulcer dalam mulut dah mula surut. Dia dah mula makan sikit-sikit tanpa menangis. Minum susu pakai botol straw. Hari ke-5, baru boleh direct breastfeed semula. Lega mak dia. Sedih woh bila Alfiy taknak minum direct, rasa macam dah tak diperlukan. tsk. Genap seminggu djangkiti HFMD, boleh dikatakan yang Alfiy telah sembuh sepenuhnya. Tinggal ruam kat tangan dan kaki je lah yang masih belum betul-betul kering. But, he is recovering fast.


Kepada ibu bapa di luar sana, terutamanya yang menghantar anak ke daycare, diminta lebih berhati-hati lah. HFMD ni, kalau dah kena kat sorang, memang cepat sangat merebak. By the time kita diberitahu ada budak yang disahkan positif HFMD, besar kemungkinan anak kita pun dah dijangkiti sebenarnya sebab kuman HFMD ni ambil masa 5 hingga 6 hari untuk mengeram dan hanya menunjukkan simptom beberapa hari lepas tu.


Mommys Tips :

1. Buat cleaning spree. Basuh/jemur/lap dengan alcohol swab segala barang-barang anak yang dijangkiti.


2. Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun setiap kali lepas in contact dengan anak yang dijangkiti. Takut pulak kot-kot kuman tu melekat kat orang lain, lepas tu ter-passing kat bayi lain pulak.


3. Sapu/titis/sembur Oral Aid setiap kali sebelum bagi makan atau minum. Sekurang-kurangnya, ulcer kat mulut tu rasa kebas kejap, dan diorang boleh makan sikit pun jadi lah. Biasanya, doktor memang akan provide sekali. Takpun, kat farmasi memang ada dijual tapi kena beritahu lah nak beli Oral Aid untuk bayi.


4. Kalau anak tetap tak mahu makan atau minum dan mula tunjuk tanda-tanda dehydrated seperti diapers kering dan kelihatan tak bermaya, cepat-cepat bawak ke hospital untuk rawatan lanjut.


5. Patuh pada arahan kuarantin. Tu lebih kepada tanggungjawab sosial sebenarnya. Biarpun anak nampak macam dah sihat, dikhuatiri kuman tu masih ada dan boleh menjangkiti kanak-kanak lain pulak.


mamaafi

Looking on a bright side, HFMD brings us closer.

The quarantine time was more likely a quality time for us together. This pictures was taken on the third day of quarantine. Look how happy he was despite all the pain. He is truly a strong happy baby!



HER : Tiada apa yang menggembirakan hati seorang ibu selain daripada melihat anaknya dikurniakan tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas, sentiasa ceria dan gembira.

Tuesday, November 1, 2011

Hari Minggu #10 : Oh My Pavlova!

Semakin hari aku makin meroyan bila kawan-kawan blog semakin galak show off hasil air tangan Pavlova masing-masing. Ni semua si Masterchef Nano punya pasal, telah menyebarkan wabak Pavlova ke seantero alam blog mak-mak. Lepas tu, seorang-sorang pun mula kena rasuk sindrom baking Pavlova; Kak Kiwi, Mak Neng, Dayu, Evyn, Mek Na dan ramai lagi!


Maka, aku pun tak nak ketinggalan. heh.


Berbekalkan semangat jitu dan ketekunan yang tidak berbelah bahagi, aku pun menyinsing lengan, membanting tulang empat kerat, mengerah keringat, cuba untuk menghasilkan Pavlova versi Xeatopia pulak. Cubaan pertama, dan terus menjadi, wallahhhh!! Nah, lihat hasilnya ...

.

.

.

.

.

P1030489

My Berrilicious Chocolate Pavlova

Cantik tak? Cantik tak?

Ada rupa macam chef profesional buat, kan?


Nak resipi?


Pergi mintak kat chef Restoran Delicious. Sebab dia yang bagi. Bukan setakat resipi, dengan Pavlova, Spaghetti Bolognese, Seafood Oglio Olio dan Iced Chocolate Shake sekali dia bagi. hehehehehe


Ye la, ye la. Akak beli siap je uolls! Kite mana ada oven sendiri. Tiap tahun bakar biskut raya pun dapat belas ehsan oven Mak takpun Mak Mertua punya. Celah mana pulak lah aku nak membakar Pavlova sendiri. Nak kena tunggu pindah rumah sendiri nanti kot, dapur besar, ada tempat letak oven, baru sesuai nak beli barang sebijik oven 90 liter. Hari-hari pun boleh bakar Pavlova.


Tapi, tak dinafikan, aku memang serius terliur weh tengok Pavlova korang tu. Dah macam mengidam pun ada. Nak makan Pavlova kat Restoran Serai Empire Subang tu, dah meletup lah pulak. Nak pergi makan kat Alexis Gardens, leceh nak carik parking. Nyaris kempunan. Tu yang paksa jugak ajak Cfu makan kat Delicious Sunway Pyramid ni, dekat sikit. Restoran ni memang cantik, ala-ala sentuhan romantic vibe gitu. Pilihan makanan pun banyak tapi quite pricey lorr. Rasa? Biasa-biasa je. Standard western food.


Cuma, aku nak komplen lah pasal Pavlova diorang ni.


Indah khabar dari rupa. Aku punya lah membayangkan yang Pavlova ni keras di luar dan lembut macam marshmallow kat dalam tapi sebaliknya pulak yang aku dapat. Mula-mula makan kat luar tu memang keras kan? Macam frosting icing. Aku rileks lagi. As expected lah. Sekali bila makan bahagian dalam, masih keras. Korek dalam lagi, aikkkk keras kematu jugak! Sudahnya, aku gonyoh tenyeh-tenyeh Pavlova yang jelita tu (hanya dari luaran) tetap keras. Cfu cakap macam makan gula kapas, versi keras.


Hampaaaaaaaaaa (-_-'')


Ke memang gitu ah rasa dia? Atau tekak Jawa aku ni yang tak reti nak terima rasa Pavlova? Terbang RM 12.90 untuk sekeping Pavlova di Delicious yang begitu mengecewakan. Not-so-delicious. How ironic, kan?


Ok, dah siap komplen, boleh lah layan gambar sikit.


cats

deli


eh, eh tertinggal satu lagi komplen. Buku menu kat Delicious ni sangat lah tidak mesra pelanggan. Dari muka surat satu sampai lah yang terakhir, semua yang aku nampak hanyalah deretan perkataan bombastic berkenaan makanan dan minuman. Sebijik gambar pun takde. Kena pulak kat orang kampung macam aku, yang tak biasa makan kat fine-dining restaurant macam ni. Rasa macam tengah study jurnal pun ada. Berpinar-pinar mata.


Secara keseluruhan, selain daripada menjamu mata dengan pemandangan dalam restoran yang cantik, menu makanan kat sini biasa-biasa je lah. Kalau sekadar nak dating, makan ringan-ringan, sesuai lah. Dengan harga yang sama, aku boleh makan BBQ Buffet kat hotel 5 bintang sekali lagi. Lagi puas hati. Tapi nak kena guna Groupon lah :p


Ok, dah habis komplen. Sekian.



HER : Takde siapa ke yang sudi nak hantar free sample Pavlova hasil tangan sendiri untuk aku rasa? Kasihanilah daku, kempunan nak makan Pavlova sedap. iskkk. Satu lagi, kalau aku forward komplen ni kat management Delicious, agak-agak diorang bayar ganti rugi tak?