Agak-agak tengah sesak, bila banyak sangat expenses luar dugaan berlaku dalam sesuatu bulan seperti kereta tiba-tiba kena major servis, gas dapur habis, bedak kompak Miyami jatuh lalu pecah dan sebagainya, aku pun mula mengorek tabung kecemasan. Iaitu, bank Nuffnang.
Takde lah sampai tahap sekali dapat riban-riban macam Mak Merah tu, tapi setakat penulis blog cabuk macam aku ni, sambil goyang kaki tulis suka-suka lepas tu dapat duit free macam ni, siapa nak bagi kan?
Sejak aku tulis entri pasal cek Nuffnang yang aku buat joli sakan dulu tu, ramai jugak yang email tanya “Nuffnang ni betul ke?”, “Kena bayar yuran apa-apa tak?”, “Kenapa saya tak pernah dapat cek dari Nuffnang?”, “Macam mana nak dapat duit Nuffnang?”
Nuffnang ni registered company. Kalau diorang tipu, kita ada hak untuk panggil peguam dan bicara kat mahkamah tuntut ganti rugi 2 juta. heh. Syaratnya, kita nak kena usaha jugak lah. Rajin mem-belog. Mana ada duduk saja-saja, duit boleh turun dari langit. Kau usaha, kau dapat. Kau tak usaha, kau terkulat-kulat. Wah, pantun 2 kerat.
Macam mana nak dapat duit dari Nuffnang?
Ini aku nak bagi jawapannya. Basic tips for beginners. Especially buat yang selalu tertanya-tanya cek Nuffnang ni nak dapat ikut celah mana. Beriya update blog tiap-tiap hari, tapi earning duduk setakat RM 10 tak gerak-gerak dari tahun lepas. Mungkin ada beberapa perkara teknikal yang kamu terlepas pandang. So, here we goes...
1. Tepek ketiga-tiga jenis papan iklan Nuffnang.
Tahu kan yang Nuffnang ada sediakan kod untuk kamu copy dan paste dalam blog? Untuk Blogger, ada 3 jenis. Takyah nak lokek tanah blog, bukan kamu bayar sewa tiap bulan pun. Tepek je lah semuanya kat blog korang tu, ikut je arahan step by step macam yang ditunjuk di Nuffnang Ads. Rasionalnya, lagi banyak ruang iklan yang ada, lagi tinggi peluang untuk advertiser pilih blog kamu bagi tujuan penyiaran iklan.
2. Tukar setting Ads Preference kat Blog Manager.
Dah siap tepek kod semua tu, pastikan setting kat Blog Manager pada pilihan Ads Preference tu, set kepada Show GLobal CPC/CPA ads. Pilihan ni bermaksud kamu setuju nak siarkan iklan berbayar dalam blog. Kamu juga diberi pilihan sama ada mahu iklan rokok dan arak disiarkan sekali atau tidak. Lepas tu, rajin-rajin update survey. Bagi Nuffnang sedar akan kewujudan kita dalam dunia blog. Survey ni pun penting untuk Nuffnang kelaskan blog kamu dalam kategori mana. Kalau lebih kepada blog mak-mak, ada potensi nak dapat siaran iklan berkaitan parenting atau produk barangan bayi.
3. Status keahlian ‘Glitterati’
Macam mana nak diiktiraf sebagai ahli Glitterati? Senang je. Pastikan kamu setia dengan Nuffnang nan satu. Jangan gedik nak bubuh banyak-banyak iklan daripada syarikat pengiklanan online yang lain, lepas tu satu apa pun tak dapat. Pihak Nuffnang akan review blog kita, pastikan tiada unsur pengiklanan lain selain Nuffnang, barulah kamu layak ditauliah sebagai ahli Glitterati. Earning rate bagi ahli Glitterati lebih tinggi daripada ahli biasa. selain tu, ada keistimewaan lain yang Nuffnang bagi kat ahli Glitterati ni. Kamu boleh baca kat sini.
4. Kenali jenis-jenis iklan Nuffnang yang diterima.
Yang ni untuk tau prestasi CTR (click-through-ratio) bagi setiap jenis ruang iklan yang pernah disiarkan dalam blog kamu. Lagi tinggi CTR, lagi tinggi peluang untuk advertiser pilih blog kamu untuk letak iklan lain pada masa akan datang. Kalau semua dapat 5 bintang, memang mantop lah.
Iklan yang Nuffnang bagi ada banyak jenis. Default user biasanya akan dapat iklan yang setiap klik, dapat 25 sen. Tak payah sibuk nak join komuniti ‘u click my Nuff, i’ll click yours’, ’u follow, i follow back’ dan sebagainya. Berapa sangat boleh dapat pun. Nuffnang pun bukan sebarang orang, diorang reti je nak detect click fraud macam ni. Silap hari bulan, terus kena blacklist. Kalau memang iklan tu menarik, pembaca dengan rela hati akan klik tanpa perlu dipaksa.Target untuk dapatkan Buffered Earning (BE), yang ni orang tak klik pun, boleh dapat duit. Tapi hits dan traffic blog nak kena kencang lah. Kalau orang klik jugak, berganda lah earning yang kamu dapat. Nak lagi hebat, kena tunggu Advertorial Assignments. Nuffnang akan email kamu personally atau invite ke apa-apa event berkaitan. Yang ni paling masyukkkkkk. Aku pun tak pernah merasa lagi yang ni. hmmpppfff!
5. Rajin kemaskini blog.
Kemaskini di sini tak semestinya tukar template atau header setiap bulan. Lebih kepada memperbaiki mutu penulisan entri dan kualiti blog sendiri. Rajin buat kajian terhadap blog-blog yang hebat dan terima trafik tinggi setiap hari. Dah kalau manjang tulis pakai bahasa pelik-pelik yang boleh buat orang migrain sebab susah nak faham, kau ingat ada orang nak datang lagi lain kali? Itu tak masuk dengan gadjet dan widget terbang-terbang awan larat bagai yang menyemakkan mata memandang. Update lah setiap minit sekalipun, tiada siapa peduli. Bila dah takde orang peduli, traffic blog merudum. Bila hits dah tak kencang, advertiser pun tak pandang. Bila dah jadik gitu, celah mana pulak nak dapat cek dari Nuffnang, kan?
Pendek kata, semua perkara yang kita mahukan perlu ada usaha.
Jangan baru 2 hari buat blog dan sign up Nuffnang terus komplen kenapa earning setakat 25 sen je. Anggap lah macam kita tengah ushar awek/pakwe yang jual mahal. Nak kena rajin usaha, pikat hati dia, lama-kelamaan dia akan sedar jugak kehadiran kita. Selepas semua perkara di atas kamu dah buat tapi masih jugak takde perkembangan, hantar je direct ticket kat Nuffnang. Tanyalah 'kenapa blog saya dianaktirikan, tak pernah dapat iklan, padahal trafik blog saya lebih kencang dan havoc daripada blog si polan', contohnya. Ikut pengalaman, diorang akan reply secepat mungkin dengan bahasa yang begitu indah sekali.
Cukup lah kot. Dah kata, basic tips je kan. Lagipun, ni lebih kepada technical tips. Setakat kongsi ilmu tak seberapa yang aku ada. Dan, aku tak boleh jamin kamu boleh jadik kaya lepas cuba tips ni sebab aku sampai sekarang tak jadi jutawan pun lagi, setakat ratus-wan je. Tapi, tak rugi mencuba, kan. Untuk dapatkan tips jadik jutawan dengan Nuffnang, aku syorkan kamu baca Blogging Tips : Personal Touch by RedMummy takpun Rahsia RedMummy To Be On Top (Credit to Mak Merah) Lepas tu, dah berjaya, jangan cepat lupa member pulak. heh.
HER : eh, terasa syok pulak buat entri macam ni. Lepas ni nak buat entri Blogging for Beginners-Tips To Get Hits. ewah. Macam bagusssss je. Belog sendiri pun tak semenggah mana :p
I pun syok baca! Sila tulis 'Blogging for Beginners - Tips To Get Hits' cepat-cepat ok. Hihi.
ReplyDeleteEh by the way, macam mana nak letak ads in between entries tu? I try masukkan, ended, dia ke end of page, after semua posts. Tapi bukan footer.
Tq Xeea! Kita harap naik la sikit Nuff lepas ni. Haha.
ReplyDeleteJap jap..
ReplyDeletenak bukak nuffnang ni..
hehehehe.. :)
Hannah :
ReplyDeleteIn between ads tu mmg tricky sket. I dulu pun buat banyak kali baru jadik. Juz follow je step yg Nuffnang bagi tu.
err.. next enty tu, nak kena tunggu kejap la. Insyaallah, ade lah nanti.
Fie :
Tapi kalau tak naik jugak, jgn marah kite eh :p
Kid :
Cepat sikit boleh? *mode cikgu garang*
Very good tutorial. Cepat2 buat sebelum terlambat!
ReplyDeletebagus entri nih...
ReplyDeletetp kak red dpt riban2 kena audit ngan LHDN...
how to get yg metered earning (buffered earning)tuh?i only have yg klik dpt 25 sen tuh je...:)
ReplyDeletep/s:tibe2 mcm gatal nk try dptkan duit with blogging
ok saya tunggu....
ReplyDeletehuu i loike :)
ReplyDeleteFasya :
ReplyDeleteNak kena ambik mood dulu. heee
Raihan :
Sesuai lah dengan income yg dia dapat, kan. Tp mcm best kan tulis blog je boleh dapat gaji lg tinggi dari full time job.
Myself :
BE tu boleh dapat lps Nuffnang review your blog sama ada iklan yg nak disiarkan sesuai atau tak dengan background readers blog u & tengok traffic blog ok ke tak.
So, BE is out of our control. Pihak Nuffnang yg akan pilih blog siapa yg boleh dapat.
Evyn :
Bagai pungguk rindukan bulan! :p
Hanie :
I loikeee too! Sharing is caring, kan?
thanks 4 sharing the tips~ ^^ follower ke #300 ! =)
ReplyDelete