Monday, October 17, 2011

Hari Minggu #09 : Lawatan Sambil Belajar ke Zoo.

Lepas Aquaria dan Langkawi Underwater World, kami bawa Alfiy pergi Zoo Negara pulak. Kali ni lebih seronok sebab Alfiy dah pandai jalan. Mulut pun semakin becok. Riuh bukan main bila tengok haiwan-haiwan yang selama ni dia tatap dalam iPad je, ada kat depan mata. Aku dan Cfu pun ikut teruja sekali.


entrance

RM 20 per entry on weekend *pengsan* Kali terakhir aku masuk sini tahun 1996, bayaran masa tu tak cecah 10 ringgit pun. Kalau nak masuk Taman Rama-Rama dan Taman Serangga, kena tambah beberapa ringgit lagi.


P1030356

P1030361

Alfiy excited tengok singa laut. Mulut dia lah paling bising dalam ramai-ramai orang kat situ. Animal show ada dua sesi setiap hari; pukul 11 pagi dan 3 petang. Jujurnya, aku rasa Animal Show kat Zoo Melaka lagi best kot. Macam lagi umpphhhh gitu.


animals

P1030376

Mama cakap, “Look, Tiger!” Alfiy cakap, “Bear!”. “It’s Lion!” Alfiy sebut, “Bear!”. Dan begitulah seterusnya. ‘Monkey bear, Poney bear, Bear bear’ Semua haiwan pun Alfiy panggil ‘Bear’. Bila nampak harimau, pandai pulak dia buat bunyik ‘aummmmmm’ tapi tetap panggil ‘Bear’ (-_-)


P1030411

With Papa Bear! :D


P1030380

P1030410

Mommmys Tips : Bawak bekal air banyak-banyak untuk pastikan baby fully hydrated sebab kat zoo biasanya panas. Bekal makanan pun bawak siap-siap dari rumah. Snek jangan lupa, budak-budak cepat lapar bila buat aktiviti outdoor macam ni. Aksesori tambahan macam sunny hat dan payung sangat membantu bila berlakunya situasi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.


P1030382

Sekian dulu laporan cuaca minggu ini. Jumpa lagi!



HER : Pergi zoo ni macam acara tradisi semua famili kot. Tunggu Alfiy dapat adik, baru boleh pergi lagi sekali. Ada adik nombor tiga, pergi lagi dua kali. Begitulah tradisinya. Tak tahulah kalau kot-kot ada famili yang pergi zoo tiap-tiap tahun.

15 comments:

  1. eh kite pon baru plan nak pegi zoo bulan nie.....best tak????

    ReplyDelete
  2. ramai y mahu ke sana jugak eh..asik pln2 tp smpai arini x g pon lg

    ReplyDelete
  3. kalau weekday brape nk msuk xeea??
    hr tu kite tgk 25hengget, 20 plak eh?? huhu mcm nakg je singgah next week,
    tp xeea ckp zoo melaka lg best,
    dah rase berat hati plak, sbb zoo melaka dah g, huhu

    ReplyDelete
  4. kene tunggu husna boleh cakap jugak la baru best nk pegi tempat gini

    ReplyDelete
  5. Mun :
    Standard zoo la Mun. Nothing special. Tapi yg seronok sebab bawak anak lah kan. Semua benda pun jadik seronok.

    Luvlikethis :
    Kitorang pergi ni takde planning2 pun. Main redah je. Bgn pagi, Cfu cakap 'Jom pegi Zoo, nak?' Biasalah kan, yg kite beriya rancang selalunya tak jadik.

    Nano :
    RM 25 tu kalau nak masuk sekali Zoo Insect dgn Tmn Rama-rama. Kalau tak, RM 20 je.

    Tu personal review je Na sbb animal show & animal feeding kat Zoo Melaka lagi banyak. Siap boleh naik kuda, gajah semua. Tapi, Zoo Negara mmg jauh lagi besar la. Jenuh nak pusing.

    ReplyDelete
  6. Hehe..Saya la tu yang tak perlu tunggu setahun dah pergi zoo lagi..Zahirah umur nak masuk 14 bulan dah 3 kali pergi zoo..Zoo Johor je la..RM 3 per entry..;)

    ReplyDelete
  7. off topic sat,

    Xeea makin lawaaaaaa!


    gagagaaaa :D

    ReplyDelete
  8. as pernah pergi..besoooo..tak larat jalan..hehe

    ReplyDelete
  9. aah la jiha...

    makin cantik and cam dah kurus giler..... lemak semua dah transfer ke papa bear ker? hehehe

    ReplyDelete
  10. xeaa ,kami pun bru plan nak bwa ammar g zoo..sbb pertama nya selalu dia tgk channel 550 je..n 1 lg dia dah pndai jalan....boleh la dia xplore..

    ReplyDelete
  11. haha, kita baru plan nak gi weekend ni, sbb weekend lps balik kedah. kot nye weekend lepas tu jadik gi zoo, mmg boleh terserempak la kita kan? hehehe..

    ReplyDelete
  12. Aziyana :
    Kalau dah pandai cakap mesti lagi best. Err... Nak pergi lagi sekali la kot time Alfiy dh pandai ckp nanti. Hee

    ReplyDelete
  13. Yanti :
    RM 3? Murah gila! Kalau gitu, pi tiap2 bulan pun takpe :p

    Farah:
    Ye ke? Ye ke? eishhhh... Mane ade. Biasa2 je *buat2 innocent*

    As :
    Besar gile kan? Nyesal tau kitorang tak naik tram. Tapi kalau naik tram mcm tak puas lah pulak kan. Tapi serius penat gile lps tu. Alfiy pun sampai cramp kaki mlm tu. Kesian.

    K Umi :
    Hahahaha lebih kurang lah. Nampak sikit pandai jaga laki kan :p

    Evyn :
    Bagi early exposure biarlah dia tak berapa nak faham sgt pun takpe. Lagi pun mmg seronok tau tengok diorang excited tengok animals.

    Sha :
    Nak pi wkend ni ke? Sia2 lah spa date kite you. Lps spa, pi zoo, habis sakit2 badan semula. Heeeee takpe2, nti kite pi lagi spa date bulan depan pulak.

    Orked :
    Tu lah. Berbuih mulut kite ajar, 'bear' jugak yg dia suka.

    ReplyDelete
  14. Kami pun dah pergi last year..
    Haqq baru je setahun masa tu..
    rasa macam nak pergi lagilah..
    sebab masa kami pergi tu macam tak seronok je..

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.