Wednesday, March 23, 2011

Hari Minggu #06 : Percutian Spontan.

B

Asalnya, sekadar memenuhi jemputan perkahwinan sahabat karib Cfu di Sungai Petani, Kedah. Tanpa niat mahu pergi bercuti.


Entah macam mana, tiba-tiba datang Sang Lang bawak kami terbang ke mari.

.

.

.

.

.

B21

B22

Langkawi, Bumi Mahsuri.


B29bbB2

Nama pun percutian spontan, sampai kat jeti Kuala Kedah walk-in je kat kaunter pakej pelancongan yang ada. Banyak pilihan. Yang penting, fulus. Kami pilih pakej tiket feri 2 hala, hotel 3 bintang dan kereta sewa. Lebih kurang 300++ nett.


B3B4

Perjalanan menaiki feri Kuala Kedah – Langkawi makan masa hampir 1 jam 45 minit. Mujur diorang pasang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lupa kejap aku pada mabuk laut yang suka serang tak bagi salam.


B6B7

Pertama kali Alfiy sampai hotel, kemain lagi dia terkinja-kinja suka.


B11B12B15B16B13

De’ Baron Resort.


Harga promosi bilik standard RM 150 satu malam termasuk sarapan. Bilik sangat luas dan selesa. Sesuai untuk famili. Kolam renang siap ada gelungsur macam kat Sunway Lagoon tu. Tapi versi kecik la :p Terletak lebih kurang 5 minit dari Jeti Kuah. Tepi laut. Dekat dengan tempat makan, kompleks bebas cukai, pasaraya dan macam-macam lagi. Kira puas hati lah duduk sini. Lain kali, boleh datang lagi.


B10

Boleh tambah satu lagi barang yang perlu ada sewaktu mengembara bersama bayi. Thermos Snak Jar berguna untuk isi makanan bayi yang perlu dibancuh macam biskut Farley's, nestum, takpun buah-buahan yang dah siap potong kecik-kecik. Kat bahagian penutup disertakan sekali collapsible spoon.


IMG_5181

B8

Haji Ismail Group.

Pak aji terkaya di Langkawi.


Kawasan yang paling digemari ramai. Naik juling tengok set Corelle, Pyrex dan pelbagai jenama import murah-murah. Tapi, memandangkan ni pun kira macam percutian bajet sebab berlaku di tengah-tengah bulan, maka banyak cuci mata je lah. Terpaksa pasrah telan nafsu membeli-belah dalam-dalam (-_-)


IMG_5303IMG_5297B17B27B28B20IMG_5313

Underwater World, Langkawi.


Memandangkan cuaca tak berapa baik, layan aktiviti indoor je lah. Masuk RM 28 bagi yang bawak myKad. Lebih kurang sama konsep macam Aquaria KLCC. Bezanya, section kat Underwater World lagi banyak, ada kawasan outdoor yang mana burung-burung bebas berterbangan, monyet bergayutan, siap dengan waterfall semua. Ala-ala mini safari gitu.


B18B26

Satu lagi, kat sini ada penguin. Datang khas dari Antartika. Yang rupa macam penguin dalam filem kartun Madagascar tu pun ada tau. Comel gila.


B19

Selain tu, boleh bergambar sambil peluk penguin secara percuma!


B23B5B24B25

Teksi, tren, kapal terbang, tambah satu lagi yang terbaru; feri, dalam senarai pengangkutan awam yang Alfiy dah merasa. Tinggal nak naik bas je lepas ni. Beca pun belum. Kereta kabel pun. err.. Kereta lembu juga.


B9

Percutian singkat yang bakal tersemat kemas dalam hati. Lebih-lebih lagi bila bawa pulang ole-ole yang begitu menggiurkan ini. Borong coklat macam beli ikan kat pasar. Bajet ketat ni, bayangkan kalau tengah kencang. heh.



HER : Kadang-kadang, rancangan yang yang dibuat sedari awal tak pernah menjadik. Sekali-sekala selamba buat spontan, seronok jugak. Mencabar, kata orang.

20 comments:

  1. whoah! kite carik gile2 bekas thermos tu, beli kat mane cik? hihi

    yang penting, coklat daim!! hahahaha terbaik dari ladang

    ReplyDelete
  2. wohhh bilik tu smrat ahh
    cantek prmndangan dr luar
    dah la murahh..
    destinasi yg nak sgt pergi ni,
    so lepas ni nk pergi,
    kene belek smula entry xeea yg ni..hehhe

    owhh na pun nmpak coklat daim tuh!
    dappp...

    rase mcm rugi sgt klu g sane xdpt borong corelle, pyrex bagai kan?? huhu

    ReplyDelete
  3. xeea pun dah pergi langkawi? uwaaaaa nak pergi jugak ni..

    ReplyDelete
  4. alfiy dh rasa mcm2 transportation
    best, bertuah budak2 skrg kan
    rezeki derang

    *nak kumpul duit, gi langkawi borong pyrex (:

    ReplyDelete
  5. wahhh..

    percutian tanpa dirancang tu part yang paling best..

    syoknya Alfiy bergambar dengan Sang Lang, ikan kerapu & penguin! Hehhe

    ReplyDelete
  6. Xeaa, mana cari ye thermos snack jar tu? :)

    ReplyDelete
  7. wah syiok syiok.

    hotel tuh berbaloi baloi betul lah.
    :DD

    ReplyDelete
  8. betul tu.
    percutian tanpa dirancang kadang2 lagi seronok
    kitorang slalu buat camtu
    main zassss aje

    ReplyDelete
  9. wahhhh selalunya percutian tanpa plan ni lebih seronok. dulu pernah masa pregnant tanpa plan yg betul2 bercuti di sebuah pulau. selalu plan betul2 asyik tak jadi je kan

    ReplyDelete
  10. bestnya... coklat toblerone tu sedappppp.... :)

    ReplyDelete
  11. wah percutian yang tak dirancang pun seronok juga ya..
    dan kid amat setuju perkara penting dalam percutian macam ini ialah RM nya..
    huhuhuhuhu... :)

    ReplyDelete
  12. spontan la yang paling best. yng penting RM nya tu. seronok la Alfiy.

    ReplyDelete
  13. betul2....percutian spontan selalu lebih mengasyikkan....
    bila dah rancang selalu tak jadi tapi bila tak rancang jauh kita g...
    contoh plan nak makan malam jer..tiba2 malam 2 trus tidur kat kota bharu.....

    ReplyDelete
  14. hehe mmg menggiurkan bl tgj set pyrex,corell,arcopal tu seme..huhu...

    tp bl memikirkan aku nk wat blk ssh so telan air liur je la.huhuh

    ReplyDelete
  15. bestnyeeee. biase kalau spontan lg besttttt. plan nak pergi langkawi hujung tahun ni. bawak mak ayah semua. :)

    ReplyDelete
  16. Sebab dia spontan maka jadi best! :)

    Nak jugak main gila camni. Tapi kalau tak bawak extra baju, jadikla kesah aku pi mersing mandi baju beli tepi pantai cam sakai. Haha

    ReplyDelete
  17. best nye kak xea !

    ReplyDelete
  18. ala beznyer pi langkawi..dh lamer teringin tp sampai la ni xdapet2..xeea makin berseri2 ar tgk, cun..alfiy plk makin kecinaan

    ReplyDelete
  19. Reen :
    It from giggles.my beli masa opening promotion dulu.

    Nano :
    Kitorang pun tak expect standard room dia besar. Scenery pun lawa. Highly recommended la. Tp tatau aa kot dtg lain kali dah jadik normal price.

    Aida :
    Pergi main redah je ni. Selama ni follow rombongan. Ni first time pergi drive bwk keta sdr.

    Luv like this :
    Best mmg best tp fulus pun habis. Heee satu lg, letih sket la, nak2 pulak dah ada anak kan, plg kurang, dua beg besar gak nak kena seret :p

    Dayu :
    Tu aa. Tunggu nak naik keta kebal je time naik genting nti. Hee mmg nak kena kumpul duit weh b4 pi Langkawi. Kalau tak, meleleh air liur je la mcm kite ni.

    Nadia :
    Sekali-sekala oke la. Kalau selalu, kopak jugakkkkk

    Huddy :
    Kat giggles.my outlet dia kat Puchong Jaya

    Chik star:
    Yup. Worth every penny. Kalau dpt lama sket mesti lg best. Tido semalam je tak puas.

    Zuris :
    Tp nak kena tengok timing gak kot. Kalau kena time cuti sekolah, mau merempat tido tepi jln, hotel penuh! Huu

    Nurul :
    Tulah. Selalu yg kite beiya plan bagai nak rak, sudahnya tak menjadik spt yg dirancang.

    yaya :
    Kalau u ngidam, skrg jugak ai poslaju kat u yaya :p

    Kid :
    Kan? Kalau RM lebat, pergi Paris pun boleh selamba zasss aje. Heee

    Wardah :
    Tu lah. Kalau lah ai jutawan, hari2 nak pi travel je. Keliling satu dunia. Takmo keja :p

    Detergen wangi :
    Kitorang pernah plan nak pi dinner dgn adik je kat Bangi. Tetiba mlm tu, tidur kat Tangkak, Johor, Boleh? Hihi

    Juju :
    Kitorang naik feri lg aa susa nak mengangkut. Next time nak pi naik flight pulak, boleh masuk kargo. Hee

    Fad :
    Jgn lupe saving skrg, nti boleh borong corelle :D

    Zu :
    Aku pun bwk 2 helai baju je time ni ok. Dgn dress mngibai2 tu aku heret naik feri sume. Haha

    Anon :
    Sejak ada Alfiy, buat apa je pun jadik beribu kali ganda best!

    K yana :
    Pergi tak plan pun ni. Sbb yg dok plan dr dulu tak pernah menjadik, sudahnya pakai redah je. U shud try some day. Hee

    Berseri? Sbb selalu amek smayang kot. Kah kah kah *tiru ayat anita sarawak* Alfiy mmg saje. Habis sume pun nak ikut sama mcm papa dia. Iskk

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.