Macam biasa, ini kisah hari minggu yang dah lepas berapa minggu entah. Lebih baik ada, daripada takde langsung, kan. Lagipun, daripada duduk berehat saja-saja kat rumah, elok jugak aku update apa-apa yang patut. Doktor suruh berehat, tapi riadah pun nak kena buat jugak.
Ni kira macam riadah minda lah, kononnya.
Life moves on.
Inilah penawar paling mujarab yang telah Tuhan kurniakan buat kami berdua.
Being a paranoid Mama, yang sentiasa bersangka buruk terhadap segala macam bentuk kuman dan bakteria, aku memang tak pernah lepaskan Alfiy mandi dalam swimming pool biarpun kat rumah kami ni terbentang luas hah, public pool memanggil-manggil. Okay, maybe I’m a bit exaggerated.
Tapi, paed memang ada nasihatkan untuk tunggu sekurang-kurangnya Alfiy cecah setahun, baru boleh nak mandi pool atau laut sebab Alfiy mudah diserang demam selsema. Adat lah tu, kan. Dah nama pun bayi nurseri. Kesian jugak kat Alfiy, selalu makan hati tengok rakan sebaya bergembira mandi-manda sedangkan dia sekadar merasa dalam besen mandi yang semakin hari semakin sempit untuk dia berlatih kuak lentang. heh.
So, bila balik Terengganu tempoh hari, Tok dengan Tokki dia belikan baby pool yang boleh pasang kat laman rumah khas untuk cucu kesayangan. Pulun lah si kecik tu berendam, 2-3 jam tak mahu naik. Gedebush, gedebush! Habis banjir satu garaj. Gembira bukan main. Malam tu, mak bapaknya yang terseksa sebab dia tak boleh tidur; demam selsema campur terlalu penat main tak berhenti masa siang hari.
Bapa kepada bayi tersebut pun turut tidak mahu ketinggalan menikmati permainan yang masih tidak wujud pada zaman 80-an ini. Habis melimpah-ruah air keluar (-_-)
Ok, dah puas mandi, now its packing time! Ayuh, kita punggah semuanyaaa!
HER : Sedang countdown hari jadi Alfiy, yeayyyyyy!
happy birthday in advance alfiy.. ;)
ReplyDeleteComelnye alfiy pakai robe tuh.
ReplyDeleteitu la comelnya bath robe alfiy..hehe..macho gitewww!! :)
ReplyDeleteeh birthday alfiy 10 ogos kan?
weiii...comelnya baju last tu. hahaha.
ReplyDeletealahai comelnye pic last sekali...hehe. my husband pun gedik xsabar nk bawak anak dia main pool. (tapi tu hajat bapak nye yg lebih)hahah
ReplyDeleteNak tergelak tengok gambar anak beranak tu dalam pool. Comel gila!
ReplyDelete3 days to go kan, Xeea?
Comelnya bathrobe alfiy! Happ birthday in advance alfiy. Kuts kn twin lain tahun!! Yeay, makin tua. Sob sob
ReplyDeletemakin lama makin sebijik ikut muka cfu. huhu.
ReplyDeletekite pon tgh countdown. tak sabar! :)
comelnye alfiy gambo last tu..mcm da besar sgt da gayanyee..hihi..
ReplyDeletelawak seh bapak mandi skali. da mcm BLUE HIPPO terjun pool.hihi
alooo..besnyer alfiy mandi pool..kita rumah apartment..nak letak pool celah mana..hehe..mandi dalam bath tub je la..hehe
ReplyDeletehusna pun ade pool ni tp buat sumbat segala mainan die..nk letak air xberani lg..
ReplyDeletenur easy :
ReplyDeleteThank you! Happy birthday to Ammar too!
fatin :
hensem kan? :D
k suzie :
its 18th august :)
yaya :
Kalau Auf jemput kite dtg beday party, nti kite suruh Mama bagi as present kat awak ok? -Alfiy
alena :
biasanya mmg bapak2 yg tak sabar kalau masuk part adventure things. pastu, bila anak demam, mak dia jugak yang susahhhhhhh hati.
aishah :
tu lah. papa pun nak jugak! layankan je lah.
hanys :
happy birthday to u too, Hanys!
sha :
sebijik muke Cfu, 2 bijik muka Xeea. heh
ahmad faizol :
blue hippo yang ni versi kacak :D
ayuraza :
ala, umah kitorang pun apartment. ni kat rumah Tok dgn Tokki dia. kat umah sendiri, Alfiy swimming dlm besen je. hihi
aziyana :
tunggu Husna besar sikit. masa tu, tak berhenti laa dia main air.
Aku tgk air pool tu penuh sbb laki hang duk dalam tu je. Ce suh dia bangun,, confirm takde air. Haha..
ReplyDelete