Thursday, August 11, 2011

La Tahzan!

Sebagai manusia biasa yang lemah dan kekurangan serba-serbi, aku tak dapat lari daripada menyalahkan diri atas tiap kejadian yang menimpa diri. Menuduh pelbagai faktor sebagai penyebab kepada kes keguguran tempoh hari.


Aku salahkan diri yang tak prihatin dengan perubahan diri, tak perasan diri dah hamil, pergi berurut satu badan siap sengkak perut sekali. Lepas tu, teguk sebotol besar air Coca-Cola. Makan berkeping-keping Hawaiian pizza yang bertaburan dengan buah nenas. Berjalan jauh, pergi-balik Terengganu naik kapal terbang. Tak boleh tahan diri dengan godaan air tebu segar di pasar Ramadhan. Semuanya aku tuduh sebagai punca. Biarpun tiada bukti sahih yang mengiyakan.


Seboleh-bolehnya aku mahukan jawapan pasti.

Kenapa ia boleh terjadi?


Hakikatnya, sehingga ke hari ini, masih tiada bukti saintifik dan dari sudut perubatan yang menyatakan aktiviti fizikal mahupun faktor pemakanan boleh mengakibatkan keguguran. Majoriti kes yang berlaku sebelum usia kandungan mencecah 20 minggu adalah disebabkan oleh ketidaknormalan genetik (Artikel : Mengapa Saya Gugur?)


Kenyataan seorang doktor bahawa wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan tidak perlu sedih terhadap musibah yang berlaku, kerana ia boleh jadi sebuah rahmat. Seolah-olah telah memberi jawapan yang aku mahukan (Artikel : Pendarahan Ketika Baru Hamil)


Jawapan paling relevan; datangnya dari Tuhan Maha Pencipta. Sekali DIA bersabda kun faya kun, maka jadilah! Bukan bermaksud untuk menyalahkan takdir, tetapi kalau dah itu yang termaktub di Luh Mahfuz sedari awalnya, aku redha.


Sebab tu, sebaik je disorong masuk ke ruang pembedahan untuk menjalani prosedur D&C, aku dah tanam niat untuk berhenti bersedih bila keluar nanti. Aku nekad meninggalkan segala sisa kesedihan yang ada di bilik pembedahan itu. Sebelum di 'tidur'kan sementara, aku sempat mengusap perut, ucapkan selamat tinggal kepada 'anak' yang sudi singgah sebentar dalam rahim aku. Terima kasih Tuhan untuk nikmat itu. Dah cukup rasanya aku bagi ruang pada diri sendiri untuk bersedih, menangis dan menyalahkan diri. Aku mahu sedar dari bius pembedahan dengan wajah yang tersenyum, hati yang ceria seperti sediakala.


Inilah kehidupan.

Jalannya begitu sukar dan membebankan, namun ia perlu diteruskan.


Aku tahu, Cfu dan ahli keluarga yang lain pun turut bersedih. Lebih-lebih lagi Cfu. Dia lah orang yang paling gembira sampaikan kalau boleh, semua orang pun dia nak beritahu. Tiba-tiba pandai update status Facebook dia yang jarang berusik, semata-mata nak khabarkan berita gembira tu. Tapi, bila jadi begini, dia terpaksa sembunyikan kesedihan dan menjadi kuat untuk aku; isterinya. Oleh itu, aku perlu gembira untuk Cfu juga. Untuk Alfiy. Dan, untuk keluarga serta orang-orang lain di sekeliling yang sentiasa ada di sisi, tatkala masa suka mahupun duka.


Pada kamu yang sedang bersedih, menangislah sepuas-puas hati sekiranya itu yang mampu membuatkan kamu rasa lega. Luahkan semuanya. Pedulikan orang kata apa. Kemudian, bangkit semula. Masih ada terlalu banyak perkara lain untuk kamu raikan pula.


images

"Carilah hikmah dalam setiap ketentuanNya, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan, namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman."

(La Tahzan ; DR. AIDH AL-QARNI, 2004)



HER : Sekali lagi kena berpantang dalam bulan Ramadhan. Makin bertimbunlah hutang puasa yang perlu diganti.

18 comments:

  1. salam...anyway calm urself pretty mommy...anything hapen comes with a reason behind dear..

    so la tahzan kan...jangan bersedih...

    anyway hapy ramadhan...

    ReplyDelete
  2. Be strong xeea ;) you tak care ya..ada hikmahnya tu...

    ReplyDelete
  3. Kak Xeaa. Takziah ye? Dia akan menjadi bidadari yang menunggu akak dan suami di sane. Bersabarlah. Insyaallah akan datang rezeki yang lainnye.

    Selamat berpantang kak. Lepas pantang, kite jumpe2 erk. Potluck ke :)

    ReplyDelete
  4. i know u are a strong woman xeaa.. sabar dan tabahkan diri yer.. take care sis.

    ReplyDelete
  5. hello,
    this is my first visit and somehow, our story connected.

    i had my second D&C done on the third day of ramadhan. it's my second D&C in 3 months.

    both pregnancies didn't happened, and all the doc said was, ini dugaan tuhan.

    they can never give me concrete reasons nor any advice on what to do. but they said, it has nothing to do with what you eat, if you have been extremely active (even if you bungee jumped the day before) or whether you are stressed at work.

    so don't blame yourself for what has happened... although i found it to be extremely hard to do so this time around *sigh*

    a remark from the doc that i found to be helpful during the grieving: it is better to lose them now than having them suffer due to the genetic abnormalities later in life...

    we are tough women, aren't we? :)

    P/S: the hospital told me that i can continue puasa and solat as usual as what we have at the moment is not darah nifas, but darah istihadhah.

    if the pregnancy is lost before any heartbeat is found, it is considered istihadhah. wallahualam.

    ReplyDelete
  6. salam takziah ziha.. akak tumpang simpati..tapi akak percaya, ziha boleh hadapi..anggap ini satu ujian semoga kita lebih bersedia masa depan..semoga cepat2 sembuh dan kembali ceria utk cfu n alfiy:)

    ReplyDelete
  7. hhhehee jgn ebrsedih..insyaAllah penggantinya nnt lebih hebat! trust me

    ReplyDelete
  8. awak! take care. insyaallah Allah akan berikan yg lebih baik lepas ni. amin!

    *big hug*

    ReplyDelete
  9. take care xeea. semoga lepas ni boleh senyum ceria kembali ;)

    ReplyDelete
  10. Tabahkn hati xeaa. Sy tk penah rasa tp sy th mesti sedih.. Take care. Jg alfiy..:-)

    ReplyDelete
  11. b strong frenz..

    kem salam peluk cium utk alfiy :)

    ReplyDelete
  12. AK TAU KO KUAT XEA..
    btw semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  13. Xea..i heard it from ummi...be strong..ive been that b4 ..sedihkan...

    ReplyDelete
  14. takziah xeea. kuatkan semangat k. pasti ade hikmah disebalik dugaan yg Allah berikan ni. :)

    ReplyDelete
  15. Salam Xea..have been a silent reader for a while. I dah 2 thn kahwin, belum ada anak & 2 kali keguguran.Lepas gugur kali ke 2, doc diagnosed me with fibroids & ovarian cysts.In fact baru je lepas operation last month and on mc now.

    I tak sedih dgn apa yg berlaku sbb i percaya Allah knows best. Walaupun dah berusaha, selagi Allah tak izinkan,selagi tu kita kena bersabar. No point salahkan diri, fikir itu ini.

    There's no scientific reason why miscarriage happen. So do fibroids & cysts,even doc cant explain.

    So, be strong. Everything happens for a reason that only Allah knows.:)

    ReplyDelete
  16. devilishskool :

    oh my! ye ke dikira istihadhah? sebab bleeding dia kejap light mcm period, kejap heavy. I pun mcm confuse.

    btw, thanx for sharing. really appreciate it. Hang in there, friend. Your day will come :)

    still Ida :

    Thanx for dropping comment for the 1st time! & thanx sudi share your experience. Seems like you're wayyy tougher than me. insyaAllah, have faith in HIM, then you'll be 'paid'. My prayer goes to u :)

    ReplyDelete
  17. Thank you everyone for your warm loving words. I feel sooooooo loved :)

    Perancangan Tuhan itu yang lebih baik, kan?

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.