Saturday, March 5, 2011

Alfiy Hafeez; 6 bulan.

cny 037


Alfiy Hafeez,


Bila tengok kawan-kawan Mama tulis setiap peringkat perkembangan dan pencapaian anak-anak mereka, setiap bulan, malahan ada yang buat setiap hari, Mama jadik iri hati. Sebab, Mama tak berkesempatan nak buat perkara yang sama. Tapi, itu bukan bermakna Mama lupa. Bukan bererti Mama tak ambil peduli. Biarpun Mama tak catat di sini, setiap detik perkembangan Alfiy yang Mama perhati, Mama simpan dalam hati. Kat satu sudut paling istimewa. Takkan hilang sampai bila-bila.


Jadi, sempena usia Alfiy separuh tahun, Mama cuba jugak untuk abadikan sesuatu di sini, sebagai tanda kenangan bila Alfiy besar nanti.


Baru sekejap tadi Mama pujuk Alfiy yang tiba-tiba menangis masa tengah tidur. Mata pejam tapi mulut teriak bukan main. Macam biasa, Mama sumbat mulut Alfiy dengan susu, terus senyap. Alhamdulillah, Mama masih diberi kesempatan untuk menyusukan Alfiy secara sepenuhnya, tanpa sebarang masalah. Setakat masalah stok susu berkurangan tu, biasalah. Tapi Mama sedaya mungkin cuba untuk penuhi keperluan Alfiy setiap hari. Mujur Papa banyak beri sokongan. Syukur, setakat ini, sepanjang enam bulan ni, Alfiy membesar dengan sempurna hasil penyusuan secara ekslusif. Sama yang macam Mama cita-citakan sebelum ni. Dan, semoga Tuhan limpahkan rezeki dan kekuatan untuk Mama teruskan usaha ni hingga Alfiy genap 2 tahun nanti.


Masuk usia 6 bulan, Mama dah mula bagi Alfiy makan. Makanan pertama yang Alfiy rasa, avocado lenyek campur susu Mama. Kemain berselera Alfiy makan. Bila Mama curik-curik rasa, tak sedap langsung! Mungkin Alfiy rasa sedap sangat sebab tak pernah rasa KFC lagi. heh. Walaupun kat nurseri ada sediakan bubur, Mama lagi puas hati kalau Alfiy makan masakan hasil air tangan Mama sendiri. Setiap hari, Mama bekalkan 2 set bekalan sarapan dan makan tengahari untuk Alfiy. Dan, setiap hari pun habis licin. Kuat makan, sama macam Papa.


Alfiy dah mula kenal orang. Alfiy mesti perhati dulu. Lepas tu, suka buat muka tak puas hati kalau ada orang yang tak dikenali cuba dukung Alfiy. Paling tidak pun, menangis mulut ke bawah. Sedih kemain. Tapi, bila dah lama sikit, lepas Alfiy dah cam siapa, terus melekat, suka acah-acah tak mahu ikut Mama dan Papa. Sabar je lah.


Alfiy jugak semakin lasak. Tanggal 1 Mac, Mama baru sedar yang Alfiy dah boleh merangkak. Masa tu, Alfiy tengah merengek nak ikut Mama pergi dapur. Dalam pada tengah menangis sedu-sedan, tiba-tiba Mama tengok Alfiy dah sampai kat bawah meja makan! Sehari selepas tu, Alfiy dah pandai tuju ke bilik air, sambil-sambil buat cubaan nak makan alas kaki. Mama pun apalagi, histeria satu badan! Tapi, Alfiy macam biasa, sengih-sengih takde perasaan. Awak ingat alas kaki tu sama macam pancake ke, sayang?


Kelmarin, Teacher Mira gelabah bertahu Mama yang Alfiy tergolek, terhantuk kat dinding masa tengah merangkak. Berderau kejap darah Mama. Balik petang tu, tengok-tengok dah ada benjol besar kat dahi. Luruh hati Mama tengok, tahu! Mujur Alfiy ketawa-ketawa macam biasa, lega Mama. Subuh tadi, Alfiy buat aksi stunt lagi. Berpaut pada dinding katil cuba berdiri sendiri. Tak cukup dengan tu, siap lepas sebelah tangan! Saja tau buat Mama histeria pagi-pagi buta. Lepas tu, entah berapa kali dah Alfiy tergolek dok buat macam-macam aksi. Panjat rocker, panjat coffee table, panjat Mama. haih. Kalau rumah kita ada tangga, dah lama Alfiy panjat agaknya.


Mama dan Papa sentiasa berdoa agar Alfiy diberikan kesihatan dan membesar dengan sempurna. Detik hati kecil Mama selalu mintak agar Tuhan lambatkan masa, sebab Mama rasa masih belum puas lihat setiap detik tumbesaran dan perkembangan Alfiy. Mama takut nak hadapi satu hari nanti bila Alfiy dah pandai berdikari. Dah boleh buat semuanya sendiri. Dah tak perlukan Mama lagi.


Biarpun begitu, Mama sentiasa pujuk diri agar berlapang dada untuk melihat Alfiy membesar. Mama bersyukur atas kurniaan-Nya yang beri Mama peluang untuk menyaksikan dan merasai pengalaman maha hebat ini.


Happy 6-months, baby boy!



HER : Sejak ada anak, rasa macam masa berlalu terlalu pantas.

12 comments:

  1. bab benjol tu lumrah utk anak laki yg tgh lasak nk membesar kan. SN pon masa baya2 Alfiy memang selalu ada mcm2 benjol dan lebam kat muka dia.

    amboiii, cptnya alfiy dh nak cuba berdiri..mesti cpt dia leh jalan nanti :)

    ReplyDelete
  2. gebunya awk alfiy...semoga jd ank y soleh ye sayang!!

    ReplyDelete
  3. Comellnye Alfiy, jejaka 6 bulan!


    Selamat datang ke alam merangkak. eh?

    (^_^)

    ReplyDelete
  4. congrat for 6 months bf..sambung lagi sampai 2 tahun..fightt ohhh..

    alfiy mula melasakkan diri..yeah..

    ReplyDelete
  5. anak makin besar, mak ayahnya makin dewasa..;) hppy 6th mths alfiy

    ReplyDelete
  6. Happy 6th month baby alfiy comel,semoga jadi anak yang bijak dan menyayangi mak paknya sampai bebila :)

    ReplyDelete
  7. best kan ade ank.. xsabar rase yer nak timang baby jugak.. smoga alfiy membesar dgn sehat n kuat.. mcm jaguh.. huahua..

    ReplyDelete
  8. same goes to me, x sanggup rsnye nak hadapi bila anak da pandai berdikari..huhu..

    selalu berdoa moga lambatkan masa supaya aku dpt luangkan masa dgn byk ms diorg masih baby..huhu

    happy 6th month Alfiy!

    ReplyDelete
  9. sekejap je alfiy dah 6 bulan kan hello alfuy

    ReplyDelete
  10. yatie :
    mula2, mcm frust jugak la. tp bila dah byk kali lebam sana sini, pasrah je lah :p

    tu lah. merangkak & duduk pun x stabil lg, dia dah sibuk nak berdiri dah ni.

    luv like this :
    aminnnnnnn.

    nadia :
    nak berdiri dah dia nih. tak sabar-sabar.

    aida :
    wish me luck :)

    boleh lumba lari ngan ahmad ghazi lps ni. hee

    nur easy :
    thank u aunty! same goes to your lovely son.

    mrs nageb :
    insyaAllah. sekejap je dia dah besar, kan.

    vna :
    your turn will come :)

    juju :
    dgn kite yg kerja full time, mmg limited sgt2 masa utk anak. kdg2 fikir, mcm sedey pulak. tapi apa boleh buat. tak sabar tunggu cfu jadik jutawan. aku nak tumpang sekaki. haha

    nurul :
    dah jadik anak bujang. takmo kita treat dia as baby lagi dah.

    ReplyDelete
  11. nice entry from mama xeea =)

    budak lelaki mmg buragas lebih dr gegirl rasanya. naurah dulu pon pernah jugak benjol hijau terhantuk bucu rak tv. standard la tue..

    jatuh katil, benjol dahi, barulah macho. kan alfiy kann??kann?? =p

    ReplyDelete
  12. tu lah. kot2 lps ni dpt gegirl ke kan. lega sket kot. tp kalau sama jugak lasaknya, pasrah je lah.

    tp kan, kot iye pun nak jadik macho, takleh ke tak buat mama jadik sentap. huuu

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.