Friday, January 28, 2011

Resipi #05 : Oreo Cheese Cake.

IMG_4156

Sempena ulang tahun suami peliharaan ke-27.


Resipi ni aku pandai-pandai alter sendiri daripada resipi tiramisu dulu. Eh, aku pernah bagi ke tak eh? Nanti ah check balik kat ‘my lil’ recipe book’.


Satu lagi pencuci mulut paling senang dalam dunia.


Aku memang suka buat yang senang-senang je. Kalau macam nak kena bakar, lepas tu keluarkan balik, sapu krim, lepas tu masuk balik dalam oven bla bla. Tak kuasa lah.


Nah,


A) Crust/Base

1 1/4 cawan Oreo cookies (asingkan krim dan hancurkan)

50 g butter


B) Filling

1 buku Philadelphia cream cheese

1 cup plain yogurt

1/2 cawan castor sugar

5-10 keping Oreo cookies (asingkan krim dan dipecah-pecahkan)

Krim Oreo cookies yang telah diasingkan tadi


Cara-caranya ?


i) Cairkan butter. Lepas tu, gaul dengan biskut Oreo yang dah dihancurkan hingga menjadik serbuk tadi. Gaul rata sampai jadik agak-agak lembap, gitu.


ii) Letak campuran bahan (A) kat lapisan bawah sekali (base). Tekan-tekan sikit bagi padat. Ketepikan. Biasanya, aku guna bekas kaca Pyrex tu je. oh, kalau takde Pyrex, takyah nak stress hentak-hentak kaki mintak kat laki, guna Tupperware je pun boleh.


iii) Gunakan kuasa mixer, beat bahan-bahan (B) (kecuali biskut Oreo) hingga kembang. Kalau guna tangan, raya cina tahun depan pun belum tentu kembang.


iv) Lepas tu, gaulkan adunan (B) yang telah siap dipukul (beat) tadi dengan biskut Oreo yang telah dipecah-pecahkan.


v) Dah siap, letakkan adunan (B) kat atas lapisan base (A). Ratakan dengan sudu ke, jangan bagi nampak kedut. Biar tahap ketebalannya sama dan seimbang.


vi) Nak bagi nampak lagi canggih ala-ala Secret Recipe, pandai-pandai lah korang hias dengan biskut Oreo kat lapisan atas sekali.


vii) Sejukkan kat fridge semalaman. Esok, boleh masukkan dalam kotak lawa-lawa, ambik gambar vogue sikit, bubuh dalam blog. Untung-untung, ada orang nak tempah. Komisen bagi kat aku separuh. heh.


Sekian, Selamat Hari Raya Cina!



HER : Suka gila tengok Junior Masterchef Australia!

17 comments:

  1. pandai ko ternak laki ko ek...

    ReplyDelete
  2. leleh tgk kek tu xeea! junior masterchef tu dtg bakat dari mane ntah agaknya. hebat betul.

    ReplyDelete
  3. salam.. best kan kek ni. simple dan sedap. sy pun ada tulis pasal ni kt blog semalam. =)

    ReplyDelete
  4. ziha, meh bwk cikit ke opis! ;)

    nak try la nanti

    ReplyDelete
  5. dah lame rase nak wat cake utk hubby tp tak terbuat. nanti boleh ah cuba. :)

    ReplyDelete
  6. serious xyah masuk oven? wahhh..nak cube lah nnti! :)

    ReplyDelete
  7. zul :
    see the leg aa :p

    juju :
    eh, ko tak ngandung lg kan? kang ngidam payah pulak. hee

    chik star :
    my plasure :)

    aziyana :
    try buat setir. sure tangkap leleh punya!

    wardah :
    senang je ni. u pun boleh buat utk ur abi.

    junior masterchef tu besh kan? bayangkan, kakal berentap dengan alfiy dlm junior masterchef malaysia. for sure, mak2 dorang lagi over. ngeeee

    azhar :
    oh, awak punye version mcm nampak lg sedap la. yumm!

    k yong :
    segan la. tak sedap kang, habis satu kolej tau :p

    fad :
    tis in the most simple one, awak! tak sampai setengah jam pun.

    sha :
    serios. ai punye resipi mmg takyah bakar-bakar. malas. hee

    ReplyDelete
  8. aku mmg suka kek tak payah bakar2 ni
    sebab malas nak kuarkan oven semua
    akan dicuba
    harus

    ReplyDelete
  9. Slm Awak..
    Nk tanya ni, if sejukkn dlm 5jam je ok x?Coz igt nk suprisekan hubby kite, so xnk buat time dia ade. hehehe

    ReplyDelete
  10. dayu :
    kite orang tade oven. layan buat kek pattern gini je la.

    anon :
    ok kot tu. nak lg cepat, masuk freezer je.

    ReplyDelete
  11. thanks dear :) - anon/nita

    ReplyDelete
  12. Sis... Filling tu keras eh wlau x bakar.. Caner nak kuarkan dr bekas dia ek.. Sorry x dpt imagine.. Biase kan klu kek kite terbalikkan.. Huhu
    * i bru blajar... Pun minat gler tgk junior masterchef.. :)

    ReplyDelete
  13. dear... caner nak kuarkan kek tu ek.. klu kek biase kite leh terbalikkan..

    ReplyDelete
  14. Madamme anne :

    Ada 2 cara nak makan,

    i. Scoop out straight from the container. Mcm makan aiskrim tu.

    ii. Slice out, guna pisau kek.

    Tak boleh terbalikkan sebab tak bake. Or else, u boleh guna loyang/pan yg boleh bukak kat bhgn bawah nya.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.