Monday, November 23, 2009

Pasangan Jarak Jauh Terhebat.

Kali ni, aku nak cuba sekali lagi mengupas topik TIPS MENJADIK PASANGAN JARAK JAUH (PJJ) TERHEBAT setelah gagal kali yang pertama tempoh hari gara-gara Ayah Pin. heh.


err.. yang tak PJJ pun boleh baca.

Tarik nafas panjang-panjang, ayuh, kita mulakan!


1) Simpan gambar pasangan di tempat yang paling mudah dilihat.

Tak kiralah nak lekat kat dinding ke, selit bawah bantal ke, celah ketiak ke, mana-mana lah asalkan di tempat yang memang kita akan hadap hari-hari.


nov09

Dengan syarat, pilih gambar pasangan yang kita rasakan dia berada pada tahap paling kacak / jelita walaupun gambar tu macam dah ‘lari jauh’ dari keadaan diri semasa :p


Ya. Bunyi macam tipikal. Lebih-lebih lagi bila simpan gambar passport dalam dompet. Siapa yang tak pernah buat, kan?


Tapi, sedar tak sedar, tiap kali nak keluarkan duit, perkara tipikal ni lah yang akan sentiasa ingatkan kita betapa Tuhan dah kurniakan seorang insan terhebat, terkacak/tercantik di mata kita, dan ter-segala-macam-lagilah untuk kita.


Jadi, tak perlu lah nak toleh pada yang lain. Jangan jadikkan alasan tinggal berjauhan untuk kamu berfoya-foya carik orang lain demi mengisi kesunyian, kononnya. cheit poodah.


Belajar bersyukur dan hargai apa yang kita ada serta berusaha untuk kekalkannya sampai bila-bila. Selain tu, ia juga berfungsi untuk ingatkan kita agar tidak boros menggunakan kad kredit yang tersusun rapi kat sebelah gambar pasangan kita tu dengan sewenang-wenangnya.


Macam amaran cara halus, gitu.


2) Dating.

Tak dapat seminggu sekali, buat dua minggu sekali takpun sebulan sekali. Ikut kesesuaian. Dan, dating di sini bermaksud berdua saja. Yang double/triple date tu bukan dating. Itu bersosial namanya.


akept 080

Dating spot setiap hujung minggu.


Kenapa mesti berdua je?

Sebab kamu berdua memang sangat perlukannya. Selain di bilik tidur lah, kan (ehem). Dah nama pun jumpa sekali-sekala, ni lah masanya kamu nak berbincang tentang semua perkara. Dari hal ehwal semasa 1Malaysia hinggalah kepada ubat lipas terbaru di pasaran yang baru dibeli untuk dicuba. Ini je lah masa yang ada.


Kalau ada orang lain, dikhuatiri salah seorang pasangan tak dapat cerita all out segala macam perkara yang dah dia peram. Tak manis lah kan macam tu. Kalau boleh, selesaikan segala jenis gaduh atau mogok yang dah berlaku di sepanjang kamu tidak bertemu.


Lagipun, kalau tak diperuntukkan masa khas macam ni, memang susah nak carik masa lain lagi. Di samping tu, dapat jugak mengimbas memori indah saat bercinta dating makan KFC kongsi bayar sama-sama macam dulu. tsk.


3. Raikan setiap hari-hari penting.

Cara sambutan ataupun besar mana hadiah, tu bukan keutamaan. Yang penting ingatan antara satu sama lain. Selain tarikh harijadi dan ulangtahun perkahwinan, jadikan setiap hari-hari biasa yang dilalui bersama sebagai penting.


nov09 019

Sangat surprise bila terima hadiah berupa begini sempena ulangtahun ke-6 perkenalan (ala, yang korang sebut sebagai tarikh declare tu). I loikeeee!!!


Sekali-sekala, buat kejutan untuk pasangan bila bertemu. Tak payah berbelanja besar pun boleh buat kejutan, apa. Misalnya, memasak makanan kegemaran dia yang kamu paling fedap nak buat, seperti kuih dodol misalnya. Ataupun memakai baju yang dibelikan oleh dia walaupun kamu rasa gemuk bila memakainya.


Apa saja, asalkan yang boleh buatkan dia teruja!


4. Masa berkualiti.


bulan   madu 2 034

Tak semestinya sampai nak kena pergi berbulan madu ke Bali, Gold Goast semua semata-mata untuk dapatkan masa berkualiti ni.


Habiskan masa hujung minggu berdua kat rumah dengan lakukan aktiviti baru pun dikira sebagai berkualiti jugak. Contohnya, bercucuk-tanam pokok cili. Takpun bertanding berenang kuak anjing berdua. Ataupun tolong mencarik uban pasangan.


Dapat buat satu perkara yang kemudian boleh diceritakan semula dengan penuh semangat setiap kali teringat, dah dikira berkualiti. Buat perkara bodoh berdua dan hanya kamu berdua saja yang faham, pun dah masuk dalam kategori masa berkualiti.


Layankan je. Buatlah apa saja yang boleh jadikkan hari-hari yang kamu berdua lalui benar-benar berkualiti.


5. Ghairah sentiasa.

Wah, kemain lagi. Asal sebut ghairah je, mula lah tu nak fikir sampai cerita dalam selimut. Ghairah di sini merujuk kepada ghairah bercinta. Tak kiralah walau dah berapa lama usia perkahwinan kamu. Jadikan seolah-olah baru mula-mula bercinta. Biar macam angau pun tak apa. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah bila seminit tak dengar khabar berita.


nov09 016[4] copy

Tahukah kamu bahawa perkara kecik yang kadang-kadang kita anggap remeh dan terlepas pandang, bila kita sesekali lakukan, boleh buat pasangan kita senyum sampai ke telinga?


Sentiasa beri pujian dan kata-kata manis untuk pasangan. Kalau boleh, setiap hari. Flirting dari jauh pun boleh, apa. Jangan sia-siakan segala bentuk teknologi telefon, sms, webcam, internet yang ada. Biar pasangan sentiasa berasa dekat dengan kita.


Tapi ingat, jangan sampai tahap baju kemeja warna apa yang patut dia pakai esok, kat mana dia perlu makan tengahari dan pukul berapa perlu masuk tidur semua pun kita nak masuk campur. Itu bukan ghairah, itu dah kes parah!


Bersederhanalah dalam semua perkara.


hepi 005

Yang terpenting antara semua, jangan takut untuk letakkan kepercayaan pada pasangan.


Percaya pada kesetiaan dia walaupun terang-terangan dia selalu cerita pasal amoi seksi di pejabat. Percaya pada setiap kata-katanya walaupun kita dah tahu mesti ada jugak terselit satu takpun dua temberangnya. Percaya pada setiap tindak-tanduk dia selagi tidak melangkaui batas contohnya perlakuan degil tak mahu potong rambut demi ingin menghayati watak seorang rockers (-_-")


Percaya pada kententuan Tuhan.

Mohon DIA pelihara perhubungan kita agar sentiasa di bawah lindungan kasih sayang-Nya. Jauhi daripada malapetaka, bencana, fitnah serta hasad dengki. Dan, berkekalan hingga ke akhirnya.



HER : Orang kata, bila jauh bau wangi, dah dekat bau tahi. Pada aku, lagi dekat, lagi kuat bau tahi, lagilah termimpi-mimpi.

28 comments:

  1. tompang jejalan ea tuan blog..

    sis.. info y bagos.. y pntg memang kesetiaan plus kejujuran..

    totally agreed.

    ;)

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips, eh tp tak bahaya ke tayang no cfu kat gmbr tuh? kang ade pompuan gatal jenis suka cantas laki orang ambik kang, baik blurkan weh

    *eh, baru perasan..kena percaya pd psgn*

    ok2x,takyah blurkan pon takper eheh

    ReplyDelete
  3. semoga cpt2 bersatu semula...kalo ada peluang kat sini i'll inform :)

    ReplyDelete
  4. cik zatil :
    dua2 pun kena setia & jujur tau. kalau sorang je, takde guna jugak. insyaallah.

    yatie chomeyl :
    omaigod!
    serios tak perasan. thanx for mentioning. my bad :(

    percaya, percaya jugak, tp benda2 privacy gini kena jaga. thanx a lot!

    k suzie :
    aminnnnnn. i'm counting on u :)

    ReplyDelete
  5. xeea, thanks for the tips. seronok baca. sama la kita pjj jugak. tunang slalu outstaion sampai berbulan-bulan and kalau blk pon jadual slalu tak tentu. tghhari dpt call mlm tu jgk kene gi plant. kene byk sabar and think positive je la...

    ReplyDelete
  6. fewitt..mmg tips yg mengancam..si zul perlu bc jugk neh..hahhaha..hurm kalu lepas kawen, dok dekat gmbr dh xder dlm dompet..cmne tuh..huhuhu..adkah sbb hari2 blh tgk depan mata yg jadi lagu tu

    ReplyDelete
  7. tak PJJ pun boleh manfaatkan tips ni
    sgt berguna

    *lepas ni nak gi carik gambar paling comel, letak dlm purse.. walaupun dulu masa gedik2 bercinta takde, dah kawin simpan.. baru lah lagi best kan

    ReplyDelete
  8. best..best...
    nak praktikkan kat sape pon xtau...
    hehe..xpe..kumpul ilmu...

    ReplyDelete
  9. salam kenalan..
    blog yg sgt best
    jemputla ke blog sy n jgn sgn2 to be my follower..;)

    ReplyDelete
  10. salam kenalan..
    blog yg sgt best
    jemputla ke blog sy n jgn sgn2 to be my follower..;)

    ReplyDelete
  11. tq bangat en3 nih..sgt membantu utk sy n en.tunang yg akan tinggal berjauhan walaupun slepas diijabkabul lg lbh kurang 18 hari..sgt hargai info ini..

    ReplyDelete
  12. xeea, utk tips no.5 tu kan... takde maknee nyer kalu pasangan kita jenis yg besok baru nak balas sms. mcm hubby kita. he's so workaholics. time kije dah tak hingat kat benda lain ngeh3 sabo jek lerr...

    ReplyDelete
  13. xeaa!
    sgt setuju, esp 4 & 5. tak pjj pun kena amalkan jugak! sb weekdays mmg keje, weekend je yg berkualiti.

    kalau xamalkan, masa berkualiti di waktu weekend tu jd hak milik kekal PiL. huhuhuhu....

    btw, gladiator putih itu sgt cun!!

    ReplyDelete
  14. jaja :
    yup. think +ve! hati pun mau kuat, jugak :)

    aziyana :
    heippp. nak kena bubuh jugak. atas meja keja at least. takot bila dah terbiasa hari2, kite akan terlepas pandang benda2 penting dlm hidup dan akan kurang appreciate. heee

    dayu :
    haaa. ape lagi? pi korek2 album. pilih gambar en ekwan yg paling tampan. boleh tatap tiap saat :p

    mia :
    sediakan payung sebelom hujan :)

    anon & ana :
    thanx for the compliments!

    fikaryna :
    18 hari je? takpe aa. sempat jugak nak bulan madu puas2 tuh. sempat jugak nak bunting pelamin :p

    liana manan :
    haha.
    mcm kite pulak syok sendiri eh?

    takpe. jgn give up. tabur je kata2 manis tiap hari. biar dia tahu yg kite ni keep on remembering, appreciating and err.. watching. heee

    mrs syediz :
    kan? mmg nak kena masuk dlm planner. kalo tak, mmg tade masa betul2 berdua. tu blom ade anak lagi. kalo bole, nak keep on practicing dating tiap minggu even dah beranak pinak nanti :)

    ReplyDelete
  15. Bagus. Dekat atau jauh, yang penting hati dan usaha untuk mendekatkan :)

    Ni ada yang dok dekat, tapi hati jauh. Sebabnya, lepas kawen dah selesa dah. Rasa dah jadi hak milik kekal dah. Padahal perkahwinan tu satu proses. Maintenance kena ada :)

    ReplyDelete
  16. tips ni bukan utk pjj je, yang hhdm(hari-hari depan mata) pun boleh.hehe


    seksi tu gladiator putihhhh!!!

    ReplyDelete
  17. xea...

    tips yg sngt bgus...:-)
    kite serupa xea..sya pun PJJ..
    tp tinggal 6blan aje lg..insyallah..
    pastu boleh together2...hrap2 awak pun sama

    ReplyDelete
  18. chika :
    agree with the phrase "maintenance kena ada" tapi kan chika kan, yang PJJ nih, maintenance tinggi woo. huu

    miss nurul :
    thanx. jemput dtg lagi :)

    ungu violet :
    ha'ah la. baru perasan. yg hhdm pun bole apply sekali. yg dekat kite mesra2 kan gitu.

    err.. of cos laa, hadiah dr org yg seksi juge. heee

    mrs. fawani :
    beshnye la haii kalo dah ade confirmation mcm awak. sy ni, tatau la sampai bile. tak berani nak cakap. huu

    hidd :
    eh eh. mama arjuna curik tulang bukak blog eh :p

    kalaulah ari2 bole tengok flashback mcm dlm filem mesti best kan, awak?

    ReplyDelete
  19. sukaaaaa entri ni!
    setiap pasangan yg dah berkahwin haruslah lakukan perkara2 ni, jgn waktu bercinta je nak romantik2 ye tak? :D

    ReplyDelete
  20. suke entri niiii!
    tak semestinya yg berjarak jauh je harus lakukan perkara2 ni, yg depan mata ni pun harus juge ;)

    ReplyDelete
  21. hie xeea.. i liikkee this entry babe.. huhu.. since i pon buat PJJ.. hahahah.. btw, i link kn blog u kt blog i k.. tq.. =D

    ReplyDelete
  22. hanie :
    wah, suka punya pasal, sampai double hah comment dia kuar :p

    praktik hani, jgn tak praktik. biar lovey dovey sepanjang zaman, gitu.

    syazana aqilah:
    glad that u like it!

    kite org2 PJJ ni kena banyak berkongsi. only then we'll know that we're not alone :)

    ReplyDelete
  23. saya pun salah satu dari jutaan pasangan PJJ kat luar sana tu....kuat dugaannya....banyakkan berdoa dan bersabar...

    http://everybodylovescery.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. cery :
    sama2 lah kita bertabah :)

    ReplyDelete
  25. hi Puan Xeea, i tumpang link ur entry tau kat my blog, sungguh best :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.