Wednesday, November 18, 2009

Sepatu Merah.

Sebab aku pakai kasut tumit tinggi warna merah, maka aku pun membawak sekali muka konfiden artis pergi kerja pagi tadi.

vistana 052


Sampai-sampai je, macam biasa, thumb print, lepas tu cabut lari minum pagi. Dan, seperti biasa jugak akan melalui kaki lima yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar duduk bersidai nak tunggu kelas pukul 8 bermula.


Bak kata pepatah, yang muda disayangi, yang tua dihormati.


Kiri kanan aku, pelajar tak putus-putus bagi salam dan ucap selamat pagi. Tapi, kali ni lain macam sikit ucapan mereka. Siap ditambah dengan ayat,


“Cik puan, mintak sain”


Masih lagi berbekalkan muka konfiden artis tadi, aku pun membalas, ‘nak sain, datang jumpa saya kat ofis, bukan main mintak-mintak macam ni’. wah. Kemain garang lagi.


Masuk bilik pensyarah, disambut pulak oleh senyum-senyum manis (ada makna) pensyarah lain. Muka konfiden artis aku jadik pudar sedikit sebab dalam hati dah terdetik,


Ada benda yang tak kena ke dengan aku hari ni?

Apasal diorang senyum semacam je bila pandang aku?

Kain aku koyak kah?

*fobia terhadap seluar koyak Cfu masih belum kebah*


Mungkin sebab kasut tumit tinggi merah menyala yang aku pakai kot, agaknya. Dari jauh dah bersinar-sinar menyilaui pandangan mata. Sengaja reka alasan nak sedapkan hati sendiri.


Dan, aku pun pasang semula muka konfiden artis bersepatu tumit tinggi merah yang nyaris pudar tadi.


Hinggalah sampai ke satu tahap, aku terkedu bila ternampak di setiap tiang dan dinding-dinding di sekitar kampus, bersepah-sepah dengan banner ini.

.

.

.

vistana 051

Ya, anak-anak.

Let’s read together.

T_____T

Tu dia. Macam mana lah muka aku tengah tunggu nak bukak puasa kat Restoran Penyu tempoh hari boleh bersidai kat sini? Siap dengan bunting saiz 8 kaki pun ada, hah.


Boleh pulak gambar makanan depan aku tu berubah menjadik sebuah buku. Begitulah lah hebatnya kuasa Photoshop. Dah tu, kenapa tak dibuangnya jerawat nasik yang tersergam indah kat pipi kiri aku, weh.


Sebab aku pakai kasut tumit tinggi warna merah, maka aku pun terpaksa membawak sekali muka konfiden artis ke hulu ke hilir sepanjang hari. tsk.



HER : Kalau aku bukak kes, mintak royalti, mau boleh jadik jutawan segera nih.

14 comments:

  1. hehehe jadi model yeah. tak pe sesekali kita jadi artis kan :)

    ReplyDelete
  2. HA HA HA.mintak jgn tak mintak!nnti blanje i ye..hehe..

    pagi2 dah buat org gelak :)
    i lap u lah!

    p/s:rindu kolej T__T

    ReplyDelete
  3. klu nak bukak kes, aku sanggup jadi peguam ko...klu menang royalti bagi dua... amacam...

    ReplyDelete
  4. kah kah kah!
    patutlah glemer satu kolej!
    muka saya pun selalu gak menempel kat dinding2 ofis ni. tapi org kata, alah bisa tegal biasa. (cewaaahh tak leh blah!)

    ReplyDelete
  5. hahahahha..memula aku bc pon ngat kain ko terkoyak gak..huahuahua..
    adeyh sakit perut aku menahan gelak...

    femes r ko..caya laa

    ReplyDelete
  6. patutlah ramai mintak sign autograph eceh

    ReplyDelete
  7. aku pon nak mintak sain gak ahhh... ahahahaha...

    ReplyDelete
  8. tehehehee.
    glemer youuuu!~
    kekeke :PP

    ReplyDelete
  9. nurul :
    model tak rela youuu! huu

    modusoperandi111209 :
    ala. glemer sekampung je. tak layak bertanding anugerah bintang popular pun :p

    k suzie :
    tu lah. untung2, lepas duit tiket nak balik kl, ye tak?

    i lap u too lah!

    psst. byk pi outstation tu, kalo jumpe FM best2 ke, jgn lupakan daku, ye. hee

    zul :
    selamba ah. guna skill berhujah ko tu, aku mcm konfiden bole menang kot. pastu, royalti kite bagi dua, buat honeymoon lg sekali. heh.

    ungu violet :
    alah bisa tegal biasa, huh?
    takut jadik alah bisa, tegal orang nyampah. huuu

    hantu ulam :
    tu yg aku saspen memula. serios fobia dgn benda koyak2 nih. hii

    yatie chomeyl :
    ecehceh. ai perasan fasha sandha la satu hari.

    kakamel :
    no hal punya. nak sain kat mana ni? :p

    anna :
    err.. u tanak sain? ai lah si pasha sendat. ngeeee

    ReplyDelete
  10. mrs syediz :
    sib baik gambar ala2 macam muka dah siap, gitu kan. bole diterima aa. hee

    err.. lama menyepi. pergi mana?

    armouris :
    haha. notes taken.

    ReplyDelete
  11. tu lah. asyik busy ujung minggu melayan ibu mertuaku. terus hilang mood nk blogging
    ;)
    selamat ari raya haji eh.
    balik mana?

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.