Tuesday, October 13, 2009

Muhasabah Tahunan.

Bersiaran langsung dari negeri Jelapang Padi.

Dah tiga hari aku kat sini. Sempatlah merasa the oh-so-famous char kuey teow dan laksa utara sampaikan tak sedar dah lebih sepuluh hari aku abaikan xeatopia rupanya. Patutlah ada orang dok refresh page ni berkali-kali tapi pulang dengan hampa sebab takde update apa-apa. heh.


Tak tahu apa nak cerita.

Otak aku ni tengah tepu dengan terma dan formula subjek IT. Dulu aku ada terfikir, tak boleh ke kalau kita ni belajar je, lepas tu tak payah ambik periksa. Selalu berdoa dalam hati supaya bilik kebal yang simpan kertas periksa tu terbakar dipanah petir. Jadik, tak payah sibuk belajar untuk lulus periksa. Alih-alih sekarang, aku yang pulun gubal soalan periksa. Ngada-ngada.


oh. Alang-alang dah merapu ni, aku cerita sikit la sambutan ulangtahun perkahwinan pertama aku dan Cfu. Macam biasa, Cfu sorang je yang pandai buat surprise. Aku memang bebal kalau masuk bab tu. Reti direct to the point je. Kat sini kemain berpuisi romantik bagai. Padahal, hati macam kayu.


pizza 004

As sweet as you.

Dan, macam biasa jugak aku akan terharu nyaris nak meleleh air mata dengan tiap surprise yang Cfu buat untuk aku. ‘Nyaris’ je ok.


Sepanjang setahun hidup sebumbung dengan Cfu, macam-macam perkara aku dah belajar. Contoh paling mudah, macam mana cara nak handle bunyik dengkur macam guruh di kala malam bulan mengambang. *Sebelum teruskan cerita, nak mintak ampun awal-awal dulu kat Cfu. Ai tak nak jadik bini derhaka, you*


Mula-mula kahwin dulu, aku mesti naik angin bila Cfu tidur berdengkur sebab rasa betul-betul terganggu tahap dalam mimpi pun boleh dengar, tahu. Siap sumbat telinga dengan hujung kain. Bila dah masuk setahun dengar tiap malam, aku jadik susah pulak nak tidur bila tak dengar bunyik dengkur Cfu.


Ironi, bukan?

Betapa Tuhan ciptakan setiap pasangan tu untuk saling melengkapkan. Macam main susun puzzle. Hilang satu bahagian puzzle, maka cacat lah keseluruhan rupanya.


Setahun usia perkahwinan masih belum cukup nak mematangkan aku lagi. Banyak lagi perkara yang belum diterokai. Terlalu banyak lompong dalam diri aku yang masih tidak diperbaiki.


Bukan mudah rupanya hendak bergelar seorang isteri kepada suami, anak kepada ibu bapa mertua dan adik-beradik kepada ipar duai. Terlalu berat beban yang perlu digalas sampaikan kadang-kadang bahu ni macam tak termampu nak memikulnya.


Buat rakan-rakan di luar sana, yang dah berura-ura nak dirikan rumahtangga, persiapkan mental dan fizikal secukupnya. Perkahwinan tu bukan setakat sehari. Habis kenduri, bukan bermakna dah selesai semuanya.


Hakikatnya, tu adalah titik permulaan kepada suatu perjalanan yang lebih panjang sebenarnya.


HER : Tak sabar mahu terbang pulang ke sarang.

14 comments:

  1. bagusnyeee.. blh adjust bunyi dengkur jd ala2 dodoian manja gitu. kena belajar neh!

    ReplyDelete
  2. sangatlah benar wahai pn ziha...panjang lg journey kita ye?bermakna mcm2 lg asam garam yg akan ditempuhi.

    belajar & terus belajar tanpa jemu walau kdg2 hati terguris tp itulah namanya hidup,bukan?

    happy 1st anniversary dear...

    ReplyDelete
  3. heehehehe
    masih blum immune dgn dengkuran dia
    rasa nak je tekup muka dia tau
    tapi nasib baik masih sedar diri
    tak mahu ilang suami

    happy 1st anniversary ziha
    pastinya taun ke-2 akan lebih bermakna kan

    ReplyDelete
  4. :)

    eh eh pegi kampung saya eh!

    happy anniversary xeea.
    semoga kekal bahagia dgn cfu hingga ke akhir hayat.

    amin.

    ReplyDelete
  5. happy annyversary..hope u akan selamanya happy dengan hubby.. =))

    i xtau nape ttbe jek i termenangis baca entry ni...mungkin sebab i pun melalui fasa yang sama..heheh..tp i masih hijau lg la..masih banyak yg perlu belajar..=))

    ReplyDelete
  6. Oh so sweet..

    aku juga punya pengalaman sama kamu.Dengkuran di kala bulan mengambang sering buat aku terjaga.huhu..

    ape lagi, tangan aku secara otomatik akan menutup mulut si pendengkur itu x lain x bukan suami terCHENTA ku...

    Bila si dia tiada di sisi, tiap malam pasti terjaga untuk menutup mulut si dia seolah masih mendengar dengkuran...huhu

    ReplyDelete
  7. happy anniversary xeea.
    saya baru 8 bulan.

    ein pun tido berdengkur.
    setiap kali die dengkur saya tutup hidung dia!sampai sesak nafas mamat tu. jahat kan bini die. sekarang saya biar je, dah lali.hehe

    ReplyDelete
  8. heheh...kiut la entry akak kali ni.
    Neway, hepi 1st annivesary kak..;)
    Sker tgk akak ngan Cfu akak masa jumpe akak secara live kat JJ melaka aritu...swiiit je..

    ReplyDelete
  9. tunggu sampai masa awak berbadan dua, xeea. ia betul-betul menduga :)

    ReplyDelete
  10. tini :
    alah bisa, tegal biasa, kak. heh

    suzie :
    thanx, akak. semoga kite jgn pernah jemu. masa masih panjang, kan. insyaallah.

    dayu :
    haha. sy dulu penah gak rase nak tekup je mulut dia. tapi tak sampai hati.

    mudah2an, tahun kedua akan lebih bahagia. amin.

    mrs syediz :
    kalau awk ade kat sini, lama dah sy paw awk belanja sy makan laksa kedah ka, pi pekan rabu ka. hee

    amy wan :
    amin. sama2 kite belajar, oke. pelan2 kayuh, amy :)

    hantu ulam :
    macam dah jadik rutin, kan. bila sesekali hilang, rasa macam aneh je.

    ungu violet :
    haha. kejammnya awak. tp tu lah, mula2 mmg sakit hati, lama2 jadik lali.

    butterfly :
    thanx adik. harap2 terus sweet sampai tua. hee

    hidd :
    owh. masa tu, mental fizikal mesti nak kena ada kat peak point, kot. nti boleh mintak tips awak kan. hee

    ReplyDelete
  11. xeea : oooh bila suami berdengkur sgt sakit hati tp kena bersabar. apa petuanya bg suami tak berdengkur xeea?

    ReplyDelete
  12. marriage is life university...never ending learning sehingga Allah tentukan ajal

    happy 1st anniversary :) Mudah2han 2nd anniversary bertiga pula...

    ReplyDelete
  13. tau berat..sebab tu tak tebukak hati lagi nih..haha.kuat jugak xeea ni sebenarnya.. :)

    ReplyDelete
  14. nurul :
    petua? senang je.

    make sure awak masuk tidur dulu, sebelum suami. sah2 awk dah nyenyak tidur dan takkan terganggu oleh bunyik dengkur dia.

    bernas, kan? :p

    mrs tepung :
    "marriage is life university"

    i loikee!

    saloma :
    eleh. saja tau carik excuse. dun wori. the day will come :)

    uish. sy ni urat dawai, tulang besi, tau. heh

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.