Tuesday, August 25, 2009

Puasa Bukan Alasan Tak Boleh Kerja.

Ramadhan yang lepas, aku bertungkus lumus buat persiapan akhir nak naik ke jinjang pelamin dan bergelar isteri.

.

Ramadhan kali ni, aku bertungkus lumus buat persiapan nak hadapi peperiksaan khas untuk penjawat awam.


induksi 007

Logo. Inspirasi daripada nama ketua kumpulan. Juara tau nih. Jangan main-main. Aku selaku salah seorang pelukis logo berasa kembang semangkuk. hnss.


induksi 010Salah satu aktiviti latihan dalam kumpulan ialah mengelolakan majlis pertunangan olok-olok dalam tempoh masa hanya satu jam. Betul kata orang, bab-bab macam ni, serah je kat orang perempuan, gerenti jalan. Mana datang bunga dulang segala bagai tu pun aku tak tau. Magik.


induksi 012

Aku sponsor yang ni. Habis semua sabun, syampu, tuala hotel aku tibai bubuh dan gubah dalam dulang :p


induksi 029 induksi 015

induksi 068 induksi 064

Sewaktu majlis sedang berlangsung. Serius, dah macam majlis bertunang betul-betul, haa. Tinggal nak carik tok kadi je.


induksi 088

Pakai tanda nama sampai bersara.


induksi 072

Pertama kali dalam sejarah induksi, berlangsung dalam bulan puasa. Tapi, sorga apa. Merasa laa bukak puasa makan buffet tiap hari. Kan Tuhan dah kata, Ramadhan tu pintu rezeki.


induksi 085

Rezeki jugak buat kami. Dapat sambut Ramadhan sama-sama sebagai suami isteri buat pertama kali.


Okeh, cukup lah bagi makan entri.

Banyak-banyak kang obesiti.

:p



HER : Salam Ramadhan. Jangan curik makan.

9 comments:

  1. kenapa simbol mata tu berair mata darah? apa maksudnya sampai sedih camtu sekali?

    mesti ko yg present maksud simbol logo tu kan....

    btw, memang bestlah kursus korang walaupun di bulan puasa.

    aku pula? x tau bila...

    ReplyDelete
  2. ada orang dia suka buat meeting masa bulan puasa. sebab mewah makan :D

    ReplyDelete
  3. wah aktiviti ldk buat majlis tunang..saper pnyer idea tu..syoknyer

    ReplyDelete
  4. semuanya nmpk menyeronokkan.cfu makin boolat, tanda bahagia tu! (lbh krng en suami akak ms thn2 awal kawin, skrng dia ckp bahagia kl di ukur dr perutnya :p)

    ReplyDelete
  5. yay!
    dapat bbuka dgn cfu!

    awk induksi bulan puasa eh.
    ni dah abih ke blum?

    ReplyDelete
  6. saje je kursus kat hotel time pose!hehe..

    seronok tak pose dgn suami??? :P

    ReplyDelete
  7. hahaha murah rezki tetap ada ;) tp sure cepat ngantuk kan? :P

    ReplyDelete
  8. best dpt buka dengan suami ye xeea..selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  9. kcynodia :
    tu resembles usaha perit keringat sampai mengalir air mata darah nak lulus induksi. heee

    ada la tu rezeki ko pulak taun depan. insyallah.

    hidd :
    tu lah, awak. memang gila sorga. sampai tak cukup tangan nak makan. *dasar tamak haloba*

    aziyana :
    idea penceramah ldk, kak. besh jugak aa. lain daripada yg lain. saja nak tengok coordination n co-work peserta kot. huu

    tini :
    booolat kan? heee maknanya, kite ni kire dah lepas piawaian menjadik insteri mithali la kan? kan? kan? :p

    mrs syeddiz :
    yeay! murah rezeki.

    yup. 2 mgu kursus. mgu ke 2 baru kena time bulan puasa. la ni dah abis. dah balik ganu pon :(

    ungu violet :
    heee. best gak kan. rase cam 'wild' gitu napsu makan ku :p

    em, mesti la best! cuma takleh gurau lebih2 sangat. kang terlebey sudaaa! heeee

    hanie :
    haha. betullah. baru start ceramah, dah sengguk-sengguk tahap dagu-nak-cecah-meja. huu

    wardah :
    selamat berpuasa bersama suami jugak, awak. best kan dah ada teman masa sahur dan bukak puasa? :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.