Ramadhan yang lepas, aku bertungkus lumus buat persiapan akhir nak naik ke jinjang pelamin dan bergelar isteri.
.
Ramadhan kali ni, aku bertungkus lumus buat persiapan nak hadapi peperiksaan khas untuk penjawat awam.
Logo. Inspirasi daripada nama ketua kumpulan. Juara tau nih. Jangan main-main. Aku selaku salah seorang pelukis logo berasa kembang semangkuk. hnss.
Salah satu aktiviti latihan dalam kumpulan ialah mengelolakan majlis pertunangan olok-olok dalam tempoh masa hanya satu jam. Betul kata orang, bab-bab macam ni, serah je kat orang perempuan, gerenti jalan. Mana datang bunga dulang segala bagai tu pun aku tak tau. Magik.
Aku sponsor yang ni. Habis semua sabun, syampu, tuala hotel aku tibai bubuh dan gubah dalam dulang :p
Sewaktu majlis sedang berlangsung. Serius, dah macam majlis bertunang betul-betul, haa. Tinggal nak carik tok kadi je.
Pakai tanda nama sampai bersara.
Pertama kali dalam sejarah induksi, berlangsung dalam bulan puasa. Tapi, sorga apa. Merasa laa bukak puasa makan buffet tiap hari. Kan Tuhan dah kata, Ramadhan tu pintu rezeki.
Rezeki jugak buat kami. Dapat sambut Ramadhan sama-sama sebagai suami isteri buat pertama kali.
Okeh, cukup lah bagi makan entri.
Banyak-banyak kang obesiti.
:p
HER : Salam Ramadhan. Jangan curik makan.