Kalaulah kami punya kuasa sakti, lama dah masa yang diluangkan untuk melakukan aktiviti secara bersama, betul-betul bertukar menjadik emas.
Emas padu.
Mahal, berkualiti dan tahan lama.
Duduk berjauhan, kadang-kala ada jugak baiknya. Setiap kali ada peluang untuk berdua, kami akan sempurnakan sebaik mungkin tanpa tercicir hatta sesaat pun. Agar ia betul-betul menjadik masa berkualiti. Biarpun cuma punya sekelumit masa, ia sudah ‘cukup mahal’ dan sangat dihargai oleh kami. Sampai mati.
Betul kata orang, kita hanya akan tahu menghargai bila kita tidak lagi memiliki.
Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan. Sila sila. Jangan malu jangan segan.
Jangan ditanya berapa bintang. Aku kalau duduk kat ceruk mana pun asalkan ditemani suami peliharaan, dah cukup buat aku rasa dikelilingi oleh bebintang nan terang. ewah.
Betul-betul atas air, weh. Sangat sesuai untuk berehat dan carik kedamaian. Destinasi yang agak romantik untuk pengantin baru berbulan madu. err.. pengantin lama pun apa salahnya. Tak lupa jugak untuk si kaki pancing.
Keluar balkoni bilik je, boleh selamba layan pancing siakap barang seekor dua sambil ber hi hi bye bye dengan jiran bilik depan dan sebelah-menyebelah. Lupa nak bawak joran? Jangan risau. Hotel ni ada sediakan perkhidmatan sewa joran, mata kail, umpan segala bagai. Bubu pun ada kau. Kelas tak kelas.
Masuk dalam bilik je, disambut dengan ros merah harum semerbak yang bisa menyemarakkan lagi mood bulan madu anda. ehem.
Disambut jugak dengan welcoming drink yang kelihatan amat menggiurkan ini.
Bicarbonat drink perisa blackcurrant. Minum masa tengah-tengah cuaca panas gini. pergh. Sorgaaa.
Nak-nak pulak minum berdua pakai gelas kaki tinggi sambil duduk tepi tingkap layan angin sepoi-sepoi menghembus pipi. Memang perasan romeo juliet habis laa masa ni. Juliet muka jawa pun kira aci lah, kan.
Executive suite. aumm :p
Pentagon bath tub. aummm lagi :p
Tak lupa jugak dua pasang persalinan yang sangat hot dan cenderahati daripada Crabtree & Evelyn. Perfecto!
And the BEST part is..
.
.
.
This !
Gila ah ding dong. Boleh layan candat sotong kat dalam bilik! Tak payah susah-susah nak mabuk laut naik bot melawan ombak badai menghempas pantai.
Ok ok. I’m a bit over excited. Glass panel ni, boleh see through je. Gila apa dia nak buat benda alah ni boleh bukak-katup. Mau ada pulak kes orang bunuh diri terjun laut ikut sini nanti. Glass panel ni jugak lah yang buat Cfu histeria tiap kali terpijak. Memang dasar gayat. Nak buat macam mana, walaupun luaran beliau kelihatan gagah perkasa :p
Yang tinggi nun, hotel ape ntah namanya. Lupa. Tapi, kat The Legend ni, selain bilik atas air, ada jugak yang jenis gitu. Bilik Tower Seaview kalau tak silap. Boleh tengok laut dari pandangan atas pulak. Tapi, tak seswai laa kan kalau kamu ada bawak orang jenis gayat kronik macam Cfu. heh.
Pondok ni pulak tempat yang paling sesuai untuk bercengkarama di bawah bulan purnama.
Menempatkan Jacuzzi yang macam tersembunyi gitu. Agak-agak nak privacy sikit, boleh lah tutup tirai kat keliling tu. Bukak dari pagi sampai malam. Boleh lah menjelma jadik badak berendam selama berjam-jam sampai puas.
Dah puas berendam, boleh bawak diri pergi sauna pulak. Sesuai lah untuk sental daki mana-mana yang patut. Bagi licin berkilat lagi seksi :p
Lepas tu, jangan lupa singgah kat spa refleksologi yang ala-ala ni. Tapi, buat pengantin baru, tak digalakkan kot nak buat refleksologi. Mana la tau kot-kot bunting pelamin ke apa. Tak pasal-pasal je, boleh miscarriage tau. Macam kes Erra Fazira dulu.
err.. tiba-tiba penat pulak nak taip.
Nak menggodek gambar lagi. Banyak lagi agenda yang nak diceritakan sebenarnya ni. Kita sambung entri lain kali, ok. Buat siri dua pulak eh.
Sebelum tu, mari sudahi siri satu dengan gambar ini.
Dulu lupa nak beli.
Aik, Port Dickson lagi?
Nok buek camno eih jang. Doh tu yo den termampu setakat ni. Lain la ekau nok sponsor den poie london ko, paris ko.. Boleh la den boli fridge magnet made in oversea pulok.
HER : Masih kelam kelibut dengan minggu kemasukan pelajar baru. Selamba je laa student2 baru ni panggil aku ‘akak’. Bila masa pulak lah mak aku beranakkan kau, weh.
wahhh..romantiknyaaa..:D
ReplyDeletehaeven!
ReplyDeletedl 3 thn kami dok pd, 2 kali je pg piknik. ni dok seremban bc n3 ni,cam kn merancang percutian bulan madu ke d legend water chalet tu nampaknya. dengki ahh
perghhh memang sorgaaaa dunia la tempat ni. kalau gi time honeymoon, konpom la bunting pelamin tak hingat punyer..siap leh dpt kembar kot kui3x
ReplyDeletewaaaaaaah! bestnyer. fmly sy klo nk becuti dkt PD mst stay glory beach resort je. dh naik jemu. nnt nk ajak ayh stay cni plak la. hehe. :D
ReplyDeletearghhh romantiknyaaaa!!!!
ReplyDeletegila meroyan tgk entry ni!
beznyerr xeea..buleh la masuk dlm list tmpt yg harus dikunjungi..tp tabung pelancongan belum dibuka
ReplyDeletehotel yg tinggi melangit tu nama eh, glory beach resort... pokcik dah berkursus seminggu kat situ...
ReplyDeleteamboi, sonok nyer ekau yek...
weih.. bpe beb per night?
ReplyDeletemcm menarik je
nampak sangat menarik...kena ajak encik suami pergi di sini..cuma diharapkan jika pergi ke sini tidaklah saya bunting lagi kuikuikui..kesian lak kat anak aku kang...baru nak bermanja2 dah dapat adik..
ReplyDeletethe legend port dickson??
ReplyDeletemana ini tempat?? mana? mana?
mau gi jugak..
seronok je tgk ni...
hihi.
ReplyDeletebr je aritu proposekan destinasi bulan madu tahun ke2 suh mr syediz pilih, PD ke Melaka.
tp dia pilih melaka.
canti fm tu! unik!
**ziha, emailkan resepi triffle tu kalau awak free arini. kalau saya larat nk buat esok.huhu.
eh eh
ReplyDeletelupa
ni email saya.
deyuda_yeni[at]yahoo[dot]com
tq!
feresa :
ReplyDeleteauwwwwwwwwwwww!! :p
tini :
gi kak, jgn tak gi. nanti rugi. lagi pulak dah mmg duduk sana. kot kalo tetiba kena pindah tempat lain ke, nyesal nanti. heee
yatie :
tu lah. kalau tau, baru lepas kawen dulu terus honeymoon sini. horny tak hingat punye. heee
afeeqa :
haa lepas ni tuka selera pulak. kat sini family pun ramai jugak yg dtg.
ungu violet :
takyah meroyan, awak. bawak ein pi sana. try for second baby pulak :p
aziyana :
dah boleh bukak tabung sekarang kot. nanti melepasss
zul :
uh oh. glory beach resort eih. aku lalu lalang bole tak perasan pulak. mesti laa seronok, bukan selalu dapat dua2 gini tau. auww
ikan besh :
rate promotion ni. sampai hujung tahun ni je kalo tak silap aku. cepat2!
yuyun :
kalau bunting lagi pun ape salahnye. rezeki jgn ditolak, weh :p
dayu :
kat area glory beach resort. sila sila. sekarang tgh promosi besar-besaran. kalau ikut rate normal, tak mampun kot den nok poie. huu
mrs syediz :
melaka pun best jugak ape. boleh pi pulau besar. jalan2 kat bandar tengok wayang makan eskem pun romantik ape.
dah buat satu entri khas utk resipi trifle tu.
http://xeatopia.blogspot.com/2009/06/ketuk-ketuk-kuih-episod-3.html
dah buat nanti, jgn lupa tepek kat blog eh. nak tengok jugakkk. hee
eh, baru tau PD ade The Legend Hotel. Mula2 tadi ingat the Avilion. PD tempat belajar saya dulu :)
ReplyDeletehidd,
ReplyDeletebaru je hotel ni, awak. tu yg dorang buat promosi besar-besaran sampai end of this year. kalau ikut rate asal, tak mampu kot nak tido sana. hee
eh, aku pn slalu ubah angin tido smlam kt PD. hajat ati mmg lh 2 dlm 1...psss pi wat anak lh..tp mayb blom da rezki agknyer...
ReplyDeletexlekat sb esok nye trus terjun laut kot..tegelam timbul dua2 cm badak..ko pn da plan cm2 ke ziha :)
merah,
ReplyDeleteheeee. sambil menyelam minum air lah kan. takpe takpe. jangan putus asa.
berusaha!
:)
haha yg last tu best.
ReplyDeleteayat wofsha plak :
bila masa saya kawin dengan Abang awak?
ha ha ha kenangan ngusik jiwa sungguh aih...
wofsha,
ReplyDeletetu lah kan. bebudak ni. sedap dia je nak panggil cikgu dia apa.
ehem. ehem.
kenangan ape tuh? huu