Friday, August 7, 2009

I Love Friday !!!

Macam tagline TGI Friday, “Give me more Fridays!”. Datang nya hari Jumaat penghulu segala hari ni betul-betul buat aku hepi. Terutamanya bila dah balik ke rumah sendiri. Boleh bangun lambat suka hati. Tak payah mandi pagi. Pakai seksi-seksi.

whopsss.


Satu lagi, boleh masak ikut resipi dan kegemaran sendiri. Bukan lah aku nak kata duduk kat rumah mertua kat Ganu nun, aku tak boleh buat apa yang aku suka, tapi adat lah kan. Tak kira lah walau sehebat canggih besar mana pun rumah orang lain, tanyalah kat siapa-siapa kat dunia ni, semua akan kata duduk rumah sendiri adalah lebih sorga. Dan bahagia.


Ini lah satu perasaan yang akan kita rasa sebaik saja mendirikan rumah tangga. Sekarang ni, walaupun balik rumah Mak Abah sendiri, dalam hati asyik laa teringat kat rumah sendiri dan rasa macam tak sabar-sabar pulak nak balik. Ini baru menyewa. Cuba kalau dah beli rumah sendiri nanti. Mau siang malam aku termimpi-mimpi.


Sempena meraikan hari Jumaat pertama dalam bulan Ogos ni, mempersembahkan entri F for FRIDAY, F for FOOD kali ni.


pancake

Pillsbury One Step Pancake.

Si bongsu rambut kerinting ni, telah menjadik model dengan jayanya tanpa gagal :)


Aku ni jenis suka makan sesuatu yang simple masa breakfast. Biskut Tiger cicah dengan Milo ais kaw memang terbaik lah! Dan roti canai dah semestinya masuk dalam top list. Sebab tu lah masa mula-mula duduk Ganu, aku semacam tak boleh blah dengan menu breakfast yang ada.


Bayangkan je lah, pagi-pagi kemain susah nak jumpa roti canai. Tapi, kamu boleh jumpa nasik kunyit (pulut kuning), nasik dagang, nasik kerabu di merata-rata. Siap nasik minyak pun ada, kau! Kat tempat lain, nak makan nasik minyak, tunggu orang jamu makan kenduri kawen lah kan baru boleh merasa. Kat sinun, tiap hari tepi-tepi jalan pun boleh dapat.


Pancake atau nama jawanya, lempeng adalah salah satu makanan pilihan kegemaran aku masa sarapan. Ringkas, mudah dan mengenyangkan. Nak-nak pulak dapat lempeng kelapa cicah dengan sambal tumis. pergh.


Agak-agak macam nak ubah selera, boleh try lempeng versi orang putih ni pulak. Lempeng zaman moden ni, lagi senang. Tinggal nak bancuh je. Macam jenis Pillsbury ni lah. Bancuh dengan air masak je, pastu boleh terus goreng kat kuali non stick. Tanpa minyak. Sangat sihat. Nak bagi pancake ni lagi fluffy, bancuh dengan air masak banyak sikit.


Lagi syiok masa makan tu sapu dengan peanut butter, madu atau chocolate spread. Makan sambil layan tengok TV. Memang tak sedar diri lah. Tau-tau je dah licin! Tak sempat nak tapaw pass kat jiran tetangga.

Cubalah!



HER : Tengah kemaruk buat dessert sejak dua menjak ni. Hari ni nak try buat tiramisu pulak *semangat! semangat!*

6 comments:

  1. uih.. blk kl yg dirindu.. pancake mmg sedap mkn ngan butter + madu. mmg mkn x ingat. aar wat pancake la sok pagi :)

    ReplyDelete
  2. ya sgt setuju!
    walaupun rumah sendiri kecik muat2 ponggong 2 org je, tp tu lah sorga sebenar!

    ReplyDelete
  3. tini :
    kan? kan? sedap tak hingat punya.

    mrs syediz :
    yg laga2 ponggong tu lah yg paling selesa dan paling dirindui. huu

    ReplyDelete
  4. alhai ckp pasal makan mmg menyelerakan :)

    ReplyDelete
  5. pancake mmg favorite
    tp sebab takde kuali yang kalis lekat
    macam malas, tepung pun byk lagi

    tapi mmg best,lagi2 ngan butter+madu
    heaven!!!

    xeea,nanti pass tesipi tiramisu eh

    ReplyDelete
  6. nurul :
    heee. saba, awak. org yg 'membawak' mcm awak, tengok sume makanan, memang rasa macam nak baham je kan. huu

    dayu :
    pakai kuali biasa bole gak kot. tp takut lekat pulak. kite ni pun, kebetulan dapat hadiah mse kawen dulu.

    err.. tiramisu dah buat. tp lupa snap gambar la. tapi, resipi dia senang sgt! nti sy buat lagi, sy amek gamba then baru tepek kat sini, ok :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.