Tuesday, June 16, 2009

Entri 100 : Pengakuan Ekslusif.

Walaupun jatuh miskin tempoh hari, entri blog ni berjaya jugak capai taraf jubli emas.

blergh.

Nak tunggu betul-betul jubli emas, aku pun dah jadik fosil agaknya masa tu. Nak lari dalam guni pun dah tak boleh, inikan pulak nak tulis blog. Jadi, ni consider sebagai perayaan emas xeatopia[dot]blogspot la eh. Boleh?


* Tepuk! Tepuk! *


Ayuh raikan perayaan bersejarah ni dengan mengadakan temububual bersama blog ni secara imaginasi tahap tinggi. Sekaligus, menjawab segala hutang-piutang tag yang berkenaan.


Macam mana boleh wujud ?

Sebab tuan saya yang beranakkan saya selepas fedap dengan blog Friendster yang sangap. Baru-baru lahir dulu, masa tuan saya tengah kemaruk dengan saya, dia bagi saya makan entri goreng tiap hari. Saya diternak bagai menatang minyak yang penuh. Sampaikan kadang-kadang, nak tidur pun tak sempat, diberi makan hingga 2,3 kali sehari. Naik jemu saya tiap hari makan entri. Sesekali nak jugak merasa kay ep see.


Kenapa xeatopia ?

Tuan saya; puan seri xea berkahwin dengan seorang jejaka yang gemar membaca majalah Utopia. Maka, lahirlah xeatopia. Ya. Tuan saya memang romantis. Sampaikan tiap kali bulu mata belah kanan gugur pun dia nak simpan sebab percaya yang ada orang jauh sedang rindu kat dia.


Apa jenis entri yang biasa diterbitkan ?

Asalnya, tuan saya semangat nak kongsi cerita pasal persiapan kahwin dia. Sampaikan berapa bijik telur telah direbus masa jamuan kahwin pun dia nak cerita. Lepas tu, dia sibuk terbitkan cerekarama bersiri pasal suri rumahtangga terhebat. Maka, keluarlah kisah nyonya pulang dari pasar dan episod sang suami berpakat dengan ketua lipas.


Kadang-kadang, kalau sawan wayang dia datang, tuan saya akan ulas pasal filem. Tapi bukan semua filem dia akan ulas. Filem yang pengarahnya-sendiri-kata-cerita-ni-memang-takde-mesej, memang tak masuk dalam senarai. Apa ntah tajuknya, jangan pandang belakang orang masa main congkak ke ape ntah.


Kalau dijangkiti sindrom Maria Tunku Sabri pulak, dia akan bagi makan entri lepas orang balik sembahyang Jumaat di samping menjaja berita hangat yang dah basi di pasaran dan ajak orang perah otak sampai 200 peratus.


Sekarang, saya lebih banyak diberi makan entri berperisa layu dan sendu sebab tuan saya kurang kasih sayang duduk berjauhan dengan suaminya. Sebab tu lah, saya makin kurus. Bukannya sebab saya pakai losyen mustajab pati halia ke apa.


Harapan masa depan ?

Setiap kali lepas diberi makan entri goreng, saya akan diberi upah berdasarkan prestasi hasil ternakan tuan saya di kantin nuffnang. Kalau banyak, saya akan kongsi sikit dengan adik saya si isubumperkahwin [dot] blogspot. Kesian dia. Pun kurus tak cukup makan. err. Tak menjawab soalan, eh? Mesti sebab saya lapar sangat dah ni.


Kata-kata terkahir ?

Semoga saya kembali gebu seperti dulu. Awak semua, tolonglah beritahu tuan saya, jenis entri macam mana yang awak semua suka. Sambil tu, boleh jugak awak semua tolong bagi tuan saya resepi entri baru yang sedap-sedap untuk dihadiahkan kepada saya nanti, okay?


sand

oh. Lupa. Satu lagi fungsi penting saya. Sayalah posmen di antara tuan saya dan kekasih pojaan hatinya. Kalau saya tak diberi makan, maka sang kekasih pun akan turut sama rasa lapar kebulurkan entri.


none 207

Tapi pelik jugak saya, kenapa dia tak jadik kurus macam saya, eh. Padahal sama-sama tak cukup makan :p


Sekian kisah saya sebuah blog. wah. Dah macam karangan saya sebatang pensel.



HER : Masa kecik dulu, pernah ada imaginary friend nama ‘Mak Ngah’. Sekarang dia dah duduk New Zealand bukak ladang biri-biri. ok. ok. Very the ‘makcik-makcik’, I know.

15 comments:

  1. wahh..congrat2 utk entry ke 100..tcare

    ReplyDelete
  2. owh, semua entry pun best..tapi,lebih suke entry yg riang2....

    ReplyDelete
  3. emmm.. siap buat sambutan jubli emas gitu...

    aku dh lepas dah, tapi tak wat plak sambutan...

    tapi ader sambutan ulang tahun ah ujung minggu ni...

    ReplyDelete
  4. badan dia ssh nk trun kot.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. hihihi tahniah. Lepas ni silelah gemukkan blog kamu ni ye :P

    ReplyDelete
  6. hehehe. ok gak karangan ni. saya dah macam takde perasaan nak tulis blog.

    ReplyDelete
  7. bila pulak aku nak capai sambutan 100 jubli emas ni...huhu...

    pastikan ternakan ini terus terpelihara...

    sang putera ada menternak sama tak?

    ReplyDelete
  8. tahniah tahniah...dah 100 entri ek ..cayalah...
    wofsha suka singgah sini sbb ceria ..kalu hari2 yang monyok baca tulisan xea ..sengih sorang2..sempoii...

    so inshallah akan di kenang blog ini walau di mana jua wofsha berada...

    ReplyDelete
  9. nk cerita psl jln2 cri mkn la kak. best! hehe. ;p

    ReplyDelete
  10. hehehehe
    entri yg begini, yg best xeea
    baru lah riang ria blog kamu ni

    ReplyDelete
  11. feresa :
    terima kasih daun keladi. lain kali jengah lagi :)

    anon :
    entri riang2? eh. riang2 tu bukan seekor serangga eh? err.

    zul:
    wahhhh. dah stahun eh. gile ah ding dong.

    farhanna :
    tu lah. senang naik, turun susah pulak. nasib baik seksi. dan wangi. hee

    hanie :
    nak kena bagi makan weight gain kot :p

    hidd :
    jgn awak. jgn berhenti. nanti saya pun takde semangat nak tulis lagi :)

    kcynodia :
    doakan lah aku masih ada daya utk terus menternak. hasil ternakan pun boleh tahan. haha dia ada gak blogging, tp business field. itu pun kejap ada, kejap takde. mcm chipsmore.

    sha :
    pergh.
    terharu ai *lap ingus*

    tak sangka ai ni berguna jugak kepada masyarakat blog. tsk

    afeeqa :
    woh woh. mesti suka jalan2 carik makan jugak, ni. ngam lah, boleh geng. hee

    dayu :
    kalau boleh, mmg nak tulis yg riang ria ceria hari raya je, tapi apa boleh buat, mana ada pelangi muncul setiap hari kan? :)

    ReplyDelete
  12. hehe. boleh3! jom kite pi jelajah 1 mlysia kak. hehe. ;p

    ReplyDelete
  13. afeeqa,

    jom!jom!
    awak sponsor. sy blom ade pendapatan :p

    ReplyDelete
  14. hehe. sy pon lom ade pendapatan lagi. student lagi la kak. :D

    ReplyDelete
  15. tahniah!suka sangat baca blog awak.mcm tgk drama gitu.huhu..

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.