Tuesday, February 24, 2009

Upin & Ipin : Meh aku pulak nak cerita.

Merata-rata dah aku baca entri orang cakap pasal filem Geng Upin & Ipin ni. Semua kata best dan puas hati lah. Sekarang ni giliran aku pulak nak bercerita.

Lepas susah-payah nak kena merajuk dan mogok tak mandi pagi, barulah Encik Cfu tolong book tiket filem ni. Selama ni, kami tengok wayang main terjah je. Takde nak booking2 nye. Tapi, dek kerana tiket Upin & Ipin kat Sunway Piramid tu laku sangat macam pisang goreng panas, nak tak nak, kena jugak lah mem-booking. Mau kempunan aku kang macam hari tu.

Kesimpulannya, ok lah. Puas hati.

No comment
.


Eish, mana boleh takde komen, kan?


Nak-nak pulak bagi penternak blog macam aku ni. Mesti lah tiap benda aku nak komen, nak komplen. Macam bagus sangat lah aku ni, kan. Amboi amboi amboi *sambil laga-laga jari kelingking*

Bukannya apa, dulu pernah jugak lah belajar pasal animasi multimedia. Menonton wayang pulak secara duet dengan Cfu yang juga punya latar belakang IT. Tambahan lagi, dua-dua sangat gemar tonton kartun channel Animax, gilakan kartun Walt Disney, kipas-susah-mati Naruto dan pembaca setia komik Shin Chan.

Mestilah ada komen-komen yang akan keluar dari mulut kami.

Dari segi jalan cerita, boleh tahan. Kena lah dengan fantasi dan imaginasi. Cuma kurang sikit tahap originality nya.

Cfu kata, dia perasan ada sesetengah babak tu, macam sama dengan filem luar negara. Contohnya, babak mak binatang aneh tapi comel tu tengah nak berlawan dengan ular tedung gergasi dan di tengah-tengahnya tersepit si Upin & Ipin serta geng nya. Lebih kurang sama macam cerita King Kong. Tapi okay lah jugak, kan. Kiranya, dia cedok idea sikit, bukannya tiru bulat-bulat.

Dari segi animasi pulak, masih boleh diperbaiki.

Masih ada sikit unsur-unsur animasi Usop Sontorian. Macam kurang smooth lah pergerakan dia. Gerak tubuh ataupun gesture setiap watak pulak kadang-kadang nampak macam melebih-lebih. Sekali pandang, macam Karam Sigh Walya versi kartun pun ada. Mana tak nya, setiap perkataan yang keluar dari mulut watak-watak tu, kalau boleh, dengan tangan, kaki, kepala, satu badan dia semua nak gerak sekali. Nampak macam tak berapa realistik lah, kan.

Secara keseluruhan, filem ini merupakan salah satu hasil gabungan idea dan kerja anak-anak muda Malaysia yang boleh dibanggakan.

Sokonglah filem tempatan yang berkualiti.


Tak dapat Jessica lebar, dia nak yang ni pulak.

Gigih lah nak buat muka very the model tu.
Boleh lah tu. Boleh. Boleh.
Boleh blah.
:p


HER : Walaupun takde aksi rempit dan cinta empat lima segi, Upin & Ipin masih mampu menyengat dengan hasil kutipan yang lumayan! *Tepuk! Tepuk!*

8 comments:

  1. wow, everyone is saying good stuff bout dis movie.

    shud grab someone to watch de movie & hating it. ehe.

    ReplyDelete
  2. kite pun tingin nk tengok cite ni..tp org tu xnk bawak...nk mogok xnk mandi pg gak la :D

    ReplyDelete
  3. teringin gak g tgk..

    tp nk mogok kt sape? [garu kepala xgatal]..

    .
    .
    .
    .

    ReplyDelete
  4. soraya : haha. jaga2, nanti ada orang merusuh pulak sbb u're the only one hating it.

    sheliza : harus mogok, kak. sekali sekala takpa.

    ReplyDelete
  5. mogok sy xjadi..apply je cuti konon² nk setelkan psl catering tp sebenarnye dah book tiket nk tgk cite ni..*mati la kalo die tau*..hehe..

    ReplyDelete
  6. syida : mogok kat diri sendiri pun takpe. boleh punya.

    wardah : wah. siap apply cuti. macam mana? berbaloi tak?

    ReplyDelete
  7. betul betul betul....

    wajiblah best..harap geng2 upin ipin ada idea best giler utk next filem...
    .
    .
    .
    ai..tiba2 guna spec. di manakah contact lens sailormoon?

    ReplyDelete
  8. hussaini,

    dah looking forward next film pulak? lagi advance nih.

    tgk wayang midnite. takleh nak pakai mata anime sailormoon. kot2 tertido ke, tak ke naya. :p btw, dah lame tak pakai mata anime. nak beli asyik tade stok je.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.