Tuesday, September 30, 2008

Wish Upon a Star


Just received a lovely Aidilfitri greeting card along with melt-in-mouth Patchi chocs and gorgeous M.A.C-up kit.

Sent by an understanding, loving, caring and of course, charming person to live with for the rest of my life.

What more could I wish for?

Monday, September 29, 2008

Makan Besar

Lama betul mengidam nak 'makan besar' bersama famili tersayang.

Makan besar di sini bukanlah bermaksud makan secara besar-besaran dengan selera yang besar, berlaukkan ikan kerapu saiz besar, yang dihidang dalam pinggan besar, bersama air tembikai gelas besar, dan diakhiri dengan bunyi sendawa yang besar. Juga perut yang besar.

Bukan. *angguk-angguk, geleng-geleng*

Makan besar bagi kami sekeluarga bermaksud, semua ahli keluarga tak kira saiz kecil atau besar, duduk berkumpul kat satu meja besar, kat kedai makan / restoran besar. Biasanya, acara makan besar hanya diadakan bersempena dengan sesuatu peristiwa besar dan bersejarah dalam keluarga. Contohnya, aku baru lulus ujian memandu kereta ataupun adik lelaki jadi juara lumba kuda.. err.. lari macam kuda. Lagipun, benda-benda best mana boleh dapat selalu, kan? Kalau selalu sangat, bukan makan besar namanya. Mungkin namanya ditukar kepada makan-makan sahaja. Ataupun jalan-jalan cari makan. Atau sarapan.

Makan besar kali ini agak berbeza daripada biasa.

Kali ini, aku menjadi orang yang 'diraikan' kerana bakal meninggalkan zaman anak dara. (iskk.. sangat sedih, ok. Dah tak boleh berpoye-poye sesedap rasa =p). Kiranya macam makan besar terakhir laa sebelum bergelar Puan Seri Afziha. Mungkin juga sebelum bergelar Mommy-to-be dalam tempoh masa dua tahun lagi (wahh.. perancangan keluarga yang sangat rapi.)

Menu makan besar pun lebih kurang sama dengan acara makan besar yang lepas-lepas. Nasi putih 7 pinggan (Aku punya dikurangkan separuh sebab tengah diet pengantin. Konon.) Ikan Kerapu dan Siakap 37 rasa, TomYam Aneka Rasa, Kangkung Belacan dan juga Sotong Crispy. Kadang-kadang, termasuk jugak Otak-otak barang 1.. 2.. 5.. hingga 11 batang.. err buah... err.. tak tahulah apa penjodoh bilangan yang tepat untuk Otak-otak.

Sebaik azan Maghrib berkumandang, tadah tangan baca Allahumma lakasumna.. tak sempat toleh kiri kanan, terus melakukan proses me'licin'kan pinggan mangkuk yang ada tanpa meninggakan sebarang sisa (kecuali sisa penyahtinjaan) Akhirnya, semua orang bergelimpangan kekenyangan (sangat huduh untuk digambarkan dengan perkataan.)


Tempat nih namanya, Medan Ikan Bakar Sabak Awor (mak oiii.. tergeliat lidah Jawa aku nak menyebut). Terletak kat pinggir bandar Muar, Johor (lalu 2nd link a.k.a jambatan ke-2 Muar). Berderet-deret kedai seafood ada kat sini yang boleh dikunjungi. Ala-ala Medan Ikan Bakar kat Umbai dan Serkam, Melaka. Maveles jugak laaa environment kat sini. Scenery paling menawan di kala matahari nak terbenam. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Unggas berterbangan. Boleh layan open-air stall. Sampaikan ada yang sanggup berlaukkan 'TomYam hujan' semata-mata kerana nak sangat menikmati hidangan dengan ber'atap'kan langit dan disinari serta dilimpahi cahaya bulan dan bintang.

(oh-so-romantic. and wet. hahaha)


Dari segi facilities, Sabak Awor (tergeliat lagi) menang berbanding Umbai pasal ada surau dan tandas yang bersih dan cantik (walaupon kena bayar RM 0.30 hanya untuk membuang air yang kecil). Tapi, personally, aku tetap prefer Umbai dari segi hidangan seafood. Mungkin sebab dah bertahun-tahun tekak nih dah setia dibiasakan dengan Kerapu 3 rasa jenama Umbai. Mungkin juga sebab nama Umbai lebih sedap disebut berbanding Sabak Awor (lagi-lagi tergeliat).


Ya. Saya memang seorang yang sangat setia.

Dan jelita.

(kategori gadis berhidung 'pesek').

Saturday, September 27, 2008

Sneak Peek II

Tik.. tok.. tik.. tok..

Wahhh.. rasanya macam cepaaat sangat masa berlalu. Pejam celik.. pejam celik.. nak abis puasa dah. Pastuh, raya. Pastuh, nak tawen dahhh. *sengih kerang busuk*

Seperti yang dijanjikan, ini Sneak Peek II. Maaf kalau agak kelam-kelibut jer rupanya. Samalah macam rumah aku yang bagai dilanda bapak garuda sekarang nih. Penuh dengan barang-barang. Sampaikan nak duduk pun tak tahu nak letak punggung kat mana (ehh.. ehh.. tak sudah-sudah nak cakap pasal punggung.)


Operasi mengecat rumah oleh abah. Dah berhabis RM 750 upah orang cat bahagian luar rumah, dalam rumah, terpaksa laa abah membanting tulang empat kerat sendiri. Apa yang lawak, dalam pada mengalih-alih perabot, maka 'terbuka' lah segala aib yang ada. Rupa-rupanya, selama nih abah cat dinding ikut celah-celah perabot jer pasal tak larat nak alihkan. Habis nampak segala dinding yang compang-camping bila perabot dah takde. Ada kaler biru, kaler krim, kaler kelabu (sebab berdaki.) Sekali pandang, macam mural tak siap pun ada.


Masih ada orang-orang taman yang bemurah hati. Kali nih, jiran sebelah pulak sponsor telur dan minyak masak. Alhamdulillah, murah rezeki.


Bala tentera sedang dikerah untuk membungkus kerepek-kerepek sponsor. Yang baju hijau tuh, paling kepoh. Buat keja sikit, nak pengsan laa, apa laa. Masa bungkus kerepek, yang dibungkus lain, yang masuk mulut dia lain. Patut laa kerepek cepat habis.


Bilik tidur pengantin selepas make-over. Preview sikit dulu. Bagi saspen. Fresh idea daripada bakal pengantin sendiri (iaitu aku yang sangat berbakat dan hebat =p). Sekarang nih, bilik ini kelihatan sangat nyaman.. dan mempesona.. dan wangi.. dan romantik.. dan oh, sexy! (ehem)


Inilah dua benda yang membuatkan aku jatuh cinta (untuk ke-berapa kali ntah) dengan pelamin sendiri. Chandelier yang chun dan garden lamp yang vogue da vast. =) Memandangkan tarikh kawen jatuh pada hari raya, maka wedding planner dan konco-konco nya dah datang awal siapkan pelamin. Dorang pun nak balik raya jugak. Takkan laa Raya I dah nak kena datang bertukang, kan..


Sambung nanti pulak yer.. daaaaa!

Friday, September 26, 2008

Kisah Seram (err.. tak seberapa)

Misteri betul.

Tengah malam-malam buta, aku terjaga pasal dengar bunyi misteri nih. Dan seram.

Sebelum tuh, sedang aku duduk terlantar kat dapur, sambil menonton siri Supernatural episod nak dekat akhir, bunyi-bunyian nih begitu mencucuk-cucuk gegendang telinga. Pandang kiri, pandang kanan, takde sesiapa. Tegak kejap bulu tengkuk aku. Basuh kaki, terus masuk tidur. (Dengan harapan, itu semua mimpi buruk belaka ..err.. kalau tak mimpi pun, pasal corong telinga aku nih dah terlalu banyak mukus. Keliru dengan kemasukan beraneka jenis bunyi.)

Misteri betul.

Bangun sahur pukul 5.15 pagi (Lambat nye? Bukan ke afdhal melambatkan waktu sahur dan mempercepatkan berbuka. *Lagak sangat beriman* Hakikat : Aku memang pemalas. Turun sahur hanya selepas semua benda dah siap terhidang atas meja.) Sampai-sampai kat dapur jer, gegendang telinga terus menangkap bunyi misteri yang sama macam malam tadi. Makin kuat pulak tuh. Serius seram.

Teringat cerita sorang member dari Sarawak yang tinggal di banglo besar 13 bilik. Adik-beradik dia ramai, duit bapak die pun ramai, maka bolehlah bangunkan mahligai. Sampaikan ada bilik-bilik yang tak sempat dijengah dalam satu hari. Cerita dia, apabila bilik terlalu banyak dan adik-beradik ramai yang dah berpindah keluar (sambung belajar, berkahwin, berkeluarga, beli rumah sendiri etc.) maka, banyak lah bilik yang dah kosong tak berpenghuni. Hinggalah pada suatu ketika, duduk lah 'penghuni' yang lain. Faham-fahamlah siapa penghuni tuh. (Baca : berambut panjang rebonding, berkuku panjang, berbaju putih panjang, semuanya panjang lah. Bila berjalan, kaki nya tak jejak ke tanah.) Eishh, makin seram pulak entri nih.

Katanya lagi, 'penghuni' lain tuh gemar mengeluarkan bunyi yang aneh-aneh. Oh ya, dia sebut bunyi mengilai. (Dia yang sebut, bukan aku. Aku takut nak sebut. Taip jer boleh lah.) Katanya, ibunya memberitahu kalau bunyi mengilai tuh, kuat sangat sampai rasa nak pecah gegendang telinga, maknanya 'penghuni' tuh duduk jauh. Tapi, kalau dengar macam sayup-sayup jer dan nyaring, maknanya 'penghuni' tuh ada dekaaaaaat betul dengan kita. Kan makin seram.

Berbalik kepada kisah seram yang aku alami.

Rumah aku bukanlah banglo 13 bilik. Bukan juga terlalu luas sampaikan ada bilik yang tak sempat nak dijengah dalam masa satu hari. Teres dua tingkat, 4 bilik yang asyik berlaga-laga punggung sesama sendiri (sebab kawasan yang muat-muat kot ..err.. ke sebab punggung-punggung yang tak muat. Ok..ok.. cerita pasal punggung di lain hari.)

Misteri betul.

Dalam pada aku sedang seram sorang diri, tiba-tiba adik lelaki aku nan seorang tuh, bersuara,

"Mana datang bunyik cengkerik pagi-pagi, nih? "

Dalam hati aku, ("Cengkerik? What the .. !! Penat aku berdebar-debar dari malam tadi, tau tak! *%$#**&%%$# !!!)

Terpaksa ditapis pasal terlalu seram.

Bila iman senipis kulit bawang cuma, bunyi-bunyian biasa pun kita sangka misteri. Inilah bahana terlalu banyak menonton Slot Seram TV3, Ghost Wishperer, Long Khong dan tak lupa juga, Zombie Kampung Pisang.


Moral : Berjinak-jinak lah dengan suasana kampung supaya kamu tidak mudah terpedaya dengan bunyi suara cengkerik yang disangka menyerupai p*******k. (err.. takut nak taip, apatah lagi nak sebut.)

Thursday, September 25, 2008

Resipi #02 : Famous Amos Chocolate Chip.

Siri kuih raya kedua. Famous Amos Chocolate Chip.


Dapat resipi nih daripada bakal mak mertua iaitu Pn. Hjh. Saudah. ehem. Menurut cerita Hjh. Saudah, resipi nih dia dapat daripada kawan kepada kakak beliau. Kawan kepada kakak beliau mintak resipi oh-so-Famous Amos Chocolate Chip Cookies nih daripada 'orang dalam' company Famous Amos tuh la.

Mintak punya mintak, dapat laa jugak resipi tersebut. Dalam pada dia sedang bergembira sebab dapat buat sendiri cookies kegemaran, tiba-tiba 'orang dalam' tuh mintak bayaran RM 250 dengan alasan, resipi Famos Amos cookies ada copyright. Nak resipi, kena bayar.

Maka, dengan tangan menggeletar, terpaksalah jugak dihulurkan beberapa keping not Ringgit Malaysia kepada 'orang dalam' tersebut. Untuk menjadikan bayaran RM 250 demi satu resipi ini lebih berbaloi, maka kawan kepada kakak beliau tadi tuh pun menyebarkan resipi oh-so-famous Chocolate Chip Cookies ini kepada orang-orang di sekelilingnya.

Begitulah kisah asal-usul resipi ini (menurut Hjh. Saudah la. Kalau dia kelentong aku, maka kamu semua pun kena kelentong secara automatiknya.) *buat muka tak bersalah*

Dan akhirnya, resipi ini pun jatuh ke tangan aku. Dan di sini, disebarkan pula kepada para pembaca budiman yang sudi menjengah blog cabuk ini. Bukan ke elok beramal jariah di bulan penuh baraqah ini? ngeeeeee...

Bahan-bahannya?

Agak complicated sikit laa nak dibanding dengan Honey Corflakes ari tuh. Kat sini di tempekkan resipi yang original punya.


Famous Amos Chocolate Chip Cookies
  • 2 cups butter
  • 4 cups flour
  • 2 tsp bicarbonate soda
  • 2 cups icing sugar or granulated sugar
  • 2 cups brown sugar
  • 5 cups blended oatmeal (measure oatmeal and blend in blender to fine powder)
  • 24 oz chocolate chips
  • 1 tsp salt
  • 18 oz Cadbury bar chocolate (grated)
  • 4 eggs
  • 2 tsp baking powder
  • 3 cups chopped nuts

Untuk Cadbury bar, 18 oz tuh lebih kurang sama dengan 2 large + 1 medium bar size. Jenis plain tau. Tapi kalau suka ada almond ke, hazelnut ke, pun ok. Ikut laa selera masing-masing. Kalau ikut versi yang aku buat, oatmeal tuh tak letak pun takpe. Kalau letak oat, cookies lebih mengembang la. Pastuh, selalu guna ready made biscuit mix flour je. Dah siap-siap campur telur dan gula. So, lagi mudah kerja. (Memang dasar pemalas. Pandai jer carik jalan nak cepat-cepat siapkan kerja.) Chocolate chips pulak, aku suka letak sebanyak yang mungkin. Biar sampai takde ruang kosong pun. (Sebab tuh kazen kecik-kecik dan anak-anak buah sangat suka dengan cookies versi yang aku buat. More chocolatey, gitu.) Dan seperti biasa, kami suka yang plain. So, tak letak laa chopped nuts kat dalam adunan.

The chocolate freak. Kalau boleh, semua kuih nak letak Cadbury.


Cara-cara membuatnya?

1. Cream the butter and both sugar (icing/granulated + brown sugar). Ini creamy method. Alternative: Kalau takde mixer, nak gaul guna senduk jer pun boleh. Takde masalah.

2. Add eggs,mix together with flour,salt,baking powder and soda. Then, add chocolate chips, cadbury and nuts. (Gaul hingga sebati. Guna senduk boleh, guna tangan pun boleh.)

3. Roll into balls - BAKE (180 degree for 15 minutes).

Instead of rolling, boleh juga buat shaping method. Tapi, make sure adunan dibentuk sampai menjadi doh. Disimpan dalam peti sejuk kejap untuk beberapa minit barulah boleh ditapai dan dicetak menggunakan acuan pelbagai rupa. Pastuh, susun laa dalam tray comel-comel macam nih haa..(tray tuh dah siap-siap disapu dengan mentega/majerin dulu tau.)

(Nota kaki : Kalau campur oatmeal then, apply rolling method, tak boleh nak susun macam nih. Sebab ia akan mengembang biak. Kena jarakkan jauh-jauh sikit antara satu sama lain.)

Oven dah bunyik 'tinggg...', keluarkan tray dan terus keluarkan biskut daripada tray masa tengah panas-panas lagi menggunakan sudip leper (Petua untuk elakkan biskut daripada melekat-lekat kat dalam tray. Huduh pulak rupanya nanti.) Sejukkan kat dalam pinggan dulu pastuh, baru boleh masukkan kat dalam telap ke, tupperware ke, tin biskut ke, mangkuk tingkat ke.. eh.. eh.. tak boleh. Nanti lemau pulak.

Kalau ikutkan, kos bahan-bahan nak buat biskut nih memang mahal. (No wonder laa Famous Amos cookies mahal, kan?). Tak balik modal aa kalau nak jual. Melainkan korang ada francais Famos Amos sendiri. Boleh laa dijual ikut harga brand tuh. Tapi, apa yang penting, biskut yang dibuat sendiri nih mempunyai aroma yang menawan, rasa yang menusuk kalbu hingga menjilat ibu jari, sangat rangup (bunyik krupp.. krapp.. krupp.. krapp.. kalau dimakan) dan pendek kata, memang sebijik laa macam oh-so-Famous Amos Chocolate Chip Cookies tuh!

Tak percaya?

Cubalah!

Tuesday, September 23, 2008

Resipi #01 : Honey Cornflakes.

Dalam kekalutan nak naik pelamin nih. ehem. Sempat jugak curik-curik masa nak buat kuih raya. Lama betul rasenye tak buat kuih raya. Setahun kot (padahal memang buat kuih setahun sekali jer.)


Tahun lepas memang tak sempat nak buat. Pasal tengah bertungkus-lumus sambung belajar Master. Cuti raya pun tak lama. Balik-balik cuti raya pulak, kena bertungkus-lumus buat persiapan untuk bertunang. Ada tempoh lebih kurang 3-4 hari jer masa tuh. Memang tunang koboi la. Mana tak nya, takde angin, takde ribut, tiba-tiba ada rombongan sambil belajar err.. sambil meminang nak datang. Konon-konon nak buat simple jer. Setakat sarung cincin la. Tapi paham-paham laa kan. Jiwa sentimental macam aku nih. Mesti laa nak buat majlis sikit. Ambil gambar sikit. Makan-makan sikit. Hantaran sikit. Make up sikit. Lepas tuh, 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Siap ber balai-balai bagai. Sampai ada yang ingat aku nak menikah. Semua tuh berlaku pasal penggunaan ayat tipikal 'sekali seumur hidup' yang terlalu kerap.


Berbalik kepada kisah kuih raya tadi.


Dah memang tradisi, ada 3 jenis kuih wajib yang kami; adik-beradik selalu buat.

Honey Cornflakes.

Famos Amos Chocolate Chip.

Moist Chocolate Cake.


Tiga nih laa. Kalau takde 3 kuih nih dihidangkan kat rumah kami masa raya, maka penyimpan mohor besar raja-raja seolah-olah mengisytiharkan yang kami tak beraya la tahun tuh. Macam tahun lepas. Memang takde feeling raya langsung. Aku yang nak bertunang, dengan adik-beradik aku semua rasa macam nak bertunang sekali BUKAN nak raya.


Bagi menebus kembali suasana yang hilang pada tahun lepas, walaupun tahun nih peristiwa tuh hampir-hampir berlaku lagi pasal aku nak kahwin masa raya jugak, maka aku pun menggagahkan diri dan nekad nak buat kuih raya. Walau apa badai yang mendatang. Kecuali datang penyakit M.A.L.A.S. hehehehe


Siri kuih raya pertama. Honey Cornflakes.
Biskut raya paling senang dalam dunia.


Bahan-bahannya :

Sangat senang. Boleh didapati di mana-mana pasar raya, di 7-eleven belakang rumah aku, di kedai runcit harga patut Kumaran mahupun di dalam almari stok makanan sebulan yang dibeli oleh mak kami.




1. Cornflakes - 1 kotak besar. Nak dekat raya nih, siap ada free 50 g lagi dan satu resipi biskut raya kat belakang kotak.

2. Madu - 1 jar. Beli yang dah siap-siap dalam jar tau. Tak payah susah-susah nak sukat dan timbang. Add math aku masa SPM dulu pun bukan bagus sangat. Salah sukat kang, tak menjadi pulak.

3. Mentega - 1 bar. Dicadangkan Buttercup. Sebab lebih menjilat jari.


Cara-cara nak buat pulak? Lagi senang.


Cuma cairkan mentega bersama dengan madu. Campur sekali. Kacau sampai sebati. Baik-baik, api jangan besar-besar, nanti menjadi lawan. Dah siap cairkan, angkat, dan biar sampai sejuk. Tunggu la dalam beberapa minit. Selalunya, makan masa 1/2 jam jugak la. Biar je. Biarrrrrrrrrrrrrr je la. Jangan usik-usik dah.



Dah sejuk, barulah boleh digaul bersama Cornflakes sekotak tadi. Gaul lah dengan sesuka hati sehingga betul-betul sebati. Kalau kita gaul masa tengah panas tadi, dikhuatiri Cornflakes dah tak rangup lagi. Segan laa nak bagi mak mertua makan nanti. Jatuh saham.


Dah habis gaul, guna sudu besar, masukkanlah dalam mangkuk kecil-kecil. Ulang langkah ini, sampai siap. Jangan tiba-tiba datang penyakit 'M' pulak. Terbantut kuih raya nanti.


Ulang langkah tadi kurang lebih 100 kali, siap untuk dibakar. Tetapkan suhu oven kepada 180 darjah celcius, bakar dalam masa kurang lebih 10 minit. Tunggu sampai oven dah bunyik 'tinggg', gunakan sarung tangan untuk keluarkan, dan siapppp!!!


Biskut dah sedia untuk dimakan. Dan boleh juga dicanang ke seluruh kampung, tayang kat mek siti kepoh, yang kuih nih dibuat dengan air tangan sendiri. Biar menganga dia tengok sampai meleleh air liur. Tak lupa juga di 'tapaw' untuk kekasih hati tercinta untuk dibawa pulang ke desa, bagi bakal mak mertua rasa dan tahu bahawa bakal menantu dia nih, agak berpotensi jugak laa nak membela perut anak lelaki kesayangannya nanti.




Senang kan?


Sesetengah orang suka tabur kacang tanah atau badam yang dihiris halus-halus sebagai hiasan. Tak pun letak ceri merah ke, ceri hijau ke. Bagi ceria sikit la. Tapi, kami; adik-beradik suka yang plain jer. Lebih jimat dan nikmat. Less is more, right?


Sekian sahaja rancangan Ketuk-ketuk Kuih kali ini. Kita berjumpa lagi pada episod yang akan datang.


Selamat mencuba!

Sunday, September 21, 2008

Sneak Peek

Kalau ikut ticker kat sebelah, lagi 1 minggu dan 5 hari aku akan meninggalkan zaman bujang.

uwaaaa!!!

Tak lama dah tuh. *lompat-lompat atas katil*

Rasa seronok dan takut bercampur-baur. Seronok sebab ikatan selama hampir 5 tahun nih akan diakhiri dengan satu ikatan yang sah dan halal. Insyaallah. Kalau ada rezeki, tak payah dah duduk jauh-jauh lagi. Seksa tau percintaan jarak jauh (PJJ) nih! Tak percaya, tanya orang-orang yang PJJ macam kami.

1. Bil telefon melambung tuh takyah nak kira la. Lagi pulak jenis yang tak suka ber'sms' macam kami. Congak jer laa berapa duit kami keluar tiap bulan untuk bayar bil telefon jer. Mujur ada Digi Postpaid. Orang kuning sentiasa bersama kami. Cehh. Sempat promote lagi.

2. Duit minyak mengalir keluar macam air. Sorang kat KL. Sorang kat Johor. Sekali nak keluar dating, mau tak kopak duit gaji sebulan. Itu tak masuk duit tol, duit makan, duit tengok wayang, duit beli aiskrim, duit shopping dan err.. duit masuk toilet.

3. Perasaan cemburu yang membuak-buak setiap kali tengok orang lain masing-masing ada bf atau gf yang senantiasa di sisi. Boleh keluar makan sekali, pergi kelas sama-sama, study berdua.. pendek kata, semuanya boleh dibuat bersama, tiap masa, tiap ketika. Kan ke romantik tuh?

4. Ujian, godaan dan dugaan yang maha hebat. Perlu percaya, komitmen dan setia terhadap pasangan. Bukan mudah, tau. Yer laa, benda-benda yang melibatkan perasaan. Sendiri mau ingat la.

5. Rinduuuuuuuuuu. Eleh, betul la kan?


Oleh sebab itu, jangan ditanya kenapa kami ambil keputusan untuk berkahwin pada peringkat usia yang agak muda. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan serba sederhana (Baca : aku masih tak bergaji. Mengharap ihsan tunang tercinta dan sponsor sahaja). Terlalu banyak cabaran dan dugaannya melalui PJJ nih. Itu belum termasuk dugaan di sepanjang tempoh perancangan perkahwinan kami. Terlalu banyak. Cukuplah 5 tahun.

Sementara ada masa senggang nih, jom intai sket kronologi persiapan perkahwinan kami. Memandangkan aku nih tergolong dalam orang yang agak cerewet dan perfectionist, kalau boleh semua benda aku nak buat sendiri. (Baca : lebih-lebih lagi aku tengah menganggur skang nih). Sampaikan lilit bunga manggar pun aku buat sendiri. Memang memenatkan. Yang penting, puas hati. Tak kisah la orang lain nak kutuk ke ape kan. Hasil buah tangan sendiri kan lebih bermakna. Ada sentimental value, gitu.

Ramai jugak yang tanya, apa warna tema kahwin bajet kami nih. Senang jer. Kami ambil berkat Syawal dan sempena Aidilfitri. Maka dengan itu, tema nya adalah warna-warni dan ceria di Aidilfitri. hehehehe.


Bermula dengan proses membersih, mengemas dan mengecat bilik sendiri. Memandangkan saiz bilik agak kecil, aku ambil keputusan nak tukar cat asal warna pink kepada warna vanilla yang lebih lembut. Bagi nampak macam luas sket laa kan. Warna siling pulak, dikekalkan putih. Grill tingkap dan pintu, tukar daripada hitam kepada caramel. Hasilnya, selamat tinggal bilik pretty in pink ku! Selamat datang bilik dewasa yang skema! gagaga


Masa temujanji dengan wedding planner. Sebulan sebelum puasa kot masa nih. Wedding planner aku nih jugak laa yang make up masa tunang ari tuh. Dia punya 'contact besar' dengan mak abah aku. Aku pun ambil kesempatan nak mintak 'diskaun besar'. hehe. Ambil pakej lengkap 2 hari 1 malam. Termasuk makeup, baju sanding, baju berinai, pelamin, meja makan beradap, bilik tidur, aksesori.. yadda..yadda.. RM 2000++. Still around budget. Syukur.


Baju yang direka khas untuk aku. Bajet artis la konon. =p


Proses design kad kahwin makan masa 1-2 bulan jugak la. Gambar atas kiri sekali tuh gambar original yang digunakan dalam kad nih. Gambar ke-2 tuh, selepas di edit dengan Photoshop menggunakan teknik 'carca-merba'. Gambar ke-3 pulak, contoh design yang berkenan di hati. Gambar ke-4 dan seterusnya, proses metamorfosis design kad setelah melalui proses suntingan, kritikan, kutukan, cadangan dan sebagainya. Gambar akhir sekali, design akhir kad kahwin kami. Pheww!


Dah susah-payah design, ambil masa 2-3 bulan pulak nak carik printing company yang sesuai. Yer laa, nak abadikan hasil kerja kita, mesti la nak cari yang betul-betul berkualiti. Akhirnya, syarikat Kanda Dinda yang menjadi pilihan. Syarikat orang Melayu. Harga pun berpatutan. Hasilnya pun sangat menepati piawaian kami.


Proses tulis alamat dan tampal setem pun aku buat sendiri. Itu tak masuk kad jemputan mak dan abah lagi. Beribu-ribu lemon.


Gadjet yang perlu ada untuk buat gubahan hantaran. Beli semua benda ni kat Ayer Hitam, Johor. Memang kat situ banyak pilihan dan harga pun berpatutan la.


Haaa.. yang nampak merah-merah sikit kat belakang tuh pulak hasil kerja gubahan hantaran untuk my cfu. Tema : Garden of Roses. Bagi kabur-kabur sket. Baru saspen.


Ini pulak bunga telur dan rosette. Duit seringgit kat rosette tuh aku buat sendiri guna teknik 'lipat dan lilit'. Rosette nih untuk orang-orang yang datang rewang jer tau. Yang tak rewang, memang sah-sah takkan dapat. (Baca : Rewang = gotong-royong. Kat sesetengah tempat jer yang masih amalkan rewang nih. Esp. kat kampung-kampung dan taman perumahan yang ada pertubuhan pakatan penduduk yang kuat.)


Tuala Good Morning nih pun untuk orang-orang yang datang rewang jer. Untuk buat lap peluh laa konon-konon. Dah memang jadi macam tradisi kat taman aku, mesti bagi tuala sebagai cenderahati kat orang yang datang rewang.


Goodie bag. Dibeli secara online daripada Garden of Galleria. Cantik-cantik souvenir yang dijual kat sini. Harga pun ok. Sesuai la untuk kahwin bajet macam kami.


Semua nih, barang-barang sponsor. Ihsan orang-orang taman aku yang berhati tulus dan qudus. Sebelah kiri sekali, beras Faiza Basmathi 10 kampit. Satu kampit RM 60. Kalau 10 kampit? Mau pengsan abah aku nak membalas nya nanti. Kerepek ubi dan kerepek kacang hijau 2 kampit besar. Telur masin 2 kotak. Terima kasih semua.


Ini pun orang taman sponsor. Bekas telur yang dibuat sendiri hasil anyaman surat khabar lama pastuh, disembur dengan cat minyak. Ada la dalam 500++ biji.


Yang nih bukan sponsor. Berangan nak beli satu lagi cadar Jean Perry kat Home's Harmony sama macam yang dibeli untuk belah Terengganu. Tapi, budget tak mengizinkan. Akhirnya, set Jewel kat Jusco yang menjadi pilihan. Kita ukur baju di badan sendiri.


Cukuplah kot.

Kalau sempat, nak buat Sneak Peek Part II, III, IV ... dan seterusnya.

Tungguuuuuu!

HER : Mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan. Amin.

Friday, September 19, 2008

Insomnia

Baru pulang dari ibu negara.

Maaf tak roger.

Kepergian atas urusan rasmi (urusan kawin = separa rasmi).

Dek kerana tidur melebihi 8 jam, sekarang nih mata aku masih terkebil-kebil tak boleh nak lelap. Pandang kanan, adik kecik sedang nyenyak berdengkur. Pandang kiri, telefon sunyi tak menyanyi. Sang kekaseh tertidur keletihan gamaknya sampai terlupa nak mendodoi diri ini. Iskk..

Teringat masa naik Cepat Ekspres tempoh hari. Tangkak-KL makan masa kurang lebih 3 jam. Aku lebih suka duduk diam memerhati daripada berborak tak henti-henti. Bukan apa, kan tengah puasa. Kering tekak pulak nanti.

Nak dijadikan cerita, duduk seat agak terkehadapan, memberi lebih ruang kepada aku untuk memerhati dan juga mendengar.. err, 'mencuri dengar' sebenarnya.

Alkisah pakcik drebar bas (Baca : sawo matang, mata bundar, hidung agak 'pesek', tak berapa tinggi = melayu) berbual rancak dengan pembantunya (Baca : sawo matang, mata bundar, hidung agak 'pesek', tak berapa tinggi = juga melayu)

Pada mulanya, aku tak berapa nak ambil kisah dengan butir bicara mereka nan berdua itu. Tapi, bila aku terdengar satu perkataan yang keluar dari mulut pakcik drebar bas tuh, buat aku tiba-tiba rasa sangat teruja nak 'pasang telinga'.

Perkataan apa?

Jackpot.

Ya. Katalah apa saja. Aku mata duitan. Materialistik. Peduli apa.

Berulang-ulang kali aku dengar perkataan 'jackpot' keluar dari mulut pakcik drebar bas. Sang pembantunya pula, setia duduk di sebelah membelek-belek akhbar tabloid dari kulit ke kulit. Tapi, hanya muka surat bahagian belakang-belakang jer. Pastinya, bukan bahagian berita nasional.

Mulut pakcik drebar bas terkumat-kamit menyebut nombor 4 2 1 8 6.. 4 2 1 8 6.. 4 2 1 8 6..

Berulang-kali.

Dah jadi macam zikir. Kalau betul berzikir, takpe jugak. Menambah pahala di bulan Ramadhan nih. Ini tidak, berjampi nombor pulak. Kejap-kejap adjust bluetooth headphone kat telinga. Buat panggilan telefon merata-rata. Bukan reti nak fokus masa memandu. Mata sibuk melilau-lilau menjengah kat akhbar tabloid yang dipegang oleh pembantunya.

Lama memerhati. Barulah aku faham pokok perkara yang dikecoh-kecohkan oleh pakcik drebar bas dan pembantunya sejak dari tadi.

Nombor ekor, rupanya.

Ada umpan yang dah mengena.

Terus hilang mood aku nak memerhati dan mendengar err.. 'mencuri dengar' lagi. Mengenang orang bangsa sendiri.

HER : Tiba-tiba rasa nak tahu dari mana asal-usul 'nombor ekor'. Siapa yang cipta 'permainan' nih dan kenapa dinamakan 'nombor ekor'?

Tuesday, September 16, 2008

Kemaruk

Tiba-tiba kemaruk pulak nak taip sesuatu.

Dengan muka berbirat-birat, bangun tido agak lewat (ada hati nak jadi bini orang), taik mata bertepek-tepek, terus on lappy dan broadband, taaa daaa!!! here i am.

Masih dalam proses penyesuaian diri dengan suasana baru di sini. Dah sebati sangat dengan basic-boring-boo hoo features yang ada kat dalam friendster blog. Blogspot lebih mesra alam dan layout juga lebih menawan. Niat di hati macam nak kekalkan identiti hitam legam yang sana, tapi bila dikaji-kaji, elok juga kalau buat perubahan sikit. Reformasi.

Plain white.

Simple. Sleek. Elegant.

Tak bercadang nak create layout yang fancy-mancy. Cukup sekadar tempelan banner yang ala-ala jer. Rasanya, akan terus kekalkan macam nih kot. Very basic. Au natural. Sesuai dengan arus perubahan yang cuba dibawakan dalam dunia mem'blog' yang dah diceburi sejak 3 tahun dulu. Konon.

Dah link beberapa blogs kawan-kawan seangkatan (satu tadika, satu sekolah, satu matriks, satu universiti, satu lain-lain) Tapi, masih belum beritahu dorang. Tak sopan betul.

Maaf kawan-kawan.

Saya budak baru belajar. Mohon tunjuk ajar.


*****


Telefon menyanyikan lagu Hey There Delailah.

Wedding planner call.

Eisy, ape lagi laa yang tak kena tuh.

Mintak diri dulu.

Entri dari sana

PERHATIAN :

Ini entri blog sana. Sekadar ditempek untuk kenangan.

Update sekadar yang perlu.


Mengisi lompong-lompong entri yang ada.


Terlalu sibuk dengan urusan untuk men’jadi’kan diri sendiri sebagai isteri orang. huh, ingat senang ke nak kawen?


Berikut adalah fakta-fakta penting perkembangan diri yang anda mungkin ingin tahu. Tak nak tau pon takpe. Saye tak kesah.


1. Sedang puasa bersungguh-sungguh. Tapi, berat makin naik bersungguh-sungguh. Harap-harap baju kawen yang berkelip bagai nak rak tuh tade jadik rupe sarung nangka yang lusuh.


2. Tatap ramalan kaji cuaca setiap hari. Doa sungguh-sungguh supaya hari cerah berseri masa majlis nikah dan resepsi. Tapi, dengar ura-ura musim hujan pula mase raya nanti. Mati.


3. Berkurung dalam bilik 24 jam sehari. Buat gubahan hantaran sorang diri. Terpaksa berimaginasi tinggi-tinggi. Tatau la ape rupe gubahan nanti.


4. Terkial-kial menghantar kad jemputan yang mencecah jumlah ribuan keping. Naik lenguh tangan menampal setem sampai gam jadik kering. Meriah betul jemputan mak abah aku iring.


5. Argghhhh. Malas nak taip lagi laahhhhh.

Wedding bell

The Invitation


The map

Monday, September 15, 2008

Acara potong reben

Dah lama niat nih dipendam dalam hati.
Nak ada blog kat laman rasmi.
Dah bertahun-tahun menulis di blog friendster sendiri.
Ramai jugak yang memujuk suruh pindah sini.
Akhirnya, ter'pindah' jugak ke alam blogspot penuh misteri.
Sekian pantun pengenalan diri.
Jumpa lagi di lain hari.


Her Other Half [ Verse I ] ( Since May 2005 )

HER : Sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menjadi isteri.