Remember when you had a toddler who never stopped talking and asking questions?
Ah-ha! Alfiy memang betul-betul berada kat stage tu sekarang ni.
Kalau tanya soalan, memang berangkai-rangkai. Rasa macam tak berkesudahan. Sampaikan kadang-kadang aku dengan Cfu rasa nak fed-up carik jawapan. Mau tak nya, habis sampai soalan tahap petala langit ada berapa, kenapa siang terang malam jadik gelap, kenapa dinosaur dah takde dia pergi mana macam mana boleh hilang, dan segala bentuk soalan tajuk sains sampai lah ke perkara yang tak terjangkau dek akal fikiran dewasa kita.
Tapi, seboleh mungkin kita as good parents, kena berusaha bagi jawapan kat setiap persoalan yang bermain kat fikiran anak kita, kan. Baru lah dia rasa puas hati walapun pada kebanyakan masa, jawapan yang kita bagi tak pernah puaskan hati diorang sebab nanti akan dibalas dengan soalan lain pulak. Aku dengan Cfu selalu gilir-gilir nak jawab soalan demi soalan yang Alfiy tanya. Siapa tak boleh jawab, kira dia kalah. Tak genius. bhhaahahahaha.
Nak di jadikkan cerita, masa musim raya haritu, Alfiy kan baru nak faham konsep raya tu macam mana, kan. Bila pergi jalan beraya, macam-macam orang yang dia jumpa, pelbagai jenis rumah yang dia masuk, maka soalan-soalan dia pun makin banyak.
“ Kenapa rumah atuk orang ni panas? Alfiy peluh-peluh laa.. ”
(Baca : Atuk orang merujuk kepada orang tua yang bukan dia kenal secara rapat contohnya macam atuk saudara ke camtu)
Cfu memujuk sambil nak tanamkan kesedaran sivik sikit kat Alfiy belajar hormat perasaan orang lain.
“ Shuuuhhh.. Tak baik cakap macam tu. Kalau atuk tu dengar, dia sad tau. Nanti dia ingat Alfiy tak suka datang rumah dia.. “
“ Alfiy tanya je kenapa rumah atuk orang ni panas.. “ gumam Alfiy tak puas hati lagi.
“ Ye lahhh. Rumah atuk ni kat kampung. Takde aircond. Sebab tu panas..”
“ Kenapa atuk orang ni tak pasang aircond kat rumah dia? “ mula dah keluar soalan berangkai.
“ Sebab atuk ni dah tua. Tak kerja. Mana ada duit nak beli dan pasang aircond.. “
“ Habis tu kenapa rumah Tok Nana dengan Atuk kite ada aircond ? Kan semua dah tua ??? “
(Baca : Tok Nana merujuk kepada Mak Mertua. Atuk merujuk kepada Abah aku)
“ ……………………………………. “
Aku dengan Cfu berpandangan sesama sendiri lepas tu sengih macam kerang busuk tak tahu nak jawab apa. Dua-dua pun seri. Kalah. Rasa terjerat dengan jawapan sendiri T_________T
Cognitive skills grow rapidly during childhood. “Why” is how children discover how the world works. From a child’s viewpoint, the journey of discovery is pure delight and the foundation upon which much learning occurs. While answering children’s questions directly may provide basic information, actively engaging with children in the discovery process is a chance to step into their world. Not only does it foster the development of critical thinking skills, but it promotes child-adult communication and bonding. – Why Children Ask Why by Dr. Dawn Taylor.
HER : Kena banyak baca ensiklopedia ni untuk jawab macam-macam soalan lagi.
waaahhh berdebarnya nak jawab soalan..macam masuk pop quiz. Aisy dh banyak mengomel and thank god tak faham haha. so ktorg tanya dia balik apa dia nak tanya hahaha
ReplyDeleteMemang serammmmm weh. Sila lah khatamkan baca ensiklopedia, buku sains, kamus dewan, mulai sekarang. hehe
Deletehuhu, nervous juga bila fikir akan sampai tahap ni tak lama lagi..
ReplyDeleteada pernah dengar ceramah us.Hasrizal yang mendengar perbualan antara ayah dan anak bangsa Irish.. setiap soalan anak dia, ayah dia jawab dgn bernada baik dan jawapan yang betul dan tepat sehingga anak tu puas hati, banyak jg soalan2 yang berangkai selepas tu..
bila fikir balik, bukan sbb kita tak jawab, sbb kita tak nak layan soalan dia [yang byk2 tu], tapi sbb kita pun xtau jawapan yang betul kpd soalan yang dia tanya..huhu
memang makayah kena GENIUS serba-serbi, huhuhu...
Yup. Memang seeloknya kita kena jawab dengan elok. To encourage their curiosity. Bagus untuk perkembangan otak anak-anak dan kite jugak. Manjang scroll FB kat handphone je kan. At least, bila anak tanya soalan-soalan macam tu, kite pun gigih meng-google carik jawapan. Berilmiah la sikit. hehehe
Delete