Siapa kata budak-budak takde stress?
Tapi tahap masalah yang menyumbang strress diorang tu takde lah macam kita.
Setiap hari, sambil makan malam atau duduk tengok TV sama-sama, aku dan Cfu akan galakkan Alfiy bercerita pasal aktiviti seharian dia. Apa yang dia buat kat skool hari ni. Seronok ke tak. Kawan-kawan macam mana. Apa-apa je lah asalkan dia bercerita sampailah dia komplen mulut dia dah penat. Menurut hasil pembacaan, melalui aktiviti bersembang macam ni lah anak-anak kita belajar cara nak meluahkan perasaan, menyuarakan pendapat dan melegakan stress.
Berikut antara sedutan perbualan aku dan Alfiy tempoh hari,
“ Hari ni Izdeen tak nak kawan dengan Alfiy.. “
“ Laaaa… kenapa pulak ? Alfiy bergaduh dengan dia ke ? “
“ Tak laa. Alfiy tak gaduh pun.. “
“ Habis tu? Berebut toys ? Ke berebut kerusi merah lagi ? “
(Baca : Kerusi merah tu Teacher kata memang selalu jadik rebutan di kalangan Alfiy dan kawan-kawannya. Siapa dapat duduk kat kerusi tu, kira macam legend la. Entah apa yang special nya entah.)
“ Izdeen kata Papa Alfiy tak hebat. Papa Izdeen hebat sebab boleh jadik Hulk.. “
“ Uisssshhhhh. Papa Alfiy pun hebat. Papa Alfiy kan Ironman! “
Terus Alfiy sengih gembira. Bersinar-sinar hah mata.
“ Haaaa..!! Papa jadik Ironman GEMUK! Boleh lawan Hulk! “
T___________T
Ni hah ‘Ironman gemuk’. Ironman Hulkbuster nama rasminya. Ironman versi ni hanya muncul bila nak lawan dengan Hulk dalam filem Avengers 2. Aku pun baru tau lepas tengok cerita tu. Kalau tak, aku pun sama macam korang gak dok fikir yang ‘gemuk’ tu literally Alfiy merujuk kat fizikal gagah perkasa Papa dia. Padahal Alfiy begitu innocent (-_-“)
HER : Raise a confident child by teaching them to express their feelings comfortably. Expressing feelings comfortably does not mean the child is free to explode at every emotional twinge, but rather develops a comfortable balance between expressing and controlling feelings. - 12 Ways to Raise a Confident Child by Ask Dr. Sears.
ada erk ironman gemuk ni..aku pun baru tau ni *bukan pengemar avengers*
ReplyDelete