eh, eh, kite lagi?
Mama boleh pecat diri sendiri sebagai penulis belog ni mulai sekarang. Nak buat macam mana, dah kite punya event lagi baaaaanyak daripada Mama dan Papa. Lepas ni, boleh lah tukar nama belog ni kepada ‘Alfitopia’. heh.
Musim raya ni, ramai jugak kawan-kawan kite yang buat parti harijadi. Kira macam pakej sekali lah dengan rumah terbuka hari raya. Pening Mama dan Papa nak susun jadual jemputan rumah terbuka tahun ni. Syukur, murah rezeki kata orang.
Mintak maaf lah kat mana-mana jemputan yang tak sempat kite nak penuhi. Ye lah kan, kalau dah banyak-banyak tu, bertindih tarikh pulak, terpaksa lah main pilih-pilih. Nak-nak pulak kalau terkena sekali dengan event famili, nak kena utamakan famili dulu lah. Mama selalu cakap, family comes first. Kite selaku anak yang soleh, ikut aje.
Parti harijadi raya Little Dora; Raisya Adrianna.
Raisya ni kite punye long lost girlfriend. First time jumpa masa kitorang dalam perut Mama masing-masing. Patutnya, Raisya keluar awal sebulan sebelum kite tapi tiba-tiba kite pulak yang lahir beberapa hari lebih awal dari dia. Dah nama pun bakal boifren, umur pun kena lah tua sikit dari gufren, kan. heh.
Kat parti Dora Raisya ni, kite sempat jumpa Dani dan Eisya. Kitorang kerja berebut shopping trolley Raisya je. Nampak sangat semua terkenan perangai mak masing-masing yang gila shopping.
Comel kan birthday cake Raisya? Bila lah agaknya Mama nak buatkan untuk kite. Tak kisahlah rupa macam mana, yang penting perisa coklat, ok.
Meriah sangaaaattt! Mak-mak ni semua menjerit over tau. Kitorang yang golongan baby ni kool je walaupun dok tersepit kat celah-celah ketiak masyam diorang.
Seterusnya, parti hari jadi dua pupu kite; Eidan.
Masa kite tengah jalan secara macho nya dengan Chu Na kite nak pergi parti Eidan, boleh pulak ada 3 ekor anjing Dalmation sergah kite. Anjing besar punya. Terus kite menangis terkejut, mintak Papa dukung. Cis, habis hilang kite punya macho. Nasib baik takde awek nampak.
Kali ni, tema Transformers. Sebenarnya, kite nak pakai kostum Robot Bumblebee tapi Mama tak bagi. Over the top sangat katanya, nanti mengalahkan tuan rumah pulak. Kite pun pasrah pakai t-shirt gambar robot je. Asalkan robot.
Makanan robot. Lepas makan, kite terus jadik kuat seperti robot. Alih-alih pandai panjat kabinet TV. Sofa pun kite panjat sampai dapat capai frame gambar yang Papa gantung tinggi-tinggi kat dinding rumah. Terus Papa sentap. hihi.
Ini lah goodies bag paling meriah yang kite pernah dapat. Selain dapat angpow RM 50, dalam ni ada cookies, Mickey puzzle, story book, toys dan paling best jam tangan Transformers! Ini lah jam pertama kite. Siap ada lampu lip lap lip lap tu. Kot rumah black out ke, jangan risau, Transformers Alpie akan datang membantu!
eh, baru kite perasan. Asyik cerita pasal birthday party orang lain je, kite punya sendiri yang dah lepas masa 18 Ogos hari tu, lupa nak cerita. Kite pun ada birthday party tau. Tema Toy Story. Kite siap pakai kostum koboi Woody masa tu.
Gambar?
Takde. Sebab kite tipu. hihi.
Tu angan-angan kite je nak ada birthday party tema koboi. Kite mana ada buat birthday party. Mama banyak kali say sorry kat kite sebab takde buat parti untuk kite dan panggil kawan-kawan datang tengok kite potong kek harijadi. Mama cakap, dia nak kite ikut tradisi famili yang tak pernah adakan parti harijadi. Setakat buat makan-makan antara famili. Lagipun, Mama kan tak sihat lagi masa birthday kite. Baru miscarriage, kan.
Mula-mula kite macam sedih sebab takde parti harijadi. Tiba-tiba Mama buat surprise raikan harijadi kite dengan penuh sederhana kat skool kite. Mama siap tempah Ice Cream Pop Cake untuk kawan-kawan kite. Lepas tu, Mama belikan American Chocolate Cake untuk teacher kite. Kek kite takde fancy fancy pun. Bentuk bulat je macam muka kite :D
Ni lah parti harijadi versi keluarga kite. Serba sederhana. Mama kata, kite kenalah belajar biasakan diri dengan tradisi ni. Tak tahu lah kalau tiba-tiba satu hari nanti kite nak pecah tradisi. Mogok mintak Mama dengan Papa buat jugak parti harijadi tema koboi untuk kite. hehe. Walau macam mana pun, kite ok je sebab kite dah dapat hadiah harijadi paling best dari Tok dengan Tokki kite iaitu...
Sebijik kereta Audi merah! har har har *gelak suka hati*
Tapi Audi ni kite parking baik punya kat rumah Tok dengan Tokki sebab tak muat nak bawak balik naik kapal terbang. Siapa nak pinjam, kena lah datang Terengganu, ye!
Ini pulak hadiah istimewa dari Papa dan Mama. Family photoshoot.
Penat tau kite jadik model nak kena posing macam-macam. Dah lah tak bagi bayaran. Mama bagi upah susu je. Tu yang kite lari sana-sini bila dah penat posing. Sampaikan Papa dan Mama hampir meroyan. Buktinya, tengok lah gambar kat petak no. 7 dari kiri tu. hehehehe
Sekian dulu dari kite, blogger baby terkenal tanahair; Alfitopia. hihi. Jumpa lagi!
HER : Kecik-kecik dulu, selalu jeles dengan kawan-kawan yang dapat banyak hadiah masa birthday party diorang. isk.
Hahaha! Tak boleh la tahan gelak kalau bace entry yang konon2 alfiy taip tu. Macam ye pulak kan. Hahaha
ReplyDeletecool okay mama papa awak bawak g photoshoot. Aunty nak bagi kat fahrin jugak tapi lame lagi. Hehehe
nak buat family photoshoot gak la..
ReplyDeletekali ni nak studio
sebab aircond
mesti cha bleh sengih2
alfiy takde birthday party, tp alfiy ada mcm2! untunggg alfiy. raisya nak tumpang naik audi merah, bleh?:)
ReplyDeletetu photoshoot kt studio yg masa maternity awk tu ek?
happy belated birthday Alfiy! semoga m'besar m'jadi anak yg soleh ya!
ReplyDeleteEh eh sudah tukar kah nama? Alfiytopia plak dah? Ini kalau auntie jump[a bukan Alfiy je kena geget, Mama dia sekali kena cubit ngan Auntie. Hahaha. Kelakar la mama awak ni.
ReplyDeletepst pst: nk jumpa auntie tak? auntie bg hadiah nak tak?
fahreen :
ReplyDeletenak kena siapkan mental fizikal secukupnya kalau bawak masa dia baru 'dapat kaki' mcm Alfiy ni.
dayu :
try tengok Cha posing dlm air cond pulak macam mana. tp make sure bawak botol air sekali ok. budak2 ni cepat dehydrated sbb sibuk ke sana ke mari masa photoshoot.
sha :
boleh boleh. untuk Raisy, apa pun boleh :p
yup. kat Serindit Photo tu jugak. dah jadik loyal customer. hee
pya :
aminnnnn :)
fie :
nak! nak! nak hadiah yang besaaaarrrr punya tau, auntie! :p
hihhihi lawak la penulisan 'alfiy' ni..bijak mcm mak die jugak gayanya
ReplyDeletecomey giler aksi alfiy..mmg kene frame tu gmbr candid yg comel
tradisi family i pulak mmg celebrat ebday best2, tp tradisi belah famili hubby sambut biasa2 je. abe stu cuba tekan nak kena ikut yg mana? hehe
ReplyDeleteaziyana :
ReplyDeleteofkos laa. anak mama kan. hehe
part nak frame yg payah ni. ade bertimbun lg gambar dia since newborn yg tak pernah print. haih
yatie :
bertuah la SN dpt merasa dua2 punya tradisi sambut harijadi. nak kena sambut dua kali la mcm tu. hee