Thursday, September 15, 2011

Wanita & Kereta.

Suatu hari, dalam kelam-kabut nak kejarkan punch card sebelum jam 8 pagi, boleh pulak kereta aku mati tak mahu hidup kat stesen minyak. Ada lah lebih kurang lagi 300 meter nak sampai ofis.


Dan, lumrah menjadik wanita tipikal yang haram tak tahu satu apa pun pasal kereta selain daripada hidupkan enjin, isi minyak dan pandu lalu (?) memang aku gelabah gila lah rasa macam nak menangis pun ada.


Rasa macam gelap kejap dunia.


Mujurlah aku ni jenis yang ringan mulut, pandai buat muka kasihan, mintak tolong orang yang lalu-lalang untuk tolakkan kereta ke tepi. Lepas tu, menapaklah aku pergi ofis nak mintak belas ehsan daripada rakan-rakan ofis lelaki yang mahir pasal enjin kereta.


14092011184

Begini rupanya teknik "Jumper Start".

Barang elektronik semua nak kena padamkan macam radio, air cond dan lampu. Lepas tu, kalau kereta auto, set free gear (N). Ni pun baru aku tahu biarpun dah ada lesen bawak kereta hampir 10 tahun lamanya (-_-)


Sejak hari kejadian, aku macam ambik pot sikit lah pasal hal ehwal kereta.


Nah, ni aku nak kongsi sikit tips kat kawan-kawan perempuan yang hanya reti start enjin dan pandu, sama macam aku. Sekurang-kurangnya, nak elak daripada perkara-perkara cemas seperti di atas berulang kembali :


1. Pastikan minyak sentiasa penuh.

Tak kisahlah orang nak cakap kau gelabah ayam ke apa, isi minyak tiap-tiap hari. Yang penting, hati senang. Jangan berani-berani bawak kereta bila minyak dah paras hidung. Kot dibuatnya jalan jam teruk, minyak tak cukup, tak ke naya!


2. Hantar kereta pergi servis tiap kali dah sampai had mileage yang ditetapkan.

Jangan bertangguh dan jangan kedekut. Pandai pakai kereta, pandai lah jaga. Lagi lambat hantar pergi servis, lagi tinggi risiko kereta nak mati tiba-tiba tak bagi salam. Dah tu, makin banyak duit nak dikeluarkan sebab macam-macam benda pulak nak kena ganti.


3. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam.

Kalau kereta buat hal, enjin taknak hidup ataupun tiba-tiba mati tepi jalan, perkara paling penting adalah JANGAN PANIK. Kalau dah mula panik, apa pun tak boleh. Buat muka paling innocent yang kamu ada, pergi mintak tolong kat orang-orang sekeliling yang ada.


4. Jangan terlalu mengharapkan orang lain.

Terutamanya kat suami sendiri. Sebab bila dah jadik kes-kes sebegini, yang tanggung kesusahannya, hanyalah diri kamu seorang. Sang suami hanya boleh memujuk dan memberi kata-kata semangat dari kejauhan. Lainlah kalau satu ofis, kan. Takpun ofis dekat-dekat. Lima minit je dah boleh sampai kat tempat kejadian.


5. Belajar sikit-sikit pasal teknik asas menjaga kereta.

Masa zaman belajar dulu, aku bawak kereta lama Abah. Kereta tu dah lama, jadi aku lebih berhati-hati sikit. Bila-bila masa je dia boleh buat hal. Reti jugak lah aku nak tukar tayar, masuk air bateri, ganti minyak hitam semua tu. Bila beli kereta sendiri dan masih baru, terus aku macam tak peduli. Biasalah kan. Suka take things for granted.


Perkara paling asas adalah cara pemanduan kita sendiri.


Bawak kereta jangan macam orang hilang pedoman. Sentiasa full utilised cermin sisi dan pandang belakang. Kalau tak, kereta baru masuk 2 tahun, merasa lah kau kereta sopak dan lekuk di sana-sini seperti kereta tuan punya blog ni. Bila si suami tuan punya blog tanya bila kejadian berlaku, terus buat muka tak bersalah, tak tahu macam mana lekuk dan kemik tu boleh wujud tiba-tiba. Sungguh misteri nusantara. hehehehehehe


Satu lagi, Cfu kata, takyah lah beriya sangat nak hias kereta macam hias ruang tamu siap letak pasu bunga, gantung teddy bear segala. Kalau boleh pasang cadar, dengan seat kereta pun nak disarung dengan kain corak bunga-bunga. Bahaya katanya. Dari jauh orang dah boleh cam tu kereta orang perempuan. Kot ada yang berniat jahat, dia dah boleh aim. Negara kita sekarang ni bukannya selamat sangat, manusia macam-macam jenis pun ada.


Hati-hati, bahaya sentiasa menanti.



HER : Bila jadik kes macam ni, fulus pun terbang melayang-layang. Tengah-tengah musim raya gini pulak, kan T______________T

9 comments:

  1. hahaaaa..kita pernah dua kali kereta berenti sebab minyak habis! ambik ko pandai2 je konfiden minyak cukup -__-

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha dah lah lepas isi minyak takleh start terus, kan? nak kena tolak kereta jugak. adoiii.

    ReplyDelete
  3. penah ganti tayar sorg2 time tgh outstation.. penah bateri kong kat trafik light, apalg buat muka ayu sopan santun + kesian mintak abg2 motor tolak kasik hidup... terus p tukar bateri. beli jumper simpan dlm kereta, senang nk tlg org n tlg diri sndr... :)

    ReplyDelete
  4. ur hubby sama mcm hubby kak suzie yg tak bg hias kereta n kalo boleh biar plain supaya org tak aim yg tu kereta perempuan...habis dicabutnya sunscreen mickey mouse akak n tag VIP-very important princess on board.lol!

    ReplyDelete
  5. ooowh kiter abwah kategori same rupanya..
    dulu pandai pam tayar, tp skrg dh lupa sbb 100% suami yg buat

    ReplyDelete
  6. aku pernah 2 kali bateri kete kong..huhu..memula mmg cuak, tp 2nd time lek jer..hahaha...

    no fon mekanik kene stand by dlm fon kite weh :)

    ReplyDelete
  7. Aku pernah mati enjin kat jalan kuching, dah la tengah jem, tengah pening kepala, baru pas muntah, tengah pregnent, tengah panas. Nasib baiklah ada polis tolong tolak kereta, dan sanggup telephone korie suruh datang sebab aku nak rebah dah tak larat. Sanggup tunggu aku. Muahahah

    ReplyDelete
  8. hebat gak la kamu xeaaa..klu aku tuh..tak tau la..seb baik dh dekat ek.. aku lg la zero.. tau isi minyak kete n drive jek..ngaaa..mintak dijauhkn la sume2 kejadian mcm tuh....

    ReplyDelete
  9. farah :
    perghh. ganti tayar sorang2 tuuuuuu

    suzie :
    same here. nak gantung tag fancy2 kat cermin pandang belakang tu pun dia tak bagi. kereta kite mmg palin boring. err.. tak plain sgt la sbb dah byk kemik sana sini :p

    aziyana :
    kan? bila dah kawen, mcm terlalu dependant pulak jadik nya. uishhhh bahaya ni.

    juju :
    thnx for the reminder. aku pun tak ingat nak simpan number fon mekanik ke, insuran ke.

    momo :
    oh my! masa tgh pegnen pulak tu. kalau aku sure dah nangis2 paksa cfu dtg jugak tak kira lah jauh pun :p

    dayah :
    nak kena belajar jugak weh sikit2. sbb benda emergency kalau nak jadik, mmg tak pernah bagi salam. huuu

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.