Friday, August 5, 2011

Rawak.

1. Masa untuk bergelumang dalam dunia siber semakin terhad. Semester ni, jadual waktu mengajar aku agak padat seperti Milo Fuze. 24 jam seminggu, woh! Maka dengan itu, masa aku banyak dihabiskan di dalam makmal komputer menatap wajah-wajah pelajar yang sering menaikkan darah itu. Beginilah kehidupan seorang pensyarah mahupun guru. Setiap hari pun perlu berdoa agar diberi kekebalan hati dan kesabaran setinggi langit.


2. Perkembangan Alfiy?

Semakin mengembang secara vertical. Meninggi macam Papa dia lalu meninggalkan Mama merasa kerdil seorang diri. Sudah tidak gedebab seperti dulu, tapi semakin berat menyamai seguni beras 10 kilo. Baru dukung dia seminit, aku dah tercungap-cungap nak pengsan. Semakin banyak akal. Paling hebat bila masuk bab menggelupur berguling-guling bila kehendak atau kemahuan dia tidak diendahkan. Ikut perangai siapalah agaknya. Mama Papa dia sopan-santun je rasanya :p


3. Ramadhan kali ni, aku bertekad untuk puasa penuh memandangkan tahun lepas punya dapat setakat seminggu je. Lepas tu, tiba-tiba aku terberanak awal lah pulak. Masa cuti puasa tahun lepas, kemain seronok aku makan. Bila tiba masa nak mengganti, termengah-mengah. Itupun, masih lagi berbaki beberapa hari yang tak sempat nak diselesaikan ekoran kealpaan diri sendiri. Ni, nak bayar fidyah pun tak reti. Macam mana eh?


4. Sedang mengalami masalah kemurungan susu. Alhamdulillah, Alfiy hampir menginjak usia satu tahun dan masih lagi menyusu badan secara ekslusif. Tapi, sejak akhir-akhir ni, hasil produksi semakin merudum ke tahap agak kritikal. Nak tak nak, terpaksa jugaklah mencarik bantuan susu formula sebagai pelan kontigensi bila diperlukan. Nak nangis rasanya bila pertama kali ushar harga susu formula di pasaran. Macam nak terkopak jugaklah gaji sebulan. Berapalah agaknya korang belanja setiap bulan untuk beli susu anak, ye?


5. Teringin sangat sangat sangat nak bercuti di sebuah pulau. Nak berehat puas-puas. Hirup udara segar, layan bunyik ombak, desir angin pantai, pasir putih tepi pantai, makan seafood banyak-banyak sampai muak. Lagi syok kalau dapat rawatan spa sekali. Ohhhhhhhhhhhhhhhh



HER :Tak sabar nak raya. Heh.



- Posted using BlogPress from my iPad

10 comments:

  1. Memang nangis tgk harga susu sekarang. Demi anak ku belikan jua lah. Haha

    ReplyDelete
  2. Aku sejak pose, susu menurun 2 sesi dapat la 12oz, tambahan stock dalam peti laju plak mengalir. Sedeh. Sahur aku amalkan sayur sawi, susu dan oat. Pump seperti biasa, ada gak meningkat 1oz hingga 2oz selepas 2 hari amalkan menu sahur gtu.

    Susu formula aku amik free kat hospital, alang-alang cucuk monthly ambik terus susu formula buat backup.

    ReplyDelete
  3. anmum ilyas 1 tin RM60.90,bekalan EBM ibarat kais pg mkn pg kais ptg mkn ptg itupun tak cukup n top up dgn fm

    tak sabar nak raya jugaaaa...1st time raya dgn anak :)

    ReplyDelete
  4. sama!bila anak nak start masuk setahun mulalah susu merundum n keterpaksaan topup formula.and bila dah besar baya Auf(setahun 7bln) bila kita yg sua dia susuFM mulalah dia pura-pura nak muntah bagai sambil mengendeng2 nenen-mak-dia!

    ReplyDelete
  5. sama la xeea..susu merundum..berkira-kira nak bg FM jugak tapi tahan-tahan tunggu lepas 1 tahun..tapi takut pulak terlalu bergantung dgn FM nanti sampai malas dah nak pump kat tempat kerja..

    ReplyDelete
  6. xeea, dh cuba makan supplement? shaklee ke amway ke? yana makan calmag amway, alhamdulillah bulan pose ni maintain susu

    ReplyDelete
  7. ramai member makan shaklee set B (RM80), diorg kata production susu maintain. lps tu susu jd pekat n anak cepat kenyang. tp tak try lg. setakat ni mkn 'new obimin', minum HL, soya, kurma je. alhamdulillah... masih ok.

    huwaaaa. last year ramadhan aku br 1st trimester, muntah guling2 masuk hsptl. ganti tak abes, camner ek nk byr fidyah?

    ReplyDelete
  8. Xea,

    ni aku ada terbaca, wanita yg mengandung / menyusukan tak perlu ganti puasa hanya kena byr fidyah je..

    http://headbart.wordpress.com/2011/08/02/golongan-uzur-yang-tidak-berpuasa/

    ada sesiapa yg arif bab ni? tolong bg pndpt...

    ReplyDelete
  9. aah susu skang mmg mahal giler.huhu..aku ingat lg dlu duk survey susu utk budak aczema, mak aih leh cecah 100 utk se tin yg x sampai pun 1 kilo..

    nasib baik la susu aku cukup tapi aku ada beli backup utk emergency sbbnye stok susu slalunye dihabiskan oleh anak dara aku. utk 400grm aje dah rm30.20.

    ReplyDelete
  10. jeles tgk xea dpt BF alfiy secara ekslusif.. kalau xea nak tmbh susu bdn boleh try minum coco colagen power plus. kasmi dah 7 bulan putus susu badan ngan anak tapi lepas minum coco colagen tuh tiba2 jer ada susu badan tapi tuh lah anak dah tak nak BF lagi.. frust.. huhu

    aah, susu formula skrang mmg sgt mahal.. yang murah byk tapi of course kita nakkan yang the best for our baby kan.. ;) btw, selamat berpuasa xea.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.