Monday, May 23, 2011

Kisah Sekeping Not Merah.

images
Suatu petang di sebuah restoran makanan segera.


Ketika aku sekeluarga sedang menikmati hidangan masing-masing, datang seorang budak lelaki berusia lingkungan belasan tahun lengkap bersongkok, baju kolar berbutang sampai atas, menghampiri pasangan yang duduk betul-betul di sebelah meja kami.


Hasil pemerhatian gerak-geri dan curik-curik dengar, tahu lah yang budak lelaki tu datang dari meja ke meja untuk mintak derma. Pasangan di meja sebelah kami sekadar pandang sebelah mata, sambil berpura-pura khusyuk makan tanpa mempedulikan kehadiran budak lelaki tadi.


Seminit.

Dua minit.

Tiga minit.


Ada lah dekat lima minit kot budak lelaki tu tercongok berdiri mengharap sebarang respon daripada pasangan tersebut. Tapi, hampa. Lalu, dengan wajah kecewa, dia pun angkat kaki menghala ke meja kami tiga beranak pula.

“Bang, mohon sumbangan ikhlas untuk sekolah agama kebajikan.”

“Ada surat tak, Dik?”, tanya Cfu.


Budak lelaki tu menghulur sehelai kertas yang menyatakan permit untuk memohon sumbangan orang ramai. Cfu baca sekali lalu sebelum mengeluarkan sekeping not merah dan beri pada budak lelaki tu.


“Nah, ambik ni untuk awak buat belanja. Abang bagi ikhlas. Tak payah tulis resit. Dah makan belum? Duit ni, untuk awak makan, ya.”

“Terima kasih, Bang. Semoga Abang sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki”,

Sambut budak lelaki tu dengan nada ceria dan terus berlalu keluar dari restoran makanan segera tersebut tanpa menoleh ke belakang lagi. Terpancar rasa gembira daripada riak wajahnya yang jernih.

Elok je budak lelaki tu pergi, aku pun bertanya kenapa Cfu bagi budak tu duit yang agak besar amaun nya. Tak takut kena tipu ke? Kot dibuatnya budak tu saja-saja tipu mintak derma, kan dah rugi. Sedap je dia pergi berjoli dengan duit kita bagi.


Cfu jawab dengan bersahaja,


“Kesian tengok dia terkulat-kulat kat meja sebelah tadi sambil perhatikan kita makan sedap-sedap. Kalau kita mampu makan makanan segera hampir setiap hari, yang harganya boleh mencecah puluhan ringgit, apalah sangat sepuluh ringgit yang kita bagi kat budak tu tadi. Setahun sekali pun belum tentu dia boleh merasa apa yang kita tengah makan ni.”


Dan, kenyataan Cfu yang seterusnya berjaya mengubah mentaliti aku serta-merta.


“Kalau kena tipu pun, takde nya duit sepuluh ringgit tu boleh buat kita jadik kaya-raya, mahupun jatuh miskin.”


Terdiam, sambil mengangguk tanda setuju.



HER : Takziah buat mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Al-Fatihah.

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kn...bagus suami awk...lylie pn selalu kena sound coz bg derma kt org tyme mkn.....nk buat bodoh x smpi hati.....biarla dier nk tpu ke ape..Allah lebih mengetahui.....

    ReplyDelete
  3. Sangat setujuk dengan ur hubby :)

    kesian bile tengok tuh kan..kan.. :)

    ReplyDelete
  4. bagi yaya,
    dia tipu kita ke itu antara dia dengan tuhan kot. tapi kita sekadar ikhlas bagi , niat dihati untuk menderma kearah sepatutnya.

    ReplyDelete
  5. setuju dgn paragraph bold anda..:)

    ReplyDelete
  6. kalau budak2 mmg boleh simpati
    tp kalau org2 besar ni
    malas jugak nak layan

    ReplyDelete
  7. setuju ngan Cfu!hehe

    saya memang tak boleh tgk budak2 mtk sedekah.cpt je bagi duit.pada saya, apala sangat duit yg saya bagi tu kan, kalau dia tipu pun, halalkan je la..

    duit boleh cari, tapi tak boleh bawak mati..:p

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.