Thursday, December 23, 2010

Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa #02.

Entri Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa yang pertama dulu, aku anggap ala-ala baby checklist la walaupun aku bagi secara pukal. Sebab malas. heh. Lagipun, masa tu main beli je apa yang aku rasa macam perlu. Habis sampai ke sudah, semua benda pun aku rasa macam perlu. Semua pun aku rasa penting. Sampaikan benda sekecik cotton buds tu pun aku asyik risau je tak beli-beli lagi bila kandungan dah cecah 8 bulan. Sampaikan tak boleh tidur malam. Siap termimpi-mimpi.

Over?

Biasa lah. Dah nama pun perempuan, kan? Nak sambut anak sulung pulak tu. Eksaited mesti mau lebih. Kali ni, lepas dah mengharungi dunia seorang Mama, aku macam dah boleh lah nak list out kan barang-barang keperluan bayi yang dikira betul-betul penting dan sangat praktikal. err.. tapi mungkin benda yang dianggap sebagai ‘penting dan keperluan’ pada aku tidak menjadi sesuatu yang ‘penting dan keperluan’ kat orang lain.

Pandai-pandai lah, ye.


1. Dimple Pillow.
image
Walaupun rupanya nampak macam begitu kasihan (sebab ada lubang kat tengah-tengah) tapi ia sangat bagus untuk menjaga bentuk kepala bayi yang masih lembut. Kepala akan terbentuk bulat, cantik je. Takde lah nanti kepala anak kita menjadik leper kat belakang. Mana-mana brand pun ada jual dah bantal karipap ni. Alfiy ada 2; satu brand Bumble Bee, satu lagi Fiffy.

2. NoseFrida.
image
Tau pasal NoseFrida ni pun daripada kawan aku melalui FB. Masa Alfiy kena demam selsema, alat ni lah paling berkesan nak buang hingus dia berbanding nasal aspirator yang bentuk macam bulat-bulat tu. Ye lah kan, kalau tak, baby asyik merengek je sebab tak selesa hidung tersumbat. Lagipun, selamat sikit lah dan kurang risiko nak berjangkit kalau kita sedut terus guna mulut macam yang mak-mak kite dulu selalu buat. Beli online je kat OneBabyWorld.com. Tapi aku ada jugak terjumpa kat Mom's Care dan satu kedai baby dalam The Summit, Subang.


3. Earth Mama Angel Baby Bottom Balm.

image
Alfiy tergolong dalam kategori kulit ‘putera raja’. Sangat sensitif. Terkena panas sikit, merah padam. Terkena ‘pupu’ lama sikit, habis naik ruam. Sampai luka-luka. Tiba-tiba jadik tak hensem. Mujur terjumpa Earth Mama Angel Baby ni kat Fabulous Mom. Kejap je, bottom part Alfiy kembali licin, gebu dan bersinar!


4. Amway Baby Oil.



Mula-mula, guna the oh-so-famous Yu Yee Cap Limau tu. Elok je habis, terus guna baby oil Amway yang datang sekali satu pakej dengan Set Bersalin Amway. Terus jatuh cinta dan takkan berpaling lagi! Alfiy tak pernah kena kembung perut lagi sejak guna baby oil ni. Bau dia pun sangat best berbanding Yu Yee yang agak menusuk hidung pada aku. Fresh gitu. Nak je aku lumur satu badan jadik cologne :p


5. Quinny Zapp & Maxi Cosi Cabrio ( Travel System )
image
Yup, it’s quite pricey tapi aku sangat sangat sangat berpuas hati setakat ni. Betul-betul alah membeli, menang memakai lah kata orang. Bagi parents yang sentiasa on-the-go macam aku dan Cfu, boleh kata sangat berbaloi lah beli Quinny travel system ni. Ye lah, haluan tempat kerja kami lain-lain, sorang ke simpang kanan, sorang lagi ke kiri. Kejap-kejap, Maxi Cosi cum car seat tu kat kereta aku, kejap-kejap, pindah pi kereta Cfu pulak. Sangat convenient lah. Nak pasang pun senang, kejap je. Wheels pun boleh pusing 360'. Very the easy measy. Oh, kami beli kat Little Whiz.com. Dapat harga baik punya!

image
Paling aku suka, frame dia yang boleh lipat-lipat jadik sekecik ni. Very compact dan sangat menjimatkan ruang. Nak lipat-bukak-lipat semula pun senang kacang je. Dah beberapa kali aku bukak-pasang sendiri masa keluar shopping berdua dengan Alfiy. Cuma, nak kena careful sikit, takleh gantung beg atau barang berat-berat kat handle tu. Ye lah, dah nama pun the lightest stroller on market, kan. Use your common sense lah, PaMa!

four 136
Satu lagi, sangat praktikal nak guna masa keluar makan kat mana-mana restoran yang kita tak boleh bawak masuk stroller. Dah nama pun bayi, mana reti duduk kat high chair lagi. Dah tu, nak letak kat mana? Takkan nak pangku sampai kebas tangan, kaki semua? Pastu nak bergilir pulak, Cfu makan dulu, aku makan kendian. Jawabnya, habislah makanan aku dibedal Cfu :p Kat sini lah peranan penting Maxi Cosi bagi kami. Dan, agak bertuah jugak lah sebab Alfiy sangat cintakan Maxi Cosi nya. Asal masuk dalam tu je, kemain lena tidur nya. Kami pun boleh makan dengan bahagia.

Ok, cukuplah 5 barang dulu.

Lagi 5 akan diterbitkan dalam Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa yang akan datang. Tungguuuuu!

p/s : Images from google.


HER : Apa dia Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa lain yang kamu rasa macam best dan penting jugak? Jom kongsi sama.

17 comments:

  1. teringin jugak nak quinny tuh.. tapi x cukup bajet.. hee

    akak, alfiy comel gile hokeh!

    ReplyDelete
  2. Waa... bagusnya! nnt update lagi ye ttg baby stuffs ni. boleh buat rujukan =)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. good one xeea. betul2 alah membeli menang memakai. beli stroller ni mcm investment jugak..hehe. and bantal karipap tu memang perlu kot, saya pun ada beli jugak :)

    ReplyDelete
  6. baby breastfeed ni mmg tembam kan..comel gerammm..hihi..

    stroller tu jd idaman jugak ari tu, tp after deliver Anggun, ntah camne ekonomi tetiba meruntun, maka x dptla nak jadikan idaman tu menjadi kenyataan. tapi masih beli stroller yg ringan jugak sbb aku yg angkut anggun pagi ptg ke skolah die. huahuahua

    ReplyDelete
  7. dear..

    try pakai ALLANO LOTION from Amway,sgt baik untuk baby..nak2 kalau die kena geget nyamuk.. sapu jer kt kulit die.. jap jer ok...

    Byk lagi kegunaannya!

    oh yeahhh.. i pun pakai minyak angin from amway tu...stok dlm beg jugek!

    ReplyDelete
  8. Xeaa info ni sgt brguna bakal2 mommy like me i'Allah :).sgt blur xtau nk beli apa dulu...x sbr nk tggu nx post..heehe..

    ReplyDelete
  9. husna pun ada dimple pillow fiffy..mmg die menyokong kedudukan kpala baby..so bby xjatuh dr bantal

    ReplyDelete
  10. ziha,thanks a lot for the entry...td kak suzie shopping kat manjaku bangi n beli dimple pillow,mula2 nak amek polkadot yg sebiji mcm dlm entry ni tp tukar corak cartoon ;)

    lps tu nak beli nose frida rm49 tp kwn ckp tak pyh beli sbb doc tak galakkan...hmmm maybe yg ni kiv dulu kot

    apa lg yg penting ya?nanti share lg tau.TQ *hugs*

    ReplyDelete
  11. travel system tu mmg best, tp tgg bl alfiy dah out gro d car seat n u use zapp alone. tensen mak, bl anak tido. terlentok sana sini sbb x leh recline. dan2 akak salahkan ayahnya yg buat decision ms pilih dulu :p

    ReplyDelete
  12. ziha,aku tgh google baby checklist nih.Ramai yg kata quinny zap tu bagus kan..tp buzz pun mcm menarik kan..

    btw, alfiy kamu sangat chomel!combination muke ko & husband.

    ReplyDelete
  13. reen :
    ala, stroller brand lain pun, kalau u selesa pakai dan tade masalah, pun ok. ikut kemampuan masing2. alfiy ni bertuah sket la merasa tok ngan tokki dia sponsor. huu

    sophie :
    insyaAllah :)

    farah :
    investment & napsu mak bapak jugak. anak oke je bubuh dlm stroller ape pun. hahahaha

    juju :
    as i said before, ikut keperluan masing2. tak semestinya aku pakai quinny, quinny lah plg bagus dlm dunia, kan? huu

    wiwita :
    oh, nak beli jugak la lotion tu nanti. thanx!

    nadia :
    glad that it helps :)

    k aziyana :
    yup. it's supports well. kalau bantal biasa tu, mcm menggelungsur je kepala baby.

    k suzie :
    on nosefrida tu, mmg ada yg ckp tak elok. kita guna ikut instruction provided je. tp apa pun brg yg kita guna, must be within moderation, kan?

    btw, glad that it helps. trying my best to publish another one. huu

    tini :
    hahahaha dah expect pun pasal zapp tuh. tp cfu cakap, "ala lambat lagi tu. takyah pikir" bole? *sbb napsu dia nak pakai quinny membuak2*

    aida :
    depends on people, need & money jugak. physically, buzz mmg nampak lagi selesa n more pricey of course! err.. sstu lg, wheels dia quite bulky la. tu beza dgn zapp.

    on alfiy, opkos laa. dia bagi sama rata. ada muka mama & papa. so tade jeles2. heee

    btw, congratz! enjoy ur pregnancy!

    ReplyDelete
  14. klu baby tingy ni...always je mnde nk di share kan..kan?! ade certain org suke tang nih..tak nk tang tuh.. btw its a good info.. nati aku kasik up for 2nd baby nye preparation laks..hehehe... aku pun suke gak pakai carrier tuh... tp bukanlah brand quinny tuh..tp mmg ade..tup2..bile anak dh cecah 10 bulan n tak muat..kene lak pulak carik car seat.. guguugu.. cm ase..ukhh ruginye..tp bile dh 2nd preggy ni ase senang! cuz anak2 ku dh ade kerusi sendrik..ngeeee....

    ReplyDelete
  15. haa bantal karipap tu, antara bende awal yg di beli. Tp lately ni, bile hannah gatal2 kat kepala, die suke geleng2 kepala die konon nak garu kan. huhu habis kepala die mcm jadi cukur bantal. Ouhh, baby oil amway tu mmg ade mase beli set bersalin tu, tp tak terguna lagi sebab takut nk guna dan masih ade lagi minyak telon,. haa dah abis nnt mesti kene try nnt :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, wah puan sejak bergelar mama/ ibu, siap ada tips lagi, thank q ini kena kongsi dengan bakal isteri ayieblog,hehehehehe

    ReplyDelete
  17. dayah :
    tu lah. ikut orang jugak. ni personal review je. ada org pakai umbrella stroller je dia rasa dah oke sangat2. it depends. aku pun nak kena carik car seat dah ni. alfiy dah almost outgrown his maxi cosi. iskk

    hanie :
    best hanie baby oil amway ni. sure u suke punye. hee

    ayie :
    nak kawen dah ke ayie? wahhhhhh

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.