Masuk hari ke-34.
Ikhlasnya, tempoh berpantang takde lah teruk mana.
Masih taat berstokin sampai hari ke-44, mungkin.
Selain daripada pantang tak boleh makan minum yang sejuk dan pedas, lain-lain perkara yang berkaitan dengan pantang lepas bersalin, masih boleh diterima. Tak keterlaluan kalau aku cakap, aku cukup enjoy! *statement sentappp*
Cuti panjang, makan minum berhidang, duduk rehat semedang, kira orait apa, kan?
Duduk dengan mertua, tak dibenarkan makan kicap tapi manjang diberi makan ayam. Balik Johor, Mak bagi pulak makan kicap. Kena dengan nenek aku, ayam pun dia tak bagi makan. Aku layankan je. Depan mertua, aku tak usik kicap, depan nenek pulak, aku tak makan ayam langsung. Gitu lah rutin berpantang aku. Kira aci tak? :p
Cuma, kadang-kadang macam stress bila habis modal dah nak handle anak menangis. Dah tukar lampin, bagi susu, sapu minyak kat perut, dodoikan, masih jugak menangis. oh, tak lupa jugak nyanyikan lagu dengan suara kecik yang aneh sambil mencipta mimik muka pelik-pelik. Semua tak jalan.
Kalau tak mampu bertahan, mau meroyan.
Betul kata orang, tempoh berpantang, bukan setakat pantang makan, emosi pun nak kena jaga. Awal-awal tu, aku mudah sangat menangis. Super sensitif. Mujur Mak selalu ingatkan, orang lepas bersalin tak boleh buat kerja berat atau kerap menangis, nanti bentan. Bahaya.
Satu lagi masalah biasa; tak cukup tidur.
Minggu pertama, aku betul-betul serupa pontianak harum. Tak terurus langsung! Dengan serabainya tak reti pakai kain batik. Nak nak pulak aku ni jenis yang tak boleh tak cukup tidur, siap lah mabuk teruk esok hari nya. Kalau Cfu ada, boleh jugak bergilir dengan dia jaga Alfiy waktu malam. Tapi, bila dah balik berpantang kat Johor, terpaksa lah aku harung sorang diri. Tersenguk-sengguk hah bangun tengah malam bagi anak susu sambil tutup mata.
Kata orang, alah bisa, tegal biasa. ecece.
Dah masuk tiga minggu, sebelah tangan pangku anak tidur, sebelah lagi taip entri blog. Lagak nak macam pro, gitu.
Ragam Alfiy, aku macam dah boleh agak. Kalau tak sebab poo poo, nak susu atau nak muntah, kadang-kadang dia menangis sebab nak didukung, nak berbuai dalam rocker takpun mintak tolong di’burp’kan. Paling tidak, takde sebab. Dia saja-saja nak nangis. haih. Sabar je lah.
Set lepas bersalin Amway.
Aku beli kat Set Bersalin Pilihan Maya Sari. Lain-lain set bersalin pun ada. Try ushar.
So far, aku dah pakai param, pilis, herba mandian, herba pembersih wanita dan minyak urut. Yang untuk dimakan, masih belum mula. Tunggu Alfiy besar sikit kot sebab dia baru baik jaundice. Testimoni aku, set Amway ni sangat bagus untuk sesiapa yang betul-betul rajin nak berpantang. Ye lah kan, nak comot-comot berpilis berparam bagai. Bukan semua orang sanggup nak kelihatan seperti pontianak harum macam aku.
Apa lagi eh pasal pantang?
oh, bengkung! Memandangkan aku ni tergolong dalam kategori perut terbelah, proses pemulihan memakan masa agak lama. Bengkung tradisional memang tak berani nak pakai. Sekarang ni, aku hanya mampu berharap kat zap on girdle yang dicadangkan oleh doktor. Sambil tu, berani-beranikan diri sapu losyen halia pati mustajab nak bagi ramping sikit. Tapi, bukan kat luka jahitan tu la. Seram, oh.
Ke ada cara lain yang boleh aku amalkan?
Kot-kot la ada petua lain, kan. Kongsi-kongsilah.
Aktiviti lain sewaktu berpantang adalah duduk rumah, tunggu orang datang. Lebih-lebih lagi, waktu aku berpantang kena masa raya. Berduyun tiba. Terima kasih, ya. Buat susah-susah je.
Alfiy sedang posing maut di samping sebahagian daripada koleksi hadiah dan duit raya. Lahir masa musim raya, seolah-olah macam dapat durian runtuh, weh! Timing baik punya anak Mama ni keluar. So clever! hihi
HER : Ini bermakna, kurang sebulan je lagi nak naik kerja. tsk.
akak xpe lagi pantang ade orang melayan.. reen mak mertua keje lagi.. susah sket nak berhidang bagai.. mase payin jaundis dulu masuk spital, jalan nak ke wad payin jauh gile! tuh yang luka bernanah tuh kot..
ReplyDeletekite menghadapi masalah yg sama. sebijik! serupa! mcm nak meroyan pon ada, nasib baik kuat iman & mempunyai tahap kesabaran yg super tinggi!
ReplyDeletecece dah pro skrg siap leh menaip smbil riba Afiy dah eh? bagus2x hehe
ReplyDeletesangat cantik itu stokin ya :D
ReplyDeleteur baby boy memang sangat clever like his mom lah....pandai betul..hehe
awk c-zer yer...takpelah kan janji baby dan awk selamat..saya pown c-zer jugak....emergency hearbeat baby lemah....papepown pantang kene pantang elok2 even takleh pakai bengkung.....dan lagi satu jgn lupa rajin2 la tungku perut tue....pastu sapu lotion halia mustajab..insyaallah...ais jgn minum tau awk...klu nak perut tak buncit..jauhi ais....
ReplyDeleteXEEA C-SECTION KE? NURUL INGAT NORMAL. BERPANTANG PD NURUL YG BOSANNYA KENA PAKAI BENGKUNG,MANDI DAUN2 YG BAU BUSUK TU, BERURUT SEGALA.
ReplyDeleteTAPI ADA ANAK TU YG SYOK. CUMA MULA2 TU MMG HATI CPT SENSETIF KAN SBB ANAK NANGIS, LAGI2 NANGIS PADA WAKTU MALAM DIA TAK MAU TIDO. MMG MASA TU TENSI SIKIT SBB KITA BARU LG DGN DUNIA ADA ANAK KAN?
TP PERCAYA LAH XEEA NANTI LAMA2 KITA DAH BIASA. MCM NURUL DULU LPEAS ABIS PANTANG DAN RAINA BERUMUR LEBIH KURANG 3 BLN KE ATAS TU DAH SENANG SGT NAK JAGA. RAINA DAH ELOK JER DIA TIDO MLM. MASA UMUR MCM ALFIY TU SEBULAN DUA BULAN TU DIA MERAGAM SBB DIA TAK DPT BEZAKAN WAKTU SIANG DENGAN MALAM KAN? SBB DUDUK DLM PERUT MAMA DIA 9 BULAN++ GELAP JER DLM PERUT TU. HEHE.
SELAMAT BERPANTANG YEAH.
aaahhh kerja tu kan mmg bila ada anak torn between work n child...dah cari babysitter ke?pape dah selamat pun alfiy lahir ke dunia,rajin2 cerita la lg sbb ni nak kutip pengalaman org supaya nanti sendiri tak meroyan jgk..hehe..
ReplyDeletelah..akak ke..xsangka jumpa kat blog ni..hahaha. kebetulan. kenal x? alina lah. eo setiawangsa . hehehe
ReplyDeletekongsi cerita pantang.. adakala best..adakala tak best... aku cuti 3 bulan lebey...2 bulan kat Johor..settlekan kenduri and aqiqah sume siap...balik kl sume dh lega.. tp macam2 cerita..baru seminggu bersalin, dah pakai seluar. rimas dgn kain batik sbb ceasar. pstu SERONOK sebab ibu jaga...ramai tegur muke dah naik seri(aku pun tak paham)..tp dalam elok2 sume tuh..genap 44 hari pntang..petang pergi salun sbb dh serabut dgn rambut sendiri..mlm pulak tgh nk buat susu anak..tertumpah pulak air termos yg baru diisi atas peha sendiri (buat susu dlm keadaan bersila :P)tu yg plan nk blk kl lepas pantang terpaksa dibatalkan..jadila 60 hari duk Johor. sedey, mase kenduri cukur jambul, baju dah lawa, tp kaki sakit gile tak hingat..lagi sakit drpd operation. huk!
ReplyDeletepntg makan. ade. tp sbb saya tak boleh klu xde mknn pedas. ibu buat juga. tp gune cili ijau. perghhh..sedap gile. ikan haruan masak dgn cili ijau. Hari2 tak de jamu. tp hari2 mkn pati ikan haruan + air holicks... hmmmm... 3 hari berturut minum ibu kunyit. ha itu je. stokin tak pakai. param tak pakai. sume tak pakai. degil. malas. dan rimas. saya hanya pakai girdle hari2.
ha lagi satu nk kongsi. di hari terakhir mau pulang ke KL... Giler sedey wooo..macam citer hindustan....ibu ayah adik sume nangis. saya pun nangis gak. sempat tinggalkan pd ibu,bantal busyuk amsyar utk pengubat rindu.
hehehe so clever la alfiy..tu dia hadiah..sempat pkai ke idak tu..kot2 alfiy besar dlu..
ReplyDeleteerm xeea beli rm299 ke set amway tu?kalu tahu xeea nk yg jenama amway, blh tolong belikan..hrga ahli rm 234 jer..masuk kos pos pun bnyk lg blh jimat..
apapun slmt meneruskan pantang..
Eleh. Saja ja cakap pantang tu best untuk sedapkan hati kan? Haha.
ReplyDeleteSemua orang yang pantang melalui pengalaman yang sama. Masa ni lah nak kurus. Kalau macam saya tak tahan sebab asyik haus tapi tak boleh minum air banyak so curi2 minum tengah malam bila mak dah tidur. Haha.
best ye pantang?hehehe..ramai yg dh xsaba2 nak kuar afta 30 days kan..tp bagusla u enjoy..maybe diah pun akan suke pantang sbb kalo tak, pantang duduk rumah je..asik nak berjalan..hahaha,.time ni la nk tgk hindustan,cek fb,baca blog org..heheh
ReplyDeletereen :
ReplyDeletebernanah, huh? ngeri nye. luka i skrg dah ok. sekali tetiba mcm ada bisul pulak. pedih! seram2 sket aa nak sapu ubat kat tmpt jahit tu.
misha :
kan? tak sangka mcm ni sekali kuat dugaan nak menjaga newborn. susah jugak. nape lah orang jarang nak cerita. selalu cerita pasal sakit beranak je. huu
yatie :
hehe tapi belum bole challenge u. u dah mmg mommy pro.
mrs nageb :
opkos like mama like son! :p
mun :
err.. sampai bila2 pun takleh pakai bengkung eh? lambat laa perut i nak kempis camtu *hampa* takpe lah kan, ni nama nya pengorbanan seorang ibu. eceh ceh
nurul :
tu la. kdg2 siap doa dalam hati, cepat laa alfiy besar. mintak2 lah dia pun senang dijaga mcm raina nanti. hee
suzie :
rasa mcm malas gile kot nak pikir pasal keja. mcm nak resign pun ada. haha *saje carik pasal* kite ni newbie la kak, segan nak cerita banyak2. hihi
alina :
alamak, pecah lobang suda! :p
wutta a small world kan? neway congratz for the GOOD news! tak lama lg, u'll join the club too.
dayah :
naik seri? aku rasa, tiap hari pun muka aku mmg berseri dah. hahahaha
ala, part nak balik KL tu yg aku mcm lemah tu. ada aku pun banjir hindustan mcm ko nanti. uwaaaa!
aziyana :
hamper2 tu sume kite dah bukak. siap2 pakaikan kat alfiy. tu pun ngam2 ho kat badan dia.
ala, apsal akak tak promote siap2. ai terbeli sudey. tp best gak aa pakai set ni. plg suka herbal bath. cuma part nak bancuh serbuk2 tu mcm malas sket. hee
hidd :
eh, mmg sedapppp :p
ala, berat sy still blom balik ke berat asal b4 pregnant la awak. baru hilang 17 kilos! another 5 to burn! adoiiii
diah :
amboi, nak layan hindustan u kate? try la kalau boleh. baru u nak start landing, baby dah melalak2 mintak susu. hahaha