Monday, April 5, 2010

Belly Dance.

err… ‘Belt’.


Selama ni aku tak pernah kisah pun nak kira BMI (Body Mass Index) sebab aku ni boleh lah dikatakan termasuk dalam golongan yang agak bertuah. Makan banyak, tak payah susah-payah bersenam bagai nak rak, berat badan masih boleh maintain dalam kategori ‘unggul’. ehem.


Tapi, sekarang ni, tiap-tiap hari kemaruk ambik kalkulator kira BMI lepas tu meroyan sendiri (-_-)


Badan yang selama ni konfiden ‘unggul’, kini tidak bernasib baik lagi. Minggu lepas, rasa macam nak tampar muka sendiri bila kira BMI, tup-tup dah terlajak masuk dalam kategori ‘overweight’. Nah, ambik penangan dua mangkuk aiskrim raspberry yang aku pulun sorang diri tanpa rasa bersalah tempoh hari.


Saban hari menangisi ‘pemergian’ baju, seluar, skirt termasuklah undies kesayangan yang dah tak sudi ‘nak kawan’ dengan keadaan fizikal semasa. Barulah aku dapat rasakan perasaan Cfu macam mana tiap kali butang seluar kerja dia pecah/tanggal sewaktu melalui proses metamorfosis fizikal tubuh badan. heh. err.. but I still love you, teddy. No matter what.


Belly Belt Combo Kit

My hero of the day.


belly_belt2

Punyalah susah nak carik benda alah ni. Habis semua tempat aku tawaf, dah habis stok.

Belly Belt Combo Kit ; RM 80++ @ Mothercare, KLCC.


Terlajak perahu boleh undur, terlajak makan?

Tanggungglah kau berat badan berlebihan T_______T


Mana taknya, baru lepas makan, nak makan, lepas makan, nak makan lagi, lagi dan lagi. Orang kata, dah adat orang mengandung, memang lah berat badan bertambah, apa nak risau. Tapi, memandangkan aku ni terlalu paranoid dengan perkataan obesiti, kalau boleh, aku nak pertambahan berat badan tu berlaku secara sihat. Bukan terlalu berlebihan. Kalau boleh lah, kan.


Pipi aku pun dah jadik mainan kegemaran Cfu. Tiap masa dia cubit dan tarik-tarik sesedap rasa. Best katanya. Macam belon. isk.


B&B gath 030

Dalam usaha nak lebihkan makanan serat tinggi dan berkhasiat berbanding aiskrim. Dengan harapan, yang ‘masuk’ berkadar langsung dengan ‘keluar’ :p Quaker Chewy Granola Bars. Ada banyak lagi perisa lain. yumm!


Dan, elok je aku habis taip ni, rasa lapar pun berkunjung tiba. Apa lagi lah jenis makanan berkhasiat dan tak meloyakan yang aku boleh makan sebagai snek kat ofis, eh?


Selain dari buah dan sayur, lah.

Tu semua orang pun tau, kan?



HER : Macam mana lah gamaknya BMI aku 3-4 bulan akan datang. uiiiiii, seram.

12 comments:

  1. kite sama lah puan. sgt paranoid dgn obesiti. selalu je amik kalkulator & kire bmi. tp adatlah, kene tmbh atleast 12kgs masa pregnant ni, kalo tak, kene marah ngan doc..
    lg satu mak saye pesan, jgn mkn ikut perasaan, sbb nnti pas bersalin, susah plak nak turun berat badan. tp terpulanglah kt masing2..huhu

    ReplyDelete
  2. makan biskut cicah milo pon sedap wooo

    ReplyDelete
  3. akak, upload la seketul gambar tgh buncit tuh.. hehhe

    ReplyDelete
  4. haha. pregnant woman tu sexy okayyyyyy!!!

    ReplyDelete
  5. anak perempuan la tu (err..ada kaitan ke?)..hehe.. xpe, mkn je.. baby yg nk tu :p btw, jgn lupa mkn spirulina byk2..hm, tp tu bkn snek la. waktu ummu dl, hubby sll suruh telan berbelas biji spirulina elken, but xpe..angin kuar pastu, xla cepat nk muntah :)

    ReplyDelete
  6. lynn waktu mengandungkan anak dulu pun terlebih berat yer...perasaan untuk makan sangat meluap2 waktu tu...jd tak yah takut sangat la kalau naik berat bedan tu...apa yg penting u & baby sihat...

    ReplyDelete
  7. ziha, kau dah beli ke belly belt tu? kat mothercare sgt mahal! aku ade jumpa online murah sket

    http://www.littlewhiz.com/pd-belly-belt-combo-kit.cfm

    tapi tak sure dah masuk postage ke tak and dia tulis preorder so tak tau bile bleh dpt. aku pakai gak belly belt tu tapi aku beli kat kulai RM5 je. hahah. aku berjaya pakai jeans sampai bulan ke 4 tapi lepas tu dah sendat kt tempat lain plak. untuk baju kurung mmg sgt berguna

    ReplyDelete
  8. bile baca ko nye BMI story terasa diri ini amat dihujung dunia bile mendengar 'Berat Ideal'. KERNA?!
    sbb berat aku dah meningkat dgn jayanya... so terasa diperli pule...kerna..ko meningkat sebab ade janin yang menempel di dalam belly itew...tapi berat aku meningkat kerana ade lemak2 yg semakin banyak nak menempel kat belly aku...aaaaaaaa...aku pun sgt paranoid dgn obesiti...uwaaaaaa....nak diet...tp asyik nk mkn jek!!! grrrrrrr....cane nihhhhh!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. haa...masalah yg same xeea, tp tak kire la BMI tu, cuma bile tatap berat waktu timbang 1st cek up tu..hadoih, dah mencecah berat waktu zaman obes dulu! tu yg sgt seram tu!

    dan sgt berterima kasih di atas info belt tu. mmg tercari2 jgk (tp takde la usaha sgt hehe) kat klcc je ade eyh? hehe bole pegi risik.

    ReplyDelete
  10. misha :
    mak kita membebel perkara yg sama la. tak habis2 suro jaga makan. katanya, nti susah nak turun berat badan. uwaaaa!!

    yatie chomeyl :
    ai mkn biskut tiger cicah milo. terbaikk!!

    reen :
    entri lepas kan ada tu. perkara best mana bole tunjuk selalu. barulah eksaited :p

    goblogbyfarah :
    sy pun tgk org pregnant tu sexy. tp bila diri sendiri mengalami, tatau lah nak kata tang mana yg sexy tuh. tsk.

    ummu :
    seriously? ko tukang tilik, eh? hee

    oh my. ubat2 yg dr bagi pun tak termakan. inikan pulak nk mkn supplement. tp mmg ramai jugak yg suggest spirulina tu. thnx for the tips!

    lynn hamzah :
    tu lah. as long as baby sihat dan ceria, ai dah cukup bahagia. chewah.

    fid :
    wahhh!! tp pre order la kan. jenuh nak tunggu tu. silap2, samapi kang, dah tak muat nak pakai. thnx neway.

    pergh. dpt rm5 je. cheit. jenama siam ke ape tu? :p jeans bole muat lagi tp sendat kat perut. sian kat baby dlm perut. tersepit. heh.

    dayah :
    err.. tade niat, oke. ko yg terasa sendiri :p

    its ok, babe. tu lah tanda ko dah bergelar ibu. bukan semua orang bole dapat, tau *ayat penyedap hati sendirik jugak*

    hanie :
    kan? saiko gila tiap kali nak kena naik alat penimbang.

    yup, so far ada kat klcc je. kat store lain dah habis stok katanya. u can give it a try.

    ReplyDelete
  11. ish..ade ke jenama siam. mmg belly belt ori tu. kedai yg aku beli tu dia amek brg2 dr australia. mcm2 aa ada. abg aku sll beli brg2 baby yg branded kt situ. tapi ade used items la.

    ReplyDelete
  12. fid :
    beshnye! tp kat kulai, huh? jaoh la pulak. ko pun satu, lenkali war-warkan dulu sebelum pi beli. boleh aku kirim satu. jimat bape puluh hengget dah tuh.

    slambe ah ko beli bundle, pastu ko jual balik. ko jual rm 30 pun, orang nak aku rasa sbb kat mothercare mahal gile. huu

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.