Monday, October 26, 2009

Diari Seorang Petani Terhebat.

Ingat lagi kisah-kisah sepanjang aku jadik suri rumah terhebat?

err. Sekarang pun masih hebat, apa. Cuma gelaran tu aku sandang pada hujung minggu je lah. Hari-hari biasa, aku jadik anak (menantu) emas. heh.


Masa aku jadik suri rumah sepenuh masa dulu, tak pernah tergerak hati sikit pun nak bercucuk-tanam keliling rumah. Walaupun suri-suri rumah yang lain kemain gigih berlumba buat taman bunga jadian kat depan rumah masing-masing. Aku lagi seronok duduk goyang kaki, ternak blog dan hafal dialog cerita kat TV *rindu saat ni. tsk.*


Tapi, bila dah jadik suri rumah hujung minggu, boleh pulak aku gedik mintak kat Cfu tanam pokok cili lah, pokok kunyit lah dan kalau boleh, kangkung, bayam, ubi kayu semua pun aku nak.


akept 017

Tengok tengok. Baru tanam, dah berbuah. Petani upahan saya memang hebat *tepuk! tepuk!*


Semua gara-gara sayur yang dibeli tak dapat tahan lama duduk dalam fridge. Baru minggu lepas aku beli, balik minggu satu lagi, habis layu dah. Tu yang rasa macam rugi. Kalau lah sayur hidroponik masih ‘in’, lama dah aku paksa Cfu beli nak tanam kat balkoni.


Dua minggu lepas, Cfu pun terpaksa menjelma jadik petani demi nak melayan royan bininya kali ni. Habis seluruh pelusuk nurseri dia pergi semata-mata nak belikan aku pokok cili.


akept 014

Yang ni pulak, entah apa namanya. Pokok hiasan. Memang sengaja carik yang tak payah susah-susah nak jaga. Siram air dan baja pun sekali-sekala.


akept 016

Akhir sekali, tanam kunyit yang dikutip dari tempat letak bawang kat dapur. haih. Nampak sangat jarang memasak sampaikan kunyit pun dah tumbuh pucuk.


akept 019

Tumbuhlah.


Dan, sekarang sama-samalah kita berdoa agar kebun-boleh-dimakan (edible garden) ni tak mati sebelum usia. Semoga petani upahan akan membela mereka dengan penuh dedikasi. Harap-harap, kejadian seperti berkabung tidak akan berulang lagi.


oh. Lupa. Ada satu lagi.


akept 018

Memperkenalkan, petani upahan terhebat saya. Beliau merupakan petani hidup paling panas (the hottest farmer alive) yang pernah dijumpai *bodek*. Terlalu hot sampai buatkan ai ingin menyanyi, You make so hot, make me wanna drop *bodek lagi*

err.. mintak Wii satu, yang! *buat muka paling kasihan*



HER : Esok pagi, berangkat ke negeri Cik Siti Wan Kembang selama 3 hari. Nak borong Corelle, bonus ciput sangat lah pulak.

Thursday, October 22, 2009

Rasa Tak Seksi Bila Berperasaan Macam ni.

Kali ni entri emo lagi.


Habis laa kamu asal masuk sini je, emosi jadik roller coaster. Kejap emo, kejap hepi. Tapi, aku pun manusia biasa jugak, kan? Bukan robot. Kalau aku Transformers ke, takpe jugak, boleh menjelma jadik Skyline yang seksi.


Hakikatnya, aku pun punya hati dan perasaan sama macam kamu. Dijentik sikit, goyanglah dia. Dilastik batu, luka segaris. Tapi, kalau dah sampai tahap macam disiat-siat, memang cedera parah lah jawabnya. Pembedahan plastik pun belum tentu boleh rawat parut yang ada.


Aku dapat berita kurang baik daripada rakan sekerja. Pasal status borang permohonan pindah yang aku dah hantar. Sampai hati ‘orang kita’ menganiaya orang dia sendiri. huh. Malas lah aku nak ulas panjang. Kang jadik makin berang.


Percayalah.

Di sana tetap ada KARMA.


raya 179

Rindukan damai hati ini.



HER : Kalaulah boleh ulang tayang tiap perkara buruk yang kita pernah buat kat orang lain, aku nak rekod dan burn dalam DVD biar orang tu boleh tengok berulang kali dan menyesal senyap-senyap dalam hati.

Tuesday, October 20, 2009

Entri Berani Mati.

AMARAN : Entri ni berbaur dengan perasaan carca marba. Selalu aku pendam dalam hati je tapi kali ni, tak boleh tahan lagi. Nak jadik nanah dah ni.

CIMG0950

Rasa macam mau lompat tinggi-tinggi.

***

Pagi-pagi aku dah bad mood sebab tak dapat contact Cfu sejak dari malam tadi. Tambah memburukkan keadaan, bila aku dah beriya-iya kemas barang konon nak kena pindah bilik hari ni, tiba-tiba tak jadik pulak. Dengan alasan, aku kan dah nak berambus pergi kampus cawangan Kemaman tak lama lagi.


arghh. Aku benci bila orang sebut-sebut pasal Kemaman ni. Otak aku serabut. Aku sangat tak bersedia nak ‘bukak buku baru’ kat sana pulak. Rumah apa semua pun tak carik lagi. Benci orang layan aku macam pendatang haram. Sikit-sikit nak highlight yang aku ‘orang Kemaman’. Bosan, tau tak. Bosan.


Masuk pukul 11 nak mula kelas. Hangin satu badan carik kunci makmal tak jumpa. Dah guna, tak reti pulang kunci semula. Tak boleh bukak makmal, macam mana nak bagi student pakai komputer? Takde komputer macam mana nak ajar subjek komputer? Nak aku ajar guna air liur? Lepas tu suruh budak guna imaginasi sendiri bayangkan depan mata ada PC.


ha’ah. Elok lah tu. Kat Misi dan Visi kemain lagi cakap nak lahirkan pelajar berkemahiran teknikal tinggi, hands on yadda yadda. Kemahiran taik kucing.


Lepas tu, tadi dapat call dari orang admin suruh alih kereta. Ni satu lagi masalah negara. Kampus tengah bandar, parking sikit punya ciput. Yang ada tu pun, nak kena bubuh kupon.


Seminit seposen. Aku keja 9 jam sehari. Kali pulak dengan 5 hari seminggu. Kali 4 minggu sebulan. Kali dengan setahun? Sebab tu aku dah kumpul ‘surat cinta warna merah jambu’ setebal sepuluh inci. Ingat senang-senang ke aku nak bagi orang lain makan duit titik peluh aku.


Tengah nak sejukkan hati, masa aku duduk berehat join orang lain buat mesyuarat tingkap, tiba-tiba datang pulak seorang pegawai bukak kes perkahwinan jarak jauh. Dia hairan kenapa ramai pasangan suami isteri zaman sekarang sanggup duduk jauh-jauh demi kerjaya. Dia selaku orang lama, kurang setuju.


Katanya,

“Awak semua patut timbang-tara antara keluarga dan kerjaya. Salah seorang mesti berkorban. Pilih keluarga atau kerjaya. Apa yang awak nak sebenarnya dalam hidup. Mesti ada prioriti. Saya tak faham macam mana orang-orang muda macam awak handle isu PJJ ni. Bukan benda kecik. Banyak side effects. Boleh makan diri kalau lama-lama.”


Aku diam je.

Dah memang jadik tabiat aku, akan diam kalau rasa taknak bercakap tiba-tiba. Walaupun sebelum tu mulut aku dok potpetpotpet macam bertih jagung. Cfu selalu tension dengan perangai buruk aku yang satu ni.


Dalam diam tu, aku ada jugak terfikir, apa sebenarnya yang aku mahukan dalam kerjaya sekarang. Semakin lama, makin tak ada hati nak kerja kat sini. Kepuasan kerja, jauh sekali.


Sumpah.

Dah berjuta kali aku niat nak berhenti.


Nak buat kerja yang betul-betul kena dengan jiwa dan diri. Tapi, tiap kali terpandang muka-muka student yang ikhlas datang dari jauh nak tuntut ilmu, aku jadik tak sampai hati. Mereka lah aku punya punca rezeki.


Tengok gambar ni, buat aku fikir sepuluh kali nak berhenti. Teaching is my passion. err.. kot.



HER : Selalu kagum dengan orang yang nekad dengan keputusan nak berhenti kerja walaupun belum tentu kerja masa akan datang terjamin lebih baik. Memang berani mati, lah.

Sunday, October 18, 2009

Angan si Minah Jenin.




Sepuluh kali tengok, sepuluh kali lah aku terbahak-bahak.
(Sumber)


Obviously, I'll go for red.


aiiii.. berjanggut nak tunggu cecah seribu. Nak kumpul gaji, mau kempunan le jawabnye. tsk.
(Sumber)



HER : Duit banyak habis tabur atas jalan, je :(

Tuesday, October 13, 2009

Muhasabah Tahunan.

Bersiaran langsung dari negeri Jelapang Padi.

Dah tiga hari aku kat sini. Sempatlah merasa the oh-so-famous char kuey teow dan laksa utara sampaikan tak sedar dah lebih sepuluh hari aku abaikan xeatopia rupanya. Patutlah ada orang dok refresh page ni berkali-kali tapi pulang dengan hampa sebab takde update apa-apa. heh.


Tak tahu apa nak cerita.

Otak aku ni tengah tepu dengan terma dan formula subjek IT. Dulu aku ada terfikir, tak boleh ke kalau kita ni belajar je, lepas tu tak payah ambik periksa. Selalu berdoa dalam hati supaya bilik kebal yang simpan kertas periksa tu terbakar dipanah petir. Jadik, tak payah sibuk belajar untuk lulus periksa. Alih-alih sekarang, aku yang pulun gubal soalan periksa. Ngada-ngada.


oh. Alang-alang dah merapu ni, aku cerita sikit la sambutan ulangtahun perkahwinan pertama aku dan Cfu. Macam biasa, Cfu sorang je yang pandai buat surprise. Aku memang bebal kalau masuk bab tu. Reti direct to the point je. Kat sini kemain berpuisi romantik bagai. Padahal, hati macam kayu.


pizza 004

As sweet as you.

Dan, macam biasa jugak aku akan terharu nyaris nak meleleh air mata dengan tiap surprise yang Cfu buat untuk aku. ‘Nyaris’ je ok.


Sepanjang setahun hidup sebumbung dengan Cfu, macam-macam perkara aku dah belajar. Contoh paling mudah, macam mana cara nak handle bunyik dengkur macam guruh di kala malam bulan mengambang. *Sebelum teruskan cerita, nak mintak ampun awal-awal dulu kat Cfu. Ai tak nak jadik bini derhaka, you*


Mula-mula kahwin dulu, aku mesti naik angin bila Cfu tidur berdengkur sebab rasa betul-betul terganggu tahap dalam mimpi pun boleh dengar, tahu. Siap sumbat telinga dengan hujung kain. Bila dah masuk setahun dengar tiap malam, aku jadik susah pulak nak tidur bila tak dengar bunyik dengkur Cfu.


Ironi, bukan?

Betapa Tuhan ciptakan setiap pasangan tu untuk saling melengkapkan. Macam main susun puzzle. Hilang satu bahagian puzzle, maka cacat lah keseluruhan rupanya.


Setahun usia perkahwinan masih belum cukup nak mematangkan aku lagi. Banyak lagi perkara yang belum diterokai. Terlalu banyak lompong dalam diri aku yang masih tidak diperbaiki.


Bukan mudah rupanya hendak bergelar seorang isteri kepada suami, anak kepada ibu bapa mertua dan adik-beradik kepada ipar duai. Terlalu berat beban yang perlu digalas sampaikan kadang-kadang bahu ni macam tak termampu nak memikulnya.


Buat rakan-rakan di luar sana, yang dah berura-ura nak dirikan rumahtangga, persiapkan mental dan fizikal secukupnya. Perkahwinan tu bukan setakat sehari. Habis kenduri, bukan bermakna dah selesai semuanya.


Hakikatnya, tu adalah titik permulaan kepada suatu perjalanan yang lebih panjang sebenarnya.


HER : Tak sabar mahu terbang pulang ke sarang.

Saturday, October 3, 2009

Puisi Kontot buat Sang Arjuna.

hepiyeay

Makan besar. Ketawa besar. Hari besar.

Lepas tu, dua-dua makin hari, makin membesar.

***


Terima kasih sebab kutip saya waktu saya rasa terbuang.

Terima kasih mahu jadi tongkat saya tika saya tiba-tiba tempang.

Terima kasih kerna lindungi saya di kala gelap mahupun terang.


Semoga bila nanti sampai saat kedut tumbuh melata di muka,

mata pun dah tak boleh nak beza huruf alif ba ta,

kamu masih lagi setia,

sudi temani saya,

hingga hujung nyawa.


image

Tahun Satu.


Yang Benar ;

Kekasih busuk awak.

:)



HER : Kalau bayi, usia satu tahun masih lagi belajar bertatih.