Sunday, September 27, 2009

Ceritera Raya.

Sakan betul aku beraya.


Blog, fesbuk apa semua letak tepi. Baca komen pun sipi-sipi. Kamu patut ucap tahniah kat aku sebab berjaya mengharungi saat-saat genting pagi raya jauh dari famili. Menitik-nitik air mata masa bersalaman dengan keluarga sebelah mentua sebab rasa rindu sangat-sangat kat keluarga sendiri.


raya 033

Tahun ni jugak merupakan tahun pertama aku bagi duit raya kat anak-anak buah, sepupu sepapat dan pakcik makcik menakan semua. Selama 25 tahun sebelum ni, kerja menerima je.


Dah la first time, tup-tup terus nak kena bagi kat dua belah keluarga. Boleh tahan pokai jugak lah. Terkulat-kulat aku buat senarai untuk bajet duit raya yang penuh satu kertas A4. Tapi, terasa macam satu kepuasan pulak bila hulur duit raya kat saudara mara, diorang cakap terima kasih dan ucapkan moga terus dimurahkan rezeki.


Ucapan orang yang menerima tu kan umpama satu doa.


Lebih-lebih lagi yang keluar daripada mulut kaum keluarga kita. Lebih baraqah, gitu. Baru lima minit tadi aku berhabis 300 bagi duit raya, dan-dan petang tu jugak dapat berita yang online business Cfu tiba-tiba laku macam pisang goreng panas. Syukur.


What goes around, comes around.

Aku percaya yang lagi banyak kita memberi, lebih banyak Tuhan akan pulangkan semula kat kita. Insyaallah.


Oh, lupa nak cerita. Kat Johor, aku masih dapat duit raya, tau. Cfu pun merasa la tumpang sekaki. Boleh tahan jugak lah hasil kutipan kami. Lepas lah kalau nak buat beli beras segantang. heh. Mungkin kalau dah ada anak nanti, bahagian duit raya untuk aku tu, dah beralih tangan kot. Rezeki anak-anak pulak. ewah.


Nah, dah nama pun raya, mesti la ada gambar sekeping dua.


raya 035

Syawal pertama.

Gambar skema mesti ada.


raya 039

alohlohloh kiutnya dua-dua :p


raya 047

Selamat Hari Raya, Tok.


P9210140

Syawal dua.

Di Johor, jakun tengok rumah tinggi tok saudara.


raya 065

Pria-pria terhebat saya.


raya 061 Foto’gedik’ bersama bunda.

Syahdu pulak bila teringat pesan Mak masa bermaafan hari tu,

"Tahniah, dah beraya sebagai seorang isteri. Jaga hati suami dan keluarga mentua sepenuh hati walaupun hati sendiri kadang-kadang terguris. Adat bergelar isteri. Tu lah namanya asam garam rumahtangga." tsk.


raya 139 raya 084

raya 104 raya 127

Syawal tiga.

Ikut rombongan meminang hantar tanda.


raya 187

raya 186 raya 184

Syawal empat.

Pusing keliling rumah kawan-kawan terdekat.


raya 171

Syawal lima.

Singgah Kuantan, Juju naik singgahsana.


raya 167

Syawal seminggu.

Balik Ganu. Esok kerja bertimbun dah tunggu.

:(



HER : Tiba-tiba rindu gila kat Cfu cinta hati saya nun jauh di sana.

Saturday, September 12, 2009

Syawal yang Dinanti.

Tahun ni merupakan Syawal pertama kami sebagai suami isteri.


Aku dan Cfu dah bersepakat nak sambut di Terengganu. Sebagai isteri, aku wajib mendahulukan keluarga sebelah suami. Tapi, jauh di sudut hati, dah tentu aku rasa berdebar nak menghadapi kali pertama sambut 1 Syawal jauh dari famili. tsk.


Perkara yang akan paling dirindu nanti dah tentunya waktu malam raya. Semua keluarga akan berkumpul kat rumah nenek di kampung dan Abah akan mengetuai laungan takbir raya beramai-ramai. Masa tu, akan terselit satu perasaan syahdu yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.


Lepas tu, layankan adik-adik dan anak-anak saudara main bunga api kat laman. Pasang pelita keliling rumah. Sambil tu, tolong arwah nenek anyam ketupat. Takpun, Abah bawak pergi bazaar tengah malam yang lelong kuih raya lima balang sepuluh ringgit. Paling best, baring ramai-ramai depan TV tengok cerita drama raya takpun Sampaikan Aidilfitiri sampai dinihari. Meriah.


Tak tahulah kat sebelah keluarga mertua nanti sambut malam raya macam mana. Malam 7 likur ni pun, aku tengok macam tak berapa meriah macam kat Johor. Satu, dua buah rumah je yang ada pasang pelita. Takde jugak pasang lampu warna-warni.


Bukan jadik adat kat sini, agaknya.


Paling rasa sayu, tiap kali nak berbuka puasa, akan terngiang-ngiang suara Abah atau adik lelaki tunggal mengetuai bacaan doa. Keluarga sebelah mertua jenis baca doa sendiri-sendiri dalam hati. Sebab tu, aku selalu meroyan tiap kali nak dekat waktu bukak puasa ataupun selepas nya. Rasa lain sangat-sangat. Lagi pulak suami takde di sisi. Makin dasyat lah penangan royan nya.


Tiap kali lepas Tarawikh pulak, semakin kuat rasa rindu nak balik rumah. Rindu nak 'moreh' lepas Tarawikh. Kat sini, habis sembahyang, masing-masing terus balik rumah. Takde toleh kanan kiri dah. Sebab sembahyang kat masjid besar kot. Lainlah kalau famili aku kat Johor nun, lebih gemar buat kat surau taman perumahan kami. Orang di kanan, kiri, depan, belakang, semua kami kenal. Tu yang rasa macam lagi seronok kot.


Walau apa pun, raya kat mana-mana pun sama je.


Asalkan dengan kehadiran ahli keluarga di samping kita, selagi tu lah raya kita akan lebih bermakna. Tak kiralah keluarga sendiri ke keluarga mertua. Dua-dua pun aku cinta.


Salam Aidilfitri buat semua.

Maaf Zahir Batin.

:)


xperiment 055 Rindu.



HER : Buat ayahbonda dan adik-adik, nantikan kepulangan Along pada malam raya pertama ataupun raya kedua nanti. Insyaallah. *Tak sabar*

Wednesday, September 9, 2009

Refleksi.

LOL crop

Sedangkan lidah dan gigi yang duduk sekali sejak azali pun boleh tergigit, inikan pulak dua insan yang berasal dari dunia berbeza buat kata putus nak sehidup semati.


Aku mogok dengan suami peliharaan kelmarin.


Punca sebenar?

Tak dapat dikenalpasti.


Tiba-tiba aku saja carik pasal hangin satu badan. Biasalah, orang perempuan. Walaupun pokok pangkal cerita akhirnya tunjuk dia yang salah, seboleh-boleh tak nak mengaku kalah. Muncung sedepa macam galah. Boleh buat sangkut baldi, hah.


Puas lah Cfu pujuk dengan mengumpan itu ini. Bagi makan sedap dan dodoikan satu malam. Haram, satu sen pun aku tak layan. uihhh. Adegan jual mahal mesti ada. Kalau tak, bukan perempuan lah namanya, kan. Saja nak mengemis perhatian suami. Lebih-lebih lagi stok yang duduk jauh-jauh macam kami ni, kan.


Tidur malam, masing-masing gigih menghadap dinding. Kat mulut kemain sumpah seranah tak nak kawan dua hari. Tak nak masak sedap-sedap lagi dah. Nak balik Terengganu cepat-cepat lah. Macam-macam lagi, Nauzubillah.


Padahal, dalam hati, sibuk merungut “cepatlah pujuk lagiiii, peluk kuat-kuat ke, cium dalam-dalam ke, takpun buatkan Milo ais kaw special ke. eishhh, cepatlahhhh tu pun tak faham-faham lagi ke?” Paling tak boleh blah, konon tak nak kawan dua hari, belum pun dua minit, dah menggelupur tak boleh tahan.


Mujur aku antara orang paling bertuah dalam dunia. Punya suami yang rajin nak melayan kerenah isteri tatkala diserang sawan raksasa tiba-tiba. Dan, paling penting, pandai memujuk walaupun dah terang lagi bersuluh, aku lah yang tertuduh bersalah dalam satu-satu hal tu.


Tu lah. Air yang tenang, jangan disangka tak ada buaya. Pasangan yang sentiasa nampak macam menawan keluarga bahagia pun, tetap ada pasang surutnya.


Asam garam rumahtangga. Tak mampu nak luah secara direct, kat sini lah aku muntahkan semuanya. Jatuh bangun hidup, sini jugak aku peram. Cerita sorak gembira, tak pernah kamu aku lupakan. Kamu pun dengan kecik tapak tangan sudi mentadah. Tanpa jemu.


Buat kesekian kalinya.

Kita sandarkan semua pada kenangan.

ewah.


hepi 012

Tengok. Mogok-mogok pun, kemain mulia lagi aku masakkan beraneka lauk-pauk buat bekalan stok untuk Cfu berbuka puasa sepanjang peninggalan aku pulang ke Ganu nun. Tinggal nak reheat dalam microwave dan masak nasik basmathi je. eisyy. Mithali betul. Bini siapa lah ni :p



HER : Entri tribute sempena Ulangtahun Pertama Xeatopia enam hari lagi. Terima kasih kerana sudi pinjamkan bahu untuk aku bersandar pada saat-saat perlu. Ciuman terbang untuk semua, Ai Lev Yu!

Saturday, September 5, 2009

Resipi #04 : Tiramisu.

Macam biasa, bila dah ada kat rumah sendiri, aku pun kembali ligat bersilat kat dapur kecik kesayangan. Kalau kat rumah mentua nun, segan sikit lah kan nak tunjuk skill. Takut tak kena kat selera diorang la pulak.


cheit. Alasan tak boleh blah.


Lagipun, bila masak kat dapur sendiri, kau nak tunggang-langang terkangkang ke apa, mak mertua tak geleng kepala. Pendek kata, lebih selesa lah. Nak buat eksperimen resipi baru pun macam best sikit. Mana la tau kot-kot tak jadi ke, boleh jugak nak merengek gedik manja kat suami mintak tolong dia tapaw kat luar. heh.


Sempena Ramadhan ni, mempersembahkan…

induksi 128

Tiramisu.

Cubaan pertama dan terus menjilat jari weh.

pergh. pergh. pergh.


Aku tau, kamu mesti terliur habis. Nah, ambik resipi. Terlampau senang ya amat! Petang ni jugak boleh buat, malam kang dah boleh makan masa berbuka. Tak pun makan masa bersahur pagi-pagi nak hilangkan taik gigi macam yang aku selalu buat. err.. kantoi bangun sahur tak gosok gigi :p


Bahan-bahan :

1 buku kek

250 g cream cheese (aku guna brand Philadelphia)

150 g plain yogurt (tak kisah la brand apa pun)

1/2 cawan castor sugar

Sedikit bancuhan Nescafe


Cara-cara membuatnya :

1. Macam buat Trifle jugak, hiris kek nipis-nipis. Lepas tu, susun elok-elok kat dalam bekas.

2. Beat cream cheese, plain yogurt dan castor sugar sampai kembang. Campur sikit bancuhan Nescafe. **kadang-kadang campur dengan biskut Oreo pun chare jugak.

3. Letakkan adunan cheese tadi kat atas lapisan kek. Ratakan.

4. Susun lagi kek kat atasnya. Pastu, masukkan lagi adunan cheese. Ulang buat lapisan kek dan adunan cheese sampai habis.

5. Lapisan atas sekali, tuang dengan lebihan bancuhan Nescafe. Saja taknak bagi nampak pucat sangat. Kadang-kadang, orang tabur je dengan serbuk Nescafe.

6. Sejukkan dalam peti sejuk 2-3 jam.


Siap!


Gigih aku bubuh resipi ni.

Jangan tak buat pulak, tau!



HER : Berangan nak buat biskut Famous Amos kegemaran. Tapi, oven pulak takde. Any suggestion brand oven paling bagus dan murah? Untung-untung dapat bonus raya, merasa la aku pakai oven baru :p

Tuesday, September 1, 2009

Senti-mental.

Tamat sudah tempoh masa yang dipinjamkan Tuhan selama dua minggu untuk berasa dekat dengan si belahan jiwa tercinta.


Syukur diberi peluang oleh-Nya untuk merasa nikmat bersahur dan berbuka puasa dengan insan terpenting dalam hidup walaupun dalam masa yang sekangkang kera. Kalaulah ditakdirkan aku 'tutup mata' tiba-tiba, aku akan pergi dalam keadaan redha dan berlapang dada sebab dah tertunai hajat yang didamba.


Kini, terpisah semula oleh jarak 500++km jauhnya.


Menjalani kehidupan 'bujang' seperti sediakala. Yang sini makan kari, yang sana makan megi. Kalau sini makan budu, yang sana gigit kuku. Begitulah adanya.


Semoga terus kuat.


induksi 119

Dan, kembali meneruskan rutin mingguan tanpa mengenal erti sangap. dan sembap.


induksi 127

Sebahagian daripada pelaburan tetap. Kalau digolok gadai, mau laku jugaklah nak buat down payment sebijik Honda. Saja nak simpan. Boleh jadik bukti alibi pada masa-masa yang tak terjangka akan datang. Boleh jugak jadik barang sentimental, kata orang.


Bila sebut pasal sentimental, teringat pulak masa baru-baru kahwin dulu.


Aku cukup aneh bila bukak je almari baju Cfu, ada beberapa helai 'kain buruk' duduk kat dalam tu. Setiap kali aku keluarkan, tengok esoknya dah ada semula kat dalam almari. Sampailah satu hari, aku nampak Cfu pakai 'kain buruk' tu. Ingatkan dia tersalah pakai ke apa, aku pun tegurlah,


"Kenapa pakai baju tu? Bukan tu kain buruk ke?"

Punya lah menyirap si Cfu bila aku buat statement gitu.


Rupa-rupanya, tu baju favorite dia. Dia kata, "ni LA Lakers, beb". Baju tu kira macam azimat laa tiap kali dia nak turun main basketball dulu. Pendek kata, tiap kali sarung baju LA Lakers tu alamatnya, dia mesti jadik star of game lah pada hari tu.


Sebab tu, dia masih simpan baju tu sampai sekarang. Dan, kalau boleh, nak diwasiatkan kat bakal anak-anak kami nanti kot. Tatau la macam mana rupa baju tu bila sampai tahun 2020 nanti. Sekarang ni pun, tiap kali lepas basuh, (kena guna net, ok. kalau tak, berbelit-belit kat baju lain) aku tak tau macam mana cara nak gantung kat hanger. Serebeh sana, serebeh sini, dengan benang koyak rabak yang berselirat. haih.


Mujurlah aku tak sempat buang dulu. Kalau tak, mau mogok lapan puluh lapan bulan gamaknya laki aku. Sejak tu, tiap kali kemas barang, mesti aku nak kena tanya dia dulu, satu-satu barang tu, penting ke tak, boleh buang ke tak, walaupun kalau kamu tengok memang dah takde rupa barang lagi dah. Memang dah layak duduk muzium pun.


bulan   madu 2 120

Tu lah orang kata, tiap orang ada nilai sentimental masing-masing.


err.. tumpang lalu ye suami peliharaan ku sayang :p



HER : Pengajaran buat bakal-bakal isteri, selidik dulu barang sentimental milik suami kamu. Takde lah nanti, porak peranda rumah tangga hanya kerana kamu 'ter'buang harta kesayangan suami.