Saturday, July 25, 2009

Momen Emas.

Kalaulah kami punya kuasa sakti, lama dah masa yang diluangkan untuk melakukan aktiviti secara bersama, betul-betul bertukar menjadik emas.


Emas padu.

Mahal, berkualiti dan tahan lama.


Duduk berjauhan, kadang-kala ada jugak baiknya. Setiap kali ada peluang untuk berdua, kami akan sempurnakan sebaik mungkin tanpa tercicir hatta sesaat pun. Agar ia betul-betul menjadik masa berkualiti. Biarpun cuma punya sekelumit masa, ia sudah ‘cukup mahal’ dan sangat dihargai oleh kami. Sampai mati.


Betul kata orang, kita hanya akan tahu menghargai bila kita tidak lagi memiliki.


bulan   madu 2 089 Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan. Sila sila. Jangan malu jangan segan.


bulan   madu 2 023 Jangan ditanya berapa bintang. Aku kalau duduk kat ceruk mana pun asalkan ditemani suami peliharaan, dah cukup buat aku rasa dikelilingi oleh bebintang nan terang. ewah.


bulan   madu 2 001

The Legend Water Chalet

Betul-betul atas air, weh. Sangat sesuai untuk berehat dan carik kedamaian. Destinasi yang agak romantik untuk pengantin baru berbulan madu. err.. pengantin lama pun apa salahnya. Tak lupa jugak untuk si kaki pancing.


bulan   madu 2 008

Keluar balkoni bilik je, boleh selamba layan pancing siakap barang seekor dua sambil ber hi hi bye bye dengan jiran bilik depan dan sebelah-menyebelah. Lupa nak bawak joran? Jangan risau. Hotel ni ada sediakan perkhidmatan sewa joran, mata kail, umpan segala bagai. Bubu pun ada kau. Kelas tak kelas.


bulan   madu 2 029

Masuk dalam bilik je, disambut dengan ros merah harum semerbak yang bisa menyemarakkan lagi mood bulan madu anda. ehem.


bulan   madu 2 005

Disambut jugak dengan welcoming drink yang kelihatan amat menggiurkan ini.


bulan   madu 2 036

Bicarbonat drink perisa blackcurrant. Minum masa tengah-tengah cuaca panas gini. pergh. Sorgaaa.


bulan   madu 2 030

Nak-nak pulak minum berdua pakai gelas kaki tinggi sambil duduk tepi tingkap layan angin sepoi-sepoi menghembus pipi. Memang perasan romeo juliet habis laa masa ni. Juliet muka jawa pun kira aci lah, kan.


bulan   madu 2 035

Executive suite. aumm :p


bulan   madu 2 025

Pentagon bath tub. aummm lagi :p


bulan   madu 2 007

Tak lupa jugak dua pasang persalinan yang sangat hot dan cenderahati daripada Crabtree & Evelyn. Perfecto!


And the BEST part is..

.

.

.

This !

bulan   madu 2 028

Gila ah ding dong. Boleh layan candat sotong kat dalam bilik! Tak payah susah-susah nak mabuk laut naik bot melawan ombak badai menghempas pantai.


bulan   madu 2 099

Ok ok. I’m a bit over excited. Glass panel ni, boleh see through je. Gila apa dia nak buat benda alah ni boleh bukak-katup. Mau ada pulak kes orang bunuh diri terjun laut ikut sini nanti. Glass panel ni jugak lah yang buat Cfu histeria tiap kali terpijak. Memang dasar gayat. Nak buat macam mana, walaupun luaran beliau kelihatan gagah perkasa :p


bulan   madu 2 037

Yang tinggi nun, hotel ape ntah namanya. Lupa. Tapi, kat The Legend ni, selain bilik atas air, ada jugak yang jenis gitu. Bilik Tower Seaview kalau tak silap. Boleh tengok laut dari pandangan atas pulak. Tapi, tak seswai laa kan kalau kamu ada bawak orang jenis gayat kronik macam Cfu. heh.


bulan   madu 2 092

Pondok ni pulak tempat yang paling sesuai untuk bercengkarama di bawah bulan purnama.


bulan   madu 2 093

Menempatkan Jacuzzi yang macam tersembunyi gitu. Agak-agak nak privacy sikit, boleh lah tutup tirai kat keliling tu. Bukak dari pagi sampai malam. Boleh lah menjelma jadik badak berendam selama berjam-jam sampai puas.


bulan   madu 2 040

Dah puas berendam, boleh bawak diri pergi sauna pulak. Sesuai lah untuk sental daki mana-mana yang patut. Bagi licin berkilat lagi seksi :p


bulan   madu 2 041 Lepas tu, jangan lupa singgah kat spa refleksologi yang ala-ala ni. Tapi, buat pengantin baru, tak digalakkan kot nak buat refleksologi. Mana la tau kot-kot bunting pelamin ke apa. Tak pasal-pasal je, boleh miscarriage tau. Macam kes Erra Fazira dulu.


err.. tiba-tiba penat pulak nak taip.

Nak menggodek gambar lagi. Banyak lagi agenda yang nak diceritakan sebenarnya ni. Kita sambung entri lain kali, ok. Buat siri dua pulak eh.


Sebelum tu, mari sudahi siri satu dengan gambar ini.

bulan   madu 2 102 Dulu lupa nak beli.


Aik, Port Dickson lagi?

Nok buek camno eih jang. Doh tu yo den termampu setakat ni. Lain la ekau nok sponsor den poie london ko, paris ko.. Boleh la den boli fridge magnet made in oversea pulok.



HER : Masih kelam kelibut dengan minggu kemasukan pelajar baru. Selamba je laa student2 baru ni panggil aku ‘akak’. Bila masa pulak lah mak aku beranakkan kau, weh.

Wednesday, July 22, 2009

Akan Datang.

bulan   madu 2 096chewah chewah.

Dah pandai main teaser2 laa pulak si minah senget nih.

:)



HER : Student baru masuk. Sibuk jadik cheti nak kutip yuran, weh.

Monday, July 13, 2009

Penyah ‘toksik’ tinjaan.

Masa kecik dulu, Mak dan Abah terpaksa bagi aku makan Appeton sebab terlalu memilih makanan. Aku jadik terlalu kurus sampaikan kulit pun menjadik hitam.


oh. Ini teori Cfu.


Cfu kata, makin gemuk, makin putih sebab kulit akan stretch secara maksimum. Kiranya, sama konsep macam buat face lifting jugak lah. 100% gerenti. Sebab dia pernah mencubanya.


Masa tu, Appeton takde macam tablet bentuk bintang, hati, kekotak, rama-rama segala bagai yang budak-budak zaman sekarang ni makan. Yang ada cuma dalam bentuk cecair dalam botol. Rasanya sama macam ubat demam warna jambu tu. yucks.


Ingat lagi, kena paksa jugak makan benda alah Appeton ni guna picagari. Susu pun wajib minum tiap malam sebelum tidur. Kadang-kadang, aku main tipu. Tuang separuh dalam sinki. Biasalah. Kecik-kecik dah genius.


Masuk sekolah menengah, kena duduk asrama. Tekak aku tak boleh blah dengan lauk nasik kawah. Tiap kali lepas makan, mesti aku muntahkan semula. Kadang-kadang, sampai tahap jolok anak tekak nak keluarkan semua makanan. Tak pasal-pasal dah jadik Bulimia. Habis dah tak seksi sebab kurus kering aneroxia.


Maka, Mak dan Abah paksa aku makan Appeton semula. Nak pulihkan selera kononnya. Sudahnya, kesan kuasa Appeton berlanjutan hingga ke hari ini. Setiap hari, selera makan tak pernah tak kunjung tiba. Overdose barangkali.


Akibatnya, datang masalah lain pulak.

Sistem penghadaman tak lancar.


uishh. Bahaya tau bila sistem penghadaman tak lancar ni. Kamu bayangkan je lah, makanan yang dah siap hadam dalam perut tu semuanya hampas je. Sebab yang berzat, dah diserap dulu dalam badan. Jadiknya, kalau dah lama duduk dalam usus, tak keluar-keluar, akan jadik racun. Toksik.


Lepas tu, diserap semula oleh badan. Bila badan tak boleh terima, dia akan cuba nak singkir keluar melalui saluran lain pulak. Tu lah jadik kes jerawat, sembelit, bintil minyak, loya, sakit kepala, lemah tubuh badan dan sebagainya.


Dah banyak produk aku cuba. Spirulina, pisang emas dibawa berlayar, sayuran hijau, makanan serat tinggi, air tenaga bio aura lah yadda yadda. Boleh la. Tapi, masih belum memuaskan hati.


Sekarang ni, tiap malam sebelum masuk tidur, aku kemaruk nak tepek pad Kinohimitsu yang sedut toksik menerusi tapak kaki ni. Yang ni, serius tak tipu memang sangat membantu dalam mendapatkan tidur malam yang sangat nyenyak. Bangun pagi je, rasa sangat fresh gitu. Betul weh. Aku sogok kat Cfu suruh dia pakai jugak. Dia pun cakap benda yang sama. Ni bukan iklan promote dapat duit ke apa. Aku cuma kongsi pengalaman je.


wow 054

Masa promosi hari tu, sekotak ni ada 10 pad harga RM 50++. Terus rembat tanpa segan-silu.


kino

Sebelum dan selepas. Lagi hitam, lagi beracun. Dah macam tahap tong bahan buangan toksik haa badan aku.


juv2

Satu lagi, dari dulu aku dah dok ushar yang ini.


Tapi, masih takut nak cuba sebab pernah baca pasal tindak balas ubat ni yang akan sebabkan pengguna buang air secara kerap dan macam-macam lagi kesan sampingan di peringkat awal penggunaan sebab berlaku tindak balas penyingkiran toksin. Kesan ni pun bergantung pada tahap kandungan toksik dalam badan masing-masing.


Ada sesiapa pernah cuba ?

Aku butuhkan testimoni kamu. Serius ni.

Terima kasih daun keladi. Lain entri jumpa lagi.



HER : Ke kamu ada cadangan lain yang lagi bernas dan tuntas?

Monday, July 6, 2009

Penawar Paling Mujarab.

Selama ni, seboleh-boleh memang aku tak nak mengaku.


Aku murung.

Emosi tak menentu.


Sebabnya?

Aku sendiri pun tak tahu.


Tapi, takde lah sampai tahap kena telan ubat macam dulu. Cuma rasa diri sangat terpencil. Sunyi. Dan macam-macam lagi. Mujurlah aku tak terlalu layankan sangat perasaan ni. Kalau tak, mau hanyut tak bertepi.


Selain makanan sedap, ada satu lagi entiti yang boleh buat aku rasa hepi. Famili. Bila makanan sedap (+) famili, maka bersamaan dengan aku hepi kuasa dua. Betul kata Abah. Walau sehebat mana pun sahabat yang kita miliki, keluarga tetap nombor satu di hati.


Tak dapat disangkal lagi.


wow 067

Ditambah pulak dengan lambakan makanan semeriah ni.


wow 068

Dan kehadiran orang-orang ini.


wow 056

Lebih-lebih lagi melihat wajah girang begini.


wow 070

Cukup untuk buat host of the day rasa betul-betul hepi.

Bak kata orang, kalau lah hati ni punya muka, dia pun tengah mengukir senyum puas hati. Macam ni :)


wow 051

Seoul Garden The Table Barbeque People

"The best place to break the ice between your family and the in laws" (xeea, 2009)

Serius. Kamu akan rasa sangat teruja bila lihat ahli keluarga yang malu-malu kucing pada mulanya, bertukar menjadik sangat buas dan gegak gempita bila dah mula berlumba tunjuk taring nak tayang kehandalan memasak masing-masing. Maka, di situlah bermula episod gurau-senda gelak ketawa yang mampu menceriakan hari anda.


wow 049

Bagi close up sikit. Saja nak suruh kamu terlior.


Tak nak BBQ style, steamboat pun boleh apa. Weekend rate for Lunch; RM 26++ , Dinner ; RM 35++ per person. Ada diskaun 25% untuk senior citizen (55 tahun ke atas) dan 50% untuk kanak-kanak. Makanlah sebanyak mana pun yang kamu mahu.


wow 072

The whole family. err.. Angah is missing.

Sori. Kamera murah. Tak kalis gegaran. Tak pasal-pasal Adik Nani jadik manusia halimunan.


DSCN7719

Angah telah menangis sebanyak satu kolam kerana menyesal tidak ikut. Nak dikesali pun tak berguna lagi. Apa yang dimakan dahpun menjadik tahi :p



HER : Kalau boleh, nak perasaan macam ni hari-hari.