Monday, July 13, 2009

Penyah ‘toksik’ tinjaan.

Masa kecik dulu, Mak dan Abah terpaksa bagi aku makan Appeton sebab terlalu memilih makanan. Aku jadik terlalu kurus sampaikan kulit pun menjadik hitam.


oh. Ini teori Cfu.


Cfu kata, makin gemuk, makin putih sebab kulit akan stretch secara maksimum. Kiranya, sama konsep macam buat face lifting jugak lah. 100% gerenti. Sebab dia pernah mencubanya.


Masa tu, Appeton takde macam tablet bentuk bintang, hati, kekotak, rama-rama segala bagai yang budak-budak zaman sekarang ni makan. Yang ada cuma dalam bentuk cecair dalam botol. Rasanya sama macam ubat demam warna jambu tu. yucks.


Ingat lagi, kena paksa jugak makan benda alah Appeton ni guna picagari. Susu pun wajib minum tiap malam sebelum tidur. Kadang-kadang, aku main tipu. Tuang separuh dalam sinki. Biasalah. Kecik-kecik dah genius.


Masuk sekolah menengah, kena duduk asrama. Tekak aku tak boleh blah dengan lauk nasik kawah. Tiap kali lepas makan, mesti aku muntahkan semula. Kadang-kadang, sampai tahap jolok anak tekak nak keluarkan semua makanan. Tak pasal-pasal dah jadik Bulimia. Habis dah tak seksi sebab kurus kering aneroxia.


Maka, Mak dan Abah paksa aku makan Appeton semula. Nak pulihkan selera kononnya. Sudahnya, kesan kuasa Appeton berlanjutan hingga ke hari ini. Setiap hari, selera makan tak pernah tak kunjung tiba. Overdose barangkali.


Akibatnya, datang masalah lain pulak.

Sistem penghadaman tak lancar.


uishh. Bahaya tau bila sistem penghadaman tak lancar ni. Kamu bayangkan je lah, makanan yang dah siap hadam dalam perut tu semuanya hampas je. Sebab yang berzat, dah diserap dulu dalam badan. Jadiknya, kalau dah lama duduk dalam usus, tak keluar-keluar, akan jadik racun. Toksik.


Lepas tu, diserap semula oleh badan. Bila badan tak boleh terima, dia akan cuba nak singkir keluar melalui saluran lain pulak. Tu lah jadik kes jerawat, sembelit, bintil minyak, loya, sakit kepala, lemah tubuh badan dan sebagainya.


Dah banyak produk aku cuba. Spirulina, pisang emas dibawa berlayar, sayuran hijau, makanan serat tinggi, air tenaga bio aura lah yadda yadda. Boleh la. Tapi, masih belum memuaskan hati.


Sekarang ni, tiap malam sebelum masuk tidur, aku kemaruk nak tepek pad Kinohimitsu yang sedut toksik menerusi tapak kaki ni. Yang ni, serius tak tipu memang sangat membantu dalam mendapatkan tidur malam yang sangat nyenyak. Bangun pagi je, rasa sangat fresh gitu. Betul weh. Aku sogok kat Cfu suruh dia pakai jugak. Dia pun cakap benda yang sama. Ni bukan iklan promote dapat duit ke apa. Aku cuma kongsi pengalaman je.


wow 054

Masa promosi hari tu, sekotak ni ada 10 pad harga RM 50++. Terus rembat tanpa segan-silu.


kino

Sebelum dan selepas. Lagi hitam, lagi beracun. Dah macam tahap tong bahan buangan toksik haa badan aku.


juv2

Satu lagi, dari dulu aku dah dok ushar yang ini.


Tapi, masih takut nak cuba sebab pernah baca pasal tindak balas ubat ni yang akan sebabkan pengguna buang air secara kerap dan macam-macam lagi kesan sampingan di peringkat awal penggunaan sebab berlaku tindak balas penyingkiran toksin. Kesan ni pun bergantung pada tahap kandungan toksik dalam badan masing-masing.


Ada sesiapa pernah cuba ?

Aku butuhkan testimoni kamu. Serius ni.

Terima kasih daun keladi. Lain entri jumpa lagi.



HER : Ke kamu ada cadangan lain yang lagi bernas dan tuntas?

14 comments:

  1. I pon guna pelekat kaki tuh..tp bukan jenama
    kinohimitsu tu la..jenama lain byk je jual kat kedai 100yen (RM3.50) kat sini hehe

    ReplyDelete
  2. owh yang tu tak penah cube.

    Tapi kinohitmitsu..penah cube..tapi masih tertanya-tanya keberkesanannya..

    hihii..tapi klo mau buang asid, senang jerr..pergi spa, buat sauna..itu mmg ada kesannya.walaupun pertama kali mencuba!

    maybe, minum air HAI-O pun berkesan...hihiii

    ReplyDelete
  3. aku tak pernah cuba. jadinya, tak dapatlah nak bagi testimoni untuk kamu.

    Rasanya, nak tambah selera makan, cubalah makjun Pak Tani. Pasti berkesan. dan POWEEERRRR....

    ReplyDelete
  4. wah..detox x okie ke?dgr mcm best..tp aku pon x try lg..keinginan nak bli ader..tp budget xder..heee...

    ReplyDelete
  5. bolehla try pad tu, bangun tido asik liat je!

    ReplyDelete
  6. kinohamitsu tu aku penah pakai. aku rase badan aku busuk gile time tdo kalo pakai tu. aku salu letak kat bahu time tdo sbb bahu aku salu lenguh. so aku x rase itu leh bantu ko berak. haha.

    juvanex. memule akan kuat kencing n tdo sgt lena. kene minum banyak air. n makan byk buah yg berair.

    aku sarankan, makan byk buah n minum byk air n makan sayur. untuk penyahtinjaan efektif la. xyh kua xtra cost. be a smart consumer.

    ReplyDelete
  7. kak ziha..
    beli inner shine pati prune.
    utk toksik dan kulit juga.
    kulit semakin mulus dan lembut gitu.
    try la.
    penghadaman pon lancar..
    telah ku cuba.
    try try. :D

    ReplyDelete
  8. kinohimitsu occay... tyme guna aritu, hitam n lendir mcm hape je.. tp lelama kurang la.. pastu btol kata FatinNadiah tu... minum inner shine pati prune pun occay.. sbb aku ada mslh yg sama (makan makan makan, tp x buang2).. huhuhu... tp sbb kosnye agak tinggi, kekadang tak mampu nak maintain, aku mkn buah prune je.. sesungguhnya kamu akan rase sgt lega.. buah prune sunsweet ke hape ke... makan je. sblm ni aku mkn buah2an byk pun tak jalan gak.. last2 secara tak sengaja, tingin prune.. pas makan, sgt LANCAR.. ngahahaha... (",)

    ReplyDelete
  9. yatiechomeyl :
    murahnyeeeeee. nak kirim satu beg troli, boleh? heee

    wife & her daily notes :
    spa eh? tu lah. lama dah berangan nak buat romantic spa for two. tapi masih belum kesampaian.

    bila sebut HAI-O, teringat pulak iklan dia yg selalu kuar kat tv tu. "kami dulu susah. syukurrr". gila tak boleh blah. haha

    kcynodia :
    ah kau. tak habis2 dgn makjun pak tani kau yg power tu. hati2 weh. kau tu bujang teruna trang tang tang lagi. overdose makan makjun pak tani kang, sapa mau jawab? :p

    feresa :
    sama lah kita. di samping takut, fulus nya pun enggak ada. keinginan tu, zaman tok kadok lg dah ade. huu

    ungu violet :
    dah try blom? tatau laa effect kat org lain camana. tp, tiap kali badan mcm over exhausted, sy mesti pakai pad ni. sok pagi, bangun rasa fresh gitu.

    byn :
    tak pernah pulak letak kat tempat lain selain dari tapak kaki. sbb mcm rasa rugi pulak. tempat lain, aku tepek koyok 2 hengget je :p

    byk kencing, huh? nyesal tak pakai mase menganggur dok goyang kaki kat umah dulu. skang ni, mau tak buat keja pulak aku kang. dok bz ulang alik pi toilet je.

    bab nak kena minum byk air dgn mkn byk buah tu yg payah tu. selalu terlepas pandang. huu

    fatin :
    whoa. yg tu tak pena try lagi. bape harga ek? affordable kah? rasanya camane? kalo pahit macam ubat, orang bagi free pun tak mahu rasenya. hee

    fawa :
    serios? pasni, aku borong la segala jenis tok nenek prune yg ade kat ganu nun. ini tidak. tiap hari pulun makan durian dgn rambutan je. tak jugak jalan :p

    ReplyDelete
  10. xea: sha dari tadi duk gelak imagine makjun si kcy..haha

    nyway ..sha pernah tried this organik product...melilia ...

    2 benda yang perlu di minum.
    1 organic drink dia yang wane ijo macam wheatgrass...kalo tak leh minum ...baik jangaan ....wofsha mula2 rasa mcm lembut baru lepas ragut rumput. orghhh...

    1 lagi soy drink dia. organik. ni sedap sangat hehehhee.

    hasil ...memang menjadi utk orang yang byk toksik lam badan cam saya nie la kan. after 3 days ...when u berkumuh ...hohoh what a word...ada changes in color and bentuk! serious! yang mana yang karat2 tu akan keluar macam bentuk usus ..menakutkan dan lawak gila! tapi benar. first time sha n housemate dulu gelak lam jamban. it makes u rasa "ringan tubuh' eventho ko tau je la graviti mampaat wofsha ni kan ..

    tapi apa2pun amalkan makan buah buahan je la ....go nature bebeh....

    ReplyDelete
  11. salah click nama kat anonymous hehehe ..ni world of sha hehehe

    ReplyDelete
  12. RM23.90 kot.
    ade 6 botol kecik cam botol pati brands tu kan.
    pastu rasa cam prune la..
    tak pahit pon. sedap je rsnye. :)

    ReplyDelete
  13. anon aka wofsha :
    macam rumput? err..

    kdg2 ada jugak minum soy organik tu. tapi tak pernah pulak buat ujikaji dalam jamban nak study all the shapes and such. lepas sha ckp mcm tu, ingat lepas ni nak buat 'eksperimen' jugak la. haha

    fatin :
    thnx for the info. habis laa watson lepas ni kena serbu. huuu

    ReplyDelete
  14. jenis ni mmg mahal sbb jenamanya saja.. byk lg brand yg lg murah. BioMagick baru RM22. keasannya sama.
    seminggu pakai dah kurang hitam sikit. bgn pagi pun senang jugak. yang penting sehat dalaman.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.