Setiap kali kaki melangkah masuk rumah keluarga mertua, kat hati mesti terdetik, “Bila lah agaknya aku boleh beli rumah sendiri.”
Tak sabar nak pulun godam tebuk dinding semua ikut hati dan citarasa sendiri. Nak ada satu bilik khas simpan baju, kasut, beg dan aksesori. Lengkap dengan almari yang tempah khas cecah siling tinggi. Kalau boleh, nak bubuh peti sejuk dan TV sekali. Kan ke best tengah duduk berfikir nak pilih baju apa, boleh layan minum milo ais kaw cicah biskut Tiger sambil tengok Wonderpets sedang menyelamatkan anak kerbau yang tersepit.
Oh. Kerbau dalam loghat Terengganu adalah ‘kuba’. Kalau mencarut, bunyik nya, ‘natang mu kuba’. Hebat kan? Dah banyak perbendaharaan kata aku kumpul selama 2 bulan duduk kat sini. Biasalah. Bab-bab yang buruk memang cepat dapat. Orang sebut sekali je, aku terus hafal. Tak payah tulis masuk dalam kamus pun.
Pemandangan ni lah yang menyambut kepulangan aku dari tempat kerja setiap hari. Semuanya nampak sempurna. Tapi, dalam hati aku sentiasa rasa ‘kehilangan’. Mula lah ni nak mengada tulis entri sambil berjurai air mata.
Namun, perasaan ‘hilang’ tu akan rasa terisi kejap tiap kali terpandang potret lelaki jambu baju biru belum akhil baligh ni. Senyuman dia tetap sama macam yang aku kenal hari ni walaupun saiz ukur lilit pipi dah lari :p
Dan sejak akhir-akhir ni, rasa ‘hilang’ tu makin terisi dengan dua perkara ni. Satu, CD Karaoke borong murah kat pasaraya Mydin. Dua, losyen mustajab pati halia yang bertindak selaku mikrofon. Melalak lah aku sepuas hati dalam bilik sorang diri setiap hari. Rindu karaoke kotak satu lagu singgit. Kat sini tak pernah jumpa. Masjid hadhari ada lah. tsk.
Loser ?
Heipp heipp.
Jangan ingat bila meroyan takde suami di sisi, aku tak reti nak membawak diri. Ni cuma salah satu cara untuk hilangkan sunyi. Dan sangap. Serius. Kalau dilayan secara berlebihan, aku boleh overdose bosan hidup kat sini. Sekurang-kurangnya, karaoke secara solo ni lagi bagus lah daripada aktiviti pecahkan rekod sendiri yang selalu aku anjurkan iaitu mengutip rambut gugur di celah-celah permaidani dalam masa 30 saat. Siap pasang stopwatch tu. Tengok. Kemain sangap nya aku.
Tak tahu lah kenapa.
Dulu, masa tak kerja lagi, duduk rumah sorang-sorang, menghadap TV dan internet 24 jam, takde pulak aku rasa sunyi macam ni sekali. Ni dah gigih pergi kerja, hadap buku mengajar anak murid hari-hari, siap bergosip lagi, boleh pulak aku rasa macam ni. Ditambah pulak sang kekasih yang gagah perkasa takde depan mata nak diajak bergusti. Ini lah orang bintang Gemini. Mood boleh berubah tak tentu hala bila tiba-tiba rasa bosan nak mati.
Ke pembawakan budak ni?
ha ha.
Saja bikin kontroversi.
Apa-apa pun, hidup mesti terus. Walaupun bukan semua jalan hidup yang kita lalui itu lurus. Mujur ada mereka.
Tak sangka. Masih ada lagi orang sudi melayan kerenah perempuan jawa bergigi arnab dan berjerawat nasik di pipi serta fotogen(d)ik untuk buat aksi ini. Aku ingat, zaman jimba-jimba muda remaja aku dah berlalu. Terima kasih, kawan.
HER : Ini bukti aku masih mampu hepi walaupun kadang-kadang terasa sangat sepi.