Thursday, May 28, 2009

Malang Memang Tak Ada Bau.

Masa jadik student dulu, setiap kali tiup lilin kek harijadi, salah satu wish aku adalah : "Aku nak belajar je, tapi tak nak ada exam." Dan, semestinya tak pernah termakbul. Aku akur. Tunggulah habis belajar nanti, tak payah dah sibuk-sibuk nak periksa lagi.


Tak sangka pulak, bila dah tak bergelar pelajar, aku tetap kena masuk dewan periksa. Jadik pengawas peperiksaan pulak. Ingatkan zaman sekolah rendah je kena jadik pengawas, rupanya sampai ke tua pun nak kena jadik pengawas.


Bezanya, tak payah tunggu kat pagar sekolah tulis nama orang yang datang lewat dalam buku kecik 555 dan bertanding dengan pengawas lain siapa dapat kumpul nama lagi banyak. Lagi banyak nama, dikira sebagai paling hebat sebab berupaya untuk mengecam, menghafal dan menulis secara pantas lagi tuntas.


Tempoh hari, semasa aku menjawat jawatan pengawas kat dewan periksa, macam biasa, periksa kuku dan rambut dulu. Saja nak tau jenama syampu apa paling berkesan untuk hilangkan kelemumur. Lepas tu, mengkaji sama ada gambar dalam kad pelajar sama atau tak dengan wajah sebenar pelajar. Jadi, awas! Kamu, sang pelajar, jangan sekali-kali cucuk botox. Kemungkinan besar kamu tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan. Ye lah kan. Flowerhorn mana reti nak jawab periksa.


Dalam pada sibuk memeriksa kad nama pelajar sambil mengecam muka-muka yang hensem dan wangi, berlaku lah satu insiden yang tak ingin kita lihat. Seorang pelajar terkantoi dengan sorang lagi pengawas kerana membela 'toyol' secara haram. 'Rumah'nya kat sebalik kad nama pelajar tersebut. Pucat muka budak tu jadik biru dan berkali-kali cakap, "mintak maaf cik, mintak maaf cik, tak buat lagi cik, tak buat lagi, saya janji". hurm.


pwtc 034

Kertas yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Penuh haa tulisan timbul ala braille kat situ. Boleh menang award hasil rekacipta terbaik.


Malang tu tak berbau, tapi perangai busuk boleh dihidu.


Sejak kelmarin, aku selalu terserempak dengan kemalangan. Sorang pakcik tergolek dari motor betul-betul depan mata aku. Keesokannya pulak, sebuah teksi menyondol sang kancil. Pun depan mata aku. Pagi tadi, dalam perjalanan nak ke tempat kerja, kereta depan aku menggesel penunggang motor kat sebelah sampai jatuh terjelepok atas jalan.


Saspen jugak aku.


Tiba-tiba, tengahari tadi, masa temankan kawan sekerja keluar, baru aku dapat jawapan kepada perasaan saspen tersebut. Memang saspen. Sampai rasa macam nak kena pakai lampin.


erk

Satu lagi contoh penggunaan peribahasa malang itu tidak berbau. Tapi, longkang busuk, baunya tetap menusuk kalbu! Apatah lagi bila dah terpelecok masuk dalam tu. eiuwww.


Sekian belajar peribahasa untuk hari ini.



HER : Malang tak ada bau sebab kita tetap tak dapat nak hidu walaupun dah betul-betul ada kat depan hidung.

12 comments:

  1. huaa. akak eksiden ke kak ? sebaik tayar masuk longkang jek, he he.

    ReplyDelete
  2. lors....rupenye diri sendri yg nak eksiden kah? haihh, mcm cerita final destinantion la plak awal2 tu kan :D alhamdulillah, tak teruk

    ReplyDelete
  3. xeea!
    ya allah. cemana bleh msk longkang?
    sib baik xde pape.
    take care tau.

    ReplyDelete
  4. nasib baik tak ape2..

    dulu pun saya bawak toyol gak..simpan kat toilet!haha..

    ReplyDelete
  5. mmg kertas tu nmpk kosong..die tules braille ke?haish bd2k zaman skrg..i dl takot gile nk wt cmtu..
    hhahahaha


    errr,jatuh longkang?adeh :-s

    ReplyDelete
  6. adeyh..cmner leh eksiden cik puan CFU...sib baik xder ape2 kecederaan..len kali kene lebih berhati2...

    ReplyDelete
  7. akak terkemalangan ek?

    ReplyDelete
  8. astaga..kereta ko ke tu?

    cam bukan jer...

    ReplyDelete
  9. nasib baik malang tak berbau, kalau bbau pasti busuk sangat baunya...

    ReplyDelete
  10. olaaaaaaaa..heppi besday!!semoga happy slalu n sehat walafiat slamat murah rejeki..huh..keter siapakah itu?

    ReplyDelete
  11. gila la buat tulisan brail. budak2 skrg makin cekap ye.

    ReplyDelete
  12. soraya :
    tu lah. nasib baik lagi, tu. walaupun kereta dah tertonggeng. huu

    hanie :
    macam premonition, kan? ke dejavu? pheww. syukur takde ape2.

    mrs syediz :
    tatau la. tiba2 dah ade dlm longkang. dah kata malang tu tak berbau, kan? :p

    ungu violet :
    syukur :)

    owhhh. awak pun suka bela toyol eh. nasib baik bukan sy yg jadik pengawas awak. hee

    fara :
    tu lah. nak kena tilik betul2, baru nampak. mula2 pelik jugak nape budak tu seludup kertas kosong. rupa2nya, ada udang di sebalik batu.

    cik oren :
    bukan aku yg drive pun. tp, benda dah nak jadik, kan. kita hati2 mcm mana pun, kalau dah nak jadik, tetap akan jadik jugak.

    rathiqah azmira rosli:
    'ter'kemalangan, huh? 1st time dgr perkataan tu. hiii

    kcynodia :
    keta member. kalau keta aku, lama dah aku canang satu dunia. huu

    zul :
    tu lah pasal. ditambah pulak masuk longkang busuk. aiiii.

    feresa :
    tengkiuuu :)) hadiah?

    keta member aku. aku co pilot je. alih2 tergolek dok. huu

    hidd :
    kreatif kan dorang, awak? bab2 menipu, mmg akan automatically jadik einstein. haha

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.