Tuesday, May 19, 2009

Apabila Raksasa Menjelma.

AMARAN : Ini entri berciri amarah. Kuasa hormon berleluasa. Tinggal 3 inci je lagi nak menjelma jadik raksasa gorgon super sayya. Sila gerun.


pwtc 005

Minggu lepas. Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan.


Berdesing haa cuping telinga aku bila salah seorang pegawai Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang jaga booth kat sana keluarkan ayat, “Kawan awak ni, nampak masa depan.”


Frasa ‘kawan’ merujuk kepada Angah; adik nombor dua yang baru graduasi dan dalam proses mencarik hala tuju seterusnya. Manakala ‘nampak masa depan’ pulak bertujuan untuk sindir aku yang tak berminat nak isi borang penyertaan program latihan untuk lepasan siswazah anjuran PNB (Baca : Sebab aku dah kerja. Kalau belum, lain cerita.)


Panas hati sampai takat didih dengan statement dia yang buat aku ter-men-sumpah seranah dalam hati. Ditambah pulak panas badan sebab dok bersesak dengan ramai orang sampaikan berselisih bahu dengan menteri pun aku tak perasan. Seraya aku menjawab sambil membuat muka paling raksasa, “Huh? Saya dah kerja lah!” Terkulat-kulat pegawai PNB tu terkejut tengok reaksi raksasa aku lalu segera mintak maaf, “Saya ingat, awak pun tak kerja lagi, baru habis belajar. Mintak maaf, cik.”


Mentang-mentang le aku pakai selekeh, stok macam budak-budak U keluar berjalan-jalan melihat alam, dan takde rupa macam pegawai kerajaan berwibawa, jangan le pakai serkap jarang je. Kot iye pun kau pakai kemeja belang lengan panjang, tali leher kurus, rambut kilat terpacak, jangan ingat kerja kau dah hebat sangat sampai nak kata orang lain ‘tak nampak masa depan’.


wah. emo. Penat aku simpan emo ni dalam hati. Peram kasi sedap untuk luah kat sini, barulah hati tak hitam menyimpan dendam.


pwtc 001

Kalau tak kerana sayangkan adik, tak kuasa aku nak meredah lautan manusia kat karnival nun, lalu dituduh sebagai tak nampak masa depan. ceh. Masih ada sekelumit dendam lagi :p


Satu lagi. Kisah kat luar bangunan.


Dalam 150 meter sebelum masuk PWTC tu, bersepah la orang di kiri kanan bahu jalan menghulur flyers, kupon cabutan bertuah, stiker dan belon. Takde pulak yang hulur nugget barang seketul dua. Diorang bagi flyers, takde masalah. Aku ambik, senyum, ucap terima kasih dan teruskan berjalan walaupun kat tangan dah tebal dengan flyers hinggakan boleh di salah sangka sebagai pengedar flyers pulak.


Yang menjadik masalah kat aku bila diorang hulur buku. Buku tebal pulak tu. Cakap percuma. Lepas tu, bila kita ambik buku tu dan terus jalan macam biasa, diorang boleh pulak tiba-tiba kejar kita, mintak duit, cakap buku tu atas nama kebajikan bla bla mintak derma bla bla bagi lah seikhlas berapa bla bla bla.. Siap boleh cakap, “Zaman sekarang ni, mana ada benda percuma, dik. Masuk tandas, nak berak kencing pun kena 20 sen.”


Amboi. Boleh pulak gitu, ye.


Elok-elok aku nak hulur duit, terus cancel. Tak jadik. Rasa macam tertipu. Sekali lagi aku menjelma membuat muka raksasa yang boleh berkata-kata, “Saya dah pernah beli buku sebijik macam ni kat hentian Seremban dulu. Kawan-kawan encik jugak lah yang jual. Bukan derma kebajikan namanya ni.” Terdiam kejap orang tu sebelum mintak maaf dan beredar.


Nak jual buku, buat cara nak jual. Takyah cakap percuma lepas tu paksa orang bayar. Nak mintak derma, buat cara nak mintak derma. Takyah buat orang rasa macam tak ikhlas nak hulur sumbangan. Bukan ke tangan kiri pun tak patut tahu yang tangan kanan sedang menghulur derma. Inikan pulak secara paksa-rela.


Kenapa mesti nak guna cara ‘penipuan’ dan guna sentimen kebajikan sedangkan dalam masa yang sama nak kaut keuntungan?


Kan ke banyak lagi strategi pemasaran lain yang boleh dipakai. Strategi macam tu, menyalahi hak-hak pengguna. Boleh didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang. Silap haribulan, layak disumbat masuk penjara. Negara kita kan banyak akta.


Pernah belajar pasal konsumerisme?


Kata usahawan. Takkan benda kecik macam tu pun tak hafal. Pergi bukak balik buku ekonomi. Khatamkan. Jangan pakai taram. Tak pasal-pasal aku jadik emo macam haram. Dah, diam diam. ewah. Pantun 4 kerat.


Wahai para pengguna, kita berhak untuk kata TIDAK.


hoho 003

Tengah emo macam ni, tiba-tiba rasa rindu sangat kat punching bag yang jauh di mata. Kepada punching bag saya yang gagah perkasa, I left my handphone. Again. Sila kumpul rindu dendam sebanyak seratus bakul untuk ai, ye.



HER : Mujur aku pergi hari Jumaat. Katanya, hari Sabtu dan Ahad kemain padat manusia macam sadin. Potensi lagi besar nak emo kat semua benda :p

16 comments:

  1. ala xea.. ak lg selalu kena.. igt org pkai selekeh2 ni xde keje ape... bole x ak ckp kdg2 org yg pkai cntk2 sgt2 tu xdela ape sgt..hehehe

    ReplyDelete
  2. mak buyung yang baca tumpang emo sekali...eh terbawak2 dengan perasaan pulak, sibuk2 nak emo jugak padahal x g sana pon isk3x

    tarik nafas balik..huhuhu..emo2 kang susahh plak nak meneran :p

    ReplyDelete
  3. biasa ler tu awak.saya pun selalu gak org ckp mcmtu.pakai smart pun org ckp bdk praktikal.hehehe

    ReplyDelete
  4. tu r..aku kan ala2 makcik..saper pon xmo layan bebaik..hehe..ni la prangai org2 skang..ckp x beralas..tingkah laku x dijaga..

    ReplyDelete
  5. wuhuhu...aku pnh kene cam ko beb..waktu aku kat airport Brunei..diorg x cy aku da keje..diorg ckp aku lari dr umah..apekehel nye aku nk lari smpai ke Brunei..huhu..Beg org len kastam x cek..beg aku jer yg kene cek..segala mende kene tunjuk..huhu..malu pun ade jugak..seme mata tertumpu kat aku..cam aku wat salah..

    ReplyDelete
  6. org2 yg mintak derma terdesak gtu mmg ramai tp mmg xpenah dilayan..pandang pun tidak walau terkocoh2 dok hulur buku tu.kadang2 tuh jalan dgn selmber jer mcm diorg ckap ngn tunggul..kire akak lg jaht ar..sbb dh tau itu bukan mintk derma kebajikan..

    ReplyDelete
  7. huhuh..aku pon penah kene sedas dua sbb disangka masih tak bekerja..mmg mentaliti org, yang selekeh tuh tak de duit kot..yang cun melecun biar poket kering kontang itulah yang kaya dan berwibawa...setakat t-shirt ngn jeans tuh sesuai la sgt tuk bersantai...agak2 nye kan klu pakai kasut tumit tinggi pegi ke pasar basah, mesti para penjual bentang kapet merah, sebab maklumlah macam YB tgk daerah...ewahhh...

    ReplyDelete
  8. jangan meletup k...
    kang pecah pula aku nyer skrin laptop ni...

    btw, nak gak tgk dgn live camner muka raksasa ultraman taro ko tu?

    ReplyDelete
  9. hahaha bwk2 bertenang. Lawak la bace entri ni (takde berbaur marah punnnn :D)

    ReplyDelete
  10. ala. kesiannya awak. lagipun awak dgn angah awak pun nampak macam sama. itu yg dia igt awak pun sama dgn angah awak.

    maafkan dia ye awak ;)

    ReplyDelete
  11. ikanbesh :
    zana ker? tatau pon ko membelog jugak. tu lah kan. mentang2 ler ai tak mampu nak pakai LV. huu

    yatie :
    fuhh fuhh. tarik napas mak buyung. kang terberanak kat sini. tak dapek den nak nolong :p

    ainulfadz :
    ape boleh buat. muke baby face. hahahaha hak tuiiiiihh

    feresa :
    slambe ah ko tayang purse ko yg lg tebal dr org tu. ape, dorang ingat, org tak pakai smart, tade duit ka? huuu

    farhanna :
    huh? pulak dah. nape awak? kang tak cukup duit pulak nak kawen.

    cik oren :
    lari dr rumah? lagi lawak kes ko, ju. ye la, ko kan kiut mcm kanak2 ribena. bwk beg beso2, mesti dia ingat ko budak bwh umor nak lari ikut boifren indon kot :p

    aziyana :
    pergh. akak lg slambe kejam kot. pasni, dah tahu, kite pun nak bo layan kan je.

    ajiem :
    haha tak tahan aku part pi pasor pakai heels tu. tambah sikit baju liplap2 ngan rantai bobot jurai2. ntah2 siap bagi ikan free. huu

    kcynodia :
    grrr grrr. menjelma!! nampak tak? tak nampak, takde jodoh lah jawabnya :p

    hanie :
    cis cis. penat tau ai berapi2 marah siap keluar asap kat telinga, awak tak rasa pun aura marah tu. kiranya, entri terpesong lah ni. cis lagi.

    susudalambotol :
    susah jugak awet muda ni kan, awak? heeeee gedik gedik.

    ReplyDelete
  12. aku sgt paham perasaan ko. aku ni la manusia yg berjalan sensorang kat shopping complex tp xde sape penah nak offer aku beli apape maybe sbb muke aku cam dah ade sume barang atau muke xde duit. rasenye muke xde duit.

    kesian jugak kat diri aku sendiri

    sbb kalo aku jln ngan org lain, mesti org2 lain dioffer ngan insurance la kredit kad la, n aku xde sape nk offer apape.

    tp salunye kalo org bg muke was2 kalo aku tgk2 plan umah, aku senyum je. malas aku nak announce yg aku dah keje n nak tunjuk terer plak kan.

    diam itu bijak.

    ReplyDelete
  13. huhuhuhu...frasa yang slalu ku sebut ..


    NO THANK YOU.

    hahahahah...

    ReplyDelete
  14. byn :
    hahahaha. terasa siot aku. aku pun tak pena org offer buat kad kredit ke. kalo jln ngan laki aku je baru ade.

    takpe baini. take it positively. kite ni nampak mude belia remaja. tak seswai nak dioffer dgn gajet org2 berusia ni. haha

    sha :
    dah puas mulut cakap takpe, takpe, tarima kasih. diorang tetap nak jugak kejar. haih.

    ReplyDelete
  15. hahaha...sha ada this muka bengis gengis khan ....so selamat ...hahahaha....

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.