Wednesday, October 22, 2008

Ada Masanya

Ramai yang bertanya,

"Apa perasaan selepas bergelar isteri orang?"

Tiada jawapan pasti yang keluar dari bibir mungil merah merekah ku ini (ehem) selain daripada tersenyum penuh makna dan menjungkit bahu.

Tanda takde perasaan.

Betul. Aku sendiri tak pasti apa perasaan aku ketika ini.

Ada masanya, aku rasa bahagia sangat-sangat, sebab tiap kali bangun pagi, toleh kat sebelah jer, dah boleh tatap wajah orang yang kita sayang. Dating setiap hari. Tak perlu nak bergayut kat telefon berjam-jam semata-mata nak dengar suaranya, nak hilangkan rindu macam dulu-dulu.

Ada masanya, rasa aneh pun ada sebab sekarang dah kena fikirkan tentang kehidupan berdua. Tentang makan, pakai suami. Kalau masa bujang dulu, nak makan ke, tanak mandi sehari suntuk ke, lantak aku la kan. Takde sape peduli.

Ada masanya, aku menangis sorang diri. Sebab terasa sunyi duduk kat rumah bila suami keluar bekerja. Teringat pulak masa duduk dengan mak dan abah. Rasa malas nak masak, mak ada. Rasa nak borak-borak pasal politik, abah ada. Ada adik-adik yang yang ketawa bagai mengilai setiap hari, bergaduh sesama sendiri. Buat aku rasa nak hidup bujang kembali.

Ada masanya, aku rasa gementar. Rasa sangsi nak bercampul-gaul dengan keluarga sebelah suami. Disebabkan perbezaan bahasa (loghat Pantai Timur) dan budaya (Jawa vs. Melayu) dan juga selera (nasib baik aku suka makanan manis) dan juga cara kehidupan. Agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam 'rumpun' yang lain. Tertanya-tanya juga dalam hati, alangkah lebih sukarnya orang yang berkahwin dengan orang Cina, India ataupun 'Mat Salleh'. Budaya yang lebih jauh berbeza.

Ada masanya aku bersikap terlalu berhati-hati untuk melakukan atau menyatakan sesuatu perkara. Bimbang akan menyakitkan hati suami (yang kini menjadi tempat di mana letaknya syurga untuk aku) juga ibu dan bapa mertua serta kaum keluarganya. Yer laa. Kalau keluarga sendiri, kita dah masak perangai masing-masing pasal dah kenal bertahun-tahun. Dah tahu, apa yang tak disukai, apa yang menyenangkan, apa yang perlu dibuat.

Ada masanya dibesarkan dalam persekitaran keluarga aku yang agak selamba 'huha-huha' dan sangat menitikberatkan perihal berdikari agak sukar juga untuk disesuaikan dengan keluarga sebelah suami yang agak berprotokol dan masing-masing bersifat sangat protective.

Ada masanya aku termenung sendiri. Memikirkan apa lagi pelbagai jenis perasaan yang akan aku lalui di masa akan datang selama bergelar isteri. Moga-moga semua perasaan yang indah-indah belaka saja.


***

Rasanya, soalan di atas dah terjawab.

***


HER : Mau pulang ke Terengganu tengahari ini. Wish me luck! =)

4 comments:

  1. hehe..

    aku rase aku tau nape ko rase ko xtau ape prasaan ko.. sbg seorg yg agak gemar meng'psikoanalisis' setiap perasaan dan perkataan, aku rase ko dah xtau perasaan tu ape sbb perasaan tu dah berubah bentuk ke tenage..

    dari situ la dtg tenage nk jage makan pakai husband ko, nk jage hati family mertua etc..

    lgpun ko kan salunye cam straight 4wd n ade je bnde nk ckp so aku kureng pecaye sket bile ko ckp ko xtau perasaan ko (nk dikatekn ko malu nk gtau pun, aku kureng caye gak.. ahaks)..

    love aint a feeling, love is an energy..

    ReplyDelete
  2. aku rase mmg btol aa.
    aku mmg tade perasaan.
    perasaan tuh ape pon aku tatau.
    seminggu di rumah mertua, aku menjadi sangat la skema.

    walau apa pon, family mertua, family ku jua, dua2 ku cinta.

    aihh~

    ReplyDelete
  3. kamu suka makanan manis ye??Akak 3 tahun kat sana tetap tak ngam makanan sana..tetap kene ada sambal kicap dan sambal bebek (bilis yang digoreng dan ditumbuk bersama cili goreng juga)dalam setiap menu..tapi akak suka nasi kerabu..lagi2 ngan ayam bakar..keropok lekor pun best kat sana.. :)

    ReplyDelete
  4. ekceli, kita makan semua yang sedap-sedap. tolak batu dan kayu, jer. hehehehe

    p/s : kite suke gak 'sambal bebek' tuh tapi, kite panggil 'sambal totok' aka sambal orang Jawa. =p

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.