Sila keluar.
Maaf, ya. Sini bukan tempatnya.
'Malam Pertama' di atas merujuk kepada perkara-perkara yang PERTAMA kali berlaku dalam hidup aku yang penuh bosan dan rencam ini selepas tarikh rasmi melucutkan jawatan tetap dan berpencen selaku gadis sunti rebutan jejaka se-taman (ehem) iaitu pada tanggal 03.10.08.
Sengaja menggunakan tajuk 'Malam Pertama' sebagai entri eksperimen untuk menguji Hipotesis Null (Ho) : Topik seumpama itu akan mengundang lebih ramai pengunjung misteri ke sini. Diterima atau ditolak.
Maaf. Main taktik kotor.
Jangan buang masa, mari kita kaji perkara PERTAMA tersebut :
- PERTAMA kali bergelar Puan Seri Afziha (ehem).
- PERTAMA kali tanda tangan borang bertulisan Jawi (selalu tanda tangan kat borang daftar subjek je, takpon borang renew membership Sushi King yang semuanya bertulisan rumi).
- PERTAMA kali memakai baju putih lengkap sedondon.
- PERTAMA kali bersalaman dan mencium tangan seorang lelaki (selain abah, datuk, saudara-mara).
- PERTAMA kali ada orang cium dahi jendul ku (lambang orang bijak bestari) di khalayak ramai. *sipu-sipu malu*
- PERTAMA kali menangis tanpa sebab sampai mascara bersememeh dan bulu mata palsu hampir gugur (juga di khalayak ramai).
- PERTAMA kali duduk bertimpuh kat atas kusyen empuk dengan penuh sopan selama hampir 2 jam sampai kaki naik kebas.
- PERTAMA kali ambil gambar senyum-simpul (Tak boleh nampak gigi. Mak mertua marah.) dan kontrol senyum se-ayu yang mungkin. *muntah hijau*
- PERTAMA kali rasa malu dan serba-salah nak masuk bilik sendiri sampai terpaksa berpura-pura pusing keliling mencarik barang hilang konon nya.
- PERTAMA kali ada 'orang lain' yang tidur berdengkur di sebelah (ehem).
Terlalu banyak kisah PERTAMA yang hendak dikongsi sebenarnya. Tapi, bak kata orang 'simpan sikit untuk diri sendiri'. Doakan yang baik-baik untuk kami, ya.
Owh, sebelum itu ...
Presenting to all...
*
*
*
... my delicious husband!
ngeh ngeh ngeh
*
*
*
Cukup sampai sini. Mau masak nasik untuk suami. Kata isteri mithali. *muntah hijau lagi*
ngeh ngeh ngeh
*
*
*
Cukup sampai sini. Mau masak nasik untuk suami. Kata isteri mithali. *muntah hijau lagi*
HER : Sibuk dengan persiapan resepsi di Terengganu pula. Mudah-mudahan berjalan lancar juga. Jemput datang, yer!
kalau ko bagi duit tol n minyak, aku dtg
ReplyDeleteganu tade tol. suda cut cost di situ. hehe
ReplyDeletepasal masuk bilik tu....ntah camne erk rasanya!! eheee..
ReplyDeleteowhh.
ReplyDeletepasal tuh, kena tunggu masanya nanti la kan. kena lihat, dengar dan rasa sendiri.
ehehehehehe
very symbolic la.. i like!
ReplyDeletesbb sume bende yg 1st time ko buat ni sume untuk 1 bende je. lifetime commitment.
sweet..
ha'ah laa. baru aku prasan. macam sentimental gitu. pasnih, tak rasa perasaan yang sama mcm tuh dahh..
ReplyDeletebila baca entri akak yang ni,,ttb syahirah rasa mcm nak kahwin pula. oh. agak gedik di sini. *malu malu malu*
ReplyDeleteehem. ehem.
ReplyDeletenak dekat la tuh.
ada tanda2 dah :p
waa..tengok org da kawen rase relax je.. huhu..cmne nie.... x prepare g.. aduyaiiii..
ReplyDelete