Monday, December 15, 2014

Fenomena Buat Passport Tahun 2014.

Siap bubuh tahun hah. Bukan apa, sebelum entri ni terhasil, gigih laaa aku meng-google pasal polisi renew dan buat passport yang terkni. Nan hado. Kalau ada pun, kebanyakan yang tahun lepas-lepas punya. Maka dengan itu, aku pun up lah satu entri khas berdasarkan pengalaman sendiri pergi renew passport baru-baru ini untuk panduan dan pedoman kita bersama. heh.

 

Kisahnya bermula sejak Khamis lepas.

Dengar sangat desas-desus orang cakap kat Pejabat Imigresen Putrajaya tak ramai orang, maka dengan konfiden kami anak beranak pergi ke sana masa cuti negeri Selangor hari tu. Habis kena gelak je dengan pak guard, seraya berkata, “Kena datang pagi-pagi! petang macam ni dah tak ada nombor!” Boleh pulak macam tu, ye. Sedangkan waktu operasi masih panjang lagi (-_-“) Oh ya, kaunter untuk buat passport BUKAN kat pejabat imigresen, ya! Kena pergi Menara Ikhlas kat sebelah, tingkat 2, situ memang khas untuk buat passport.

 

Esoknya, memang ambik cuti rehat khas nak settle pasal passport ni.

Pagi-pagi sampai Imigresen Puchong, dah dapat berita sedih. Pukul 9.30 pagi nombor giliran dah sold out, wehhh! Terus kami shoot ke Putrajaya dengan harapan nombor masih ada. Sekali hampa, pukul 10.15 pagi kat Putrajaya semua 350 nombor dah habis. Aje diorang ni berkhemah tidur situ sejak malam tadi ke ape ni ?!!. Niat nak pergi Big Bad Wolf pun terus cancel sebab dah hilang mood. Memang frust gilaaaaa lah. Seingat aku, nak buat passport 2 tahun dulu, takde lah payah camni sekali.

 

P_20141214_082308

Pung pang pung pang, dok mencarik kat internet pasal buat passport sepanjang tahun 2014 ni, maka terjumpa lah satu entri cerita pengalaman dia buat passport kat UTC yang katanya bukak dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Kebetulan kami balik kampung hujung minggu tu, terus pagi-pagi Ahad tuju ke UTC Melaka. Hangkut je lah kekanak berdua yang tak bangun tidur lagi tu.

 

P_20141214_085519

Sampai-sampai pukul 8.15 pagi, Cfu pergi beratur dulu sebab fobia tragedi tak dapat nombor berulang. Pejabat belum  bukak, tapi orang dah pakat beratur kat luar pintu, hah. Makin saiko kami dibuatnya. Alhamdulillah, dapat nombor 19 dan 20. Tunggu giliran pun tak lama sangat. Dalam setengah jam je camtu, dah dipanggil. Isi dokumen, ambil gambar semua jam 10.00 pagi dah dapat passport! As simple as that! Sempat aku tanya, kat sini takde limit nombor ke? Pegawai tu kata, takde. Nombor running sampai pukul 9.00 malam! Ternganga aku kat situ sambil mengusap tahi mata yang bersisa sebab tak biasa bangun pagi buta di hari minggu.

 

P_20141214_085529

Yes, the kids still in their pyjamas! In fact, ambik gambar pun masih berbaju tidur dan bertahi mata T____T Dah kata makpaknya fobia terlepas nombor. Berkampung lah kami anak-beranak kat UTC Melaka tu siap bawak bekal cekodok segala. Tapi yang syoknya, UTC ni ada café kat bawah. Klinik, kedai, ATM, macam-macam jabatan dan agensi pun ada dalam ni. Sangat selesa dan convenient lah kiranya. Takdelah kematu kot kalau kena menunggu lama.

 

P_20141215_160619

Rupa paras passport terkini. Background putih, ye. Pakaian / tudung warga gelap. Gambar pun black and white je. Tak payah lah nak beriya pakai mekap tiga inci shawl glitter warna-warni bagai.

 

** MAMA’S TIPS **

  1. Tak payah nak gigih sangat pergi ambik gambar passport kat kedai. Tak laku dah gambar yang kite beriya suruh orang kedai edit cantik-cantik bagi nampak meletop tu. Bawak badan je, dan muka paling original (jangan gedik pakai contact lens bajet anime macam aku yang sudahnya, kena bukak kat situ jugak) untuk diambil gambar on the spot. Rambut beatle macam Cfu pun berpeloh weh nak adjust bagi nampak dahi dan telinga.
  2. Kalau buat passport untuk anak, WAJIB bawak tuan punya badan ye. Kalau nak collect passport je pun kena hangkut sekali. Takde istilah on behalf.
  3. Photostat segala tok nenek dokumen yang diperlukan siap-siap. Kalau tak buat salinan lagi, nombor giliran tak akan diberi. Buat rugi je datang beratur pepagi kalau tak dapat nombor, hoiii. Senarai dokumen boleh rujuk kat SINI.
  4. Disyorkan ke UTC berdekatan sebab waktu operasi lebih lama dan bukak di hari minggu. So, tak perlu nak ambik cuti semata-mata nak renew passport. Tapi kalau UTC area KL tatau lah camana. Entah-entah sama je macam pejabat imigresen lain. Manjang nombor habis! Kalau kes nak tukar gambar macam Alfiy sebab passport dia still valid cuma muka tu dah tak berapa valid sebab muka baby sangat masa tu, terpaksa pergi pejabat imigresen jugak le nampaknya.
  5. Kos renew passport tempoh 2 tahun, RM 100/dewasa, RM 80/kanak-kanak. Kalau 5 tahun, RM 300/dewasa, RM 150/kanak-kanak. Pilihlah pakej yang berkadar langsung dengan tahap ketebalan poket. heh.

 

 

HER : Kalau tak sebab terdesak, sampai ke sudah lah aku tak heran pasal UTC ni, kan. Padahal selalu je dengar lagu UTC ni berkumandang kat TV. Salah satu kemudahan yang sangat sangat sangat memberi manfaat kepada rakyat, pada hemat aku lah. Terima kasih Tok Jib!

8 comments:

  1. ayoo belum buat lagi.. bulan 3 nak g holiday ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tangguh lama-lama you. Nanti tak sempat! huhuhuhu Tapi tatau aa kot2 sebab cuti sekolah ni imigresen manjang penuh je.

      Delete
  2. UTC mmg option terbaik berurusan dgn jabatan kerajaan
    segala jabatan
    aku renw lesen kat UTC pun pantas je. surat beranak elma pun buat kat UTC, pukul 9 malam
    siang-siang bapak dia busy bebenor
    UTC mmg sgt bagus untuk umat yg konon busy bebenor mcm kita ni

    anyway..nak gi mana kak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu aaa. Lepas ni memang aku nampak UTC je. Senang semua jabatan ada dlm satu building, kan. Busy satu hal, kite ni payah sket la berhangkut beranak pinak camni. Kalau satu building camni senang. Parking sekali harung je boleh settle semua perkara. huuu

      Nak ke mana tu, kena hold dulu sebab takut tak menjadik pulak. hehe tapi hat terdekat ni pi jalan Singapore je la. Tempat favorite Cfu.

      Delete
  3. putrajaya bukak pejabat imigresen sabtu ahad. begitu juga jpn. pukul 8-2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la bukak Sabtu Ahad yang Tapi part depa limit number tu masalahnya. Datang pepagi p[unhabis nombor, apa cerita T____T

      Delete
  4. selalu urus hal passport untuk worker satu tahun berkali-kali muka kita je pergi imigresen shah alam atau putrajaya memang minta office boy amikkan nombor. nak tahun pukul berapa dia beratur untuk dapatkan nombor? 3 pagi okeh. letaklah barang apa2 macam letter head company ke. tu pun dah ramai yang beratur. kalau datang kul 8 ke atas ke selalu nombor dah habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously pukul 3 pagiiiiiiii????!!!! Kite ni dengan beranak kecik camni memang koser laa. Ai rela ke UTC melaka lagi kalau sampai camtu sekali. huuu

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.