Bersempena musim cuti sekolah yang masih berbaki ni, mesi ramai yang tercari-cari aktiviti nak dibuat bersama anak-anak, kan? Nah, aku kongsi sikit aktiviti yang murah, mudah dan yang penting, menggembirakan anak-anak!
Alfiy dah pandai request nak buat cupcake sekarang ni. Kalau tengah free hujung minggu tu, boleh lah melayan. Ni, kekadang balik skool memalam tu mintak mak buat kan cupcake memang tak dapat lah, nak oiii. Mana nak masak, membasuh, melipat kain segunung uishhh panjang sangat nak senaraikan.
Nak bagi puas hati dia, aku pun mencarik resipi cupcake paling senang dalam dunia. Yang menggunakan segala bahan sedia ada je. Yes, Nutella Cupcake it is! Pakai 3 bahan je wehhh :
- 1 cawan Nutella (Lebih kurang 200 gram)
- 1 cawan multi purpose flour (tepung gandum pun bolehhhh)
- 1- 3 biji telur
Beat telur dulu, dah kembang baru masukkan Nutella. Gaul sampai sebati, baru campur tepung sikit-sikit. Gaul lagi sampai lah jadik likat macam gambar kat bawah ni. Ada resipi suruh campur susu pekat sikit nak bagi manis. Ikut lah selera masing-masing.
Dah siap sebati aduanan semua, masukkan dalam cup. Kalau buat bite size lagi sedap kot. Tak rasa muak sangat. Lepas tu, bakar dalam oven pada suhu 180’c lebih kurang 15 minit. Kena adjust la part timing ni sebab berbeza ikut saiz portion.
Nak bagi meletop tebabowww letak la garnishing chocolate ganache ke, tabur chocolate rice, takpun siram je dengan Heinz chocolate sauce dan tepek sebijik buah strawberi kat atas cupcake macam aku buat ni. Lepas tu hidang dalam pinggan yang meletop jugak. Baru lah kelihatan presentable ala masterchef gitu. heh.
So easy meh, Alfiy also can do! Selamat mencuba!
HER : Lama dah oven ku tak berasap.
Waahhh...menarik. Cha pun selalu request 'ibu, jomlah buat kek'
ReplyDeletemesti dia ingat senang mcm buat kek dalam tepon ibu kot
kannnnnnn. Kite ni nak goreng ikan pun berpeloh ketiak berperang ngan diorang kat dapur, ini pulak nak mintak kek memalam. huuuu
Deletebestnya...
ReplyDeleteCubalah! Rasa ala2 brownies gitu
Deleterajinnyer anak bujang dia hihii
ReplyDelete