Wednesday, December 24, 2014

Kompilasi 2014.

Kemain lagi masing-masing buat kompilasi tahun 2014 kat Facebook, kan. Akak peratiiii je. Tanak ketinggalan, aku pun nak buat jugak. Tapi versi blog lah. Baru feeeeeeel! Macam tahun-tahun sudah, tahun ni ada kesempatan nak ulas sikit pasal tahun 2014 yang bakal ditinggalkan. Bukan untuk mengeluh, jauh sekali untuk dikesali. Cuma sesekali kita perlu kembali toleh ke belakang, untuk mengkaji mana-mana lompong yang boleh diperbaiki.

Bukan untuk orang lain pun.

Buat refleksi diri sendiri.

 

P1080528

Keseluruhannya, tahun 2014 penuh dengan aktiviti kekeluargaan.

 

Adik kahwin, sepupu tunang dan nikah, anak saudara aqiqah, anak kawan buat majlis harijadi, anak sendiri pun nak jugak. You name it. Memang pelbagai event famili berlangsung pada tahun ni. Dari sekecik-kecik parti harijadi, sampai lah ke sebesar-besar kenduri yang tumbang 2-3 ekor lembu. Alhamdulillah, mana yang mampu, sebolehnya kami penuhi semua undangan. Mana yang tak berkesempatan, InsyaAllah lain kali kalau diberi rezeki.

 

P1070999P1080200

Travelog tahun ni, bertemakan Cuti-Cuti Malaysia.

 

Sempat update pasal ke Swiss Garden Lumut dan Pulau Pangkor je. Ada hutang lagi beberapa entri sebenarnya. Antaranya ke Tasik Kenyir, Genting Highland dan Cameron Highland. Entah bulan bila lah nak update. Silap haribulan, gambar pun aku tak transfer lagi dari kamera. Lepas tu nak select gambar lagi, nak reka ayat pulak, fikir caption, huissshhhh tu yang tak menjadik-jadik entri sampai sekarang.

 

P1080864P1080893

Pertama kali organize open house raya kat rumah sendiri. Ini pun masih hutang sepucuk entri. Sampai nak masuk raya Krismas dah ni. eheh.

 

Akhirnya, atas desakan famili dan orang keliling, kami buat jugak open house merangkap house warming merangkap birthday party Alfiy setelah hampir 2 tahun berpindah ke rumah sendiri. Bunyik macam tak ikhlas je, kan. HAHAHAHA. Inipun buat kecil-kecilan yang sudahnya jadik margin besar jugaklah sebab kena sewa meja katering bagai. Dah kata, famili sendiri je riuh sekampung, memang mimpi laa nak buat kecil-kecilan. Jemput saudara-mara dan kenalan rapat je pun dah macam nak roboh rumah! But in a good way, lah :p Tanya lah pada sesiapa yang pernah organize open house, letihnyaaa mak oiiii macam menyambut menantu. Beza betul bila kita sendiri jadik tuan rumah. Selama ni tumpang majlis rumah Mak Abah je, kan. Hah, rasakan. Penat tapi seronok!

 

P1080785P_20141006_085923P1080862

Ya, tahun 2014 adalah tahun famili bagi aku. Jatuh bangun tahun ini semuanya berkisar pasal famili.

 

Macam mana dengan karier?

hurmmmmmm… that’s another story. Aku dan Cfu masing-masing ada krisis dengan kerjaya sendiri. Tapi itu tak bermakna kami benci. Cuma mengambil masa untuk hadam dan menjiwai. Belum jumpa point happy dalam career lane kami.. kot. Entahlah. Bunyik macam putus asa je, ye? Ini termasuk dalam perancangan tahun akan datang. Nak merencana semula mana hala tuju kami dalam kerjaya. Mungkin akan ada perubahan besar, mungkin masih setia duduk di takuk lama. Kita hanya mampu merancang, Tuhan jugak maha menentukan.

 

P1080856

Walau apapun rencana kita di masa hadapan, Tuhan itu adalah sebaik-baik perancang. Jangan pernah kesal atas setiap perkara yang kitang rancang tidak menjadi, sebaliknya hayati hikmah yang bakal menyusuli.

 

ALLAHUMMA YASSIR WALA TU’ASSIR

“Ya Allah, Mudahkanlah dan jangan Engkau persulit.”

 

 

HER : Semoga dipermudahkan segala urusan mendatang.

Monday, December 22, 2014

Resipi #07 : Nutella Cupcake.

Bersempena musim cuti sekolah yang masih berbaki ni, mesi ramai yang tercari-cari aktiviti nak dibuat bersama anak-anak, kan? Nah, aku kongsi sikit aktiviti yang murah, mudah dan yang penting, menggembirakan anak-anak!

P1080333

Alfiy dah pandai request nak buat cupcake sekarang ni. Kalau tengah free hujung minggu tu, boleh lah melayan. Ni, kekadang balik skool memalam tu mintak mak buat kan cupcake memang tak dapat lah, nak oiii. Mana nak masak, membasuh, melipat kain segunung uishhh panjang sangat nak senaraikan.

 

Nak bagi puas hati dia, aku pun mencarik resipi cupcake paling senang dalam dunia. Yang menggunakan segala bahan sedia ada je. Yes, Nutella Cupcake it is! Pakai 3 bahan je wehhh :

  • 1 cawan Nutella (Lebih kurang 200 gram)
  • 1 cawan multi purpose flour (tepung gandum pun bolehhhh)
  • 1- 3 biji telur

 

P1080337P1080338

Beat telur dulu, dah kembang baru masukkan Nutella. Gaul sampai sebati, baru campur tepung sikit-sikit. Gaul lagi sampai lah jadik likat macam gambar kat bawah ni. Ada resipi suruh campur susu pekat sikit nak bagi manis. Ikut lah selera masing-masing.

 

P1080339P1080342

Dah siap sebati aduanan semua, masukkan dalam cup. Kalau buat bite size lagi sedap kot. Tak rasa muak sangat. Lepas tu, bakar dalam oven pada suhu 180’c lebih kurang 15 minit. Kena adjust la part timing ni sebab berbeza ikut saiz portion.

 

10314644_10152153209868752_861539369874860171_n

Nak bagi meletop tebabowww letak la garnishing chocolate ganache ke, tabur chocolate rice, takpun siram je dengan Heinz chocolate sauce dan tepek sebijik buah strawberi kat atas cupcake macam aku buat ni. Lepas tu hidang dalam pinggan yang meletop jugak. Baru lah kelihatan presentable ala masterchef gitu. heh.

 

So easy meh, Alfiy also can do! Selamat mencuba!

 

HER : Lama dah oven ku tak berasap.

Monday, December 15, 2014

Fenomena Buat Passport Tahun 2014.

Siap bubuh tahun hah. Bukan apa, sebelum entri ni terhasil, gigih laaa aku meng-google pasal polisi renew dan buat passport yang terkni. Nan hado. Kalau ada pun, kebanyakan yang tahun lepas-lepas punya. Maka dengan itu, aku pun up lah satu entri khas berdasarkan pengalaman sendiri pergi renew passport baru-baru ini untuk panduan dan pedoman kita bersama. heh.

 

Kisahnya bermula sejak Khamis lepas.

Dengar sangat desas-desus orang cakap kat Pejabat Imigresen Putrajaya tak ramai orang, maka dengan konfiden kami anak beranak pergi ke sana masa cuti negeri Selangor hari tu. Habis kena gelak je dengan pak guard, seraya berkata, “Kena datang pagi-pagi! petang macam ni dah tak ada nombor!” Boleh pulak macam tu, ye. Sedangkan waktu operasi masih panjang lagi (-_-“) Oh ya, kaunter untuk buat passport BUKAN kat pejabat imigresen, ya! Kena pergi Menara Ikhlas kat sebelah, tingkat 2, situ memang khas untuk buat passport.

 

Esoknya, memang ambik cuti rehat khas nak settle pasal passport ni.

Pagi-pagi sampai Imigresen Puchong, dah dapat berita sedih. Pukul 9.30 pagi nombor giliran dah sold out, wehhh! Terus kami shoot ke Putrajaya dengan harapan nombor masih ada. Sekali hampa, pukul 10.15 pagi kat Putrajaya semua 350 nombor dah habis. Aje diorang ni berkhemah tidur situ sejak malam tadi ke ape ni ?!!. Niat nak pergi Big Bad Wolf pun terus cancel sebab dah hilang mood. Memang frust gilaaaaa lah. Seingat aku, nak buat passport 2 tahun dulu, takde lah payah camni sekali.

 

P_20141214_082308

Pung pang pung pang, dok mencarik kat internet pasal buat passport sepanjang tahun 2014 ni, maka terjumpa lah satu entri cerita pengalaman dia buat passport kat UTC yang katanya bukak dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Kebetulan kami balik kampung hujung minggu tu, terus pagi-pagi Ahad tuju ke UTC Melaka. Hangkut je lah kekanak berdua yang tak bangun tidur lagi tu.

 

P_20141214_085519

Sampai-sampai pukul 8.15 pagi, Cfu pergi beratur dulu sebab fobia tragedi tak dapat nombor berulang. Pejabat belum  bukak, tapi orang dah pakat beratur kat luar pintu, hah. Makin saiko kami dibuatnya. Alhamdulillah, dapat nombor 19 dan 20. Tunggu giliran pun tak lama sangat. Dalam setengah jam je camtu, dah dipanggil. Isi dokumen, ambil gambar semua jam 10.00 pagi dah dapat passport! As simple as that! Sempat aku tanya, kat sini takde limit nombor ke? Pegawai tu kata, takde. Nombor running sampai pukul 9.00 malam! Ternganga aku kat situ sambil mengusap tahi mata yang bersisa sebab tak biasa bangun pagi buta di hari minggu.

 

P_20141214_085529

Yes, the kids still in their pyjamas! In fact, ambik gambar pun masih berbaju tidur dan bertahi mata T____T Dah kata makpaknya fobia terlepas nombor. Berkampung lah kami anak-beranak kat UTC Melaka tu siap bawak bekal cekodok segala. Tapi yang syoknya, UTC ni ada café kat bawah. Klinik, kedai, ATM, macam-macam jabatan dan agensi pun ada dalam ni. Sangat selesa dan convenient lah kiranya. Takdelah kematu kot kalau kena menunggu lama.

 

P_20141215_160619

Rupa paras passport terkini. Background putih, ye. Pakaian / tudung warga gelap. Gambar pun black and white je. Tak payah lah nak beriya pakai mekap tiga inci shawl glitter warna-warni bagai.

 

** MAMA’S TIPS **

  1. Tak payah nak gigih sangat pergi ambik gambar passport kat kedai. Tak laku dah gambar yang kite beriya suruh orang kedai edit cantik-cantik bagi nampak meletop tu. Bawak badan je, dan muka paling original (jangan gedik pakai contact lens bajet anime macam aku yang sudahnya, kena bukak kat situ jugak) untuk diambil gambar on the spot. Rambut beatle macam Cfu pun berpeloh weh nak adjust bagi nampak dahi dan telinga.
  2. Kalau buat passport untuk anak, WAJIB bawak tuan punya badan ye. Kalau nak collect passport je pun kena hangkut sekali. Takde istilah on behalf.
  3. Photostat segala tok nenek dokumen yang diperlukan siap-siap. Kalau tak buat salinan lagi, nombor giliran tak akan diberi. Buat rugi je datang beratur pepagi kalau tak dapat nombor, hoiii. Senarai dokumen boleh rujuk kat SINI.
  4. Disyorkan ke UTC berdekatan sebab waktu operasi lebih lama dan bukak di hari minggu. So, tak perlu nak ambik cuti semata-mata nak renew passport. Tapi kalau UTC area KL tatau lah camana. Entah-entah sama je macam pejabat imigresen lain. Manjang nombor habis! Kalau kes nak tukar gambar macam Alfiy sebab passport dia still valid cuma muka tu dah tak berapa valid sebab muka baby sangat masa tu, terpaksa pergi pejabat imigresen jugak le nampaknya.
  5. Kos renew passport tempoh 2 tahun, RM 100/dewasa, RM 80/kanak-kanak. Kalau 5 tahun, RM 300/dewasa, RM 150/kanak-kanak. Pilihlah pakej yang berkadar langsung dengan tahap ketebalan poket. heh.

 

 

HER : Kalau tak sebab terdesak, sampai ke sudah lah aku tak heran pasal UTC ni, kan. Padahal selalu je dengar lagu UTC ni berkumandang kat TV. Salah satu kemudahan yang sangat sangat sangat memberi manfaat kepada rakyat, pada hemat aku lah. Terima kasih Tok Jib!