Satu je entri bulan Mac?
Memang dasarrrr hormon.
Demi menunjukkan yang Xeatopia ni masih bertuan, terimalah entri yang telah diperam sejak dua tiga purnama yang lampau.
Ingat lagi dengan buruh-buruh bertauliah yang bekerja-keras sewaktu aku sibuk berpindah rumah tempoh hari? Nah, sebagai upah atas atas jasa mereka, kami hangkut semua pergi melancong ke Legoland, Nusajaya nun.
Pergi balik hari je pun. Dari kampung halaman kami, lebih kurang 2 jam jugaklah nak sampai. Ikut Highway PLUS, keluar exit tol Senai, lepas tu go straight don’t belok-belok sampai jumpa exit ke Tuas / Nusajaya / Pontian / Tanjung Pelepas. Lepas tu, teruskan je lah carik signboard untuk exit ke Nusajaya. Agak-agak dah nampak kawasan ala rupa padang jarak padang tekukur tu, sahih dah sampai Legoland lah tu.
Tiket masuk RM 140 (Dewasa), RM 110 (Kanak-kanak). Tunjuk MyKad, dapat lah diskaun 30 hengget sorang. Kalau memang rumah atau kampung halaman area JB sana, baik ambik annual pass. Lagi jimat dan berbaloi kot, tetiap petang pun boleh singgah naik roller coaster. Nak murah lagi sikit, meh shoot email selai kat aku, aku bagi contact ‘orang dalam’. bwahahaha
Sejak Alfiy menginjak dewasa (?) memang lama dah simpan stroller dia masuk stor bawah tangga. Alih-alih sampai Legoland, dia nampak rupa stroller macam aneh sikit, terus gedik mintak nak naik stroller. Menggigil lah tangan mak keluarkan duit RM 20 bayaran sewa stroller untuk sehari T_____T
First pit stop : Teman Alfiy ambik lesen kereta kat Lego City.
Diva betul anak bujang sorang ni. Tengok lah tu kemain buat muka annoying bila kena beratur. Parents boleh tengok kat luar ring. Bagi can lah kat anak-anak belajar berdikari.
Starting point. Amboi kerek nya muka! psssttt… perhatikan kedudukan Alfiy di mana.
First round. Masih terkial-kial di spot yang sama.
Dah masuk 2-3-4 round. Alfiy masih tak berganjak dari kedudukan asal!
Kemain happy tayang peace feeling feeling champion (-_-“)
Boating School. Dinasihatkan, awal-awal pagi sampai terus lah beratur kat sini dulu. Queue kemain panjang masyaAllah! Mungkin sebab nak kena kayuh sendiri menongkah arus, tu yang lambat. So, kasi settle main kat sini dulu siap-siap ye sebelum pi tempat lain.
The Dragon ni lah kot roller coaster ter-paling dasyat yang ada dalam Legoland. Berhenti kejap jantung aku. Satu lagi yang kat Project-X. Tapi, rail kat sini pendek-pendek je, takdelah berselirat macam yang kat Genting dan Universal Studio Singapore.
Dino Island. Naiklah roller coaster terjun tiruk rupa macam mana pun, Adik Nani tetap maintain kool je takde perasaan. heh.
Dragon’s Apprentice. wah wah, kemain eksen lagi aku melambai kat atas tu. Siap layan naik 2-3 kali sampai mabuk. Roller coaster kecik boleh lah, kan. Cuba try Transformes ride kat USS nun, mau keras kejung sampai menjerit pun tak keluar suara.
Legoland ni umpama ‘syurga’ bagi kanak-kanak lingkungan umur 4-12 tahun. Kurang atau lebih dari tu, akan rasa macam Legoland ni kinda boring. Rides experience dan entertainment dalam ni memang lebih kepada kanak-kanak je.
Nak naik apa-apa jenis ride pun nak kena ukur tinggi dulu, ye. Average height adalah untuk budak umur 4 tahun ke atas. So, tak banyak pun rides yang Alfiy boleh merasa.
Orang lain punya lah dah memanjat sampai atas, si mamat gayat ni dok tersadai je kat bawah tu. cis. Harap body je gagah perkasa :p
Ambik kau dia punya Baby Room sikit punya besar. Memang sangat selesa. Siap ada private room untuk breastfeeding dan baby cot sekali. Surau pun ada kat sebelah Baby Room ni. Kira kemudahan semua lengkap dan selesa lah.
Tayangan 4D kat Lego Studio 4D.
Kali ni, Alfiy dah faham sikit berbanding tengok Shrek 4D dulu. Kemain cemas dia bila tengok babak saspen kat depan mata. Siap jerit-jerit.
Ni kat area restoran dan cafe di Lego Technic. Dah puas panas berlengas, bagi can lah kat Alfiy bergumbira jumpa air. Ni kalau tak dipanggil balik, sampai ke malam pun dia redah.
MiniLand. Bagi peminat tegar Lego, memang duduk sini tatap 24 jam pun tak bergerak kot. Replika bangunan ni semua memang diperbuat daripada Lego. Realistic gila. Kagum aku.
Nah, gambar souvenir buat kenang-kenangan. Nak beli, tak mampu. hahaha mahal gila weh souvenir kat sini. Tshirt selai RM 99, kau boleh terima tak? *tarik rambut* Kat USS takde lah melampau gitu harga, aku boleh borong berhelai-helai tshirt siap dapat FREE satu, kot.
All of us at Lego Kingdom! Gambar last kopek bersama Legoland Princess .
** Mommy’s Tips **
- Sama seperti di kebanyakan Taman Tema sekitar Asia Tenggara, cuaca di tempat-tempat macam ni memang amat panas berlengas umpama gurun kot. Pakaikan anak-anak baju cotton atau apa-apa je lah yang paling selesa. Jangan lupa apply sunblock for kids. Payung pun standby jugak kot-kot hujan turun di tengahari, kan. Mak-mak pun takyah gedik nak pakai high heels 4 inci, mau terkepot-kepot nak lari kejar anak nanti.
- ‘Seludup’ makanan yang boleh dibawak masuk dalam handbag macam roti, biskut dan snek buat alas perut bila lapar. Makanan dalam Legoland ni memang mahal mengalahkan hotel 5 bintang! Tapi, kalau dah kebulur sangat main dari pagi sampai petang, pasrah jugaklah aku membeli satu set nugget goreng berharga RM 15 hengget T___T
- Kalau bawak ramai anak-anak kecik, pastikan semuanya berada within our sight area. Bahaya woh! Budak-budak kalau dah sampai ‘syurga dunia’ diorang ni, memang tak ingat mak bapak dah.
- Kalau memang anak jenis suka duduk stroller, bawak lah siap-siap. Nak merasa tolak stroller sewa RM 20 kat dalam tu pun bolehhhhh.
- Seeloknya, datang seawal yang mungkin. Sebelum Legoland bukak pukul 10 pagi tu korang dah terpacak depan pintu gerbang tu. Posing-posing dulu sebelum ramai orang. Lagipun, cuaca redup sikit. Agak-agak dah start panas terik, bawak-bawaklah anak-anak rehat kejap kat Baby Room ke, restoran yang ada aircond takpun masuk kat indoor play area kat Imagination. Cuaca redup sikit, baru sambung main outdoor.
My verdict?
Aku memang tak boleh nak elak daripada membandingkan Legoland dengan taman-taman tema yang lain. Tapi, anggap macam benchmarking lah kan. Still, Universal Studio Singapore wins my heart. Berbaloi dengan harga yang aku bayar. Mungkin Legoland ni memang target customer nya adalah untuk kanak-kanak dan die hard fan Lego, tu yang rasa macam kurengggg je. Rides yang ada pun lebih kurang macam yang ada kat Genting Highland. So, kenapa perlu bayar lebih sedangkan kita boleh dapat pengalaman yang lebih kurang sama kat tempat lain dengan harga yang jauuuuhhh lagi murah, kan? Sejuk sikit pun iye. heh.
Walaubagaimanapun, selaku rakyat Malaysia, aku sangat berbangga lah sebab Malaysia mempunyai salah satu taman tema yang terkenal di serata dunia. Legoland Malaysia adalah satu-satunya kat Asia Tenggara, kot! Mau tak bangga. *tetiba semangat pilihanraya* bwahahahahaha
HER : Berazam nak bawak adik-adik pergi USS pulak lepas ni.